Tuesday, November 22, 2011

MyVoice: My intention is clear

My earlier posting MyVoice: Key bloggers on the sideline? gets quite a speedy response from the organiser. Yang Dipertua 1AGENDA Zul Azhar Cha left a reasonable comment to it. It reads:

Salam. Saya Zul Azhar Cha, Yang Di Pertua 1AGENDA. Untuk makluman semua rakan2 dan para sahabat, KMS1M adalah program NGO yg bukan diinisiatifkan oleh Kementerian. YB Dato' Mohd Sharkar dilantik Pengerusi kerana beliau adalah EXCO IT Negeri Pahang merangkap Ahli Kehormat Kelas Pertama 1AGENDA.

Program ini adalah insiatif 1AGENDA. Saya mengaku terdapat keciciran di dalam menyaraipendekkan tetamu jemputan. Kebanyakan yang dijemput (rakan2 Blogger) adalah melalui sms dan bbm.


Saya sendiri selaku Pengerusi Jawatankuasa Peserta dan Pendaftaran, terlibat secara langsung dengan kehadiran Peserta dan Tetamu.


Saya memohon maaf jika terdapat keciciran dan inisiatif Melancarkan MyVo1ce adalah untuk memastikan mesej dan networking jentera perlaksaan 'psiwar' pro BN digerakkan secepatnya.


Tidak terlintas untuk 'sideline'kan sesiapa dan mengakui ianya adalah kesilapan dan salah faham semata-mata.


1AGENDA mengiktiraf Semua rakan Penulis dan penggiat media sosial terutama rakan-rakan yang telah lama berjuang menulis untuk membantu mempertahankan dasar-dasar Kerajaan BN yang kita kasihi.


Kehadiran YB Menteri Penerangan adalah di atas jemputan kerana Program ini berkait dengan Kementerian berkaitan yang mengawalselia media sosial.


Saya akan membuat kenyataan akhbar untuk membetulkan kekeliruan ini.


Harap Maklum. Sekian dan Wassaalam.


My comment to his:

Terima kasih Sdr Zul. Saya sebenarnya menghargai dan memuji usaha pihak Sdr menganjurkannya tetapi saya masih berpendapat adalah lebih baik ia diusahakan secara bersama dengan KPKK kerana sebagai kementerian yang bertanggungjawab, ia perlu memikul fungsi utama atau 'lead role' dalam apa jua bentuk penyaluran maklumat. Saya juga sengaja 'menjentik' isu ini agar dijadikan sebagai 'wake up call' untuk semua pihak - KPKK, badan penerangan negeri, blogger dan pengamal media pro-kerajaan agar bersatu di bawah satu badan saja dan bukannya terlalu banyak badan yang mendakwa mewakili blogger tertentu. Bukankah lebih baik KPKK memikul tanggungjawab ini daripada membiarkan wujudnya pelbagai puak yang berkepentingan sendiri menjadi penyelianya? Alangkah elok jika semua badan dan kumpulan blogger ini bergerak seiring di bawah KPKK. Jika kita benar-benar berhasrat membantu BN dan Umno, maka tidak ada masalah bagi KPKK menghimpunkan penulis laman blog ini di bawah sayapnya agar memudahkan proses perbincangan diadakan sebelum strategi tertentu dikongsi untuk memperkukuhkan lagi fungsi media baru ini. Apa pun, bukan niat untuk menyinggung sesiapa. Usaha yang baik tetap dipuji, cuma ia sepatutnya boleh menjadi lebih baik lagi dengan kerjasama KPKK. Syabas kepada pihak Sdr.

PS: Thanks also to Jebat Berkokok

10 comments:

masih di BH said...

hahahahaahhah!!!

hang memang hebat jai. betoi punya goplah jingga! nampak macam hang dan jebat berkokok tengah berperang.

apa pun, aku sokong cadangan hang agar semua KPKK jadi payung kepada semua badan bloger di negara ni.

bila kita bersatu, makin terserlahlah keberkesanannya.

semoga datuk rais bagi pertimbangan.

solomon tak selamat said...

the main prob still lies with the bloggers. the come under various groups and assc.

rais will have severe headache to pool them...

dont u think so, bujai?

paku payung said...

salam,

patut tembak lagi bro. diorang yang sebenarnya taknak join kpkk. bukan kpkk tak cadang agar jv dengan dia. saja je nak naikkan politik orang tertentu di pahang.....

penangan said...

salam tuan,

memang benar dan memang wajar kpkk memikul lead role dalam urusan bloger ni. tidak elok ada terlalu banyak badan yang mengaku mewakili bloger itu dan ini.

bagaimanapun, sebagai bloger pro-kerajaan, kita mesti menapis bagi mendapatkan yang terbaik saja.

bukan semua bloger pro-kerajaan yang bagus!

renegade said...

one of the comments in your previous posting pointed to papagomo as being the no.1 blogger for the country.

agree but he is no.1 for his own category.

rocky leads his own while husam leads his.

and as such, nobody should claim as being no.1 or no.2. if you are a pro-bn or pro-pakatan blogger, stay constructive and not abusive!

Anonymous said...

that exco wanted it to be his affair... and a political agenda in his state!

needles & pins said...

smart la u bro.

u gave the impression that you were bashing up rais and his officials...

... and now only u give your thought!

siot!

needles & pins said...

smart la u bro.

u gave the impression that you were bashing up rais and his officials...

... and now only u give your thought!

siot!

Anonymous said...

salam jai,

sebenarnya kpkk dah minta agar ia dibuat secara bersama tetapi mereka yang enggan.

apa boleh buat!

pembaca banyak blog said...

but still, not wise to not include the major players of the blogosphere. they should have referred to officials of the info ministry since they are the ones who keep in contact with pro-umno bloggers.

i hope such a setback can be overcome next time.

bloggers should come as a team, no segregation!