Sunday, July 31, 2011

It's Ramadan again...

Kepada seluruh umat Islam, biar di mana jua, selamat menyambut dan menjalankan ibadah puasa sempena bulan Ramadan al-Mubarak yang mulia.



Semoga kita semua diberkati-Nya... Amin!

(Memang ini bulan yang mulia. Hanya Allahlah yang akan memuliakan segala usaha dan bakti kita. Faham2lah. Kalau hendak menderma kepada fakir miskin dan anak yatim pun, kita perlukan liputan TV dan akhbar, lebih baiklah tak payah... Fikir-fikirkanlah!)

9 comments:

dajal suci said...

salam bro,

memang betul la apa kau cakap.

masa bulan puasa ni lah nanti hampir semua pemimpin, dari pm ke bawah akan berlumba-lumba bagi derma kepada anak2 yatim, rumah orang tua, fakir miskin dan badan2 amal. semuanya memerlukan liputan media seperti tv dan akhbar. sama ada pemimpin kerajaan atau pembangkang, sama je.

semuanya nak publisiti walaupun bagi sumbangan yang tidaklah seberapa. majlis berbuka puasa pun akan masuk akhbar dan tv.

semuanya bermegah-megah cari nama. yang bakhil dan kedekut pun akan turut sama.

hairannya, kenapa pada bukan bulan ramadan diorang tak berlumba-lumba pun?

dalam islam, kita kita bagi derma secara ikhlas dan tanpa memberitahu orang lain, ia lebih afdal dan berpahala berbanding cara ini.

wallahualam!

harris abdullah cheng said...

i read an indonesian blog about some non-muslims leaving the country on every ramadan to stay away from the 'noise' of tarawih.

are malaysian non-muslims are as such?

i dont think so...

salam ramadan!

tempayan said...

nak tengok blog2 yang kuat memaki hamun dan memfitnah orang ni, diorang CUTI atau tak pada bulan ramadan ni.

juga kepada pemimpin politik yang suka mengata sesama sendiri....

sama2lah kita tengok

mat gombau said...

salam jai,

puaso taon lopeh kau dah ganti lom? hehehehe... tuhan ajolah yang tau sapo poso dan sapo tak poso.

apo pun, samo2lah kito hayati ramadan kali ni. kito semuo makin tuo, tak tau bilo akan abih nyawo.

semugo ramadan kali akan menyatukan semuo umat islam di negaro tecinto ni... amin!

Anonymous said...

salam ramadan bro.

- hj rashid, iskandariah -

adik, UM said...

selamat berpuasa...

kepada pemimpin, selamat berkuasa...

jurusistem said...

ahli politik tak dapat hidup tanpa publisiti, tuan.

bulan ramadanlah yang digunakan untuk melonjakkan nama masing2 di arena politik.

lebih banyak sumbangan dan bantuan yang dikeluarkan, lebih panjanglah liputan tv dan akhbar. lebih panjang liputan bermakna lebih panjanglah hayat politik mereka.

Anonymous said...

kepada pihak media - makanlah puas2 pada bulan puasa ni sebab banyak jemputan berbuka akan diterima... he he he...

el-walid said...

selamat berpuasa, sdr jai, semoga kita semua beroleh keberkatan-Nya