Friday, April 8, 2011

Pakatan Rakyat pun tak faham manifesto sendiri!


Pakatan Rakyat pagi tadi mengumumkan manifesto 10 perkara bagi menghadapi pilihanraya negeri Sarawak, sebahagian besarnya isu sama dan masih tidak tertunai pada pilihanraya umum ke-12 pada 2008.

Apa lagi kalau bukan isu kebebasan agama, kerajaan yang telus, membasmi kemiskinan, hubungan baik Kerajaan Pusat dan Negeri dan mengurangkan pengangguran. Mungkin satu-satunya isu baru ialah pemulihan sistem pemilikan tanah di Sarawak, yang dianggap bukan lagi isu kerana sudah pun diselesaikan oleh kerajaan negeri.

Pengerusi DAP Sarawak, Wong Ho Leng ketika mengumumkannya di Sibu pagi tadi, turut menyentuh isu penghijauan Sarawak yang menjurus kepada pembalakan yang dikatakan tanpa henti oleh pihak yang dilantik kerajaan negeri.

Beliau enggan mengakui hakikat bahawa pembalakan di Sarawak dijalankan secara bersitematik dan tidak 'menggodolkan' kawasan terbabit seperti yang didakwa pembangkang. Manifesto ini mungkin dibuat dalam keadaan tergesa-gesa tanpa kajian.

Amat aneh. Kebebasan beragama yang sebagaimanakah dimaksudkan oleh Pakatan Rakyat sedangkan kerajaan memang inilah dasar yang diamalkan oleh kerajaan selama ini. Malah, ia terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.

Mungkin PR ingin memperkenalkan kebebasan seperti di beberapa negara lain, contohnya Indonesia di mana orang bukan Islam yang ingin berkahwin dengan pasangan Islam tidak diwajibkan memeluk agama Islam.

Barangkali PAS juga menyokong saranan ini, yang sekaligus akan meranapkan peruntukan Perlembagaan. Atau PR sendiri memang ada peranan khas ketika kitab Injil bahasa Melayu, al-Kitab diterbitkan dan dihimpunkan di Sarawak!

Saya juga tidak faham secara khusus apa yang dimaksudkan keadilan bagi semua rakyat Sarawak di bidang budaya dan pendidikan. Soalan yang bermain di kepala ialah, bolehkah PR menjamin minoriti Penan akan mendapat layanan istimewa seperti yang diberikan oleh kerajaan negeri sekarang?

Malah, hasratnya mengekalkan Sarawak sebagai sebuah negeri sekular tidak ada bezanya dengan pendekatan Barisan Nasional. Tak tahulah kalau sekularisme PR akan membenarkan masyarakat pribumi diinjak-injak seperti mana DAP membuli dan meminggirkan Melayu Pulau Pinang sekarang!

Janji untuk agihan sama rata hasil kekayaan bumi Sarawak juga boleh dipertikaikan. Jika dilihat kepada Selangor dan Pulau Pinang, kekayaan kedua-dua negeri ini hanya dikhaskan kepada pemimpin PKR, DAP, dan PAS saja.

Jadi, siapa lagi akan menikmati kesamarataan ini jika PR memerintah Sarawak? Orang Singapura?

Janji yang 'sedikit baru' ialah penyambungan tanpa syarat pajakan tanah selama 99 tahun, sesuatu yang pada hakikatnya sukar dilaksanakan kerana kebanyakan tanah milik pribumi sudah pun memiliki status pajakan sehingga 999 tahun.

Mengenai kemiskinan, PR berjanji akan menubuhkan dana RM1 bilion bagi melaksanakan projek jalan kampung bagi menghubungkan semua kawasan luar bandar. Dari manakah PR akan mendapat dana sebanyak itu, tidaklah diketahui sedangkan usaha berterusan Kerajaan Pusat di bawah projek jalan desa masih diteruskan.

Sedarkah PR bahawa Kerajaan Pusat dan Negeri mengambil masa bertahun-tahun untuk membangunkan jalan kampung ini dan lebih RM50 bilion sudah dibelanjakan sejak 1970an. Jadi, apakah model pembangunan PR untuk melaksanakannya dalam tempoh yang singkat?

Bekas Menteri Kesihatan, Chua Jui Meng yang turut hadir di majlis pengumuman manifesto itu, enggan menjawab soalan pihak media mengenai siapakah yang menyusun manifesto itu dan sama ada ia mendapat persetujuan semua komponennya.

Namun apa yang pasti, manifesto ini kebanyakannya mengandungi perkara lapuk yang masih tidak terlaksana di Semenanjung, khasnya di Pulau Pinang dan Selangor, Malah di Kelantan pun, pucuk kepimpinan PAS masih berbelah bahagi mengenai pelaksanaannya.

Selepas diamati, di manakah letaknya lojik manifesto PR di Sarawak?

6 comments:

Ryzal72 said...

Bro,Satu kupasan yg menarik dan kritikal.

Anonymous said...

pembangkang dah songsang bro

eddy, sibu said...

they dont understand sarawak local issues.

thats why they produce a nonsense manifesto!

Anonymous said...

siapa anwar mahu tawan sarawak?

suruh dia tawan mahkamah dulu, suruh mahkamah dapati dia tak salah dalam liwat dan sebagainya

oyin said...

manifesto yang tak masuk akal langsung, terutama kebebasan agama dan tanah.

siapa nak percaya kau, kit siang? kau sendiri tak percaya sama anwar, sudah nampak sudah

joni guard said...

nama ngigak, jai?

kemaya kitak tu ngagai bintulu?

anti kin, anang enda madah ke aku