Friday, March 4, 2011

Pas hasut revolusi ala-Timur Tengah

update: Tan Sri Muhyiddin Yassin has warned the opposition not to play with fire by instigating the people to topple the government similar to the uprising taking place in some Middle Eastern countries (here).

On the same note, Home Minister Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein warned Pas not to incite such a sentiment as it will be very devastating for the people and the country.


Amatlah memeranjatkan apabila ada ceramah Pas di Merlimau dan Kerdau bukan saja memperlekehkan usaha kerajaan membawa pulang rakyat kita yang terperangkap di Mesir, Libya dan negara lain, malah menyarankan agar revolusi yang berlaku di Asia Barat dan Afrika Utara dilancarkan di sini.

Saya tidak nampak apakah maksud 'revolusi' yang diperkatakan oleh Pas kerana apa yang berlaku di Mesir, Libya, Bahrain, Tunisia, Yemen dan negara lain banyak berpunca daripada kemiskinan, kekurangan makanan, pengangguran yang tinggi serta harga makanan yang melambung.

Di ceruk manakah di Malaysia ada rakyatnya yang terbiar dan mati kebuluran. Mereka yang menganggur di negara ini pun bukanlah kerana ketiadaan peluang pekerjaan yang cukup tetapi sikap terlalu memilih jenis kerja dan kesesuaiannya.

Di manakah Pas apabila rakyat Malaysia terancam di Mesir dan Libya? Pernahkah mereka membuat kenyataan mengenainya atau sekurang-kurangnya menyokong usaha kerajaan membawa mereka pulang dengan selamat. Di manakah keperihatinan pemimpin Pas dalam memperjuangkan nyawa rakyat kita di luar negara jika hal sebegini pun dipolitikkannya?

Di manakah Pas ketika rakyat Palestin melihat kematian setiap hari dalam serangan ganas tentera Yahudi di Gaza dan wilayah lain, sedangkan kerajaan Malaysia sedaya upaya cuba membantu mereka dalam beberapa misi berbahaya untuk menghantar bantuan perubatan, makanan dan pakaian kepada mereka?

Apakah pendirian Pas mengenai ajaran Syiah yang makin berleluasa di negara ini atau sedarkah mereka bahawa Syiah tidak langsung mengiktiraf Nabi Muhammad SAW sebagai Rasul Allah?

Mengapakah Pas berdiam diri dalam kes penderaan kanak-kanak semuda usia 7 tahun di tangan tentera Israel, yang dipenjarakan bersama orang dewasa sehingga menyebabkan mereka menderita seumut hidup?

Di manakah keikhlasan Pas dalam memperjuangkan hak Palestin, Iraq, Afghanistan dan negara lain yang ditindas oleh kerajaan diktator dan Yahudi? Pernahkah Pas terfikir untuk menghulurkan bantuan kepada mereka sedangkan Pas sendiri dibiayai oleh beberapa jutawan terkemuka negara?

Apa sebenarnya pegangan atau kiblat politik Pas sedangkan usahasamanya dengan DAP dan PKR pun tidak menampakkan sebarang hasil?

Aneh! Pas amat berminat dengan revolusi tetapi langsung tidak memahami apa itu revolusi. Jika revolusi ala-Shah Iran, Mohd Reza Pahlavi pada 1979 adalah sesuatu yang ingin dicontohinya, maka perjuangan ini akan lebih bersifat komunis dalam menegakkan benang basahnya - iaitu membunuh sesiapa saja yang menjadi penentang.

Perkembangan terkini menunjukkan pembangkang sedang berusaha menyemai bibit kebencian di kalangan rakyat, khususnya pengundi, melalui fitnah dan hasutan berbahaya ke arah menghancurkan amalan demokrasi, ketenteraman awam, keamanan dan kesejahteraan negara.

Sanggupkah Pas menanggung risiko dan dipertangungjawabkan jika revolusi yang dicetuskannya nanti membunuh puluhan ribu nyawa manusia tidak berdosa, termasuk ahlinya sendiri? Matlamat apakah revolusi yang dimaksudkan Pas?

Tuduhan mereka bahawa kerajaan Barisan Nasional mengamalkan dasar autokratik juga tercetus daripada pemikiran cetek pemimpinnya serta sifat mementingkan diri sendiri dan keuntungan peribadi.

Nik Aziz sendiri pun tidak pernah menyebut bahawa Pas ingin menubuhkan sebuah negara Islam tetapi 'negaro IsLEY! 'Ley' sapo, Pok Nik? Ley mu?

24 comments:

wan solihin said...

pas in not relevant anymore to the malays.

after its cahoot with pkr and dap, it has deviated to the extent that they separate alcohol and gambling in kelantan - only the latter is haram!

colorless said...

we are not any of those middle east nations. they are almost all arabs. here in malaysia, we are multi-racial and multi-religions.

dont try it. of they dare, they will be wiped out!

i dont understand why pas leaders like to incite hatred among races and religions. they are the main culprits if our harmony is destabilised!

Anonymous said...

cubalah buat revolusi tu.

nak tau padahnya?

parang tajam said...

pas didnt learn anything from memali and sauk.

they think such a revolution will gain mass support.

if they try, they will cry!

east life said...

pas leaders should revolutionse their mentality first before talking revolution. they dont know what a revolution is all about. they do everything to uphold their politics, even if they have to eat pork to survive! bloody hell!

gagak di rimba said...

jai,

dah dua hari kau ikut hisham. tak letih ke? tak dapat apa2 daripada hisham ke? kau rasa kau buang masa ke tak?

lori simen said...

KDN patut awasi gejala ini dan jangan teragak-agak tangkap dan sumbat je mereka yang terbabit ke kamunting, bagi brain-wash cukup2 sampai diorang tahu bersyukur dengan apa yang ada di negara ini.

harap datuk hisham tak terlalu berlembut dalam hal ini. ia mengancam kesejahteraan rakyat dan negara

Anonymous said...

suruh je pemimpin pas dan pengikutnya pergi mesir atau libya.

biar mereka berjuang kat sana je.


VAVI!

lee lap tiang said...

what revolution?

fight for more income and more productivity la, rather than breaking up the stability.

this pas people are really pukimaks!

ajeh said...

inlah pas, mempolitikkan apa saja yang ada untk kepentingan diri sendiri, terutama survival pemimpin2 mereka.

kalau nak buat revolusi, buat dalam parti sendiri dulu, ubah apa yang tak baik dan mengarut dalam pas agar rakyat boleh hormat mereka.

ni tidak, asyik2 dengan cara lapok dan ketinggalan zaman, di samping cuba memecahbelahkan masyarakat dengan keislaman dungu mereka!

Anonymous said...

hahahahahahaha... i like your last para about nik aziz and his 'isley'.

katil bujang said...

biar je diorang try buat revolusi tu.


berani buat beranilah tanggung.

tengok siapa handal, pas atau rakyat yang cintakan keamanan!

Anonymous said...

i dont think they are serious. the were looking for something to politicise...

hashim fonda said...

to home minister - nab them before they create any trouble.

prevention is the best solution for a country like malaysia. apply ISA on them and keep them for such a period until they come to their senses.

what do they think, that malaysia is an arab nation?

bastards!

budak sekolah said...

mereka yang nak jahanamkan negara sendiri ada dua - sama ada komunis atau setan!

aku rasa pas ni termasuk golongan yang kedua.

Anonymous said...

PAS = PARTI AJARAN SEX

Anonymous said...

dia orang ingat bila kerajaan ini ditumbangkan melalui revolusi, Pas boleh berkuasa...Namun apa yang kita boleh lihat....Pas hanya alat sahaja untuk bertarung sesama melayu dan Islam. Kalau berlaku jugak...dalam ramalan saya.....bukan Melayu yang akan berkuasa...orang melayu dan Islam akan jadi hamba...HAMBA DI BUMI SENDIRI

parameswara said...

nik aziz dah tua, dah tak mampu pikir banyak2.

jadi, sebelum buat lebih banyak dosa, eloklah letak jawatan agar golongan muda pas dapat ambil alih.

lebih banyak kita bercakap, lebih banyak kesalahan kita buat

Anonymous said...

ni malaysia la, bongok, bukannya libya atau sudan.

tak perlu susah payah buat revolusi kat sini. semua dah ada, dah tak banyak komplen.

atas bawah said...

jika berlaku revolusi, orang pas dulu yang kena lanyak.

kalau tak percaya, try la buat.

gila punya manusia, nak rosakkan negara sendiri. kalau dah rosak, nak duduk mana wahai orang pas!?

kayuh said...

kepada pas dan pembangkang,

jangan cuba main api, nanti terbakar diri.

revolusi di timur tengah tidak ada kaitan dengan malaysia, malah keadaannya amat berbeza.

cuba kaji betul2 fakta yang ada sebelum membuat sebarang kenyataan untuk politik

que sera said...

sdr,

saya dulu amat menghormati nik aziz kerana kedudukannya sebagai seorang ulama, tetapi apabila banyak kenyataannya bercanggah dengan islam dan memporakperandakan melayu, saya langsung hilang keyakinan terhadapnya dan pas

lipan bara said...

satu cadangan - tangkap orang2 yang nak pecahbelahkan rakyat dan menggugat ketenteraman negara ni, hantar ke sebuah pulau dan biarkan selama 3 tahun tanpa apa2 bantuan walaupun seteguk air

Anonymous said...

after Rocky and Nuraina I guess you're next!