Wednesday, March 2, 2011

Media arus perdana tidak berat sebelah: Rais

Kepada pembangkang, media arus perdana bukanlah 'terlalu berat sebelah' seperti yang didakwa. Sejak bermulanya kempen pilihanraya kecil Kerdau dan Merlimau, pembangkang nampaknya menuding jari ke arah kerajaan dan medianya kerana memburuk-burukkannya.

Pendapat itu disangkal oleh Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim di Kerdau petang semalam. Katanya, media arus perdana tidak pernah berat sebelah dalam membuat liputan. Apa yang dilakukan oleh pengamalnya adalah melaporkan berita yang perlu diketahui rakyat.

Laporan semua aspek seperti politik, ekonomi, sosial, sukan, agama, luar negara dan sebagainya adalah lebih penting daripada polemik antara politik berbeza yang tidak mendatangkan sebarang manfaat kepada pembaca.

Saya setuju dengan Rais.

Dasar media arus perdana adalah menyalurkan maklumat kepada rakyat dengan maksud memberi input mengenai perkembangan semasa agar mereka turut sama menyertai arus pemodenan dunia serta evolusi sosio-politiknya.

Menyuakan rakyat dengan terlalu banyak polemik politik akan hanya mencetuskan pemikiran radikal mengenai siapa benar dan siapa salah, yang akhirnya akan menjerumuskan negara ke dalam kemelut ideologi yang memudaratkan usaha membangunkan negara dan bangsa 1Malaysianya.

Bukanlah kerana faktor media arus perdana ini dimiliki Umno, MCA, MIC dan komponen BN lain maka mereka hanya menjuruskan dasar editorial masing-masing terhadap kerajaan, tetapi mereka membahui tugas menyemarakkan perpaduan, tolak ansur, ingin maju dan ingin bersaing.

Adalah tidak benar sama sekali media arus perdana terpaksa mengikut telunjuk kerajaan kerana mereka turut menyiarkan laporan mengenai kegiatan parti pembangkang walaupun tidak sebesar mana.

Akhbar milik dan pro-pembangkang pula berbeza dasarnya kerana lebih berminat mencemuh kerajaan dan cuba melaga-lagakan kaum. Tidak dinafikan ada yang cuba menghasut rakyat agar membenci kerajaan dan bermusuhan sesama kaum.

Kita tidak mahu sesuatu yang tidak baik berlaku di negara ini. Dalam masyarakat majmuk yang dilindungi undang-undang yang cukup teguh, akhbar arus perdana bertanggungjawab memupuk persefahaman teguh di kalangan rakyat walaupun sesekali terpaksa menangkis tuduhan pembangkang.

Jadi, apa yang dimaksudkan pembangkang mengenai media arus perdana sebagai berat sebelah? Rais sudah menjelaskannya tetapi saya percaya ia tidak mahu diterima oleh pembangkang.

Bagaimanapun, sanggupkah mereka mengaku bahawa akhbar milik mereka sebenarnya anti-pembangunan, anti-perpaduan, anti-keamanan dan anti-segala-galanya? Apa sebenarnya dasar akhbar pembangkang kerana setakat ini apa yang kita nampak cuma usaha untuk mengelirukan rakyat dengan fakta yang dipesongkan?

Begitupun, kerajaan tetap memberikan permit penerbitan kepada mereka!

Kepada Pakatan Rakyat, berfikirlah dahulu sebelum bercakap... takut tergigit lidah sendiri.

22 comments:

Suara Hati Kecil said...

Media memang alat timbangan.....pembanca media yang buat ukurannya......berat sebelah, ringat sebelah atau sebagainya.

Gunelah hati dan akal untuk buat ukuran.....yang baik jadikan tauladan dan yang tak baik jadikan sempadan......

Allah Yang Maha Adil dan Maha Mengetahui serta Maha Bijaksana. Kito ni siapo nak buek ukurannya...bekalan nafsu jahat yang akan mempengaruhi ketika membuat ukuran....

Cukuplah bagiku hanya Allah dan RasulNya saja.

Anonymous said...

pemimpin umno kalau bercakap memang cukup sedap tp saudara harus ingat...media hari ini tidak sama dengan media dahulu....media hari ini seperti apa yg dikatakan diatas sememangnya terlebih berat sebelah...buka ja TV pembangkang tu jahat ini jahat itu jahat...seolah2 jahat dan hina sungguh pembangkang ni...kalalulah betul media hanya melaporkan apa yang ptut diketahui rayat... kelemahan kerajaan pun perlu juga diketahui rakyat...takkan la semuanya baik kot...yg menteri ni sorang...bercakap bukan main...yg dia kes rogol tu ape cite...rakyat perlu tahu semua itu tp malangnya media x laporkan...itulah yg pembangkang kata berat sebelah...faham dak...

hampagas said...

saya pun setuju dengan datuk rais. pembangkang ada akhbr dan media sendiri. perangai mereka lagi teruk dan menyakitkan hati sesiapa saja yang membaca.

pembangkang tidak sukakan berita perpaduan, memang betul!

jahanam punya PR

tembakul said...

bro,

i thot u are against rais!

why the sudden 'uplifting' him?

Anonymous said...

media pembangkang lagi pulak. haprak! busuk hati dan kuat memfitnah orang!

OWL said...

bro,

i know u are not against rais, some people may think u are a wierdo bcoz supporting what rais say.

to me, u are a real pro. as far as rais is concern, u are only after his oficer, and not him.

that's the way it should be. we support anything which is right, no matter who says it.

Anonymous said...

abis tu, media pembangkang sokong kerajaan ke?

cakap tak serupa bikin. ni anwar punya angkara pundek!

geram said...

dah takda modal, tuduh la media arus perdana prokeajaan dan orang lain. dia tak sedar akhbar pembangkang lagi banyak berat sebelah, langsung tak puji atau sokong kerajaan walaupun apa yang kerajaan buat adalah baik dan pembangkang sendiri turut berkongsi faedahnya.

manitoba said...

mengata orang, dia yang lebih.

pembangkang lagi hebat dalam usaha memecahbelahkan rakyat dan negara.

cuba diorang imbas balik apa yang media mereka buat!

Anonymous said...

waahah... kemain lagi kau angkek rais. tapi den pun sokong dio. hal peribadi adalah urusan dio, yang dio cakap tu boto, jadi kito mesti sokong

old radar said...

semua media berat sebelah, sama ada kanan atau kiri. yang milik kerajaan mestilah sokong kerajaan. yang milik pembangkang mestilah sokong pembangkang.

fair and square apa.

so, apa yang pembangkang ni memejak sangat ni?

wikiLICKS said...

bro,

u are a real pro by posting a good thing about what rais has said. yes, i agree with him too.

however, i heard he doesnt like u at all for exposing his special officer.

i am just wondering, why is he angry? is he tring to cover up his officer's wrongdoings?

or what?

kawan di kerdau said...

rais dah la drop kau daripada list blogger dalam senarai BPAM, kau masih ok je, tulis pasal benda yang dia cakap.

kalau aku bro, aku tibai lagi habis2 dalam blog.

dia dah layan dan buat kau macam musuh tanpa sebab sedangkan kau cuma nak cekup pegawai dia, bukan dia!

apa punya manusia la rais ni. macam ni nak terus dihormati dan dihargai?

Anonymous said...

rais is a good minister but a bad individual for hiring bad personal officer.

bulan sabit said...

kau sokong dia buat apa?

apa yang kau dapat, bujai?

dia memang nak kenakan kau sebab kau kenakan pegawai khas dia.

rais ni jenis yang tak suka orang kritik atau bagi nasihat kat dia. cakap dia semua betul. ntah2 ramai orang kementerian yang dah menyampah kat dia. wallahualam.

tapi kemarahan dia pada kau sebab kau dedahkan hal pegawai khasnya budak sabah tu, dia tak boleh terima.

cuba kau pikir, kenapa dia marah. adakah dia bersubahat? cuma orang bersalah je akan melenting.

habis tu, kenapa dia nak pertahankan si pegawai dajal tu?

ada apa2 ke... cuba kau tanya dia.

haji brahim pun dah takut nak jawab call dan sms kau. haji nasir pun tak nak jmpa kau. semuanya sokong pegawai khas ni ke atau sokong rais walaupun dia salah atau tak?

Anonymous said...

no need to carry his balls, bro.

in two months time, he will know his fate...

ayam denak said...

jai, kau ni memang steady. rais marah pun, kau sokong gak cakap dia.

aku respek la kau.

yang arif said...

masa rockybru, bigdog dan lain2 hentam rais, u were the only journo-blogger who defended him. u were even made as a middle man to bring both of them to peace.

kau memang berjiwa melayu dan memiliki semangat setiakawan yang tinggi.

did rais thank u for that? adakah dia hargai apa yang kau buat? masa kau jumpa aku dan beberapa pegawai kerajaan di putrajaya lake club, kau sampai naik marah bila kami cakap rais memang ada kes. but u said its our duty to protect his dignity, his maruah sebagai menteri, as a senior umno leader dan macam2 lagi. sampai kau tulis kebimbangan kau jika hal sebegini akan menjejaskan kerajaan pada pru13.

but even his officials are running away from u now. of course they have to protect their boss but diorang juga macam dah putuskan hubungan dengan kau.

kenapa?

kenapa rais macam nak lindungi pegawai khas nazri abdullah si mualaf ni? i guess he knows of nazri's dirty game at the mcmc. apakah rais turut terlibat kerana memberi surat2 sokongan kepadanya?

kalau rais tak salah, kenapa dia marah bila kau dedahkan hal ini? bukan apa jai. kau yang jadi mangsa kesombongan dan keegoan dia. dia takkan mengaku silap.

jadi, do u still want to protect and defend him?

watanabe said...

what he said is right.

all forms of media, whether it belong to the govt or opp, play their own role.

the opp too got so many already, so why must they complaint?

a blogger too said...

media arus perdana memang berat sebelah... macam rais jugak.

kalau dia tak berat sebelah, dah tentu dia akan bantu skmm, sprm dan kau siasat kes pegawai khasnya tu.

ni tidak!

badigol!

Anonymous said...

kau memang pelik.

kau hentam rais, lepas tu sokong pulak dia.

tak paham la aku

tonto said...

actually, the mainstream media and its owners are ball-lickers!