Thursday, February 24, 2011

Perginya seorang wanita gigih...

Datuk Ilyani Ishak, pengerusi jawatankuasa persefahaman antara agama kebangsaan dan bekas Ahli Parlimen Kota Baru, meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) jam 6.05 pagi tadi.

Allahyarhamah yang sepatutnya berusia 58 tahun bulan depan, adalah wanita gigih yang saya kenali walaupun sebagai wakil rakyat Semangat 46 selama dua penggal (1990-99). Beliau meninggal kerana barah payudara yang dihidapinya sejak beberapa tahun lalu.

Jenazahnya akan dibawa ke rumahnya di Pinggir Taman Tun Dr Ismail tengah hari ini sebelum disembahyangkan di masjid berhampiran untuk pengkebumian.

Bagi pihak Dewan Perniagaan Islam Malaysia (DPIM) cawangan Kuala Lumpur, saya ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarhamah.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan diangkat di kalangan mereka yang akan menghuni Jannah-Nya... amin!

Al-Fatihah!


10 comments:

daud, USM said...

al-Fatihah.

inilah lumrah hidup. suatu hari nanti, kita pulak bro.

dah cukup bekalan ke?

Anonymous said...

i knew her too during our days together in 46.

its a great loss...

al-fatihah

yang arif said...

marilah kita sama2 membaca surah al-fatihah dan mendoakan agar segala dosanya diampuni, dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang2 yang solehah....

al-fatihah!

Anonymous said...

AL-FATIHAH

rakan said...

allahyarhamah memiliki banyak sifat terpuji, seorang yang penyabar, tekun, gigih dan bertolak ansur.

di saat dia berjuang dengan penyakitnya, dia masih ke sana-sini berjuang demi agama dan bangsanya.

ya Allah... terimalah si mati ini sebagaimana ia dilahirkan dahulu... suci dari segala dosa... amin!

vincent said...

bro,
u with dpim? syabas.

anyway, takziah to her family

joseph M said...

she was a noble person who didnt separate mosques and churches.

may the Lord bless her soul

datin Z said...

sedih... baru dua bulan lepas saya dengan beliau di taman tun, berbual mengenai melayu dan islam serta perpaduan...

kehilangannya sukar dicari ganti.

al-fatihah

phua said...

my deepest condolences to her family

si pitak said...

semoga allah mencucuri rahmat ke atas rohnya... amin

al-fatihah