Saturday, February 12, 2011

12 soalan untuk semua ketua bahagian Umno

PRESIDEN Umno Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengadakan pertemuan khas dengan 191 ketua bahagian di Menara Dato' Onn, PWTC hari ini. Setiap ketua bahagian akan dipanggil seorang demi seorang bagi menyampaikan masalah kawasan masing-masing serta mendengar nasihat Najib.

Bagaimanapun, sebagai ahli biasa dan pemerhati turun-naik Umno sejak 30 tahun lalu, saya berpendapat Najib perlu mengubah pendekatan ini. Beliau harus bertanyakan beberapa soalan 'klasik' manakala setiap ketua bahagian perlu menjawabnya dengan jelas.

Tidak ada faedahnya menganjurkan pertemuan sedemikian jika kita hanya mengangguk dan menggeleng sedangkan penyakit serta kudis dalam parti masih dibiarkan tidak terubat dan makin bernanah.

Berikut adalah antara soalan yang patut diajukan:

1. Sebagai ketua bahagian sejak dua penggal, kami dapati isteri anda turut menjadi ketua wanita bahagian, anak perempuan anda pula jadi ketua Puteri manakala anak lelaki memegang jawatan ketua Pemuda bahagian. Bagaimana mereka dilantik? Andakah yang melantik mereka atau anda menggunakan pengaruh yang ada dalam proses pemilihan? Anda seolah-olah ingin membina empayar politik sendiri di peringkat bahagian. Apa tujuan anda dan mengapa?

2. Anda pernah menjadi Ahli Parlimen selama satu penggal pada pilihanraya umum 2004 tetapi anda digugurkan untuk senarai 2008. Sebaliknya timbalan anda dipilih dan menang. Adakah anda tahu sebab-sebab anda tidak dicalonkan semula? Dalam pada itu, anda menjadikan timbalan ketua bahagian sebagai musuh dan menghasut ahli agar jangan menyebelahinya, sebaliknya terus menyokong anda.

3. Disebabkan anda tidak dicalonkan semula pada 2008, benarkan anda turut menghasut pengundi PRU12 agar memilih calon pembangkang bagi memastikan timbalan anda yang dipilih bertanding itu tewas? Anda terus berkomplot untuk menjatuhkannya pada PRU akan datang, dan pada waktu yang sama menyisihkan penyokongnya.

4. Adakah sebagai ketua bahagian, anda yakin yang ahli peringkat cawangan menyokong dan mempercayai anda? Berapa kerapkah anda mengadakan perbincangan dari hati ke hati dengan mereka dan meminta pandangan bagaimana untuk memperkukuhkan parti, dan bukan sekadar menasihati mereka akan terus patuh kepada parti sedangkan ketua bahagian adalah jenis yang tidak boleh diharap!

5. Sebelum jadi Ahli Parlimen, anda cuma memiliki sebuah kereta nasional. Rumah anda juga jenis sederhana murah, sama ada rumah teres atau rumah kampung. Bagaimanapun, beberapa bukan selepas menjadi Yang Berhormat, anda didapati memiliki dua kereta mewah manakala rumah anda pula jadi makin besar. Anda turut menggaji seorang pemandu dan dua pengawal peribadi untuk mengikut anda ke Parlimen dan tempat lain. Di rumah, anda menggaji seorang pembantu. Dengan elaun Ahli Parlimen cuma dalam sekitar RM10,000 sebulan, bagaimana anda mampu membayar ansuran bulanan kereta kira-kira RM4,000, gaji pemandu RM1,000 dan RM2,000 setiap seorang bagi pengawal peribadi (bodyguard). Anda juga perlu membayar gaji pembantu rumah dan membiayai kos sara hidup famili. Dari mana anda memperolehi wang untuk semua itu?

6. Menteri Besar dan Ketua Menteri adalah pengerusi badan perhubungan Umno negeri. Kami dapat tahu ketika si polan ini mahu menjadi Menteri Besar, anda menghadiahkannya banyak pakaian, kot dan tali leher mahal serta berjenama kepadanya, selain beberapa pasang kasut 'designer's item'. Apa tujuan awak 'membodeknya?'

7. Sebagai Ahli Parlimen, anda sering ponteng sidang Dewan Rakyat. Jika hadir pun, anda tidak pernah mengambil bahagian dalam debat dan langsung tidak bertanyakan apa-apa soalan. Adakah anda jenis manusia pemalas atau sebenarnya tidak berilmu, justeru itu anda malu bertanya.

8. Sebagai ketua bahagian yang bukan wakil rakyat, tidakkah anda rasa ada sesuatu yang tidak kena dengan pendekatan kepemimpinan anda? Tidakkah anda berhasrat meletakkan jawatan bagi membolehkan timbalan anda yang juga Ahli Parlimen memikul tanggungjawabnya dengan lebih berkesan tanpa 'gangguan' dan 'perangai budak-budak' and?

9. Anda sudah menjadi ketua bahagian selama tiga atau empat penggal. Tidakkah anda bercadangan untuk mempertahankan jawatan itu pada pemilihan parti 2012? Atau anda ingin terus memegang jawatan itu sampai bila-bila.

10. Adakah anda berpendapat jawatan Ahli Parlimen adalah milik mutlak ketua bahagian. Apabila timbalan anda atau orang lain dipilih sebagai calon, anda rasa terancam dan terpinggir? Mungkin ini yang mendorong anda 'memberontak' dan cuba menjatuhkan orang berkenaan?

11. Adakah anda sedar bahawa banyak masalah parti kita berpunca di peringkat bahagian kerana orang seperti anda yang menerajuinya secara tidak ikhlas dan mahukan jawatan serta kuasa saja?

12. Kepada siapakah anda memberikan projek yang diperuntukkan untuk kawasan Parlimen kerana ia disalurkan kepada anda bukannya orang lain yang menjadi Ahli Parlimen bahagian anda? Siapakah orang atau syarikat apakah yang anda pilih? Adakah anda mendapat 'ganjarannya?'


(Saya rasa ahli Umno dan pemerhati mempunyai banyak lagi soalan yang boleh ditujukan kepada ketua bahagian ini. Apa yang penting, dalam usaha membersihkan Umno daripada unsur tidak sihat dan merosakkan imej serta maruah parti, eloklah kita mulai dari sekarang.

Saya juga yakin jika soalan ini dijadukan kepada mereka, ramai yang tidak akan menjawabnya dengan jujur demi melindungi kepentingan politik peribadi.

Apa pun, terserah kepada presiden parti...)

21 comments:

Anonymous said...

dah macam soalan exam le pulak, so patut diadakan ujian bertulis setiap tahun, mana le tau ada yang tak pandai menulis dan membaca walau pun jadi ketua. ye lah mana tau ada peluang jadi ahli parliment, takde orang kata ahli parliment tu dungu, cakap entah apa apa entah.

dorani said...

pertemuan macam biasa je bro. dengar masalah atau pandangan ketua bahagian. lepas tu najib pulak bagi pandangan dan nasihat.

tak ke mananya kalau macam ini je tiap kali jumpa.

ketua bahagian banyak sembunyikan kelemahan dan rahsia tapi najib dan pucuk pimpinan tak tahu.

kalau tahu pun, diserah pada badan pehubungan negeri. pengerusinya pulak dan makan pemberian ketua bahagian.

kes ditutup!

si pitak said...

patut ditambah satu lagi - kenapa anda mensesiakan isteri pertama selepas nikah lagi satu... atau kenapa anda nikah kali kedua senyap2?

the saint said...

salam sdr jai,

saya setuju bahawa kebanyakan masalah dalaman umno berpunca di peringkat bahagian. ketua bahagian bagaikan seorang diktator dalam mentadbir bahagian dan cawangannya. jika ada yang tidak setuju dengan cara dan pendapatnya, akan dipinggirkan.

perkara ini sudah lama berlaku. pihak atasan parti maklum mengenainya tetapi oleh kerana umno pusat bergantung kepada laporan yang diberikan oleh perhubungan negeri, mereka tidak campur tangan.

laporan perhubungan negeri pula banyak palsu dan menutup kelemahan serta keterlanjuran ketua bahagian, apatah lagi jika ketua bahagian dan pengerusi perhubungan negeri sudah ada hubungan yang amat rapat.

ahli tidak lagi dipedulikan sangat, kecuali apabila tiba pilihanraya umum atau pemilihan peringkat parti.

kebanyakan ketua bahagian ibarat sultan. susah bagi ahli untuk menemuinya dan menyatakan masalah tanpa merujuk dahulu kepada pegawai peribadinya yang adakalanya sampai 10 orang.

jika beginilah keadaan dalam umno, pilhanraya umum akan datang tidak menjanjikan yang terbaik bagi parti.

pucuk kepemimpinan perlu buat kerja dan turun ke bawah, bukan setakat pergi ke setiap negeri dan mengadakan perhimpunan rakyat...

a mirror said...

bodoh ke?

najib wont ask this set of question because he is only concern about their support for umno and the govt!

Anonymous said...

bukan ke umno ni parti elit, untuk orang kaya je?

najib anak orang kaya, hisham pun tak pernah susah dari kecik. begitu jugak yang lain2.

jadi, macam mana mereka ni nak tau masalah sebenar yang merosakkan parti selama ni?

cokmar said...

a good set of questions but i doubt najib will ask them such.

umno is losing more members to other malay parties, including the new ones.

the rakyat is getting more educated nowadays to distinguish problems plaguing umno dan how the party is being led.

a blogger too said...

that's why we need blogger to channel info to the leadership, bro.
do u agree?

poket kosong said...

dah rancang pilihanraya umum ke? biasanya bila dah jumpa, dalam enam bulan dah bubar parlimen.

tapi mintak2 janganlah ada tahun ni. umno masih lemah. takut kalah banyak kerusi nanti.

Anonymous said...

most umno division chiefs are ruling their are like kings!

nobody can challenge what they say.

i think in 10-15 years from now, umno will become irrelevant if problems within the party is not solved

pokok getah tua said...

jai,

sejak akhir2 ni, siapa2 yang takda duit, tak layak bertanding ketua bahagian atau cawangan.

sebab tu kita tengok sebahagian besar ketua bahagian dan cawangan adalah orang kaya belaka.

underskin said...

agree, especially no.1

some umno divisions are ruled by empire comprising the chief and family.

however najib wont do anything because cronyism and nepotism run in the blood of umno!

Anonymous said...

najib nak bagi gula2 kat diorang lagi kot?

gula2 yang dulu diorang habiskan untuk diri sendiri dan keluarga je. orang lain tak merasa!

middle age said...

as usual, nothing will change of improve after such a meeting!

umno will remain a disgust to more malays today!

Anonymous said...

satu lagi soalan cepumas

'BETULKAH ANDA NI TALAM DUA MUKA, SEKEJAP SOKONG UMNO, SEKEJAP SOKONG ANWAR?'

quek mambo said...

ada ketua bahagian yang layak dipecat sebab tak buat kerja.

ada juga yang patut disiasat oleh SPRM kerana songlap projek dan amalkan rasuah.

ada pula yang perlu dilucutkan keahlian umno kerana jadi tali barut pembangkang pada piliahnraya umum yang lalu!

Anonymous said...

i think umno should regulate that the branch and division chiefs can only hold their position for two terms.

tokman said...

Tujuan perjumpaan tertutup tu nak bagi Ketua2 Bahagian seronok sikit dan untuk meraih sokongan mereka aje sebagai persiapan PRU13...tiada tujuan untuk membersihkan UMNO dari rasuah dll kerana dah lama bergelomang dalam acuan itu tapi hanya untuk menjaga dan melepaskan diri sendiri....

ajimsan said...

Aahhh... if politics could be that easy.
Ada soalan yang silap-silap terkena batang hidung sendiri bro...

haji 60 sen said...

najib baca tak blog ni? kalau dia baca, eloklah. kalau tak baca, pasti pegawainya yang baca.

jai,

umno memang makin parah sebenarnya, cuma pemimpin di atas tak dapat gambaran sebenar.

laporan yang diberikan oleh semua negeri semuanya yang cantik dan indah belaka. yang buruk dan tak elok, dipendamkan saja.

nampak gaya, ahli umno sendiri yang kena pikir cara nak ajar mereka ni!

Anonymous said...

Briliant bro! kalau adun ni boleh jawab dengan seikhlas nya...UMNO will be forever pilihan rakyat...but you know better lah bro..