Sunday, December 12, 2010

Akan terus relevankah BN?

Presiden Umno dan Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata di Pekan semalam bahawa tidak mungkin parti pembangkang dapat mengambil alih fungsi Perikatan dan BN yang selama ini kukuh menerajui negara serta membela nasib rakyat.

Sebagai penyokong kerajaan, saya setuju tetapi dari sudut seorang pemerhati, saya bimbang jika kenyataan seperti ini boleh memakan diri sendiri.

Sejarah dunia sudah melihat banyak perubahan sosiopolitik di negara yang selama ini dikuasai satu parti untuk sekian lama. Parti Liberal Demokrat (LDP) Jepun akhirinya tewas kepada pembangkang tahun lalu selepas memerintah negara Matahari Terbit itu kira-kira 54 tahun.

Di Amerika Syarikat, Republican dan Democrat silih berganti menerajui Rumah Putih. Di Korea Selatan, Filipina, Pakistan, Bangladesh, Australia, New Zealand dan banyak negara lagi, pembangkang yang suatu ketika dahulu sukar menembusi tembok parti pemerintah, akhir berjaya memenangi pilihanraya atau pungutan suara bagi membentuk kerajaan.

Di Poland, parti Soladirity pimpinan Lech Walesa yang pernah diharamkan dan dikecam hebat kerajaan, akhirnya berjaya juga membentuk kerajaan pada awal 90an. Sudah lupakah kita apa yang berlaku di Britain, Brazil, Canada dan Indonesia?

Sudah tentulah kita tidak sanggup Malaysia menjadi seperti Thailand di mana lima perdana menteri bertukar tangan dalam tempoh tiga tahun. Di Singapura pun, di mana PAP menguasainya hampir 100 peratus kerajaan, sudah wujud tentangan terhadap parti pemerintah itu.

Kim Dae-jung, tokoh pembangkang Korea Selatan yang pernah hidup dalam buangan pada 80an, berjaya menjadi Presiden negara itu pada 1998 walaupun untuk tiga tahun. Biarpun parti pemerintah ketika itu cuba menghalang kebangkitannya, suara rakyat ternyata lebih kuat menyokongnya.

Tidak ada yang tidak kena dengan parti pemerintah kebanyakan negara yang disebut di atas, kecuali keinginan pengundi untuk mencuba sesuatu yang baru, dengan harapan negara mereka disuakan dengan pembaharuan politik yang lebih menguntungkan.

Kita tidak harus melupakan 'kekalahan' BN di banyak kawasan Parlimen dan negeri pada pilihanraya umum ke-12 yang lalu. Ia bukan saja berpunca daripada rasa meluat pengundi semua kaum terhadap parti masing-masing tetapi melonjaknya gabungan pembangkang menerusi janji pembaharuan mereka.

Najib mungkin lupa bahawa BN sekarang menghadapi masalah dalam sendiri. Komponen utamanya seperti Umno, MCA, MIC dan Gerakan masih bergelut dengan konflik dalam parti yang memungkinkan rapuhnya keutuhan parti serta menggugat kestabilan parti pemerintah itu.

Perdana Menteri sendiri tidak harus menolak wujudnya pelbagai kelemahan dalam Umno yang diterajuinya, betapa kemelut peringkat negeri dan bahagian masih membentuk banyak jurang di antara penyokong peringkat akar umbi dan ketua masing-masing.

BN boleh berbangga dengan rekod pencapaiannya memerintah Malaysia sejak merdeka tetapi kita juga tidak patut menolak meningkatnya sokongan terhadap parti pembangkang. Dalam pemimpin BN amat berminat memberi komen mengenai kelemahan dan masalah pembangkang, mereka nampaknya alpa dengan masalah parti sendiri.

Walaupun kita ingin melihat BN terus menerajui kerajaan, kita jangan terlalu yakin bahawa cara serta pendekatan kita hari ini dapat menjamin kita akan terus meraih undi yang banyak pada pilihanraya umum akan datang. Kita adakalanya terlupa bahawa dalam kita bercakap mengenai usaha membela rakyat, ia lebih berbentuk 'gimik politik' semata-mata.

Buatlah sebanyak mana projek besar untuk negara. Perkenalkanlah dasar baru yang mampu menarik minat rakyat tetapi jika projek dan dasar berkenaan hanya menguntungkan segelintir kaum sedangkan sebahagian besar rakyat tidak mendapat 'zatnya', ia tidak boleh dianggap sebagai pencapaian.

Jika kita masih melaungkan slogan dan retorik membela rakyat, kita perlu memastikan bahawa kita sendiri tidak terbabit dengan nepotisme dan kronisme. Tidak ada gunanya kita menyuakan benda yang sama kepada rakyat sedangkan kita sendiri lihat tidak bersih, tidak cekap dan tidak amanah dalam memikul amanah yang pengundi berikan.

Ingatlah! Malaysia tidak mungkin menjadi negara milik satu parti sehingga akhir nanti jika pemimpin yang ada gagal memberi jaminan bahawa kesinambungan itu akan terus memanfaatkan mereka.

Dan sedarlah bahawa sebagai kerajaan, kita memang memiliki segala kuasa dan keupayaan untuk merangka rancangan pembangunan negara. Jika pembangkang mengambil alih Putrajaya pun, mereka akan memiliki kuasa dan kelebihan yang sama kerana semua kementerian, terutamanya Kementerian Kewangan, ada dalam tangan mereka.

Rakyat memang maklum bahawa pembangkang tidak dapat berbuat apa-apa kerana tidak ada kuasa. BN juga tidak akan dapat berbuat apa-apa jika menjadi pembangkang. Lupakah kita kepada Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor? Jika kita menuduh pembangkang di Johor, Melaka dan negeri lain tidak mampu berbuat apa-apa untuk rakyat, mampukah BN di negeri yang dikuasai pembangkang?

Kerana itulah kita perlu berhati-hati dalam setiap gerak laku. Tidak perlu kita mendabik dada bahawa BN tidak ada tolok bandingnya di negara ini.

Politik adalah seperti bola sepak. Ketika rakyat Malaysia asyik berkiblatkan bola sepak Britain yang dianggap terbaik di dunia, mereka lupa bahawa taraf dan mutu negara lain seperti Korea, Jepun, China, Arab Saudi, Iran, Qatar dan negara lain sedang meningkat dan mampu menyaingi England. Hanya bola sepak Malaysia makin merudum...

23 comments:

ahli MT said...

salam,

satu peringatan yang amat baik, sdr jai. BN perlu akui wujudnya saingan yang kuat dari pembangkang. kemelut dalam pembangkang tidak ada bezanya dengan masalah dalaman BN.

ia mungkin tidak akan berlaku pada zaman datuk najib jika dia benar2 betul dalam setiap langkah yang diambil tetapi ia mungkin berlaku suatu ketika nanti jika BN terus dengan keyakinan bahawa negara ini adalah miliknya.

kita memang sayangkan BN dan mahukan ia terus memimpin kerajaan. bagaimanapun, cara pemerintahan yang sudah basi perlu diperbetulkan sebelum kita memperbetulkan orang lain.

jepun, yang sdr jadikan contoh, adalah satu pengajaran yang harus dipelajari oleh pemimpin BN hari ini agar parti ini tidak terperosok di masa akan datang.

Anonymous said...

najib was so confident.

let us wait for the next general election. too early to tell.

lambretta66 said...

the pm should clean all the mess in BN. there are skung leaders and corrupt practice is getting rampant.

najib must also clean the cabinet from some ministers who are not supposed to be there.

if the rakyat's voice is ignored, then BN will pay a heavy price in the next poll.

MASTANA said...

wah jai, bkn main lagi kau gesel najib. tapi apo kau cakap memang boto. bn hari ni dah tak samo macam bn dulu. banyak bona masalah eh. datuk najib pun konolah donga cakap dan nasihat orang lain, temasuk bloger untuk pastikan kerajaan ditadbir dengan baik dan mendapek kepercayaan rakyat. siapolah pemimpin kalau takdo sokongan, boto tak?

telur separuh masak said...

relevan atau tidaknya barisan nasional bergantung kepada cara kepemimpinan najib hari ini.

kalau silap langkah, tersungkurlah kita pada pru akan datang.

Anonymous said...

bn is 'bini najib'.

if najib fails to control her, bn will fall!

lori simen said...

pendapat yang amat benar, tuan!

jangan terlalu yakin. buat kerja dahulu dan biar rakyat yang adili.

setakat cakap bn parti terbaik je, pun tak guna kalau mutu kerajaannya tidak setakat mana!

gajah berang said...

jai,

apsal kau diam je samy vellu dilantik wakil bertaraf menteri ke india dan negara asia selatan?

najib ni buat apa ni? bangang ke apa?

macam ni nak pikat rakyat? dah pencen tu, pencen je la, wahai samy!

najib ni takut dengan samy dan MIC sebenarnya. macam la takda tokoh lain boleh pikul tugas tu. samy dah la kaya-raya, jawatan baru ni nanti akan buat dia jadi macam sultan!

apa ni, najib?

boleh kalah bn dalam pru akan datang. tengok ke la!

candid said...

our present govt should admit the stiff challenge posed by anwar and the gang.

like u said, so many countries have seen the ruling parties being toppled by the people's power!

Anonymous said...

najib terlalu yakin sebab masa ni bn boleh bertahan lagi.

mungkin lagi 2 atau 3 pru nanti bn akan rasa peritnya.

pru-12 pun dah nampak tanda bn hampir diperkosa oleh pembangkang.

jangan asyik dabik dada je, kononnya bn parti terbaik, kerajaan hari ini yang paling best, takut tergigit lidah nanti.

pro-PKR said...

gua dah cakap, sokong je anwar!

tuxedo said...

najib was boasting when he said that. he as forgotten what happened in 2008 poll

Anonymous said...

masih relevan...cuma suatu hari nanti takut relevan sebagai pembangkang je!

hati2 bila buka mulut, tok jib!

nasi dan kicap said...

alangkah eloknya jika blog sdr ni dibaca oleh pm dan pemimpin bn yang lain!

kalashnikov said...

buat apa susah2 fikirkan masa depan bn, jai. diorang bukan pedulik pun. rakyat tetap hidup macam biasa, masih ramai yang susah. banyak projek sana-sini tapi bukan untuk rakyat tapi untuk orang kaya je.

kong kali kong said...

najib dah over konfiden dah tu. dia ingat rakyat tak ikuti perkembangan dia dan isteri kesayangan dia tu ke? satu rumah sampai ada dua pm. hari2 kuar muka bini kat tv, tak macam bini pm dan presiden lain di dunia. gila publisitinya lebih daripada pm sendiri.

najib tak ambil pedulik ke apa orang ramai cakap pasal mem dia tu?

bananarama said...

najib thinks whatever he says get support from all.

he was born with a golden spoon in his mouth. he doesnt understand what is the true meaning of earning a living.

people he installed in his cabinet (most of them) are not fit to be there.

until he kick some of the butts out, barisan nasional will keep on losing respect from the people

Anonymous said...

masalah utama pemimpin bn ialah lupa diri bila dah menang dan dah pegang kuasa

kaniney said...

complacent is the exact terminology. we keep on crafting on new projects which are not beneficial to the masses.

those who gain are the rich and foreigners!

goldkeeper said...

relevan atau tak, bergantung kepada bagaimana najib mentadbir kerajaan dengan kawan2nya dalam BN. kalau rakyat dapat manfaat dan masih sukakan BN, amat beruntunglah.

kalau rakyat tak dapat manfaat tetapi hanya menjadi tukang tengok kepada orang yang sama mendapat kekayaannya, boleh majal BN dibuatnya pada pilihanraya umum akan datang.

jangan cakap besar, jib. buat kerja dulu. biar rakyat yang menjadi hakim dan juri kepada usaha kerajaan sekarang

Anonymous said...

bukan saja bn, umno pun takkan relevan kalau masih takda perubahan... wa cakap lu!

ahli sejak 1980 said...

bersihkan diri dulu. bersihkan rumah sendiri dulu, bersihkan umno dulu, bersihkan bn dulu dan bersihkan hati sendiri dulu sebelum bercakap mengenai pembangkang tak mungkin jadi kerajaan.

saya orang umno dan penyokong kuat parti tetapi perkembangan sekarang menjadikan umno dibenci makin ramai ahli dan bangsa lain.

kenapa isu ini tidak pernah dipedulikan oleh najib dan pemimpin umno?

Anonymous said...

Aku tak faham la asyik2 cakap BN yang terbaik dulu memang iyelah... sekarang?cakap2 menyedapkan hati bangang gedegak...tak sedar diri