Thursday, November 18, 2010

Ramai bekas tentera hidup melarat, Najib... Persatuan Bekas Tentera pula cuma main-main!

My father, Hj Harun Abu Bakar is now 75. At this age, he walks on his third leg, a 'tongkat'. Many years ago, he was one of the Malayan heroes in Congo and among those few who survived the communists assault in Sungai Siput, Perak.

He was among pioneers of Askar Melayu, used to answer directly to his officer-in-charge during the 1960s, (now) Tan Sri Ghazali Che Mat. They were together with the rest of the battalion members during Confrontation and Emergency. He was also a member of the ADP (Army Depot Police) which enforced the Gurkhas, Sikhs and the Australian Army together.

He didnt retire. He quit after completing his compulsary and royal service. No pension, no nothing. But when the government announced a few years ago that those who used to serve in the Malay Regiment, with or without pension, would be given some 'token of appreciation' and a service medal, he was excited.

He registered with the Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) in Melaka a few months ago and the officer on duty promised to visit him at home, at my sister's house in Bemban, Jasin to have a chat with him and probably an interview.

After months of wait, he called the PBTA office and again, they promised to come. But they didnt. So, he called again... and got the same answer. They were actually toying him around!

Abah saya bukan nak duit atau pembelaan tetapi dia amat berpegang pada janji. Jika Persatuan Bekas Tentera tidak mahu menjalankan tanggungjawabnya, usahlah memberi harapan kepada seorang yang sudah setua dia. Rawan hati orang tua tidak sukar dipujuk.

Saya nak tegur sikit persatuan dan Kerajaan Malaysia. Harap Menteri Pertahanan ambil 'pot'. Begitu juga Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Tahukah mereka bahawa kebanyakan bekas tentera hidup daif selepas bersara? Do you know that most of them still receive a monthly pension of between Rm50 and RM100 over the past 20 or 30 years?

Di manakah perasaan kasih dan terhutang budi kita terhadap mereka yang berjuang sebelum dan selepas Merdeka, mempertahankan negara daripada Parti Komunis Malaya dan konfrontasi dengan Indonesia, sehingga kita dapat mengecap nikmat keamanan dan pembangunan hari ini?

Fikirkanlah. Dah tak ramai daripada saki-baki orang tua seperti abah saya ni yang masih hidup. Saya masih ingat ketika Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri, beliau mengundang satu bas veteran perang kita sempena Hari Kemerdekaan (saya lupa tahunnya).

Ramai yang menitiskan air mata apabila melihat mereka membuka kasut di luar pintu bilik hotel. Kebanyakannya tidak pernah sampai ke Kuala Lumpur pun!

Di manakah mereka sekarang? Where are our unsung heroes? Jika kita tidak mahu melayan 'karenah' mereka, saya harap janganlah ada pihak yang berjanji akan membantu mereka dengan itu dan ini. Tak payahlah Persatuan Bekas Tentera beriya-iya menunjukkan keikhlasan sedangkan mereka sendiri berat untuk melaksanakannya!

Kita memang bangsa yang tidak mengenang budi...

43 comments:

Aku cucu polis said...

Bukan bangsa tak mengenang budi... ini kerajaan yang tak mengenang budi... bingai ngan dungu dalam kabinet tu sibuk nak mengisi tembolok sendiri je

Anonymous said...

Saya sangat setuju dengan tulisan saudara. Allahyarham abah saya kalau masih hidup lebih tua dan lama dalam Askar Melayu di Raja. Dia meninggal 10 tahun dahulu ketika umur 72 tahun. Berpuluh tahun selepas pencen dia turun naik KL untuk merayu kenaikan pencen kerana diberi pencen yang lebih rendah dari pangkat yang disandang semasa dia bersara. Malangnya sehingga akhir hayat, tak dapat dia rasa pencen yang sesuai dengan pangkat dia bersara.

Duit Persatuan diguna untuk buat bangunan tinggi2 dan bagi gaji serta kereta untukmereka yang bekerja di situ. Pesara-pesara hidup terabai dan kadaifan...Apa yang kerajaan bagi untuk mereka???

md yassin, setiu said...

tuan,

terima kasih kerana menulis tentang masalah ini. ia sudah lama berlaku tetapi tidak ada perhatian serius diberikan oleh kerajaan. persatuan juga hanya melepaskan batuk di tangga.

memang benar. bapa saya juga adalah bekas anggota malay regiment pada 1961. pencennya cuma rm65 sebulan sejak 28 tahun lalu. beliau kini berusia 79 tahun.

apa yang meenyedihkan ialah, sejak ayah saya uzur kerana tua, semua permohonannya tidak mendapat layanan sewajarnya.

beliau pernah enam kali memohon kerusi roda bagi membolehkannya bergerak tetapi semuanya hanya impian semata.

saya kesal kerana pejuang seperti ini dilupakan begitu saja walhal merekalah yang benar2 mengharungi pelbagai kepahitan demi membebaskan negara daripada komunis dan anasir asing.

loga said...

people like your dad deserves more than arcolades, bro. they are the true heroes who fought for the country. i wonder why the govt did do anything to assist them.

tetuan said...

jai, many people are forgotten. only the leaders are remembered although they didnt really go to war.

ordinary soldiers who went to the battlefields were treated like dirt.

each time they won, the battalion leader will get all credits.

si pitak said...

benar

hanya tinggal beberapa kerat je bekas anggota malay regiment yang masih hidup.

apa salahnya kita hargai mereka?

tanpa perjuangan mereka dahulu, belum tentu kita akan aman pada hari ini

Anonymous said...

persatuan bekas tentera cuma buat kerja sikit2.

yang kat atas tu selalu rebut jawatan dan elaun besar.

yong chong kai said...

yeah bro. this are real soldiers. not the present ones who never fought a battle!

we should salute them!

insight said...

bujai,

bagus kau tulis ni. aku kenal dua orang bekas askar yang hidup merempat kat kampung aku di temerloh. semoga kerajaan beri perhatian.

Anonymous said...

the only ex-army assc i came to know of fully committed to assisting its members is in singapore. they are really efficient, big funds and quick action.

Anonymous said...

Bujai

Kata-kata anda benar. Orang Melayu adalah jenis "Bangsa Tak Mengenang Budi" .Cakap tak serupa bikin dan lepas batuk ditangga sahaja.

Orang Melayu yang termasuk dalam kelas pertama jenis bangsa tak mengenang budi ini adalah dikalangan Pemimpin Politik biar UMNO , Pas atau apa pun party yang mereka dukung.

Janji seribu macam janji dan akan tinggal janji sahaja.

Hujung-hujung mereka kata "Ini kes terpencil". Kita melihat kepada membantu masyarakat dalam kontek yang lebih luas. Betul-betul mereka ini anak Haram Jadah.

Bekas Polis.

MASTANA said...

jai,

samo yo macam abah den. dah arwah dah pun limo tahun lopeh.

peg persatuan bekas tentera melako cuma gulo2kan dio, kato nak datang gumah la, nak bagi medal la, nak bagi itu ini la... abok pun takdo

memang dah tak gamai hero macam ni yang masih hidup tapi dilupokan oleh negaro dan masyarakat. sodih bilo konangkan balik...

Anonymous said...

bro,

our assc is very disorganised, not like any other ex-army associations in other countries.

they play too much politics!

anak askar pencen said...

manalah najib tau pasal perjuangan bekas tentera ni. dia tak pernah masuk askar pun, tak pernah pikul senapang dan tak pernah menembak.

dia anak bekas perdana menteri. hidupnya ibarat 'born with a golden spoon in his mouth'. dia takkan paham apa erti perjuangan bersenjata ketika dia masih kecil.

orang tua macam bapa saudara dan yang beberapa orang lagi inilah yang memikul senjata, menyerang dan diserang demi mempertahankan maruah negara. ramai yang terkorban dan dilupakan. yang hidup turut dipinggirkan oleh kerajaan dan persatuan.

jadi, siapa yang patut mengenang dan menyanjung mereka? cuma keluarga sendiri!

wak songo said...

sori la bro,

kerajaan kita bukan jenis yang ambil tahu.

yang mereka utamakan ialah menang pilihanraya dan terus memerintah je!

semoga tuhan membalas jasa perajurit kita!

Anonymous said...

persatuan bekas tentera?

memang wujud ke persatuan ni?

atau ada nama dan bangunan besar je tapi tak buat keje?

bananarama said...

our heroes fought, retired, died and forgotten.

our leaders didnt fight, never retired, refuse to die and want to be remembered!

sickening!

Anonymous said...

wahai datuk najib,

tunjuk la sedikit rasa belas kepada mereka ni walaupun jasa mereka tidak dikenang kerajaan!

pro-PKR said...

memang menyedihkan tengok ada pesara tentera hidup tak sempurna.

apa boleh buat, dah negara ni cuma nak perah keringat mereka je....

belida said...

saya setuju dengan anon 7.20

persatuan cuma guna duit buat bangunan tinggi, labur sana-sini tapi kebajikan anggota tidak dipedulikan sangat.

yang pegang jawatan dapat gaji lumayan dan kereta besar.

apa semua ni?

pesara juga said...

kita sentiasa melaungkan slogan, kenanglah jasa mereka yang berjuang untuk negara.

kita galakkan lagi orang lain agar kenang jasa nenek-moyang mereka yang sama2 berjuang dengan orang melayu dahlu.

hakikatnya, kita sendiri jadi bangsa yang lupakan jasa orang yang sepatutnya kita kenang!

cakap tak serupa bikin! dari dulu sampailah sekarang

Anonymous said...

now u see the reason why many retirees support the opposition...

taknak jadi polis said...

pesara tentera dan polis selalunya kurang terpelihara nasib mereka... ada persatuan pun tak boleh harap!

Anonymous said...

kita asyik kata orang lain tak kenang budi..

kita pun SAMA JE!

vinnan said...

Bekas tentera/polis dilayan buruk. Salah siapa? Salah sendiri, anak dan cucu yang mati-mati sokong UMNO. Kerajaan DAP diPulau Pinang beri wang RM100 wang ehsan tanpa mengira kaum tapi mash ramai orang Melayu percaya 'Cina komunis' DAP yang mahu hancurkan orang Melayu. Siapa yang bodoh?

Anonymous said...

Padan muka

capt HIOAR said...

di Sabah, Persatuan mereka ni tahu buat &annual Dinner cum Charity Dinner' buat duit dengan iklan buku dan jualan meja. Untung 'besar' dan tak di audit. bekas tentera yg tak pernah 'berjuang' yg di sanjungi dan dapat duit dari persatuan. Yg senak nak mati masa berjuang demi negara tak di kenang langsung.

Kalau kita tanya mereka satu nama pejuang pun mereka tak dapat jawab. Tahu kesenangan buat mereka saja.

Kerajaan pula kesah apa???? Bekas tentera yg TUA ini bagi mereka nak mengundi pun susah. Baik jaga orang baru, boleh guna duit persatuan utk kempen pilihanraya melalui Ahli Majlis Persatuan yg makan pentingkan diri.

Sepatutnya MINDEF perlu keluarkan juga satu senarai pejuang dan sejumlah elaun sara hidup bagi mereka yang masih hidup. Dan bagi mereka yg telah tiada berikan dapa waris terdekat agar mereka masih merasa perjuangan ayah atau atuk mereka.
Pada hari pahlawan, hubungi waris mereka utk wakil dan jemput yg masih hidup raikan bersama, tempatkan di suatu tempat khas agar lebih rapat warga pejuang ini. Bukan pula nak dahulukan pegawai kerajaan yg mengampu (walau ada protokol).
Dalam masa sama pada penulis, saya majukan agar dapat kita bersama menyenarai para pejuang ini dan kita cuba bantu apa yg perlu.
Semoga semua berhasil. InsyALLAH.

tapak sulaiman said...

jai,

najib takda masa untuk ambil tahu bekas askar kita. dia lebih ambil berat isu peneroka. peneroka ramai, boleh bagi undi kat umno. berapat kerat je la bekas askar ni...

manolito said...

we only recognise those contributing to the govt pocket, those who help to enrich some people in the cabinet, those who can help them win party and general elections and those willing to become their horses!

what a fuck-up system!

Anonymous said...

betul tu.

kerajaan cuma ingat dan iktiraf pegawai tinggi yang bersara, anggota biasa ni, dibuat macam sampah je!

biol said...

zahid hamidi pun mana ada akal!
dia takkan pedulik punya...wa cakap lu!

Anonymous said...

alaaahhh....

bekas askar yang bersara cuma layak diambil sebagai pengawal keselamatan je. itulah standaard yang ditetapkan oleh kerajaan!

mr piston said...

orang yang benar2 berjasa kepada agama, bangsa dan negara dilupakan.

orang yang menikam bangsa sendiri, yang rasuah dan tidak jujur dipuja dan dianggap jadi pemimpin.


inilah lumrah alam....!

Anonymous said...

Bro,
Orang melayu macam ni laaaaa....politik,politik,politik. Apa nak heran. dah dalam darah daging. Akibatnya rosak sendiri juga, bila yang muda-muda dah tak nak/takut berjuang. Semua nak hidup senang je, merempit lagi baik bagi diorang. Yang tunjukkan sikap buruk tu orang dewasa macam kau dan aku jugak. Sikap malas, acuh tak acuh dan tak pandai menghargai jasa orang, yang penting main politik air liur je..sedang kan pak menteri yang tak perform atau blunder dalam buat kerja pun masih tak segan silu, apatah lagi pegawai-pegawai persatuan bekas tentera yang kerja main-main macam ni. Harap luahan rasa kau tak seperti hilang di tiup angin sepoi-sepoi bahasa, bekas tentera tetap melarat jugak akhirnya.Harap sangat hidup diorang ni dikenang dan di hargai.
BILLY

bekas nasik said...

najib tak layan sangat isu BEKAS ni... bekas askar ke, bekas polis ke, bekas bomba ke, bekas pegawai ke, bekas diplomat ke, bekas menteri ke....


BEKAS ISTERI pun dia tak layan!

he he heh!

violet said...

its a sad thing bro, that people like your father and other war veterans are being sidelined by the govt and the association.

i just wish them good luck and thank you for being our heroes.

miss tears said...

saya ingat lagi, arwah ayah saya meninggal pada usia 70... selama hampir 20 tahun dapat pencen bulanan rm80. itulah yang membesarkan kami lapan beradik.

budak sekolah said...

bekas nasik,


kau buat aku gelak sampai terkentut. sial betol la kau dengan teori bekas dan bekas kau tu. kelakor giler!

tapi aku sokong kau. najib memang tak pedulik bekas isteri dia pun!

aku cuma ada bekas sabun je


uwaaaargghhh haarrghh hargk!

virus said...

so, this is how we say thanks to them....

so pathetic!

wake up, najib and zahid!

ajau, said...

saya cadangkan kerajaan war2kan dalam akhbar dan tv untuk menghimpunkan semula semua bekas askar melayu pada zaman perang dulu.

janganlah kita lupakan mereka. tanpa perjuangan mereka, keamanan hari ini tidak akan wujud.

Anonymous said...

dulu undi pos nak bagai nak giler

Anonymous said...

Bujai,

Bila sesuatu digelar BEKAS atau kini dipanggil Mantan faham-faham saja lah siap yang ambil peduli.Tanyalah siapa yang ammbil kesah tentang bekas isteri/suami,sebagai contoh. Tiap bulan Julai kalau tak salah saya, Kutipan Derma Hari Pahlawan, mana pergi hasilnya? Saudara saya mati ditembak pengganas kali terakhir kami lihat pagawai dan jkawan-kawanya pada masa pengkebumiannya lepas itu tidak siapa pun tanya akhbar.Itulah nasib seorang wira yang mempertahankan negara, bangsa dan agama. Itu pasalnya non-malay tak gemar langsung nak jadi tentera.Jangan kita salahkan mereka kerana mereka sedar bahawa jasa yang mereka akan taburkan tidak akan dikenang.


Orang Pencen

Anonymous said...

xperlu diwarxkan tentang jasa dan pengorbanan. siapa suruh masuk tentera? adakah kerajaan membawa tepak sireh ke rumah kita dan memaksa kita masuk tentera? Azab Sengsara Kamu Akan Rasa itulah penangan yg harus diterima jika masuk askar. gaji dapat elaun dapat cuti berlambakx xmasuk kira att C hantar anak ke sekolah hantar bini pergi RSAT. Dah pencen nak salahkan persatuan ngan kerjaan. PBTM hanyalah sebuah NGO yang mementingkan pangkat dan darjat sahaja. mereka juga memerlukan populariti dan bukan benarx membela nasib bekas tentera. Sendiri buat sendiri tanggung!