Sunday, August 15, 2010

Felda, 'Jikiden' dan nasib Melayu...

Malaysia akan menyambut Hari Kemerdekaannya yang ke-53 pada 31 Ogos ini. Ramai yang menganggap 53 sebagai tua dan ramai juga menganggapnya muda. Apa pun, saya sudah lama teringin menulis mengenai hal Melayu selepas 53 tahun merdeka, dan sebab itu juga saya hanya ingin menulis dalam Bahasa Malaysia. Jika ada Melayu yang tidak setuju dengan pendapat saya atau ada pandangan lebih baik, silalah tinggalkan komen atau e-mail saya. Ini semata-mata untuk 'mengusik' minda orang saya, bangsa saya sendiri - Melayu - agar kita sama-sama berfikir.

Sejak di bangku sekolah rendah, saya banyak bercampur dengan golongan lebih tua. Banyak perkara baik dan yang tidak baik saya timba daripada mereka. Abah saya, Hj Harun Abu Bakar, banyak menceritakan kisah zaman silamn
ya untuk dijadikan teladan kepada anak-cucu. Datuk, nenek, bapa saudara dan orang tua yang saya kenal (ramai yang sudah tiada) turut memberi pelbagai kisah suka-duka sebagai pengajaran dan ingatan untuk generasi akan datang. Antaranya:

1. Apabila kisah mengenai Felda muflis digembar-gemburkan oleh media massa dan blog, saya tertarik dengan cara Felda dibangunkan dan dijadikan sebuah perbadanan yang gah pada hari ini. Duit raya RM350 yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dua hari lepas turut mencuri perhatian saya.

Ini kerana ramai yang mencemuh duit sebanyak itu. Manalah nak cukup menampung keperluan sebuah keluarga peneroka yang makin besar hari ini, bukannya pada zaman mereka mula-mula jadi peneroka atau ketika anak masih seorang dua. Dalam bahasa Inggeris, ia disebut 'chicken feed', maknanya cukup untuk beri ayam makan saja. Amat kecil dan tak bermakna langsung, kata mereka. Ada juga yang mengaitkannya dengan pilihanraya umum akan diadakan tidak lama lagi. Oleh kerana Felda diletakkan di bawah bidang kuasa Najib, maka beliau terpaksalah mengumpan peneroka.

Saya teringatkan kisah jikiden atau jiki-dan yang dilaksanakan oleh pemerintah Jepun kira-kira sebulan selepas menakluk Malaya pada Perang Dunia Kedua (diceritakan oleh abah saya). Tentera Jepun ketika itu memecahkan lot-lot tanah penduduk kampung dalam seekar sekeluarga dan mewajibkan mereka menanam apa saja seperti ubi, keledek dan sebagainya sebagai bahan makanan.

Tanah ini mestilah diusahakan bersungguh-sungguh dan mengikut jadual yang ditetapkan oleh pengawas yang dilantik oleh Jepun.

Antara tanaman wajib ketika itu ialah pokok jarak. Sesiapa yang ingkar pasti menerima hukuman. Buah jarak ini dikutip untuk diproses dan dijadikan minyak pesawat pejuang tentera Jepun. Ia amat baik dan berprestasi tinggi, mengikut kajian orang Jepun ketika itu.

Pokok dan buah jarak

Malangnya, orang Melayu mengambil masa 53 tahun selepas merdeka untuk mengkaji produk biodiesel daripada pokok dan buah jarak ini. Hanya selepas tempoh itu saja orang Melayu mula terfikir untuk menguji dan menggunakannya sedangkan datuk-nenek mereka dahulu sudah menanam dan mellihat hasilnya. Orang Jepun pasti terkejut dengan 'kedunguan' Melayu ketika ini.

Memanglah Felda tidak diurus seperti jikiden dan pokok jarak tidak pernah ditanam. Felda bermula dengan tanaman getah. Hanya selepas nilai getah di pasaran dunia merosot, ia diganti dengan tananam kelapa sawit secara besar-besaran hingga meliputi Sabah dan Sarawak. Bantuan kerajaan kepada peneroka Felda, Risda dan Felcra hari ini tidak dialami di zaman jikiden tetapi pengurusan Jikiden, pada hemat saya, lebih berkesan dalam memastikan 'pesertanya' benar-benar komited manakala hasilnya memuaskan.

Felda hari ini ditadbir sebagai perbadanan. Ia banyak membabitkan politik Melayu. Oleh kerana rata-rata penerokanya ialah Melayu, mereka perlu dijaga untuk kepentingan undi Umno khasnya dan Barisan Nasional umumnya. Tanggapan umum ialah, Felda patut diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Bagaimanapun, Najib mengambil tanggungjawab penuh ke atas Felda kerana ia banyak menyumbang kepada ekonomi Melayu dan negara, di samping fakta ia diasaskan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak.

Felda turut menjadi lombong emas Najib, kata pembangkang. Pembekal baja, pembekal benih sawit dan kontraktor yang terbabit dengan Felda semuanya perlu mendapat kelulusan Najib dan kebanyakan daripada mereka adalah mereka yang kenal dan dikenali Najib, kata mereka. Kerana itulah Najib meletakkan pejabat seranta dan korporat Felda di Jabatan Perdana Menteri agar ia berurusan terus dengan beliau. Misalnya, mana-mana syarikat yang ingin membekalkan baja kepada Felda perlu menulis surat permohonan terus kepada Perdana Menteri untuk perhatian. Benarkah?

Memang benar Felda tidak ditadbir secara jikiden tetapi sampai bilakah hanya getah dan sawit saja boleh menentukan hala tuju Felda? Tak inginkah kita mencuba pokok jarak dan tananam lain pula? Ketika masalah sosial di kalangan generasi ketiga Felda makin parah, tidak adakah usaha bersungguh-sungguh kerajaan untuk menanganinya? Ketika keluarga Felda makin besar dan rumah mereka kian sempit untuk menampung sehingga dua atau tiga kelamin, cukupkah usaha yang dibuat setakat ini bagi mengatasi masalah perumahan mereka?

Kenapakah Felda dipolitikkan sedangkan ramai penerokanya masih tidak mampu membesarkan rumah atau membina rumah baru untuk generasi kedua dan ketiga mereka? Logikkah syarat perumahan yang dikenakan bagi melayakkan mereka mendapatkan pinjaman institusi kewangan bagi membiayai rumah baru? Tahukah Felda dan kerajaan bahawa masih ramai peneroka masih kais pagi, makan pagi; kais petang, makan petang atau 'kais pagi, makan malam'?

2. Suatu ketika dahulu, ada cadangan menubuhkan Lembaga Daging Malaysia. Sistem lembu pawah amat popular ketika itu kerana ia turut membantu bekalan daging negara. Malangnya, ia terbantut begitu saja kerana sistem pengurusan yang lemah dan pesertanya pula (kebanyakannnya Melayu) kurang pengetahuan mengenai bidang penternakan ladang dan dalam melawan penyakit binatang.

Lembaga Daging tidak jadi kenyataan. Akibatnya, Malaysia masih terus mengimport daging dan susu lembu dengan banyaknya dari Australia, New Zealand dan negara lain. Pembekal tempatan hanya mampu menyumbang tidak sampai lima peratus kepada keperluan negara. Isu gagalnya penubuhan Lembaga ini banyak dikaitkan dengan politik, kononnya ada pihak yang menghasut kerajaan ketika itu agar melupakan saja hasrat berkenaan dan sebaliknya mengaut laba daripada import yang mereka luluskan.

Akan jadi janggalkah jika peserta Felda hari ini diberi kelonggaran menternak lembu secara besar-besaran? Dalam pengetahuan saya, sebuah ladang ternak lembu tenusu di Jengka mampu menyumbang kepada keperluan produk tempatan walaupun tidak sampai 3 peratus tetapi perusahaan itu turut menjadi mangsa politik agensi kerajaan. Karenah birokrasi yang tidak difahami hujung-pangkalnya sering mencemaskan pengusahanya. Di suatu ketika, hasil tenusunya tidak dapat dijual kerana agensi terbabit gagal mendapat hasil memuaskan daripada ujiannya yang turut pincang. Hanya selepas ujian sebenar dibuat, barulah produk berkenaan disahkan bersih dan berkhasiat.

Selepas 53 tahun merdeka, kita masih gagal memenuhi walaupun separuh daripada keperluan daging dan produk tenusu tempatan, sedangkan ia boleh dan mudah dilaksanakan jika tidak kerana politik sesetengah pihak, terutamanya pemimpin dan pegawai Melayu yang tamak haloba. Hanya selepas 53 tahun merdeka dan 65 tahun Jepun meninggalkan Malaya, barulah ada kesedaran untuk berpaling ke belakang. Malangnya, dalam arus kemodenan politik dan sosio-ekonomi yang menjurus kepada pembangunan industri, kita sebenarnya lupa bahawa banyak wang dibelanjakan untuk benda tertentu yang kosnya boleh diselamatkan jika ia dibuat di sini.

3. Saya tidak pasti sama ada getah yang pernah ditanam di kawasan Felda, Risda dan Felcra adalah dari benih bermutu tinggi. Dari apa yang saya dengar sejak kecil, ketika tanaman getah mula diperkenalkan di negara ini, kawasan Perang Besar yang kini 'dijajah' oleh Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang pernah menjadi tempat semaian dan pemilihan biji getah mengikut grednya. Mengikut cerita, tauke Cina yang kaya ketika itu mampu membeli benih jenis TG1 bermutu tinggi yang pokoknya tumbuh dengan baik, kulitnya cantik dan susu getahnya banyak.

Orang Melayu yang kekurangan wang pula diberikan benih TG3 atau TG4 yang kulit pokoknya menggerutu manakala hasil susunya kurang memuaskan serta hanya mampu ditoreh untuk 10 tahun sebelum ditebang kerana 'monopos'. Ketika pokok getah milik Tan Cheng Lok ketika itu mampu mengeluarkan hasil selama 15-20 tahun, pokok milik orang Melayu terpaksa ditinggalkan atau ditanam semula selepas 8-10 tahun. Estet getah yang ditadbir oleh Mat Salleh ketika itu turut menggunakan benih TG1 atau TG2.

Pembeli dan peraih getah ketika itu turut dimonopoli oleh orang Cina. Orang India ketika itu kebanyakannya bekerja dan tinggal di perumahan estet getah manakala orang Melayu sama ada menoreh getah sendiri seluas seekar dua, yang lain menanam padi atau menyertai perkhidmatan kerajaan seperti polis, tentera dan pentadbiran.

Sayang, hari ini, orang Melayu mudah menuding jari ke arah bangsa Cina, India dan yang lain kerana membolot apa yang seharusnya menjadi milik mereka. Mereka makin tidak puas hati apabila bangsa lain menguasai banyak bidang ekonomi dan kurang menyumbang dalam membantu meningkatkan pula ekonomi orang Melayu. Mereka marah apabila bangsa lain mula mempersoalkan ketuanan Melayu dalam konteks 1Malaysia sehingga mendorong mereka menubuhkan persatuan dan pertubuhan berjiwa Melayu bagi membela dan mempertahankan hak orang Melayu.

Barulah hari ini wujud kesedaran agar orang Melayu yang semuanya beragama Islam, bersatu dan merapatkan jurang ideologi dan politik mereka. Barulah hari ini mereka sedar akan kelemahan berpuak-puak dan berpecah belah sesama sendiri. Hanya selepas 53 tahun merdeka, barulah orang Melayu mula mengukur tahap mundur-maju mereka.

Saya tidak tahu ukuran apakah yang orang kita gunakan. Terserahlah kepada penilaian pemimpin dan individu Melayu itu sendiri. Tetapi baru pagi tadi saya melihat satu daripada banyak ukuran yang ada - kira-kira 15 tahun lalu hanya orang India saja yang bekerja di atas lori sampah tetapi hari ini, hanya orang Melayu saja yang saya lihat bekerja mengutip sampah; tidak ada lagi orang India!

Memang orang Melayu perlu menguasai bidang-bidang yang belum pernah mereka kuasai suatu masa dahulu! Yang ada pada mereka sejak dahulu ialah kekuatan politik... itu pun nampaknya makin lemah!

42 comments:

siong77 said...

jai,

ada lagi ukuran pencapaian melayu.

suatu waktu dahulu, rumah orang2 tua dipenuhi warga tua bangsa cina dan india tapi hari ini makin ramai warga tua melayu menghuninya.

suatu waktu dahulu, hanya bangsa asing yang ramai buang bayi tapi sekarang ramai melayu dah buat macam tu

suatu masa dulu dadah hanya dikenali oleh bangsa asing tapi hari ini makin ramai melayu jadi penagih dan pengedarnya

apa lagi?

fikir2lah sendiri

paktin said...

agaknya orang melayu akan makin ketinggalan di zaman 1malaysia ni.

btol tak bang?

najib dah buka sektor kewangan dan perkhidmatan kepada semua orang.

semalam, chua soi lek minta kerajaan buka pula sektor minyak dan gas agar lebih ramai kaum cina dan bukan melayu menyertainya.

elok gak najib ikut cadangan tu...

Anonymous said...

silap besar melayu ialah terlalu bertolak ansur. kalau tak, takkan jadi macam ni

Anonymous said...

alaaaaaa....

kalau tak kena jajah dengan orang asing dulu, melayu takkan maju ke mana pun.

bila bangsa asing masuk dan maju, barulah mereka sedar bahwa banyak hak mereka hilang di atas kelalaian sendiri

peter S said...

yeap. stop blaming others for your backwardness!

erlangga said...

najib pegang felda bukan kerana ayahnya yang tubuhkan felda tapi sebab undi peneroka dan sumbangannya kepada poket kerajaan... sama macam kwsp, tabung haji, petronas, dll

anak tani said...

melayu takkan ke mana2 selagi berpecah dan berpuak-puak.

umno pun akan hilang kuasa jika pemimpinnya hanya mementingkan diri sendiri dan kroni2 mereka.

peneroka felda akan terus hidup begini sampai bila2 sebab tidak ada pembaharuan dibuat terhadap perlaksanaan dan perancangan felda.

kerajaan cuma tau kutip hasilnya saja.

dalamm ertikata lain, felda sama je macam jikiden

Anonymous said...

Maaf bang. Seperti yang dikata "Melayu manyak pandai"

Pandai kah Najib
Pandai kah Rosmah
Pandaikah Muhyiddin
Pandaikah Hishamuddin
Pandaikah Zahid Hamidi
Pandaikah Shafie Apdal

Bodohkah Nazri Aziz
Bodohkah Tun Musang Hitam
Bodohkah Tun Abdullah Bodowi dan ahli keluarganya.

Cerdik kah memteri-menteri Melayu
dalam Kabinet Najib

Pandai sangat kah Sarizat Jalil dan Marsitah dan CEO GLC yang ada.

Apa Pendatang KOH Su Khoon buat dalam Jabatan PM Najib.
Siapa Maximus Ongkili
Siapa Kaveyess
Siapa Sami Velly
Siapa Chua Soi Lek
Siapa Kong Chong Hor

Cari lah jawapan sendiri. Banyak lagi pemimpin seperti diatas.

Salam

Anonymous said...

memang susah nak ubah sikap melayu kerana sejak dari dahulu mereka sudah terlalu bergantung kepada kerajaan dan pemerintah.

loga said...

right bro.

dont blame others for being far behind the chinese and others. you got yourself to blame!

good posting

Anonymous said...

betul ke felda dalam keadaan yang baik dan bukannya bankrap?

sitora said...

jai,

takyah la tulis lagi pasal melayu ni. dah muak dah.

dr mahathir pun dah malas nak sebut pasal sikap melayu ni dah.

ombudsman said...

sistem lembu pawah memang berjaya di peringkat awal tetapi kemudian dilanda macm2 masalah seperti penyakit, kecurian dan cara pemakanan yang kurang elok.

sikap yang terima pawah pun semacam jugak. dapat anak lembu, dijual. bila ditanya, dia cakap anak lembu tu dah mati.

sama gak dgn subsidi baja. ada baja yang diletak di bawah rumah bertahun-tahun tak digunakan manakala ada gak yang menjualnya.

macam mana la melayu nak maju!

siti umbrella said...

waaaahhh... abah awak memang bagus sebab suka bercerita mengenai kisah silam.

sepatutnya kita begitu, dengar kisah masa lampau daripada mereka yang pernah mengalaminya.

ia baik sebagai teladan dan sempadan.

kulitkraf said...

tun razak, hussein onn dan dr mahathir adalah pemimpin agung. mereka memperkenalkan banyak dasar yang memajukan negara dan rakyat.

bagaimanapun, pemimpin kemudian yang bertanggungjawab meneruskan dasar itu nampaknya ramai yang menyeleweng dan mengambil kesempatan dengan memperkayakan kroni mereka.

felda ditubuhkan dengan niat yang amat baik tetapi rentetan pelaksanaannya sehingga kini banyak merumitkan hidup peneroka sendiri

Anonymous said...

sdr,

amat baik posting sdr kali ini. ia diharap beri kesedaran bahawa melayu perlu belajar lebih banyak lagi untuk memperbaiki taraf hidup, dan bukan setakat menyalahkan orang lain dan membuat pelbagai tuntutan

selipar jepun said...

JOTO, jai-san

watashiyo anatano!

gerabak said...

rm350 tak cukup ke?

nak berapa?

rm3500? rm35000?

harga getah dan sawit tengah down. lain tahun boleh la...

budak sekolah said...

TAK MELAYU HILANG DI DUNIA.


ni pun dah cukup. buat apa nak jadi kaya, nanti jadi sombong lak

Anonymous said...

you mean to say that malays are slow thinkers....just like u?

pendita said...

melayu memiliki kepimpinan yang baik, jai.

cuma kebanyakan pemimpin melayu hari ini lebih mementingkan tengkorok sendiri daripada memelihara kepentingan bangsanya...

kita tengok hari ni je... banyak yang masih ketinggalan dan hidup miskin selepas 53 tahun merdeka.

masih ramai melayu luar bandar yang hidup mereka tidak berubah kerana kerajaan terlalu mementingkan pembangunan bandar dalam usaha menarik pelabur asing.

kemasukan pelabur asing pula tidak banyak membantu membuka peluang kepada orang melayu, sebaliknya menyaksikan mereka terperosok lebih jauh ke belakang.

nizam, klebang said...

53 tu antara muda ke tua ler, hawau!

kau pun akan sampai ke tahap tu.

tapi 53 ni takda maknanya kalau kita masih tidak berubah, masih ketinggalan serba serbi, masih leka dan tidak mahu terus memperbaiki kelemahan diri.

melayu bukannya tak berusaha tetapi terlalu sibuk berpolitik... macam pemimpinnya jugak

sarina said...

arwah ayah saya turut menceritakan kisah biji getah murah untuk orang melayu.

t kasih kerana mengingatkannya kembali.

hashim fonda said...

felda ni macam mara suatu waktu dulu, hampir bankrap dikerjakan oleh mereka yang menguruskannya.

cuma oleh kerana mara melambangkan melayu, maka kerajaan terus memelihara dan menyuntik wang kepadanya.

zenith said...

itulah akibatnya jika kita terlalu sibuk berpolitik. orang melayu fikir jika kita menguasai politik, kita akan menguasai pemerintahan dan semua bidang yang ada.

tetapi dalam politik pun, orang melayu bercempera, berpuak-puak dan berpecah belah. retorik agar mereka bersatu cuma lebih kepada mengisi agenda perjuangan lapuk yang tidak mungkin tercapai kerana wujudnya jurang perbezaan ideologi yang luas di antara umno dan pas.

politik melayu makin menjurus kepada memelihara kepentingan peribadi dan kerabat sendiri. pengikut setia dan ahli biasa hanya dijadikan alat atau tunggangan untuk meraih undi serta sokongan bagi seseorang menjawat sesuatu jawatan penting dalam parti.

kebanyakan melayu hari ini sudah melupakan sejarah atau tidak langsung ingin belajar daripadanya.

saya tertarik dengan kisah buah jarak ini kerana ia sepatutnya sudah lama dikomersilkan. orang melayulah yang mula2 menanam dan mempelajari kepentingan komersilnya. malangnya, selepas jepun berundur, ia lenyap begitu saja.

sejarah melayu amat penting kerana mengunjurkan banyak kisah serta pengalaman yang patut dicontohi. amat jauh bezanya melayu sebelum dan selepas merdeka...

class monitor said...

mana awak dapat idea tulis benda macam ni?

saya akui, memang menarik mengenai buah jarak, lembaga daging dan jikiden ni.

saya rasa awak je bloger yang mengenengahkan kisah macam ni.

saya harap awak boleh terus bagi inpu sebegini lagi.

t kasih

Sideline said...

Bujai,

Interesting thoughts "sampai bilakah hanya getah dan sawit saja boleh menentukan hala tuju Felda?" Yes, why only getah and sawit?

Felda charter didn't restrict any crop. Why not diversify in cocoa? Just click the link to see that how much price/per ton the price has appreciates for the last five yearshttp://www.icco.org/statistics/monthly.aspx?AD=2004&MD=1&AH=2010&MH=8&Tipo=Grafico&Datos=USD

Currently Cocoa prices yield better prices than rubber or palm oil. Somebody must have been sleeping on the job to plan the diversification of crops.

BTW, I'm still cannot rationalize why Felda need to built new corporate HQ. Just magine mak cik & pak cik from remote say Jengka Felda settlement come to the new HQ to request help with their crop problem. I just hope the receptionists are well train to accept and assist them at the front office .

Anonymous said...

betullah apa yang disebut oleh dr mahathir dalam bukunya the malay dilemma.

melayu akan terus hidup dalam dilema sendiri....

lin na said...

saya berbangsa cina tetapi saya ingin mengulas bahawa orang melayu dan orang cina serta bangsa lain di malaysia seharusnya mampu hidup seiiring.

apa yang perlu ialah kekuatan politik dan keinginan semua pihak dalam merapatkan jurang yang ada.

saya akui orang cina memang menguasai ekonomi tetapi orang melayu tidak kurang hebatnya. apa yang memisahkan kita mungkin ialah pendekatan...

AKI said...

i like this posting. its very educative.

more, perhaps?

guru BM di sekolah Cina said...

melayu tak patut salahkan bangsa lain.

mereka patut cermin diri dulu

jin kutub said...

saya tertarik dengan komen SIDELINE.

memang benar, takkanlah hanya getah dan sawit saja yang jadi nadi serta nyawa perniagaan felda?

seperti kata SIDELINE, koko makin mendapat pasaran luas dunia dan harganya makin melonjak.

felda perlu memikirkan cara lain untuk mempelbagaikan tanaman tanah rancangannya.

seperti yang penulis sebut, pokok jarak mungkin boleh dicuba selain koko dan tanaman lain yang mampu mendapat pasaran dunia

Anonymous said...

yes, more melayu are working as pengutip sampah!

kah kah kah!

Anonymous said...

lagi satu, kenapa tanah milik melayu makin berkurangan?

sebab melayu penakut dan terlalu ikut peraturan sedangkan bangsa lain tidak begitu.

orang cina di cameron highlands and india begitu rakus meneroka tanah kerajaan secara haram.

selepas 10 atau 15 tahun, mereka menuntut taraf TOL dan kerajaan terpaksa memberikannya kerana politik.

panchang said...

saranan yang baik mengenai getah dan sawit dalam menentukan hala tuju felda.

lembaga pengarah felda kena fikirkan tulisan sdr ni.

syabas

Anonymous said...

jikiden dulu bagus walaupun di bawah jepun. orang melayu lebih berdisiplin menjalankan kegiatan tani.

felda masih banyak kelemahan, terutama dalam memastikan peneroka hidup selesa, lebih2 lagi bila memasuki generasi kedua dan ketiga.

biol said...

sebab tu la melayu cipta peribahasa 'lari tak cukup tanah'. maknanya tanah milik melayu dah makin kurang, so terpaksa la lari kat atas tanah orang lain....

eh..

Anonymous said...

felda is a big cooperation but is not managed properly.

why? its full of politics!

Anonymous said...

Undeniably consider that which you stated. Your favorite justification seemed to be at the internet the
simplest thing to understand of. I say to you, I certainly get annoyed at the same time as folks think about worries
that they plainly don't realize about. You controlled to hit the nail upon the top and outlined out the entire thing with no need side effect , other people can take a signal. Will probably be back to get more. Thank you
Here is my webpage :: aciphex cost

Anonymous said...

Thanks for a marvelous posting! I genuinely enjoyed reading it, you will be a
great author.I will ensure that I bookmark your blog and may come back later on.

I want to encourage you to definitely continue your great
work, have a nice holiday weekend!
Also visit my homepage - adoption records

Anonymous said...

It's hard to find educated people for this subject, however, you seem like you know what you're talking about!
Thanks
My site ... achilles tendon pain

Anonymous said...

This is a good tip especially to those fresh to the blogosphere.
Simple but very accurate information… Appreciate your
sharing this one. A must read article!
Feel free to surf my homepage ... examiner.com