Monday, July 19, 2010

Sultan will recover, says his personal doctor

Sultan Ismail Petra of Kelantan is fast recovering at Mount Elizabeth Hospital in Singapore after undergoing series of treatment since he arrived last Thursday, according to Kolonel Dr Amir Ramli (pic), his personal medical officer.

In his response to my earlier posting, he said the Sultan was in his jovial mood and was happy with the treatment and people around him.

Before his departure, there were rumors that a group of officers from Istana Kelantan was planning to install a new sultan for the state, and that there was also another group discussing it at a hotel in Kuala Lumpur yesterday.

Come on! The Sultan is still very much alive and kicking!

Read Dr Amir's statement:

Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah Tuanku sudah selamat menjalani semua ujian-ujian terhadap baginda yang telah dirancangkan oleh saya dan team perubatan dari Istana Mahkota. Ujian ini termasuklahh ujian darah, x-ray, ECG, Echocardiogram, Rebenium Stress Heart Scan dan Angiogram. Alhamdulillah semuanya baik dan terkawal. Kesihatan Tuanku telah menunjukkan perkembangan yang TERAMAT baik jika di bandingkan dengan semasa baginda jatuh gering dahulu.

Dari tempat saya menulis ini, saya dapat mendengar suara gelak tawa Tuanku bersama-sama tim (team) perubatan yang sedang melakukan fisioterapi. Pada malam ini akan ada sesi terapi pertuturan. Maka akan lagi meriahlah kamar Tuanku ini.

Semua doktor di Singapura amat terkejut dengan keupayaan Tuanku bertitah dan berkomunikasi dengan baik.Kekuatan fizikal Baginda juga semakin baik. Syukur Alhamdullilah kesihatan Tuanku semakin baik yang mungkin tidak pernah saya personelly lihat kepada pesakit-pesakit lain.

Ada yang kata kes Tuanku bertambah baik ini mungkin berlaku dalam 1 nisbah sejuta. Yang mungkin tidak dapat di fahami melalui perubatan moden. Tapi sebagai seorang Islam, kita perlu faham bahawa Allah yang menurunkan penyakit dan dia juga yang menurunkan ubatnya.

Marilah kita berdoa semoga Allah memberikan kekuatan kepada Tuanku untuk menjalani kehidupan Baginda seharian.

Salam dari Singapura.


Kol Dr Amir Ramli

July 18, 2010 7:07 PM


13 comments:

Anonymous said...

jai we are sick and tired of this stories. u seem to be paid by somebody in kelantan. what a freaking YAWN.

petala said...

hope dr ramli is telling the truth about tuanku's condition.

my doubt is, if his condition improves, there is no need to go back to singapore.

sorry if i am wrong

Anonymous said...

syukurlah kalau tuanku makin pulih. saya rasa lebih elok jika allah izinkan tuanku pulih untuk kembali memerintah negeri, jadi tak wujudlah perebutan takhta di kalangan anak2nya

wazir alam said...

sesiapa yang terlibat mengatur perlantikan sultan baru, adalah petualang!

tuanku masih hidup dan dalam keadaan makin pulih.

janganlah jadi terlalu gila kuasa sehingga sanggup memperlakukan tuanku sebegitu rupa.

jika anaknya yang terlibat, maka durhakalah namanya!

dwi-citra said...

one question for dr amir - are u telling the truth? rumors are that tuanku cannot even speak and this is not a good sign. how is it possible for him to rule the state again?

kacang hantu said...

hoi orang melaka!

kau tak ke singapura ke?

tahun depan dapat datuk kelantan tak? aku nak sedekah pisang

Anonymous said...

walau apa pun keadaan kesihatan baginda, amat sukar untuk pulih sepenuhnya bagi membolehkan baginda kembali ke takhta.

jadi, eloklah rakyat kelantan diberikan seorang sultan yang baru agar dapat meneruskan kesinambungan pemerintahan baginda.

saya bukan biadap tetapi itulah pendapat ramai rakyat kelantan. kita tetap sanjung tengku ismail

Anonymous said...

may lord save the king!

sireh tua said...

memang ada pakatan jahat sebenarnya untuk melihat sultan mati cepat.

ni kerja konco2 datuk halim, dengan izin orang istana jugak

kluangman said...

Alhamdulillah.

Yang Berbahagia Kolonel Dr Amir Ramli bukan sahaja seorang doktor perubatan tetapi juga seorang penulis yang sempat menggunakan bahasa penulisan yang baik dan strategies.

Ke Singapura dan dengan hanya menjalani beberapa ujian sahaja dan akan disusuli dengan beberapa rawatan fisioterapi telah mampu untuk Baginda sihat, ertinya Bagainda telah sihat sejak dari Kelantan lagi dan ke sana sekadar mengesahkan sahaja.

Pengasingan Baginda dengan rawatan ke Singapura bukan sahaja baik dari segi pengasingan suasana tetapi juga bagus dari segi perancangan untuk di susun semula bagi Baginda kembali memerintah Kelantan.

Daulat Tuanku.

Anonymous said...

Where are all the real journos? Semua kena bayar dah? What a shame bro....

Doctor, you spelt "personally" wrong.

MT

Anonymous said...

Salam buat Dr. Amir

Sekalung tahniah semua team perubatan Tuanku. Saya tabik pada Kol. Dr. Amir. Biar apa yang mereka nak persoalkan kerana mereka semua lebih suka dengar cerita yang dikutip dari kedai kopi. Telinga dan pemikiran mereka tertutup untuk mengetahui kebenaran. Baca artikel dalam semua akhbar minggu lepas PID ada menyatakan bahawa orang luar tidak membuat spekulasi tentang Tuanku cuma mereka yang terdekat dan yang mengadap Tuanku lebih tahu. Terima kasih PID.

Dan buat Kol. Dr. Amir teruskan memberitahu dan menulis bagi semua rakyat mengetahui tentang status Tuanku.

Anonymous said...

Dude, alive and kicking?

Are you sure? He's on the wheel chair, haven't you notice?

Memanglah alive tp kicking ke..
Kalau dah sakit, macammana nak memerintah..
Bercakap pon tak petah.
Janganlah buat cerita berdasarkan pandangan from artikel.
Lainlah you met him for real or ada written document yang legitimate.

sireh tua: siapa nak sultan cepat mati tu? macamana you tau.are you sure? tak salah kalau pegawai kerajaan just menjalankan tugas, bersesuaian dengan kehendak atasan yang legal dan undang2

let us be neutral.

saya sebagai orang jati kelantan mendoakan sultan ismail sembuh dan sihat.
saya mengharapkan kemelut yg terjadi akan end soon.

it'd be best if we prayed for the best, not keep making speculation and caused this issue becoming worst.