Friday, July 16, 2010

Siapa di sebalik kemelut Istana Mahkota Kelantan - Bab 6

DYMM Sultan Kelantan berlepas ke Singapura kira-kira jam 11 pagi semalam untuk mendapatkan rawatan susulan di sana. Walaupun beransur pulih, pakar Hospital Mount Elizabeth yang merawat baginda sebelum ni perlu meneliti perkembangannya.

Menemani baginda ialah Raja Perempuan, Tengku Anis, Tengku Temenggong, doktor peribadi dan beberapa pengawal peribadi.

Pemergian Tuanku ke republik itu meninggalkan beberapa tanda tanya. Pertama, mengapakah tidak ada pihak cuba menghalang pemergian baginda seperti yang berlaku pada 4 Mei lalu. Dalam kejadian itu, kira-kira 20 anggota polis dari Unit Tindakan Khas (UTK) menyerbu kenderaan yang baginda naiki serta kereta pengiring, 'menahan serta menculik' baginda sebelum dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

Kedua, persoalan mengenai siapakah yang memohon agar polis bertindak secara 'mafia' dengan mengacukan senjata separa-automatik ke arah kenderaan terbabit, masih belum terjawab. Pendapat umum ialah, jika pun permintaan itu datangnya dari 'dalam Istana', pihak polis perlu menolaknya dengan baik kerana ia bakal memalukan pasukan polis sendiri.

Apa tidaknya, tindakan sedemikian bukan saja dianggap sebagai menghina seorang Raja Melayu, malah mendorong kepada kemungkinan ia boleh berlaku ke atas sesiapa saja. Lagipun, Sultan Kelantan sedang uzur pada masa itu dan tidak bersenjata. Perlukah kita berbuat demikian terhadap seseorang yang tidak mampu mempertahankan dirinya? Mengikut laporan Dr Amir Ramli yang merawat baginda, Sultan terkejut dan trauma selepas insiden berkenaan.

Persoalan berkaitan ialah, permohonan serbuan ala-Mafia itu memerlukan kelulusan pegawai tinggi polis. Adakah Ketua Polis Kelantan atau Ketua Polis Negara dimaklumkan mengenai permintaan itu dan jika mereka yang meluluskannya, mengapa?

Jika betul wujudnya masalah dalaman di istana (sehingga mendorong kepada Kerajaan Persekutuan enggan campur tangan), penggunaan UTK masih dianggap tidak wajar dan tidak masuk akal. Adakah Sultan Kelantan dan pengiringnya dikategorikan sebagai pengganas untuk diperlakukan sedemikian rupa?

Oleh kerana polis sudah pun dipergunakan dan campur tangan secara langsung, maka kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak, melalui Kementerian Dalam Negeri dan Peguam Negara, harus menyiasat isu ini kerana ia boleh memalukan kerajaan dan mengaibkan pasukan polis. Polis DiRaja Malaysia (PDRM) ialah milik Kerajaan Persekutuan dan bukannya milik mana-mana istana diraja.

Jika ada pegawai kanan polis mengeluarkan arahan supaya serbuan itu dibuat, dia perlu disiasat dan dikenakan tindakan. Pantang anak Melayu durhaka pada raja yang adil!

Persoalan selanjutnya ialah, mengapa Sultan dibenarkan ke Singapura kali ini tanpa bantahan mana-mana pihak yang sebelum ini 'cuba membunuh' baginda dengan menyekatnya ke sana? Adakah kerana baginda sudah beransur pulih dan sudah tahu apa yang sebenarnya berlaku di Istana Mahkota sewaktu baginda gering selama ini?

Di segi hukum akal dan logik, kita tidak berhak sama sekali menghalang seseorang daripada mendapatkan rawatan kesihatan di mana pun yang diingini, terutama bagi seorang sultan yang kos rawatannya dibiayai sendiri oleh keluarga baginda, terutamanya Tengku Temenggong. Dakwaan segelintir pihak yang selama ini mendakwa sudah membayar semua kos rawatan baginda, ternyata dusta semata-mata.

Satu lagi persoalan ialah, mengapa ahli Majlis Perajaan Kelantan tidak cuba campur tangan di atas pemergian baginda kali ini, dan apakah motif di sebalik sikap membisu seribu bahasa mereka? Selama ini, mereka yang langsung tidak menjenguk baginda ketika dirawat di Singapura sebelum ini, adalah yang paling banyak cakap. Kali ini?

Sultan Kelantan ialah salah seorang raja Melayu berdaulat. Jika beginilah layanan yang diberikan terhadap baginda, apa akan jadi berikut kepada Raja Melayu lain pada masa akan datang? Jika Melayu sendiri sanggup berbuat demikian kepada raja mereka, jangan marah jika bangsa lain memandang rendah kepada Institusi Raja Melayu!

34 comments:

bronx said...

CHECK-MATE IN KOTA BHARU

I DON'T know how many of you realise this but there was a massive check-mate in Kota Bharu recently which should help to resolve the dispute within the Kelantan royal family.

If the sultan had made it to Singapore for further treatment, as intended by some members of his family but without the involvement of the state or the regent Tengku Faris, it could have made the situation worse since certain personalities were expected to continue to shield the ruler from being examined and evaluated by a government-appointed independent medical panel.

But having been examined by the panel, the sultan is now back at Istana Mahkota where one branch of his family has been making its own arrangements to treat him, which is unusual in this country given the simple fact that he is a sultan.

And as assured by Attorney-General Gani Patail, the sultan is also now free to be taken to Singapore as planned and if so wished by people keeping him confined to within the walls of Istana Mahkota.

The fact also remains that the Kelantan constitution demands that a decision is made at the end of 12 consecutive months regarding the condition of the sultan in relation to the throne. The deadline is about now and the report by the independent panel will be the one crucial document which the Succession Council will have to depend on when deciding on what happens to the throne next.

Decide they must if Kelantan doesn't want to find itself still without a sultan after more than 12 months and with it a host of legal and constitutional complications and ramifications. It's not about choosing one or the other; it's just that the constitution demands it.

kluangman said...

Tuan, kali ini isi tulisan langsung tidak berkaitan dengan tajuk siapa di sebalik kemelut Istana, langsung tidak memberi jawapan malah tuan sendiri juga terkial kial dengan bermain kata kata.

Kami menunggu jawapan dan bukannya di ajukan persaolan dan teka teki yang berterusan seolah olah tuan sendiri tiada jawapan pasti, sudah tiada peluru lagi, sudah kehabisan peluru atau senapang sudah kena curi???

Tulisan di atas banyak dimasukkan dengan tafsiran dan pemahaman tuan sendiri yang menggamit kepada tuduhan liar, yang menggamit simpati, yang menggamit kebencian kepada satu pihak lagi dan ada unsur2 menghasut secara halus.

Persaolan ini perlu dijawab dengan segera kerana ia bukan satu misteri tetapi sebaliknya satu fakta yang boleh dinilaikan oleh pembaca. Jangan biarkan tajuk ini menghilangkan kredebiliti tuan sebagai penulis yang disegani.

Terima kasih.

kluangman said...

Tuan, kali ini isi tulisan langsung tidak berkaitan dengan tajuk siapa di sebalik kemelut Istana, langsung tidak memberi jawapan malah tuan sendiri juga terkial kial dengan bermain kata kata.

Kami menunggu jawapan dan bukannya di ajukan persaolan dan teka teki yang berterusan seolah olah tuan sendiri tiada jawapan pasti, sudah tiada peluru lagi, sudah kehabisan peluru atau senapang sudah kena curi???

Tulisan di atas banyak dimasukkan dengan tafsiran dan pemahaman tuan sendiri yang menggamit kepada tuduhan liar, yang menggamit simpati, yang menggamit kebencian kepada satu pihak lagi dan ada unsur2 menghasut secara halus.

Persaolan ini perlu dijawab dengan segera kerana ia bukan satu misteri tetapi sebaliknya satu fakta yang boleh dinilaikan oleh pembaca. Jangan biarkan tajuk ini menghilangkan kredebiliti tuan sebagai penulis yang disegani.

Terima kasih.

Anonymous said...

semoga baginda sembuh cepat. ini akan selesaikan semua isu

malay hit said...

memang patut siasat siapa bagi arahan pada utk tu. memalukan negara dan bangsa melayu.

jai prakash said...

jai, is it true that hishamuddin hussein got a copy of the cd but didnt do anything because the police is under his ministry?

then he should consider the fact that the damage has been done and the people alrewady know about it.

why must we cover it?

lets say if the opposition take advantage of the issue...

at least he should issue a statement

Anonymous said...

laaaaa.... ada lagi!

ingatkan dah abis dah!

aman sahib said...

mereka tak tahan tuanku kali ni sebab tuanku dah hampir pulih dan dah tau siapa benar, siapa salah.

mereka selama ni tak bagi harapan untuk tuanku pulih, dengan niat yang amat jahat.

ni bila tuanku dan faham kedudukan sebenar, mereka dah mula panas punggong... itu pun kalau mereka ada punggong!

Anonymous said...

takut rahsia terbongkar kot, sebab tu diam je tok halim tu

mr kudita said...

whatever it is, the sultan health is showing good sign. he is recuperating. the team of doctors know what is best to help him.

whoever has other thought about the sultan, better brush it aside as he will be back to the throne.

hasry said...

bronx,

i agree.

if the sultan's health doesnt permit him to go on, then a news sultan should be sworn in after the said period.

cincin belah rotan said...

WHERE IS THE VIDEO, JAI?

RELEASE IT ON THIS BLOG, DONT MAKE US WAIT!

Anonymous said...

kalau betul kerajaan dah tau pasal serbuan tu, siasat je la. kalau betul ada pegawai tinggi polis terbabit, siasat je, jangan ada pilih kasih. ni soal melayu, seorang raja melayu yang diperbodohkan oleh polis!

nik marlia said...

saya bukan di pihak mana2, pendapat saya ialah jika kesihatan sultan masih tidak mengizinkan baginda terus memegang takhta, maka wajarlah seorang sultan pengganti dilantik.

tengku faris, sebagai anak sulung dan waris yang sah patut diberikan tugas itu, kecuali dia sendiri tak mahukannya.

adik2 beliau yang lain boleh sama2 menguruskan pentadbiran isntitusi diraja kelantan dengan baik dan tanpa niat yang tidak elok sesama sendiri.

inilah yang rakyat kelantan mahu lihat, bukannya ketegangan.

pokai said...

looks like tengku temenggong is closer to his father. he has been taking care of him since day 1 tuanku was hospitalised.

he is a good son...

Anonymous said...

aku heran gak,

apsal tengku faris tak pernah lawat ayahandanya ketika di singapura dulu?

dia ok ke tak dengan baginda?

yatiman said...

susah nak cakap beb. ramai yang cakap penyakit sultan susah untuk sembuh.

cuma aku tabik pada keluarganya kerana tidak putus asa mencuba.

semoga baginda sembuh, dengan izin allah

cina buta said...

who actually paid the sultan hospital bill?

nik aziz used to say the state govt did while others said tgku fakhry paid.

confused lor

noy said...

jai, jangan merepek. memang tengku faris dan fakhry tak sekata, berebut takhta dan dah macam berputus arang, berkerat rotan.

Anonymous said...

singapore again?

whats wrong with HUSM?

Anonymous said...

Jai, pls show us the cd? Play it now. DS hishamudin denied utk was ambushed sultan and convoy? We want to know, what is really happen. Gobind singh deo dah tujukan soalan kat hisham mengenai cd ambush tu. Dalam star page 30. Saya rasa u tunjukkan je that cd.

Bukan tanggang said...

Knp sultan kelantan diperlakukan begini? Saya harap baginda sembuh segera, amin. Kita perlu sedar bahawa raja melayu byk kepentingan untuk negara. Tambahan pula, keinginan kerajaan memupuk semangat baru dalam perpaduan melayu dan islam di malaysia. Tolong sayangilah sultan kita dan raja melayu seluruhnya. Bagaimana kita sayangi ibu bapa kita, kita perlu setia pada pemerintah negeri. Derhaka maknanya neraka.

Anonymous said...

Jai, pls show us the cd? Play it now. DS hishamudin denied utk was ambushed sultan and convoy? We want to know, what is really happen. Gobind singh deo dah tujukan soalan kat hisham mengenai cd ambush tu. Dalam star page 30. Saya rasa u tunjukkan je that cd.

Batubara said...

Agak menghairankan mengapa datuk seri hishamuddin boleh nafi, tuanku sultan diserang hendap - sedangkan beliau sendiri melihat cd berkenaan - logik lah datuk seri takkan nak tahan sultan kena senjata api dan acukan senjata di kepala manusia? Sampai macam tu sekali ke? Tolonglah datuk seri buat sesuatu sebelum perkara ini jadi kudis pd datuk seri. Datuk seri be a gentleman. Bercakap kerana benar. Allah syg pada hamba yang bercakap benar. Kami bimbang perkara ini jadi bhn eksklusif pihak pembangkang pada pilihanraya nanti. Fikirlah byk kali datuk seri.

Anonymous said...

jangan siapa2 nafikan bahawa tengku faris yang suruh ketua polis kelantan sekat kenderaan tuanku secara tu, dan kp pulak minta persetujuan ketua polis negara yang terus kata ok.

tengku faris memang niat tak baik sebab nak cepat jadi sultan kelantan.

Anonymous said...

hisham mana berani nak ambil tindakan dah.

dah termasuk dalam dah bendanya tu

wan wang said...

agaknya berapa lama pulak sultan akan di singapura kali ni...

bukan apa... lagi lama dia kat sana, lagi bersoraklah kumpulan penderhaka tu

Anonymous said...

inilah saat2 yang ditunggu oleh mereka yang cuba merampas kuasa daripada sultan. selama ni mereka harapkan sultan cepat mati atau tidak sembuh langsung, dengan harapan calon mereka akan cepat naik jadi sultan. calon ni pulak nampak baik di mata rakyat tetapi hakikatnya dia sendiri akan memusnahkan rakyat dan negerinya.

Anonymous said...

ok la sultan ke spore. yang tak sedap didengar ialah ada ura2 nak rampas kuasa sultan di istana. dah tak sabar2 lagi dah

zeenat said...

why not appoint a new sultan soon. i dont think the sultan will recover soon or to have his condition back to normal.

fenin lalat said...

hairan, kalau dr amir tu dah bagus sangat rawat sultan di husm, apsal nak ke singapura jugak?

Kol Dr Amir Ramli said...

Askm semua.

Alhamdulillah Tuanku sudah selamat menjalani semua ujian-ujian terhadap baginda yang telah di rancangkan oleh saya dan tim perubatan dari Istana Mahkota.

Ujian ini termasuklahh ujian darah, x-ray, ECG, Echocardiogram, Rebenium Stress Heart Scan dan Angiogram. Alhamdulillah semuanya baik dan terkawal.Kesihatan Tuanku telah menunjukkan perkembangan yang TERAMAT baik jika di bandingkan dengan semasa baginda jatuh gering dahulu.

Dari tempat saya menulis ini, saya dapat mendengar suara gelak tawa Tuanku bersama-sama tim perubatan yang sedang melakukan fisioterapi.

Pada malam ini akan ada sesi terapi pertuturan. Maka akan lagi meriahlah kamar Tuanku ini.

Semua doktor di Singapura amat terkejut dengan keupayaan Tuanku bertitah dan berkomunikasi dengan baik.Kekuatan fizikal Baginda juga semakin baik.

Syukur Alhamdullilah Kesihatan Tuanku semakin baik yang mungkin tidak pernah saya personelly lihat kepada pesakit-pesakit lain.

Ada yang kata kes Tuanku bertambah baik ini mungkin berlaku dalam 1 nisbah sejuta. Yang mungkin tidak dapat di fahami melalui perubatan moden.Tapi sebagai seorang Islam, kita perlu faham bahawa Allah yang menurunkan penyakit dan dia juga yang menurunkan ubatnya.

Marilah kita berdoa semoga Allah memberikan kekuatan kepada Tuanku untuk menjalani kehidupan Baginda seharian.

Salam dari Singapura.

Kol Dr Amir Ramli

Aiyman said...

Di katakan pada malam ini akan berlaku mesyuarat di Hotel Travel di Kuala Lumpur untuk melantik Sultan Kelantan Baru.

Sedih hati kecil ku ini!

Tengku Kelantan said...

Yang bersalah dalam hal ini adalah golongan yang tak pernah mensyukuri nikmat Allah SWT, takdir telah tertulis bahawa mereka dilahirkan untuk berada dipuncak kemewahan dunia dengan pangkat dunia yang tinggi, namun perasaan tamak dan tidak pernah bersyukur menjadikan mereka begini, hak rakyat dirampas sewenangnya-wenangnya, Allah telah mentakdir kan hati mereka telah gelap kerana rezeki haram menjadi darah daging mereka, semoga Allah SWT membawa mereka kembali kepangkal jalan dan mengampun dosa-dosa mereka dan menamatkan kemelut istana kelantan ini...Amin