Monday, July 5, 2010

Siapa di sebalik kemelut Istana Mahkota Kelantan - Bab 5

Take a close look at the two photos below. Give it a wild guess, where do you think it took place? Without captions, many would suggest this a la ninja and a la Mafia ambush has taken place somewhere in Afghanistan, Pakistan, Iraq, Iran or Sicily.

Malaysian security forces, to our knowledge, had never resorted to this tactic. But why not? When the instruction came from the higher athourity, its compulsory for the mission to be accomplished.

The photos are just segments of a video taken on May 4, 2010. It was shocking and insulting.

At about 7.20pm, the entourage of Sultan Kelantan was ambushed by about 25 police (UTK) personnel while he was on his way to the Pengkalan Chepa Airport where a private plane was waiting to fly him back to Singapore.

They hijacked, 'kidnapped' and forced him to Hospital Universiti Sains (HUSM) Kubang Kerian. Under whose directive was it has yet to be ascertained. However, the theory of a conspiracy for him to die soon can never be discounted.

So, this is how they treated a Sultan...


I will U-Tube the video very, very soon

73 comments:

Anonymous said...

7.25pm? bukan dah nak dekat maghrib kerr.. semua ni sembahyang kat maner?

Anonymous said...

Tg Temenggung vs Pemangku Raja.The battle is still on.

Man Jaa said...

Saudara jai... TAHNIAH! The truth is revealed

CT said...

Adalah sesuatu yang MENDUKACITAKAN jika pekara begini berlaku. Ampun Tuanku

Aiyman said...

Benda yang buruk akan terbongkar juga akhirnya. Bawa semua orang yang bertanggungjawab kemuka pengadilan

kluangman said...

Kalau Tuanku digambarkan 'sihat' kenapa harus ke hospital di Singapura semula, selayaknya di HUSM sahaja, dan terbukti Tuanku sihat selepas dirawat di HUSM hingga sekarang tanpa perlu ke Singapura untuk membelanja wang rakyat.

Dari segi kepentingan rakyat, tindakan menyekat Tuanku ke Singapura adalah wajar dan tindakan polis khas tersebut juga perlu dan sesuai pada masa itu berdasarkan masa yang terhad. Kecekapan dan kepantasana mereka wajar dipuji.

Atas arahan siapa? Jika dilihat kepada kepentingan rakyat, arahan siapa itu sudah tidak begitu penting.

Anonymous said...

siarkan je video tu.

tunggu apa lagi!

halilintar said...

kita tak tau siapa yang beri arahan tetapi ia berpunca daripada sengketa TM dan TT.

apa pun, cara begini amat keji. apa dosa sultan untuk diperlakukan begini?

tuanku membahayakan siapa sehingga senjata semi-automatik terpaksa digunakan untuk menghalangnya?

siapa pun yang mengeluarkan arahan ini, tidak patut dimaafkan.

soal pertelingkahan dua beradik ni adalah soal mereka tetapi penggunaan kekerasan ala mafia ni tidak dapat diterima akal!

gurkha said...

NI MESTI KERJA TENGKU TEMENGGONG NI!

nur82 said...

sedih amat rasanya melihat tuanku diperlakukan sedemikian rupa.

apa salah tuanku hingga dibuat seperti seorang penjahat?

tidak ada cara lainkah untuk memujuk baginda agar mendapatkan rawatan di husm?

Anonymous said...

kalau betul pun ada arahan dari istana, pihak polis patut menolaknya untuk mengelakkan sebarang kontroversi. ni dah jadi macam ni, siapa nak jawab? kerabat dalam istana mahkota memang tengah krisis, ni ditambah pula dengan paparan sebegini yang tidak wajar dilakukan oleh polis kita.

Anonymous said...

is this the way to treat a sultan?

the answer is NO!

lehman said...

someone of the highest authority must have issued the order to the police. could be from istana, could be from someone close to the istana, either tengku mahkota or tengku temenggong or tengku anis.

simple conclusion!

tokeh balakONG said...

bujai,

what u are doing now will burst in the face of the govt, dont u think so?

the opposition will use this to sharpen their knives on the pm, hisham and the police

be careful laaaa!!!

Anonymous said...

memang ada konspirasi kot. takkan la tak bagi sultan ke hospital di singapura kalau itu boleh menyembuhkan baginda....

lojik tak?

GOTCHA said...

hisham got to answer

IGP got to answer

kelantan police chief too must answer

tengku mahkota also must explain

tengku temenggong too must explain

nik aziz also gotta explain

ex-bandit said...

whatever the motive is, the government must investigate.

not interfering in the istana crisis is ok but when it involved the police, an explanation must be prepared

HUDA said...

YA ALLAH!

APA SEMUANYA NI?

SIAPA YANG BERSALAH SEBENARNYA?

Anonymous said...

aku rasa sultan kelantan bawak bom atom kot, sampai utk kena serbu dia macam tu!

akop bunut said...

awak berpihak pada siapa ni? TM atau TT?

dua2nya tak boleh pakai sebab berselisih faham mengenai takhta sedangkan ayahanda mereka masih hidup dan beransur pulih

Anonymous said...

come on bujai,

WHERE IS THE VIDEO?

nestapa said...

sad that the palace crisis is far from over.

more saddening to see how the sultan was treated...

may allah forgive those involved

anak pasir mas said...

polis kena tangkap penulis blog ni sebab mengeruhkan lagi keadaan!

siasat dari mana dia dapat video tu

Anonymous said...

perbuatann yang memalukan semua orang melayu dan kerabat diraja.

patut ke benda macam ni terjadi? kalau nak bergaduh adik-beradik pun, takkan la bapak sendiri dibuat macam ni!

Anonymous said...

Nothing to do wid TT and TM.....this problem is about the stupid MB as advisor to Tuanku to solve this problem at the earliest stage....if BN memerintah tidak berlaku macam nih.....see what heppen in Perak....akan brlaku kalau pembangkang memerintah....salute u jai......telanjang kan semuanya biar rakyat tahu..menilainya

masih di BH said...

kalau adik-beradik tak berebut takhta, takkan jadi macam ni bro. kau sendiri pun maklum akan hal sebenar

tin kosong said...

patut ke guna senjata untuk halang sultan ke singapura?

takda cara lain yang lebih bersifat kemelayuan ke?

ni belajar kat mana ni? israel?

Anonymous said...

Salam

Saya rasa kluangman telah memberi satu analisis yang tepat. Banyak perkara yang saya tak setuju dengan beliau, tapi dalam hal ini saya sokong 100%. Baginda sultan tak perlu keSingapura pula. Ramai pakar-pakar kat USM tu boleh merawat baginda dan mereka ni paling tidak pun setanding dengan doktor di singapura. Saya rasa yang perlu disiasat ialah mereka yang beria sangat nak membawa baginda ke Singapura.Apa ajenda mereka sebenarnya......

Diharapkan selepas ni tak ada lagi orang yang membolot dengan rakusnya hasil mahsul negeri kelantan.

Walllahuallam.

Kepasa Allah kita pohon keampunan.

Rakyat Kelantan di Perantauan.

renggamman said...

kluangman,

bukan saja sultan kelantan, malah sesiapa saja yang ingin mendapatkan rawatan di mana saja yang dia suka, adalah hak asasi seseorang dan tidak ada sesiapa berhak menghalangnya. jika dia selesa dengan cara rawatan di singapura, biarlah dia pergi. kalau awak la, misal kata, nak berubat di indonesia tetapi tiba2 dihalang, dicekup dan dipaksa ke hospital tempatan, apa awak rasa sedangkan awak memang hendak ke indonesia?! bukankah menjadi hak kita untuk pilih perubatan jenis apa dan di mana pun? adakah ini satu jenayah?

Anonymous said...

Nothing to do wid TT and TM.....this problem is about the stupid MB as advisor to Tuanku to solve this problem at the earliest stage....if BN memerintah tidak berlaku macam nih.....see what heppen in Perak....akan brlaku kalau pembangkang memerintah....salute u jai......telanjang kan semuanya biar rakyat tahu..menilainya

gembo said...

kalau tengku faris nafi, tengku fakhry nafi dan tengku anis pun nafi, siapa yang patut mengaku?

ini sudah kes berat ni! tak kisahlah mereka rebut kuasa atau tak. yang jadi isu di sini ialah layanan buruk dan biadap terhadap seorang sultan!

budak U said...

let's see who is telling the truth here....

Anonymous said...

KLUANGMAN TU BAGI PENDAPAT PERIBADI JE WALAUPUN TAK LOJIK SIKIT.

MEMANG HAK SESEORANG UNTUK DAPATKAN RAWATAN DI TEMPAT YANG DIINGININYA TIDAK BOLEH DITEGAH, LEBIH2 LAGI DENGAN CARA MAFIA NI

si pitak said...

bujai,

hisham nak jumpa kau. siap je la. hehe.

silap2 musa hassan pun nak belasah kau

kalashnikov said...

HOLY TOLEDO!

WHY DID THEY DO THAT TO THE SULTAN? WAS HE SO DANGEROUS THEN?

Anonymous said...

mungkin lepas ni ade PRU untuk pilih sultan pulak kut..

anak kedah said...

Kluangman.

Awak macam kurang ilmu sikit!

Ayah saya berasal dari kedah. Semasa mengalami serangan jantung beliau di rujukkan ke IJN kuala lumpur oleh Hospital Sultanah Bahiah Alor Setar. Selepas sebulan di rawat dengan pelbagai ubat-ubatan beliau telah sihat dan di benarkan pulang ke Kedah. Temujanji semula dengan IJN adalah selepas 2 bulan.

Adakah salah unutk ayah saya datang semula ke IJN untuk rawatan susulan walaupun beliau sudah sihat?

Apakah perlu ayah saya ke IJN semula walaupun Hospsital Alor Setar boleh merawat beliau?

Saya rasa, ayah saya patut di berikan hak beliau untuk kemana sahaja untuk mendapat rawatan.

Dr Amir Ramli said...

Askm semua dan kluangman,

Saya adalah doktor yang bertanggungjawab untuk membuat temujanji Tuanku ke Singapura yang telah di rancang sejak dari mula-mula Tuanku discharge dari hospital. Ianya di rancang dengan sebaiknya mengikut kesesuaian Tuanku dan juga kesesuaian masa Doktor Singapura.

Ianya bukan sesuatu yang mudah memandangkan Doktor Singapura juga mempunyai jadual aktiviti yang ketat terhadap pesakit mereka.

Oleh itu, masa yang disetujui adalah masa yang terbaik unutk kedua belah pihak.

Isu duit tidak timbul. Ini kerana ianya tidak melibatkan duit kerajaan negeri kerana ianya telah dibayar sendiri oleh Raja Perempuan dan Tuanku Fakry.

Saya sendiri ada bersama Raja Perempuan dan Tuanku Fakry semasa urusan untuk menyewa kapalterbang dan urusan sewaan bilik hotel.

Ianya adalah urusan peribadi keluarga di raja yang menggunakan duit peribadi untuk membolehkan Tuanku di bawa ke Singapura untuk rawatan susulan sepertimana yang telah ditetapkan oleh Doktor tetapi telah di perlakukan oleh polis secara kasar seperti di dalam gambar di atas.

Adilkah semua ini?

Dr Amir Ramli

Anonymous said...

bullshit..

dont blame police..they ordered by higher authority..

nih masalah bila libatkan politik dengan polis..

hanya orang kelantan je tau n boleh agak apa sebnarnya berlaku,..orang lain stop publishing benda yang boleh keruhkan keadaan

SK gangsa said...

sengketa di antara TM dan TT adalah hal lain. itu urusan mereka. memanglah kejadian ini ada kaitan dengan sengketa mereka.

bagaimanapun dari segi hukum akal dan logik, tidak sepatutnya baginda tuanku dilakukan sebegini rupa. ia satu perbuatan menghina namanya.

ketika itu baginda di dalam kereta, dalam keadaan gering. patutnya kita bertindak di luar batasan minda ini?

manusia jenis apakah yang sanggup merancang ini semua?

jalan mati said...

apabila krisis istana kelantan meletus, kerajaan persekutuan mengambil keputusan tidak campur tangan kerana menyifatkannya sebagai masalah dalaman dan boleh diselesaikan dengan baik.

dato seri najib sendiri pernah berkata bahawa isu istana mahkota adalah isu mereka sendiri dan kerajaan tidak berhasrat campur tangan.

kerajaan negeri pimpinan nik aziz juga tidak campur tangan.

bagaimanapun apabila pihak polis campur tangan atas perintah atau arahan seseorang, ia sudah menjadi isu nasional. pasukan polis terletak di bawah bidang kerajaan pusat.

amatlah memalukan pasukan polis kerana insiden yang mencemar kedaulatan sultan kelantan ini.

hanya arahan ketua polis negara, ketua polis negeri dan menteri dalam negeri saja boleh mendorong kepada tindakan UTK ini.

Anonymous said...

pendedahan awak ni bukan saja akan mengaibkan pasukan polis, malah ramai lagi termasuk najib, hishammuddin, musa hasan, nik aziz dan ramai lagi.

cukuplah di sini saja pendedahan awak. takda untung bagi sesiapa pun!

tumit tinggi said...

WHAT A SHAME TO THE POLICE!

Anonymous said...

THE JUSTICE MUST BE PREVAIL....BUKAN UNTUK TUDUH SESIAPA...KITA TIDAK PERLU TAKUT DENGAN PENDEDAHAN INI....KALAU TAK DI DEDAHKAN TIDAK ADA PENYELESAIANNYA....HANYA ALLAH SWT YANG MAHA MENGETAHUI BETAPA BERAT MATA MEMANDANG LAGI BERAT BAHU MEREKA YANG MEMIKULNYA WALLAHUAKLAM...

kluangman said...

Jika ia bukan melibatkan wang rakyat, saya turut bersetuju atas kebebasan untuk merawat di mana sahaja dan menarik balik pendapat terdahulu dan memohon maaf jika perlu.

Bagaimanapun perkara sedemikian berlaku tidak harus dipandang dari satu segi sahaja iaitu kebebasan mendapatkan rawatan atas perbelanjaan sendiri tetapi harus juga dilihat dari sudut keselamatan dan yang lebih penting 'pencegahan'.

Sesuatu yang di ambil tindakan drastik tentu mempunyai 'alasan tersendiri' dan bukan sekadar dapat arahan biasa, ini yang sebenarnya menjadi lebih tandatanya rakyat.

Kita juga dihidangkan dengan apa yang berlaku yang boleh dilihat dengan mata kasar, saya pasti ada alasan yang lebih logik dari ini akan keluar dari mulut2 pihak yang lebih mengetahui dan paling malang jika 'pendedahan' ini yang sebenarnya bertujuan menghuraikan yang kusut tetapi akan membawa pula kepada kekukusutan yang lebih teruk melibatkan maruah dan peribadi semua pihak.

Apakah semua pihak sudah bersedia? Atau sebenarnya kita akan mengetahui separuh sahaja cerita ini apabila penulis akan 'ditutup mulut' selepas ini?

Sepertimana yang kita ketahui, Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong telah mendapatkan rawatan di German dan jawatannya dipangku oleh DYMM Tuanku Sultan Kedah dan semuanya dibuat dengan pengumuman rasmi, keberangkatan rasmi dan dibuat dengan segala peraturan yang perlu.

Kepada yang Berbahagia Dr Amir Ramli, apakah pemergian Tuanku Sultan juga mengikut protokol tersebut atau dibuat secara diam dan tergesa gesa tanpa pengetahuan umum?

SUMBER ISTANA said...

GURKHA;

TENGKU TEMENGGUNG JUGA TURUT DI TAHAN SEMASA DI DALAM ROMBONGAN TERSEBUT.BAGINDA ADA DI DALAM KERETA PERTAMA DI HADAPAN ALPHARD TUANKU. BAGINDA DI SOAL SIASAT 6 JAM DI BALAI POLIS SELEPAS DI TAHAN.

JADI BAGINDA TIDAK TERLIBAT UNTUK MENGARAHKAN U.T.K MENANGKAP AYAHANDA BAGINDA.

SUMBER ISTANA said...

LEHMAN

BASE ON MALAYSIAN LAW, JUST FOR YOUR CORRECTION, ISTANA OR INDIVIDUAL CLOSED TO ISTANA DO NOT HAVE ANY AUTHORITY ON U.T.K

SUMBER ISTANA said...

KLUANGMAN,

SAUDARA AKAN DI BAWA KE MUKA PENGADILAN BILA TIBA MASANYA KERANA
1. MENGHASUT
2. MEMBERI FAKTA YANG SALAH DAN BERNIAT JAHAT TERHADAP KESULTANAN MELAYU.

TULISAN SAUDARA TELAH DI PANTAU SEJAK DARI MULA SAUDARA MEMBERI PANDANGAN DALAM SIRI-SIRI TERDAHULU.

SUMBER ISTANA said...

HALILINTAR,

SEPERTI YANG DI JELASKAN DI DALAM SURAT KHABAR TRANSISI KELUARAN UUM EDISI PERTAMA, KE2 DAN KE3 BARU- BARU INI,TENGKU TEMENGGUNG DAN TENGKU MAHKOTA TIDAK BERSENGKETA. BAGINDA BERDUA MASIH SEPERTI DAHULU, BERTEGUR SAPA, MENGUTUS KAD HARIJADI, MEMBALAS - BALAS SMS ETC.

TIDAK ADA SENGKETA. INI CUMA PROPAGANDA ORANG TERTENTU UNTUK MENGAMBIL KESEMPATAN DI ATAS APA YANG DI PANGGIL KONSPIRASI MENJATUHKAN TUANKU.

KONSPIRASI YANG DI ATUR SECARA LICIK OLEH ORANG TERTENTU, UNTUK MENGAUT KEUNTUNGAN/ KEDUDUKAN/ PANGKAT DAN HASIL NEGERI KELANTAN.

MUNGKIN APA YANG DIKATAKAN OLEH RAJA PEREMPUAN BAHAWA ANAKANDA BAGINDA MENDAPAT PENASIHAT YANG TIDAK JUJUR/BURUK ( BAD ADVISERS) ADALAH TEPAT!

Anonymous said...

BRO JAI....SAYA RASA SEMUA ORANG KENAL TUANKU TERMASUK PENGAYUH BECA. TAKKAN POLIS TAK KENAL TUANKU?????....LAYAN MACAM PENGGANAS YANG PALING DIKEHENDAKI....

AMPUN TUANKU....

ex-serviceman said...

hairan, kenapa polis sanggup campurtangan dalam krisis istana mahkota. kalau istana lah yang mintak tuanku ditahan dari ke singapura, mereka harus ambil pendirian berkecuali. ini bukannya rampasan kuasa atau konfrontasi. apabila pihak polis mengikut saja arahan sebegini, kesannya bukan pada istana tetapi pada pasukan itu sendiri. mereka akhirnya nampak semacam dungu apabila berdepan dengan institusi beraja. bila ini terjadi, sesetengah pihak akan menuduh pihak polis berat sebelah dan memilih orang disukainya untuk disokong. saya kesal kerana pihak polis, terutamanya ketua polis kelantan tidak berfikir dua kali untuk membenarkan serbuan ke atas tuanku dibuat. atas arahan siapa, bukanlah isunya tetapi polislah yang mendapat malu kerana kebodohannya bertindak seperti ini

usin begok said...

kasi datuk hisham jawab la....

dulu cakap itu hal istana, kerajaan tak buleh campur.

ni dah guna polis. polis ni hak kerajaan pusat, bukan kelantan atau istana.

bila dah guna polis, ia jadi isu nasional la....ngok!

Anonymous said...

awak ni memang bodoh dan menyusahkan. tak cukup lagi ke? hentikan saja kisah ni, awak tak dapat apa pun!

ngah aziz, melor said...

betul. sengketa dalam istana adalah isu lain.

serbuan polis ke atas tuanku adalah isu lain walaupun ia ada kaitan dengan sengketa faris dan fakhry.

kenapa mesti guna kekerasan untuk sekat tuanku ke singapura? kenapa mesti guna taktik mafia macam ni ke atas seorang raja melayu berdaulat?

Anonymous said...

betapa rendahnya darjat seorang raja apabila diperlakukan begitu. mengaibkan kaum kerabat dan memalukan orang melayu sendiri!

Anonymous said...

negeri kalam kabut di bawah pentadbiran ulama yg bukan ahli.istana kalam kabut. MB tua tak cukup akal nak uruskan.Rakyat yg muda sedang siap siaga nak pergi negeri lain.

sejahtera ke di bawah ulama? sejahtera la kalau ulama betul. tapi politkus kelulusan agama ada kepentingan ni la jadi nya. tanpa tsunami tanpa gempa bumi ribut taufan negeri kucar kacir MB gelumang dgn rasuah haji dan kek b day. selain nepotisma dan kronisam. ish ish , hanya serban dan jangut dan kumitan ayat quran saje rakyat dah terpedaya.

Anonymous said...

jgn salah yg di arah. salah kan yg mengarah. dah kalau di arah begitu UTK ikut saje sebab depa setia pada arahan. asiok nak kena kan polis saje. esok rumah ko rang di masuki perompak Polis pikir 2 kali nak dtg , dan kalau dtg bawak pistol air baru padan muka.

Anonymous said...

Kalau kita tidak tahu apa yang sebenar berlaku dan membuat andaian sendiri maka akan terjadi perkara perkara yang dusta dan fitnah.Polis bertindak atas arahan yang berkuasa di Negeri Kelantan. Siapa yang berkuasa???.Oleh itu biar lah orang berkuasa selesai masalah mereka yang mana mereka lebih mengetahui keadaan yang sebenar.

Dato' Dean Iqbal.KB

Anonymous said...

KALAU DENGAN TUANKU DI LAKUKAN SEBEGINI RUPA ...SIAPALAH KITA NI SEBAGAI RAKYAT BIASA..RUNTUH INSTITUSI RAJA,....RUNTUHLAH MELAYU..

SEDIH BENAR MELIHAT KEADAAN INI SEMOGA ALLAH SWT MELINDUNGI TUANKU AMINNNNN....

DAULAT TUANKU...

blogenstarz said...

Bukan begitu kehendak PDRM.
Tapi apakan daya , sebagai penjawat awap yang bertanggung jawab terhadap keselamatan TUANKU ,PDRM adalah barisan pertama yang menggadaikan NYAWA setelah insiden pengawal peribadi TUANKU ditembak (MATI DAH).
Jikalaulah benar2 berlaku ada sabotaj terhadap TUANKU semasa dalam perjalanan tersebut.... siapa yang harus disalahkan.....
Tentu nya PDRM juga.

SEMUA INSIDEN TERSEBUT TELAH DIMAKLUMKAN KEPADA TUANKU.
DAN TUANKU BERSYUKUR !!!!

Sebab itulah...MENCEGAH lebih baik dari MENGUBATI.
Kepada yang tidak tahu cerita sebenar..... JANGAN "SPIN" peristiwa tersebut.!!!!!

DAULAT TUANKU !!!!

Anonymous said...

Ya..lah jika tak tau cerita sebenar tdk sepatutnya memberi komen spt komen politik,,,ini kedaulatan melayu ,kesultanan . contoh di perak dgn adanya sultan melayu terjamin ,negeri terselamat
DAN di PP apa yg terjadi pada kaum melayu , kaji peranan sultan pada zaman kesultanan melaka , perak , kedah ,selangor dan lain2 kesultanan
Jangan kita org melayu lupa perjuangan kesultanan t.melayu sehingga kita bolih hidup melayu bermaruah . peranan sultan amat berjasa dan berpengaruh diwaktu itu
krna sultan adalah penaung dan pendinding dlm sesebuah negeri pd waktu itu . perjuangan kesultanan amat penting , jasa kesultanan amat besar pada negara kita . org yg mencemuh kesultanan amat dikesali ,,benar bila negara sudah berdaulat dan merdeka maka perlu kita rakyat pula yg menjadi benteng utk merpertahan kan KESULTANAN MELAYU , ITU KITA PANGGIL JASA SULTAN AMAT DIKENANG
JIKA MELAYU TAMPA SULTAN KITA TIDAK ADA PENAUNG DAN KEDAULATAN MELAYU , DAULAT MELAYU ADANYA SULTAN ....JGN LUPA JASA2 PEWARIS KESULTANAN , SEJARAH DI INGATI KESULTANAN MELAYU DIPERTAHANKAN ....

kluangman said...

Saya harap pemilik blog menyiarkan komen2 semua untuk dinilai bersama walaupun pandangan tidak sealiran.

SUMBER ISTANA tidak perlulah menjadi hakim di sini, berilah pandangan peribadi secara berhujah atas ilmu dan pengetahuan yang ada.

Tidak sealiran pendapat bukan bererti permusuhan malah ia satu rahmat kerana ia dilihat oleh pelbagai pihak dari pelbagai sudut dan dari pelbagai latarbelakang.

Anonymous said...

Apa pun rawatan susulan harus di buat di hospital yang sesorang itu dimasukkan dulu so Tuanku should pergi ke Singapore. Dan sesorang pesakit boleh memilih di mana hendak dirawat dan doktor mana yang akan merawat. Dan satu lagi Siapa cakap Tuanku di rawat di ME Hospital Singapore menghabiskan duit rakyat? Ask MB whos paid the ME Hospital bill? Jadi terpulang pada Tuanku untuk dirawat dimana-mana Tuanku suka. Jadi apa salah Tuanku diperlakukan sebegitu, seorang Sultan bagi Negeri Kelantan. Adakah Tuanku seorang Penjenayah?

Yatie. KB said...

Ampun Tuanku, patik mohon ampun kerana mempunyai anggapan jahat terhadap RPK di sebabkan oleh maklumat yang tidak tepat yang di berikan oleh jurucakap istana negeri. bawa mereka itu ke muka pengadilan.

Anonymous said...

jika kita tahu beradap , jadi makanya kita tau bersopan , bahasa sebegini bolih digunakan dimana
dan yg sebegitu bahasanya pada siapa ,
kesetian pd raja dan negara
kesopanan dn kesusilaan .
pihak istana bukanmahu menghukum tapi mempertahankan kedaulatan kesultanan,,,memang tugas mereka malahan tanggung jawap kita bersama
Dimana Tuanku hendak berubat bukan soal kita , kamu tidak sakit kamu tidak tau , jika kembali ke hospital yg sama dan dirawat dgn doktor yg sama jadi doktor tersebut sudah ada "history" Pesakit ,jadi tdk perlu buat "kajian" sbb sudah ada record pesakit , ubat apa ,rawatan sebagaimana , jika ke hospital lain jadi pihak hospital tersebut kene rujuk dgn dr yg pernah merawatnya dulu , ini penting bagi pesakit , cara rawatan sebaimana , apa yg telah dirawat , jadi amat senang jika kita rujuk pd dr yg merawat kita dulu . jadi kita tdk tahu permasaalahan nya elok jgn nak komen sebarangan , sesiapa yg memperlakukan sebegini amat kejam
pada seorang raja yg sedang sakit , menghalang niat tuanku , amat dikesali apalah perasaan hati mereka yg mengeluarkan arahan ? mana kesopanan . jgn salahkan polis
mereka mengikut arahan , jika mereka bukan anggota polis tak mau mereka melakukan ,,kenapa org yg sedang sakit kita perlakukan sebegini . ini menambahkan sakit pada yg sakit sepatutnya kita mengikut kehendak nya bukan menghalang . yg sakit wajib berubat .jika sakit kita tdk berusha utk merubati ,,,jika kita mati pun berdosa krn sikap berputus asa . siapa kata sakit itu tanda kematian
? mungkin sebagai peringatan , moga cepat sembuh,,tuanku ,,amin

Anonymous said...

persoalan : kenapa perlu sampai ke singapore tiap kali nak dapatkan rawatan?
Teruk sangat kah mutu rawatan perubatan negara ini hingga sultan kelantan memandang rendah pakar-pakar tempatan?

Kenapa Tun Mahathir memilih rawatan dalam negara, tapi tidak sultan?

Dan kalau rawatan tu sekadar kos rawatan saja mungkin ok., tapi kos entourage tu.. sapa yg bayar? cukai rakyat juga.

Sebagai salah seorang pembayar cukai - saya tegas membangkang pembaziran ini. Setiap kali rawatan nak kene pesawat khas., pegi dan balik. tak termasuk kos penginapan di hotel 5 bintang.

rakyat kelantan banyak lagi yg susah. tolong lah rakyat kelantan yg melarat tu. kesian mereka.. bertaburan di negeri lain mencari rezeki, raja tak peduli.. sekadar leka membazir dan terus membazir.

anti-pembaziran.

Anonymous said...

tak suka tengku temenggung....

Anonymous said...

Kelam kabut ini semua tak ada hal kalau kita tak ada Sultan. Tengok Penang contohnya. Baru baru ni Yang diPertua Negeri sakit (tak payah pakai bahasa istana:gering), tak ada hal pun, siapa pun tak ambil pot. Kepada pemberi komen, ingat satu hal: siapa atau pihak berkuasa mana boleh beri arahan kpd Polis? Kalau Sultan menerima rawatan di KB, akan menyenangkan doktor kerajaan memantau kesihatannya. Dan juga medical board (lembaga perubatan) boleh mengistiharkan samada kesihatan Tuanku ok, atau Tuanku perlu melepaskan jawatan kerana tidak berupaya menjalankan tugas tugas memerintah. Sekiranya tidak berupaya, siapa yang lebih layak mengambil alih takhta? Secara logik, pastilah Pemangku Sultan dan bukannya TEngku Temenggung yang penuh dengan imej yang tercalar oleh perkahwinan dengan perempuan di bawah umur, Manohara.

sri hartamas

Anonymous said...

kepada saudara/ri SRI HARTAMAS

SAYA RASA SAUDARA NI BUTA KAYU DAN BATU MANA-MANA SULTAN BUKAN PENJAWAT AWAM YANG PERLU KENA BUATMEDICAL BOARD. JANGAN TERLALU FANATIK BENCIKAN ORANG ITU DAN ORANG INI...ADAKAH SAUDARA/RI BETUL BAGUS.

FOR YOU PSE READ THRU THE HISTORY JANGAN JADI DUNGU (LEBIH TERUK DARI BODOH0

Anonymous said...

anti pembaziran
berapa banyak cukai kamu bayar ,? banyak ke ?
Pertanyaan lain ,kamu tulus ke dgn taksiran yg kamu hantar ?
2 . Pasa TT masuk dlm hal ni buat apa ?
Maaf buat andaian ,allah maha mengetahui jika Tuan sendiri yg jadi TT...kita tak bolih hukum tapi bolih menasihati

Amidi's said...

Alahai tak tau cerita dok komen byk pulak sek2 mu ni.. Sultan sakit biar kedia la nak g us ke singapore ke janji dia sihat.. Amin


Nak komen pasal cukai, cukai negeri kelate brapo jah. Sek kijo swasta kijo supe lembu nak cari pitih, tiap2 tahun kena cukai LHDN beribu2 xbising pun. Anti pembaziran konon cih.

Sek UMNO dok perabis duit rakyat bejuto2 pun tak bising, ni sultan nak g spita demo gege..

Ampun Tuanku..Semoga Tuanku Sihat dan DiPanjangkan umur. DAULAT TUANKU

Anonymous said...

Burung nak kecek ni.

Apa yang saya tengok,bila kecek banyak banyak yang tak betul. Semua yang kecek tu main dengar dan agak jah entah betul entah salah. Lama-lama jadi cendol pulut tapai. Pokoknya bila ada masalah dalam kes yang berprotokol begini pencetusannya tentu bermula dari pelanggaran peraturan dan tatasusila yang sepatutnya yang ditetapkan baik kecik-kecik dan lama-lama makin teruk.Lo ni nampak macam pulut tapai doh. Baik dok diam-diam. Ko ho banyak kecek ko ho baloh.

Anonymous said...

Saya sokong..