Wednesday, June 23, 2010

Siapa di sebalik kemelut Istana Mahkota Kelantan - Bab 3

Akhbar dwi-mingguan, Transisi (edisi kedua kini di pasaran) menyiarkan luahan rasa doktor peribadi Sultan Kelantan, Kolonel Amir Ramli yang merawat Tuanku sejak baginda pulang dari menjalani rawatan di Hospital Mount Elizabeth, Singapura awal Mac lalu.

Rakyat, terutamanya di Kelantan harus membaca akhbar ini demi mengetahui sendiri apa sebenarnya yang berlaku di Istana Mahkota dan bukannya setakat mendengar khabar angin, fitnah dan tohmahan pihak tidak sahih yang sengaja ingin mengeruhkan suasana serta menangguk di air keruh.

Dr Amir, seperti sebahagian besar rakyat Kelantan, turut menyimpan rasa curiga dan buruk sangka sebelum ini terhadap Raja Perempuan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid dan Tengku Temenggong, Tengku Muhammad Fakhry Petra, gara-gara pelbagai fitnah yang dicipta oleh pihak tidak bertanggungjawab yang bermaksud merosakkan hubungan keluarga diraja itu dan meracuni fikiran rakyat baginda.

Bagaimanapun, tanggapan itu akhirnya diperbetulkan apabila Dr Amir sendiri dilantik sebagai doktor peribadi Tuanku.

Berikut ialah antara sedutan kenyataan beliau di bawah tajuk 'Luahan doktor Sultan - Siapa cakap bohong?':

"Semasa mengiringi baginda, hati kecil saya berkata keadaan Tuanku tidaklah seteruk seperti digambarkan beberapa akhbar arus perdana.... Saya begitu terkejut apabila laporan perubatan dari Singapura jauh lebih baik daripada apa yang dikatakan wakil istana seperti disiarkan akhbar-akhbar tempatan.

"Saya bertanya kepada diri sendiri, apakah sedang berlaku di istana Kelantan sekarang? Siapa bercakap bohong mengenai isu kesihatan Tuanku? Apakah doktor Singapura atau pihak istana Kelantan? Apakah tujuan mereka berbuat demikian? Apakah implikasi mengenai laporan kesihatan ini kepada Tuanku?

"Saya juga terlalu takut dengan isu-isu tersebut, lebih-lebih lagi difahamkan semua ini disebabkan rancangan Raja Perempuan... dan Tengku Temenggong untuk tidak membolehkan Tuanku pulih seperti sediakala. Sampai hati seorang isteri dan anak memperlakukan seorang suami dan ayah begitu. Itu adalah persepsi saya ketika mula menjejaki Istana Mahkota."

Sangkaan buruk Dr Amir akhirnya padam selepas menemui Raja Perempuan dan Tengku Temenggong yang memintanya berbuat segala yang terdaya agar Tuanku pulih seperti sediakala.

Dr Amir juga berkata keadaan kesihatan Sultan makin baik dari hari ke hari. Beliau sentiasa di sisi baginda untuk memantau perkembangan dan memastikan semuanya diuruskan dengan baik, seperti yang diamanahkan oleh Tengku Anis dan Tengku Fakhry. Mereka berdua, bagaimanapun tidak mencampuri urusan kedoktorannya, tidak seperti yang digembar-gemburkan.

Dr Amir berkata lagi:

"Tuanku Sultan begitu tekun dan sabar (dalam menjalani rawatan). Ini menyebabkan kesihatan baginda menunjukkan kesan positif dalam jangka masa singkat.

"Tetapi proses pemulihan itu menjadi bahan mainan pihak tertentu. Mereka yang tidak pernah berjumpa (atau menjenguk) Tuanku membuat (pelbagai) kenyataan mengenai kesihatan Tuanku yang tidak tepat, tidak terkini dan jauh menyimpang daripada perkembangan asal.

"Mereka mewayangkan institusi raja dan meletakkan rakyat sebagai juri. Ini menyebabkan rakyat percaya bahawa Tuanku gering seperti hanya menunggu ajal saja. Rakyat keliru dan ini adalah hasutan."

Mengapa Tuanku memilih seorang doktor dari angkatan tentera?

"Ini kerana Tuanku adalah Kolonel Yang Dipertua Kor Risik dan Kor Artileri dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM)... baginda sentiasa memandang tinggi profesion ketenteraan."

Benarkah baginda tidak setuju dengan doktor Kementerian Kesihatan?

"... itu tidak benar. Baginda cuma tidak bersetuju dengan cadangan kerajaan negeri melantik Lembaga Perubatan atau Medical Board. Ini kerana baginda bukan penjawat awam yang tertakluk dengan undang-undang yang perlu dirujuk kepada Lembaga Perubatan. Jika ini berlaku, ini mungkin kes pertama di Malaysia dan dunia di mana seorang Sultan diturunkan takhta dengan menggunakan kuasa Lembaga Perubatan..."

Begitupun, Dr Amir sendiri ditohmah dan dituduh sesetengah pihak sebagai terlalu berani mempersoalkan kesahihan doktor panel lantikan kerajaan negeri untuk menilai tahap kesihatan Tuanku ketika dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian pada 4 Mei lalu.

"Saya berani kerana benar. Saya ada fakta dan bukti dalam kes ini. Saya tidak akan jual profesion saya dengan wang ringgit, pingat atau pangkat. Saya terpaksa meletakkan karier saya di mata pedang kerana saya merasakan terlalu banyak kemungkaran dan kedurjanaan berlaku. Banyak fitnah terjadi.

"Mereka yang diberi kuasa tidak menggunakannya dengan betul. Orang yang diberi amanah tidak menjalankannya dengan betul. Semua takut!"

... bersambung...

53 comments:

kluangman said...

Dalam soal perubatan dan kesihatan, selalu disebut, 2nd opinion, 3rd opinion dan sebagainya. Jadi bukanlah sesuatu yang aneh dan tidak normal bila pandangan2 sedemikian berbeza.

Dan tidak juga satu pandangan itu lebih betul dari satu pandangan lain atau sebaliknya jika kedua dua pandangan itu datang dari pihak yang telah diakui kepakaran mereka.

Soal samada 'fit' juga tidak sama antara satu kes dengan satu kes, individu dengan satu individu lain.
Seorang tukang cuci bangunan tinggi 'unfit' untuk bekerja walaupun dia hanya dapat sedikit selsema tetapi seorang kerani pejabat di anggap 'fit' untuk bekerja walaupun dapat sedikit selsema.

Di TV, Tunaku Sultan duduk dikerusi dengan dibantu oleh bantal di sebelah kanan dan kirinya?

Kalau kita imbas Syed Razak bekas MB Kedah yang terkena angin ahmar rasanya lebih sihat dari Tuanku Sultan semasa melepaskan jawatan demi rakyat walaupun pada mulanya cuba meyakinkan 'saya sihat'.

Pandangan ini tidak bermaksud menyebelahi mana mana pihak tetapi sekadar pendapat atas nilaian kasar peribadi sendiri.

nan said...

paper apa transisi ni bro? bagi la link kepada laman web dia

Anonymous said...

yr story is building up.

go on.... dont play too many chapters.

just sum it up soon

surya said...

kalau nak rujuk transisi pun, apa website dia?

saya pun teringin nak baca komen penuh dr amir ramli tu.

apa yang u tulis ni cuma petikan.

di mana boleh dapatkan akhbar tu?

t kasih

w kamil said...

awak ada jumpa pemangku raja ke? kalau tak, transisi berat sebelah

halilintar said...

dr amir memang berani menongkah arus dan menghentam kerajaan negeri serta mereka yang terbabit.

sdr patut bukukan kisah yang sdr tulis dan apa yang disiarkan oleh transisi.

ini penting bagi menjernihkan semua keadaan dan memberi gambaran nyata kepada rakyat kelantan.

kalau di dalam blog, pembaca kena tunggu lepas satu siri ke siri lain. lama masanya. lainlah kalau sdr menghabiskannya dalam tempoh yang singkat

Anonymous said...

bro,

just asking... is it true tengku mahkota wants to sue rocky and the malay mail?

dont laaaa...

usop tocang said...

WAAAA TENGKU JAI, KAYA LA LU LEPAS NI. SILAP2 DAPAT DATUK KELANTAN TAHUN DEPAN.

SHARE LA DENGAN GUA SIKIT

Anonymous said...

nampaknya ada la orang nak kena belasah ni.

Anonymous said...

Salam...

Pada pandangan saya ini adalah berpunca kes bermadu.Sedih apabila kasih sayang mesti d bahagi dua.Jiwa raga meronta.Ya Allah selamatkan Raja Kelantan,

wawa

si pitak said...

bro,

what is transisi website?

Anonymous said...

Boleh dibaca tapi berdasarkan real situation yang berlaku dikelantan sebelum baginda sultan gering lagi, ianya sukar dipercayai.

Boleh buat survey dan saya pasti sebahagian besar rakyat kelantan tidak mempercayainya.

Rakayat Kelantan di Prantauan.

Anonymous said...

i agree with kluangman...

linda said...

if u get it from the right people, then u will be tellling the truth. otherwise, u will just end up liars like some of them.

so, check yr fact first before writing

Anonymous said...

transisi amendenya ni? tak jumpa pun kat kedai.

agaknya paper bungkus belacan tak!

mr kudita said...

siapa yang cakap bohong sebenarnya?

dr amir?

raja perempuan?

pemangku raja?

tgku temenggong?

nik aziz?

datuk halim?

.... atau awak?!

nik mood said...

isu krisis istana mahkota memang sensitif. bukan sedikit pihak yang terbabit. ada yang benar, ada yang tidak.

sebagai bloger, saya harap sdr berhati-hati menapis segala maklumat yang diterima dari mana-mana pihak, baik dari dalam istana atau di luar istana.

banyak pihak yang sangsi dengan apa yang sebenarnya berlaku. ada pula yang mereka-reka cerita kononnya tengku fakhry ingin merampas kuasa daripada abangnya. pihak lain pula menuduh pemangku raja sebagai diktator dan ingin menguasai segala yang ada. raja perempuan juga terima macam2 fitnah.

datuk halim dan datuk wan hashim pula di pihak berasingan, satu menyokong pemangku raja dan lagi seorang ke arah tengku temenggong.

memang elok sdr menulis mengenai isu ini tetapi biarlah yang adil dan saksama, bukannya disalurkan oleh sebelah pihak saja. rakyat kelantan, terutamanya, perlu dimaklumkan keadaan sebenar dan berita tulen dari dalam istana mahkota, dan bukannya yang datang dari pihak yang boleh diragukan kesahihannya.

saya harap usaha sdr ini berjaya

still at nst said...

bro,

as i said before, be careful.

many people would not like what u are doing

Anonymous said...

saya ingin tanya dr amir - apakah jenis kemungkaran yang dia maksudkan?

80133 said...

AWAK NAK TUNJUK HERO KE? AWAK TU ORANG MELAKA, JADI TAK PAYAHLAH NAK CAMPUR TANGAN HAL KELANTAN!

BERAMBUS!

paul, klang said...

as a malaysian, i am also interested to know the whole truth.

go on sir,... till the end

zarina, KB said...

'mereka yang berkuasa tidak menggunakannya dengan betul...' - satu kenyataan yang menggegarkan.

saya cuma nak dr amir dedahkan nama2 orang terbabit.

selagi nama2 yang dimaksudkan tidak didedahkan, susah la nak percaya kata2 dia.

mediaman said...

honestly bro,

how much are u paid... and who is paying u for this?

if they offer u a kelantan datukship next year, refuse it. ask for jaksa pendamai instead.

sorry... just teasing.

anyway, good job lor!

transtold said...

where d fuck is this transisi website bro?

u link us to the paper but we cant find the website.

does the newspaper exist anyway!

if they dont have a website, better close shop la... tell them!

stupid people they are...

Anonymous said...

apa daaaaa... indon jual jamu pun ada website. ni kan pulak suratkabor!

bongok punya orang.

baik takyah sebut nama paper tu dalam blog ni. menyusahkan orang je!

Anonymous said...

bro, are u with faris or fakhry?

Anonymous said...

Kluangman.
Syed Razak di pilih oleh rakyat untuk menjadi WAKIL RAKYAT melalui proses pilihanraya. Tetapi raja-raja tidak melalui proses yang sama. Raja-raja di lahirkan untuk mewarisi kesultanan terus menerus dari ayahanda baginda. Jangan kluangman samakan ahli politik dengan sultan

kerabat said...

memang banyak dah dengar pasal raja perempuan yang cuba khianati suaminya.

jika awak dapat buktikan dia tak bersalah, saya sedia minta maaf dan bertaubat.

Anonymous said...

transisi ni majalah indonesia ke, sampai takda laman web!

zabidi, machang said...

kesultanan melayu mesti terus dikekalkan. inilah satu2nya institusi yang masih melambangkan melayu. tanpanya, melayu malaysia akan jadi seperti melayu singapura. inilah yang hendak dilihat oleh dap dan bangsa lain di negara ini. biar apa pun masalah di dalam istana, ia boleh diselesaikan dengan baik dan secara musyawarah. rakyat harus akur bahawa apa yang sedang berlaku sekarang ada hikmahnya

totox said...

who is this dr amir? is he a kelantanese as well?

i admire his guts

Anonymous said...

jika benar ada penderhaka di kalangan pegawai istana, kerajaan negeri atau persekutuan, mereka mestilah dihukum seberat-beratnya.

pantang melayu derhaka kepada sultannya!

Anonymous said...

khabarnya awak ada salinan cd ninja tu. cepatlah siarkan dalam blog untuk tatapan semua

nang nak said...

sebagai rakyat kelantan, saya sedih dengan apa yang berlaku. lebih menyedihkan bila fitnah-memfitnah berlaku tanpa had.

siapa yang harus disalahkan?

jika pendedahan anda dapat menjernihkan semula keadaan, saya hargai urusan ini

aiman said...

TAHNIAH TRANSISI! Keberanian anda dan doktor amir menyebabkan ramai mula mempercayai bahawa ada konspirasi di dalam menjatuhkan sultan kelantan. Manakan berani seorang rakyat jelata menyatakan sesuatu yang menokah arus jika tidak mempunyai bukti yang nyata.

anis said...

saya respek TRANSISI sebab so far tidak ada wartawan lain boleh masuk dan membuat temuramah esklusif dengan raja perempuan. Tahniah! Tahniah! Tahniah. Anda begitu bertuah! Teruskan usaha awak,expose semua ynag tak baik tu... cerita semua yang tak baik tu... TAPI tak ada ke ORANG YANG MELARANG awak dari buat cerita sultan kelantan ni kerana di katakan di kelantan ramai orang yang kena WARNING.

Anonymous said...

Kluangman... Kita bercakap tentang Sultan semakin pulih dari kegeringan " is recovery from incapicitation" so kalau sultan dah boleh duduk jika di bandingkan dengan sebelum ini yang terlantar sakit dan tidak dapat bergerak MAKA bagi saya yang kurang faham istilah english itu, maka saya percaya itu adalah semakain pulih dari kegeringan. Wassalam

Anonymous said...

Kepada rakyat kelantan di perantauan. Kalau pernah anda bertemu dengan Raja perempuan anda tidak akan percaya apa yang berlaku. Tetapi ini adalah yang di katakan konspirasi unutk menjatuhkan sultan kelantan. mana ada rakyat di negeri lain yang berani mempersoalkan tentang status sultan mereka kecuali di kelantan seperti di dalam CD PENDERHAKA yang telah di serahkan kepada polis oleh kekanda tuanku.Belum pernah berlaku di dalam sejarah kesultanan melayu Sultan di persoalkan tentang kebolehannya memerintah negeri. Apakah tidak ada negeri di Malaysia yang di perintah oleh Majlis Pewakilan Raja di sebabkan oleh terdapat sesuatu keperluan lain kepada sultan yang memerintah? Ada.. ada... cuba anda check!

Anonymous said...

mengapa kelantan insider TIDAK BERSUARA akhir-akhir ini. Apa yang sudah berlaku dengan anda? Mana marhaen kelantan yang lama tak dengar cerita panglipurlara anda? berilah komen sikit.

Anonymous said...

TAhniah.. tahniah .. tahniah jai dan transisi... YOu are really make us proud!

Anonymous said...

Nik mood.. Saya setuju... tapi saudara jai ni saya rasa mesti ada bukti yang kukuh sebab itu dia berani mendedahkan. MAsakan rakyat jelata berani bersuara hanya dengan khabar angin sahaja. Lagipun jai ini adalah antara 10 blogger yang terlaris di malaysia selepas Tun Mahathir. Saya rasa suadara jai tak berani tak buat CERITA PINGGIRAN tanpa nas yang kukuh.

SITI said...

Lagi tahniah kepada TRANSISI.. Tapi mana laman web nya... minta Universiti Utara Malaysia berilah sedikit peruntukkan untuk TRANSISI buat laman web.

Anonymous said...

Di katakan ada appointment untuk interview pemangku raja? apa cerita selepas itu? dapatkah Transisi interview pemangku raja seperti yang telah di buat kepada raja perempuan. ini lagi seronok cerita TRNASISI selepas ini.

kluangman said...

Terima kasih anon June 24, 2010 8:16 PM:
Saya tidak melihat dari mata politik dalam membuat contoh perbandingan bekas MB Kedah, Syed Razak dengan Tuanku Sultan Kelantan tetapi melihat kedua dua mereka perlu berfungsi untuk rakyat melalui bidang tugas masing2.

Kalau sudah 'tidak mampu bertugas' berundurlah sahaja secara terhormat untuk terus dilihat berwibawa dan bukannya terus 'mengaku sihat' sekadar kuasa dan wang, dan kemudiannya cuba menyusahkan dan mengheret rakyat bila tersepit.

ex-bujang 87 said...

jai,

cukup ke semua maklumat yang kau ada untuk tulis semua ni? tidakkah kau rasa ada pihak lain yang tidak kau temui dan wawancara untuk melengkapinya?

bukan apa... takut laporan kau berat sebelah dan gagal diiktiraf sebagai 'rujukan' yang adil dan saksama.

apa pun, aku ucap syabas kerana kau berani kupas isu ni.

cuma aku harap kau buat penyelidikan secukupnya, takut ada orang yang tak puas hati nanti.

IB said...

bila kau nak u-tube video ninja tu? mesti ramai rakyat nak tengok. orang yang buat keje tu pun mesti nak tengok jugak

apek klate said...

did u have an audience with pemangku raja, by the way?

if not, then you are bias

Anonymous said...

maghi la make budu. tadok pekdoh tulih pasa kagho ni.

Anonymous said...

i suggest the authority should arrest u and put under special custody.

why? u are now the subject of argument among the kelantan royal families

labisman said...

kluangman,

cakap awak tu ada benarnya... cuma yang berbezanya ialah, sultan tidak dilantik oleh rakyat.

mengenai 2nd opinion tu, saya sokong.

cincin belah rotan said...

ni sudah kes berat. doktor peribadi sultan buat kenyataan macam ni, seolah-olah ingin menelanjangkan pihak yang lagi satu tu.

beliau memang berani.

saya cabar dia jadi lebih berani lagi, iaitu dengan mengeluar dan menunjukkan apa jua bukti yang ada untuk menyokong dakwaannya itu.

baru la hero namanya

mencari kebenaran hidup said...

hah betul ke ada konspirasi???
patutla la ada audio cd kt blog kickdefella.
skarang baru faham.
macam2 la.
biar allah sajalah yg tentukan.
apa2 perancangan jahat, akan digagalkan oleh allah taala.

berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa,syurga di bawah tapak kaki ibu,
kita kaya berkuasa dan ada segala2nya tidak memberi apa2 faedah kelak di akhirat jika kita menyakiti hati kedua ibu bapa kita.
ALLAH akan membenarkan ayat2 suci al quran. tunggu dan lihat sahaja.

bertaubatlah sebelum ajal..
amin

mencari kebenaran hidup said...

hah! ada konspirasi?????
patutla ada cd audio...
kickdefella dari dahulu lg post kt blog dia..