Wednesday, June 16, 2010

Siapa di sebalik kemelut Istana Mahkota Kelantan - Bab 2

Dalam Bab 1, saya menyebut bahawa kemelut Istana Mahkota Kelantan bukannya berpunca daripada dalam tetapi campur tangan pihak luar. Bab 2 ini menyentuh bagaimana krisis ini bermula, apa sebenarnya terjadi, kesannya terhadap rakyat, fungsi kerajaan negeri dalam menghadapinya serta reaksi Kerajaan Pusat terhadap semua perkembangan ini.

Pada 14 Mei 2009, Sultan Kelantan jatuh gering dan dimasukkan ke Unit Rawatan Kardiologi (CCU) Hospital Universiti Sains, Kubang Kerian. Baginda sebenarnya diserang 'stroke' ketika dalam bot peranginan di perairan Pulau Perhentian, Terengganu.

Dari sinilah tercetusnya tohmahan kononnya Raja Perempuan, Tengku Anis berbuat khianat terhadap Sultan dengan cara menolaknya hingga jatuh di bilik air istana. Ini didokong pula oleh banyak pembohongan pihak tertentu kononnya Tengku Anis berbuat demikian selepas mengetahui baginda sudah beristeri baru (kita akan bongkar hal ini kemudian).

Tengku Anis turut dihujani pelbagai fitnah, antaranya enggan mengiktiraf anakanda sulungnya, Tengku Faris sebagai pemangku raja dan sebaliknya ingin memahkotakan Tengku Fakhry, jika sesuatu terjadi kepada baginda Sultan. Walhal Tengku Temenggong (Fakhry) sendiri langsung tidak menyimpan hasrat menjadi Sultan, apa lagi untuk menolak hakikat bahawa Tengku Mahkota (Faris) adalah lebih berhak daripadanya.

Tengku Anis juga diperburukkan lagi dengan khabar angin berbentuk hasutan kononnya baginda merampas tanah rakyat untuk Projek Di-Raja Kelantan (PDRK) sedangkan apa yang sebenarnya berlaku ialah, istana memantau tanah rakyat yang tidak dimajukan dan terbiar dengan mengambil alihnya melalui perbincangan dan ia kemudiannya dimajukan dengan pelbagai projek seperti pertanian. Apabila sesuatu projek itu sudah maju, ia akan diserahkan semula kepada tuan punya tanah.

PDRK ini ternyata mencemar nama baik Raja Perempuan sehinggakan ramai rakyat Kelantan sendiri menuduh istana sebagai perampas hak mereka. Tukang fitnah ini bukan saja dari kalangan pegawai yang bertugas di istana malah kakitangan kerajaan negeri yang mempunyai motif tersembunyi (akan diulas kemudian).

Apa yang mendukacitakan seluruh isi Istana Mahkota ialah khabar angin yang disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab kononnya keluarga diraja ini sudah berpecah belah padahal hubungan mereka tetap akrab seperti sebelumnya.

Pada 24 Mei 2009, baginda dipindahkan ke Hospital Mount Elizabeth, Singapura apabila keadaannya tidak banyak berubah.

Sejak detik inilah ada pihak tertentu di kalangan pegawai istana yang memulakan kempen ingin memecahbelahkan keluarga diraja ini demi memelihara kepentingan sendiri, satu pihak yang mahukan Faris menjadi sultan manakala satu pihak lagi mengapi-apikan Fakhry agar menentang perlantikan kekandanya sebagai pemangku sultan.

Pada hari yang sama baginda dihantar ke Singapura, Majlis Perajaan Negeri (MPN) mengumumkan perlantikan Tengku Mahkota sebagai Pemangku Raja.

Beberapa hari kemudian iaitu pada 28 Mei 2009, Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri (SPN) bertindak menukar lima pegawai kanan kerajaan negeri, termasuk pegawai kewangan negeri, pengarah tanah dan galian, ketua jajahan Kota Bharu dan setiausaha sulit Sultan ke Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) dan ditempatkan dalam satu bilik 'pool' untuk dikongsi bersama. Langkah ini benar-benar mengejutkan banyak pihak. Sehingga ini, kerajaan negeri tidak memberi sebarang penjelasan mengenainya.

Sekitar bulan Jun 2009, baginda Sultan mula menunjukkan perubahan positif di Singapura dan sedar dari koma. Ini amat menggembirakan seluruh kaum kerabat dan rakyat jelata yang mendapat khabar mengenainya.

Oleh kerana baginda Tuanku masih di bawah pengawasan rapi, hanya pembesar negara dan kerabat terdekat dibenarkan melawatnya. Dalam tempoh Julai-Ogos 2009, baginda mula menerima pelawat. Bagaimanapun, waktu lawatan dihadkan agar tidak menjejaskan kesihatan baginda,

Begitupun, ada cubaan individu tertentu cuba menyelinap masuk ke kamar rawatan baginda selepas jam 12 tengah malam. Rakaman kamera litar tertutup menunjukkan antara orang yang cuba berbuat demikian ialah Timbalan Menteri Besar Kelantan pada kira-kira jam 3.30 pagi. Apa maksud dan motifnya berbuat demikian, tidaklah diketahui tetapi ia amatlah mencurigakan. Sejak itulah kawalan diperketatkan di pintu masuk ke kamar rawatan.

Sehubungan itu, anggapan sesetengah pihak yang mendakwa Raja Permaisuri tidak membenarkan kaum kerabat dan pembesar lain menziarahi baginda Tuanku, adalah salah sama sekali kerana ada antara mereka enggan mematuhi waktu serta jadual lawatan.

Pada 8 Oktober, timbul perselisihan faham di antara pengawal peribadi Pemangku Raja dengan pegawai keselamatan Raja Perempuan serta Tengku Temenggong, sehingga satu laporan polis dibuat di Republik itu.

Berikutan itu, atas hasutan pihak tertentu, Pemangku Raja melucutkan keahlian Tengku Temenggong dan empat yang lain daripada Majlis Perajaan Negeri serta menarik balik semua darjah kebesaran, termasuk Jaksa Pendamai daripada beberapa orang yang selama ini rapat dengan Raja Perempuan dan Tengku Temenggong. Tindakan Tengku Faris ini dipercayai didorong oleh desakan pihak tertentu yang ingin melihat keruhnya hubungan keluarga diraja berkenaan.

bersambung...

34 comments:

pertiwi said...

fuhh...pening siut...spin banyak sangat macam dok dlm washing machine.

mokjih said...

so many versions, so many stories and so many mouths.

which one is true?

minah konfius said...

dah itu yang ramai orang dengar selama ni. kisah raja pempuan yang banyak buat benda tak betul. kami dengar dari mulut ke mulut. elok gak awak tulis ni.... kalau betul la maklumat yang awak dapat ni.

Anonymous said...

JANGAN TUNGGU LAMA2.

DEDAHKAN SAJA SIAPA PETUALANGNYA!

BUAT APA NAK TULIS PANJANG2... LETIH NAK BACA BRO.

LAIN LA KALAU NAK BUAT BUKU

rosy cheek said...

tengku mahkota is the eldest... and he must be wiser but why did he do that to his mom and brother?

if there are other people who plays a role in it, who?

sum it up, sir!

u know me said...

jai, aku ada terbaca thekelantaninsider.blogspot.com yang terang2 menyokong tengku mahkota dan menentang tengku anis serta tengku mahkota.

kebetulan pulak aku ada terbaca satu lagi blog....macam ada persamaan. kau nak tau siapa?

bak sini 50 ribu dulu

semut api said...

syukurlah jika takda perselisihan di kalangan mereka.

tak elok di mata rakyat kelantan dan orang melayu di malaysia ni

Anonymous said...

SAYA DAH BAGI PERINGATAN - JANGAN CUBA CAMPUR TANGAN DALAM HAL INI DAN JANGAN CUBA NAK TUNJUK PANDAI!

si pitak said...

wahai tengku jai,

berapa bab semuanya yang kau nak tulis ni?

jangan la panjang sangat, tak larat dah tunggu dan tahu kesudahannya.

yang penting, kau dedahkanlah siapa2 sebenarnya pelesit yang terbabit.

aku ni bukannya suka baca novel...

Anonymous said...

jangan merapu la!

kop said...

saya harap janganlah ada siapa2 ambil kesempatan daripada kelemut yang melanda ni.

kumat said...

tak payah pusing-pusing sebab semua rakyat tahu cerita sebenar.

Rakyat dibelakang yang benar..Pemangku Sultan.

wati said...

bro,

are u sure you are on the right track in revealing the crisis?

u are in absolute danger.

so, be careful!

cikgu soh, palekbang said...

jika benar ada orang luar istana yang bersubahat, saya sokong agar sdr dedahkan segalanya ke mata umum.

cuma saya khuatir ia akan menjejaskan nama baik orang tertentu di dalam kerajaan negeri dan persekutuan.

jika sdr merasakan sudah cukup sedia untuk menghadapi mereka, teruskanlah.

jika tidak, fikir dulu sebelum mengambil langkah berikutnya.

ini nasihat saya

cikgu soh, palekbang

Anonymous said...

MU DAPAK GAPO NIH?

SAPO UPOH AWOK BUAK KIJO NI?

BGAPO?

BULEH DOH ADVANCENYO?

samson jono said...

saya yakin memang tidak ada perbalahan sesama adik-beradik ni kecuali khabar angin yang disebar dan diperbesar-besarkan.
tak mungkin mereka berbalah, kan?
apa kata rakyat kalau mereka benar2 bertelagah merebut takhta?
buruk nampaknya kalau ia terjadi!

lekir said...

bujai

kau di kelantan atau di kl ni?

kalau di kelantan, hati2 sikit beb. kang diorang kenal kau, kau pulak yang kena tembak macam pengawal istana tu!

aku sayangkan kau....

apa jaminan diorang yang kau tidak diapa-apakan oleh mereka yang terbabit?

cosmos said...

alangkah aibnya jika kemelut sebegini benar2 berlaku di istana mahkota.

kesian pada baginda tuanku yang masih gering untuk hadapi semua ini. takkanlah anak-beranaknya berantakan sedemikian rupa!

don kisot said...

bang, mintak sikit duit upah tu. mesti banyak, kan? maklum la, dapat assignment dari istana...

maap ambo deh

Anonymous said...

Assalamualaikum.

Anda boleh menulis mengikut persepsi orang yang mengarahkan anda tapi anda tidak boleh mengubah persepsi minda rakyat terbanyak yang telah wujud lama sebelum baginda sultan kelantan gering lagi. Dengan mencari scape goat dalam isu ini tidak akan mengubah persepsi rakyat secara keseluruhannya. Usahlah anda menegak benang basah. Mungkin anda boleh boleh mendapatkan ganjaran didunia ini, tapi di akhirat? Tepuk dada tanya iman anda. Hidup hanyalah sementara. Tapi yakinlah kebenaran akan terserlah jua. Kepada Allah kita berserah.

Wassallam.

Rakyat kelantan diperantauan.

Anonymous said...

Kenyataan anda tidak berasas, ianya hanya pandangan peribadi anda...org ramai telah mmbuat penilaian...Keadaan istana Kelantan sememangnya keruh...

kluangman said...

Ingatkan pendedahan yang hebat, natural dan adil rupanya lebih kepada pembelaan diri, penafian dan rekacipta baru.

Kalau inilah yang dikatakan pendedahan, belajarlah dari kickdefella, betapa bernas dan siap dengan fakta, bukan main cakap sembrono.

Kalau inilah yang dikatakan pendedahan, berpuluh lagi 'penulis' boleh dilahirkan untuk menjadi tukang karut yang dibayar lumayan.

Awal awal lagi dah nampak berat sebelah dan menghukum pihak2 tertentu, tak pro lah bro.

kluangman said...

Ingatkan pendedahan yang hebat, natural dan adil rupanya lebih kepada pembelaan diri, penafian dan rekacipta baru.

Kalau inilah yang dikatakan pendedahan, belajarlah dari kickdefella, betapa bernas dan siap dengan fakta, bukan main cakap sembrono.

Kalau inilah yang dikatakan pendedahan, berpuluh lagi 'penulis' boleh dilahirkan untuk menjadi tukang karut yang dibayar lumayan.

Awal awal lagi dah nampak berat sebelah dan menghukum pihak2 tertentu, tak pro lah bro.

bujai said...

kluangman,

ini mukadimah. sila tunggu lampiran surat, dokumen dan video yang akan menyusul.

anyway, t kasih kerana selalu singgah.

u are a reasonable person, it seems

Anonymous said...

jai, kau cuba main api ke?

kang hangus kang!

Anonymous said...

Salam Sdr Jailani,

Satu usaha yg baik.Saya kira pendedahan ini merupakan satu sumber maklumat dari satu pihak yg boleh di jadikan perbandingan dengan maklumat dan berita yg telah sedia tersibar luas.

Sebahagian besar rakyat Kelantan telah membuat rumusan dan membentuk persepsi bahawa Tengku Mahkota berada dipihak yg benar dalam hal berkaitan dengan kemelut Istana Mahkota Kelantan ini.

Baginda diterima rakyat sebagai pemangku raja yg berhati mulia,warak dan amat prihatin terhadap rakyat jelata.Gambaran keperibadian Baginda itu amat berbeza dan bertentangan dengan gambaran watak Tengku Temenggong dan bonda baginda sendiri.Oleh itu,sebarang pendedahan yg cuba meletakkan kesalahan dan menyalahkan pihak Tengku Mohkota akan ditolak oleh kebanyakan rakyat Kelantan dan mereka tidak akan mengubah pandangan dan pendirian mereka terhadap Kemelut Istana Kelantan ini.Lagi pun persepsi rakyat Kelantan terhadap DYMM Raja Perempuan yg agak negatif akibat penglibatan banginda dengan projek Diraja Kelantan dan campur tangan dalam urusan pentadbiran Kerajaan kononnya telah sekian lama terbentuk.Teramat sukar bagi saudara untuk meyakini rakyat Kelantan dengan cerita yg dibwa itu dan seterusnya menukarkan pandangan mereka dalam hal ini.

Walau apa pun,ianya satu usaha yg baik jika ianya dibuat dengan niat yg ikhlas dan murni.Terserahlah kepada orang ramai untuk menilai,samada untuk menerima atau menolaknya.Sekali gus keikhlasan dan kejujuran sdr akan turut dinilai.

Askar Tua

nong said...

apakah kewajaran anda untuk membuat pendedahan ini. tidakkah anda rasa anda sudah berat sebelah?

Anonymous said...

bantai!

bantai!

last nanti, kau yang kena bantai!

bujai said...

sdr askar tua,

semua pihak ingin melihat wujudnya suasana damai di istana. pelbagai gambaran buruk dan khabar tidak enak mengenai pergolakan dalam istana selama ini perlu diperbetulkan di segi persepsinya. memang fitrah manusia untuk menerima yang buruk itu dahulu daripada yang baik. saya tidak berat sebelah dalam hal ini, malah saya sendiri inginkan keharmonian istana agar rakyat kelantan serta orang melayu seluruhnya terus berpaut pada institusi beraja yang ada, dengan institusi di kelantan menjadi tonggaknya

Anonymous said...

i am sick of all this. pls tell me the whole truth

Anonymous said...

balaci..semua orang tahu la citer sebenar..xpayah nak propa lebih ...

Anonymous said...

Jai will get a datoship from Kelantan. Pls reveal the videos and we shall reveal details of your payment in another blog. It could DESTROY you.

Anonymous said...

cara pemberitaan kau dalam bab istana kelantan ,jai, tak sepadan dengan profil kau yang berjela-jela tu.Buatla berita atau rencana yang berfakta..bukn main tembak.Kau ni menyedihkan.

ku Te said...

Dan siapakah anda semua yg berani berbicara tentang istana dan sultan?