Friday, June 4, 2010

Siapa di sebalik kemelut Istana Mahkota Kelantan...

NO FAMILY FEUD! In fact, the Kelantan royal family remains intact. Yes, there are minor problems which they can solve among themselves. And they DONT need outside interference. Misinterpretation brought about by certain quarters serving and used to serve the Istana Mahkota in Kubang Kerian has led to public perception that the family is breaking up.

I dont want to write about the domestic issues but rather concentrate on the cahood formed by various people - some of whom are well-known figures - to run down His Majesty Sultan Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra and his government. To be precise, to tear them apart.

Most importantly, I have evidence on papers and CD, one of which was sent to Home Minister Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein for preview and investigation. However, no action has been taken. I personally believe our Prime Minister Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, too has seen the CD.

As I want the Malays, especially in Kelantan to read and understand it, I will continue in Bahasa Malaysia.

Saya bukan rakyat Kelantan. Negeri saya, Melaka sudah kehilangan raja berdaulatnya ratusan tahun dahulu. Sebagai rakyat Malaysia yang mendokong kepentingan institusi beraja, saya rasa terpanggil untuk mencari dan mengesan punca masalah yang menyebabkan nama baik sebuah istana berdaulat sedikit tercemar dengan pelbagai khabar angin, fitnah dan tanggapan umum yang berbeza-beza. Semuanya tercetus sejak Sultan Kelantan gering tahun lalu.

Dalam Bahagian I ini, saya tidak ingin menulis panjang lebar tetapi cukuplah sekadar mengutarakan dahulu tajuk utamanya di sini iaitu tuduhan terhadap Raja Perempuan Kelantan, layanan buruk yang diberikan kepada Sultan, 'penculikan' dan gempur ala-Mafia polis terhadap Sultan dan rawatan untuk pesakit otak yang diberikan kepada baginda di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).

Saya tidak bercadang mensabitkan sesiapa tetapi berharap agar kisah berikutnya nanti mampu memberi gambaran sebenar mengenai apa sebenarnya yang menyelubungi penghuni Istana Mahkota. Raja Perempuan, Tengku Anis ada menghuraikan beberapa hal penting di dalam suratkhabar tabloid terbaru di pasaran seluruh negara, Transisi. Edisi sulungnya mula dijual hari ini.

Saya akan menulis mengenainya setiap dua hari sekali sehingga mencakupi semua perkara yang perlu dimaklumkan kepada orang ramai, khasnya rakyat Kelantan agar mereka memahami kedudukan sebenarnya, tanpa prejudis.

Saya juga tidak berniat memburukkan sesiapa sama ada mereka yang ada di dalam atau di luar Istana. Matlamat utama pembongkaran ini ialah menyedarkan mereka yang terbabit agar tidak sekali-kali menggunakan hubungan baik dengan Istana untuk kepentingan peribadi.

55 comments:

kita anak melayu said...

Maaf bang, lari topik skit

GEMPAR !!Kakak Teresa kok masuk Islam???

baca di SINI

Anonymous said...

Jai kelak dijadikan DATUK of Kesultanan Kelantan. Cya lah, Jai dah dibeli dgn tawaran pangkat dan wang ringgit.

Hot Canns

jibam said...

perhaps you need to read this to understand more


http://azizhassan.blogspot.com/2010/05/check-mate-in-kota-bharu.html

salina kadir said...

bro, u are putting your life and your family's safety to high risk. remember the palace guard who was shot and died recently?

many people would not want u to expose anything about it.

anyway, i respect your gut and courage... however, do be careful

Anonymous said...

AWAK JANGAN TUNJUK BERANI! AWAK SEDAR TAK AWAK BERURUSAN DENGAN SIAPA?

mereng said...

mesti menarik cerita seterusnya. tentu ramai nak tahu apa sebenarnya yang berlaku sejak dari mula sultan kelantan sakit dan siapa yang menjadi dalang di sebaliknya segala peristiwa selepas itu

adik, UM said...

bang,

ni keje bahaya ni. harap hati2

bob sate said...

bravo bujai.

u are the daring one. go on and expose everything

let the people know the truth behind all that happened since the sultan was awarded in singapore

Anonymous said...

boleh blah!

orang kelantan sendiri pun tak heran nak siasat apa yang berlaku.

apsal kau orang melayu lak yang sibuk2 kat negeri kitorang ni?

tulis la pasal ali ketam tu!

GEMPITA said...

jai,

aku baca komen KELANTAN MARHAEN dalam posting kau.

aku percaya orang yang buat komen tu sama je dengan orang yang tulis blog thekelantaninsider.

dia ingat kita tak boleh cam ke!

bangang punya orang! kita pun dah tau siapa orangnya dan dari mana dia beroperasi!

Anonymous said...

wait till tengku mahkota takes u to court!

admirer said...

myfriend,

this is not an ordinary case you are attenting to. its very sensitive yet explosive if its done in a correct manner.

the issues here is the right heir to the throne. its a tussle between brothers.

pemangku raja may have employed his own writers - maybe the kelantan insider - to defend him while u are in a difficult position to get the right information about it.

i advise you to get correct info from both sides and also from people who are close to them.

you may also end up being used by some people who are bias and with self vested interest in the palace.

be careful

jamilan said...

bro. lain kali jangan siarkan komen HOT CANNS ni. kau tak sakit ati ke? orang ni jenis yang sakit ati dan tak guna otak bila bercakap. buat apa kau siarkan komen si bangang ni?

MASTANA said...

waghih!

kito pun ado keturunan rajo gak, dari istano menanti walaupun kito duduk melako.

kau tu pun ado darah rajo. kau pun tau. dah nasib nenek kito kono halau dari istano dulu sobab kawin org kebanyakan.

ingat lagi ko arwah tok hasan yang tiap2 bulan dapek elaun kerabat dio.

apo pun, hidup rajo2 melayu! tanpo sultan, takdo tompek untuk melayu di tanahair sendiri!

syabas jai....

Anonymous said...

awak dengan siapa sebenarnya?

dengan pemangku raja atau dengan tgku temenggong atau dengan tgku anis?

kalau dengan t fariz, maknanya awak cari nahas.

kalau dengan t fakri, awak cari penyakit.

kalau dengan t anis, awak cari maut!

baik batalkan saja hasrat awak yang tak murni ni!

kulup kecil said...

siapa punya akhbar transisi ni? kerabat kelantan punya ke? bukan main lagi liputan untuk raja perempuan!

banyak dapat upah kot...

shark said...

u said that home minister was given a copy of the cd.

what is the content of the cd?

Anonymous said...

HOI MELAKA!

LEBIH BAIK KAU HENTIKAN KEJE NI. KALAU TAK, KAMI YANG AKAN KERJAKAN KAU NANTI.

MENGADA-NGADA!

KAU NAK AMPU SIAPA?

ohm said...

bro, better take extra precaution. otherwise u may end up like the dead palace guard!

take my advise

soman gagap said...

jai,

mesti upahnya tinggi, kan?

bagi la aku sikit, nak bayar duit kicap!

Anonymous said...

tengku fariz pilihan ayahanda, tengku fakry pula pilihan bonda. sebab itu mereka bercakaran, betul tak?

Anonymous said...

good la if there was no feud.

what's important is to restore their good names

Anonymous said...

RAJA PEREMPUAN, MENGIKUT CERITA ORANG RAMAI, SUKA CAMPUR TANGAN PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI, HINGGAKAN NIK AZIZ PULA NAIK MELUAT DENGAN DIA.

BANYAK TANAH RAKYAT DIRAMPAS DAN DIMAJUKAN ATAS NAMA PROJEK DIRAJA KELANTAN. INI MENYEBABKAN RAKYAT TURUT TIDAK MENYOKONGNYA.

ADA PULA TEORI MENGATAKAN RAJA PEREMPUAN SOMBONG DAN TIDAK SUKA DITEGUR JIKA BUAT SILAP.

SEBAB TU EMPAT ANAK KELUARGA NI BERSELISIH FAHAM SEBAB ADA YANG SOKONG BAPAK DAN ADA YANG SOKONG MAK

abey said...

jai,
aku percaya mesti ada orang yang suruh kau buat kerja rumit ni. upahnya mestilah mahal, at least 500,000.

siapa upah kau? kalau kau cakap takda, tak masuk akal laaaaa!

kassam said...

transisi ni pro atau antikerajaan? apsal mahal sangat hargnya? kandungannya pula tak la begitu menarik

Anonymous said...

i know who hires u....

hehehehehehehehehe!!!!

Anonymous said...

AWAK BUAK GAPO NI? JANGE TUNJUK LAGOK DI KLATE NI. MAPUH NATI!

esteem said...

u accused the police of resorting to a la mafia action.

could u pls elaborate!

kluangman said...

Jika permasalahan itu adalah permasalahan rumahtangga adalah wajar 'perkara' itu tidak didedahkan, lagipun keadaan sekarang sudahpun tenang.

Permasalahan Istana juga tidak melibatkan atau mengakibatkan rakyat Kelantan terancam atau lain lain faktor yang kurang baik kecuali sedikit provokasi dan sensasi liputan media.

Selalunya, setiap krisis rumahtangga yang melibatkan harta, kuasa dan poligami memang di antara sebabnya adalah pihak ketiga tetapi niat untuk mendedahkan pihak ketiga sudah tidak penting kerana ia mampu diselesaikan oleh keluarga Istana itu sendiri.

Keaiban elok dijaga, cuma kalau ia melibatkan jenayah atau melanggar udnang2 negara maka wajar diserahkan kepada pihak berkuasa untuk di ambil tindakan.

Pendedahan ini kelak tidak akan ada penghujung.

NIK M, KB said...

memang tidak ada pertelagahan keluarga diraja. cuma ia digembargemburkan oleh pihak tidak bertanggungjawab yang cuba menangguk di air keruh.

saya masih melihat pemangku raja dan TT bersama sekali-sekala dan nampak amat rapat.

setiap famili sudah tentu ada masalah sendiri dan saya yakin kaum kerabat istana mahkota sentiasa ingin mengekalkan hubungan yang ada sebagai adik-beradik dan keluarga.

yang mengeruhkan keadaan ialah segelintir penghasut dari luar yang bermuka-muka dengan mereka demi menjaga kepentingan sendiri. di luar nampak baik tetapi hati mereka amat hitam.

saya juga tahu ada tauke cina dan pegawai istana yang mendalangi perselisihan faham ini untuk menjaga kedudukan mereka.

saya sokong usaha sdr untuk membongkar kisah ini dan menyebut nama mereka yang terbabit agar mereka dipecat dari istana dan pentadbiran.

saya akan e-mel sdr untuk membantu memberi maklumat dan bukti lain yang ada.

wasallam

kirin said...

interesting, very interesting.

it would be more interesting if you could name those involved

kacip said...

baca thekelantaninsider.blogspot.com


ini ialah laman blog yang diupah oleh penyangak pro datuk halim.

kentut halim pun wangi pada mereka ni

Anonymous said...

HORMATILAH KEPUTUSAN RAMAI BAHAWA PEMANGKU RAJA BERHAK KE ATAS SEGALA2NYA.

JANGAN CUBA MEMUTARBELITKAN APA YANG TIDAK NYATA.

JIKA AWAK DENGAN TT, MAKNANYA AWAK DI PIHAK YANG SALAH.

KALAU NAK TULIS PUN, APA SALAHNYA AWAK JUMPA TENGKU FARIZ SEKALI?

Anonymous said...

HORMATILAH KEPUTUSAN RAMAI BAHAWA PEMANGKU RAJA BERHAK KE ATAS SEGALA2NYA.

JANGAN CUBA MEMUTARBELITKAN APA YANG TIDAK NYATA.

JIKA AWAK DENGAN TT, MAKNANYA AWAK DI PIHAK YANG SALAH.

KALAU NAK TULIS PUN, APA SALAHNYA AWAK JUMPA TENGKU FARIZ SEKALI?

wan wanted said...

kluangman salah sangka agaknya. saya rasa sdr bujai cuma ingin mendedahkan siapa yang terbabit dan layanan buruk terhadap baginda sultan. saya rasa ini usaha yang baik, kita perlu membetulkan tanggapan umum terhadap masalah ini. ia juga untuk menyedarkan mereka yang terbabit agar jangan cuba menjadi hero kepada seseorang

sri nilampuri said...

lots of cunfusion.

the rakyat is confused.

the media is confused

bloggers are also confused.

however, i am not confused as i also have enough evidence to implicate those involved

Anonymous said...

bro, elok kau employ bodyguard. silap aribulan,ada orang akan ikut kau dan nak tau mana kau tinggal. ini bukan kerja main2!

mahjong said...

WHO ARE THE MAFIA? THE POLICE?

BETTER TELL US!

Anonymous said...

peringatan saya kepada anda,

JANGAN CUBA CAMPUR TANGAN URUSAN ISTANA!

BURUK PADAHNYA NANTI!

kesuma said...

i know u were in kota baru but did u meet with them all - sultanah, her kids and the palace officials?

i hope to see a balance report.

anyway, i commend your effort

Anonymous said...

berapa upah yang ditawarkan? siapa yang upah awak?

Anonymous said...

Salam Sdr Jailani,

Keputusan Sdr untuk turut terlibat dalam krisis Istana Kelantan ini amat tidak bijak,merbahaya dan merugikan sdr.

Awal-awal lagi ternampak jelas Sdr telah memihak kepada pihak yg menjadi punca dan penyebab kepada permasalahan dan kemelut Istana Kelantan sekarang.Lantaran itu segala apa yg Sdr akan bentang dan dedahkan nanti akan dilihat sebagai satu usaha untuk menegakan benang basah,dan untuk itu Sdr akan terpaksa meyelewengkan fakta sebenar dan sekali gus memburuk dan memfitnahkan pihak yg satu lagi.Percayalah,bagaiman pintar dan bijak sekali pun kita menyembunyi dan memutar belitkan sesuatu pembohongan dan fitnah itu,akhirnya orang akan dapat kesan dan umum akan tahu jua.Pada waktu inilah nilai keperibadian,maruah dan status diri kita sebagai seorang yg berprinsip dan beriman akan merudum.Kemuliaan diri kita terhumban kelembah kehinaan.Nanti Sdr akan tergolong dalam kempulan manusia yg membohong dan menyebar fitnah demi mendapat sedikit ganjaran wang.Bukankah itu satu kerugian namanya?Mungkin Sdr dapat bayaran yg agak lumayan tetapi,percayalah,ianya tidak berbaloi.

Sebenarnya masalah atau kemelut Istana Kelantan kini sudah pun reda dan akan selesai dengan baik kerana ini adalah masalah "anak beranak"yg dapat diselesaikan dengan cara dan kaedah yg ditetapkan oleh adat,peraturan dan budibicara mereka dalam istana sahaja.Justeru itu lebih elok rasanya Sdr tidak masuk campur dalam hal ini.Penglibatan Sdr mungkin akan menambah buruk dan mengeruhkan lagi keadaan.

Sekarang ini pun ramai orang telah merumuskan bahawa tindakan Sdr ini didorong oleh wang riggit dan bertindak sebagai orang upahan.Atau senyaja nak mengada-ada dan mencari nama walau pun tidak kena pada tempatnya dan caranya.

Askar Tua

Shamsul Yunos said...

http://marahku.blogspot.com/2010/06/israeli-commando-who-shot-six.html


WTF????

Israeli commando who killed up to six innocent aid worker is being considered for award

read it HERE

Anonymous said...

Jai org baik, jgn dengau ckp si baruah jamilan.

Aiyo kito MINUM, tari dan bemesra . he he he

Hot Canns

Anonymous said...

dear jai,

it a daring and brave thing u are doing here.

if the pay is good, do include me... but its very dangerous

leyley said...

kalau awak teruskan jugak, kami akan pastikan awak tak jejak bumi kelantan lagi.

ini negeri kami, bukan pendatang macam awak.

urusan istana mahkota adalah urusan raja kami dan rakyat kelantan. orang luar jangan campur tangan!

Anonymous said...

hot canns tu sbenarnya jaki dengan kau jai.

dia ni jenis bahlol sikit

hj murai said...

saya sokong usaha sdr jika ia bertujuan menjernihkan semula semua yang keruh.

syabas!

jeremy said...

anon 1.31,

anda macam mengugut? siapa anda sebenarnya?

adakah anda terbabit dengan krisis istana?

adakah awak takut?

bujai said...

sdr askar tua,

terima kasih di atas teguran dan nasihat. bukan maksud saya untuk mengeruhkan keadaan yang ada. malah saya tidak berniat berat sebelah dalam hal ini. apa yang saya ingin utarakan ialah ketidakadilan yang berlaku ke atas baginda tuanku dan penyelewengan pihak tertentu yang ingin menahan lukah di pergentingan, di samping kegagalan pihak berwajib menangani kepincangan yang berlaku. saya juga tidak tertakluk dengan apa jua bentuk bayaran dan pengaruh sesiapa. belum pun saya menulis kisah selanjutnya, sdr sudah membuat andaian sendiri. apa pun, terima kasih.

harap maklum

bujai said...

hot canns,

saya sentiasa menyiarkan komen sdr.

sdr kenal saya tapi saya tidak mengenali sdr.

saya harapkan teguran dan input yang baik dari sdr.

terima kasih

Anonymous said...

kah kah kah!

macam dah jadi medan perang je blog ni. ugut mengugut pulak.

hati2 beb!

Anonymous said...

Bro jai, gua rasa jika niat tu baik untuk mencari kebenaran dan kebaikan lu go ahead..pi mampus la dgn org2 yg dok ugut lu tu..wa support lu dan ingat!!! Allah tu lebih gagah dan besar dari sesiapa makhluk di bumi ini walaupun dia tu raje ke apa ke bro...org yg beriman dgn allah dan islam tdk seharusnya membuat ugutan sesama islam untuk suatu mencari kebenaran dan kebaikan..cume yg terdorong pada nafsu jer sanggup warning2 org tak tentu pasal ni..yg penting bro maklumat lu mesti tepat, adil dan tidak berat sebelah..Raja adalah lambang kerajaan untuk org melayu dan hidupkan terus budaya mempertahan Raja yang adil raja disembah raja yang zalim raja disanggah..

Anonymous said...

T'kaseh bujai

Hot Canns

Ustaz said...

ha ha ha. Jai jangan takut. Saya adalah salah seorang yang kena tangkap dengan UTK baru-baru ni semasa mengeringi Tuanku Sultan ke Singapura. Sampai kat tengah jalan depan sekolah depan pusat kesihatan kubang kerian, UTK datang tahan kami dengan Tuanku sekali. Dia orang pakai topeng dan senjata.Kami semua takut.