Tuesday, April 27, 2010

Umno President, please look into this!

I hope Prime Minister and Umno President Datuk Seri Najib Tun Razak and his deputy Tan Sri Muhyiddin Yassin got the time to read this. At least, their aides would alert them on this. Its all about an Umno division in Terengganu. To be precise - Dungun. I also heard similar problems in some other divisions. If it goes unattended, Umno will forever be labeled as a party for the rich and famous and for those with political connection. I did my own investigation and found out that most of the allegations are true. If MB Terengganu Datuk Ahmad Said is to be dragged into this, I am willing to bear the consequences. The compilation of complaints via SMS and conversation lead to this summary:

Kebanyakan ketua bahagian Umno sudah diserap dengan kepercayaan bahawa sebagai ketua, merekalah yang layak menjadi Ahli Parlimen. Tidak kiralah berapa lama mereka memegang jawatan. Pada mereka, penjawat lain seperti timbalan ketua bahagian, setiausaha dan sebagainya tidak layak langsung ke Dewan Rakyat.

Ketua Umno bahagian Dungun masih Datuk R. Dia pernah jadi Ahli Parlimen hanya sepenggal. Jika dia seorang MP yang bagus, berwibawa dan menyumbang kepada bahagiannya, dia seharusnya masih menjadi wakil rakyat hingga kini. Bagaimanapun, pada pilihanraya umum ke-12 yang lalu, Ketua Perhubungan Umno negeri ketika itu, Idris Jusoh menggugurkannya. Sebaliknya, timbalan Dtk R iaitu Matulidi dipilih sebagai calon dan memenangi kerusi Parlimen berkenaan.

Dua tahun selepas menjadi Ahli Parlimen, Matulidi menghadapi pelbagai masalah, Kebanyakan usahanya di Dungun tidak mendapat sokongan ketua bahagian. Malah dalam banyak kes, penduduk Dungun dihasut agar jangan menyertai mana-mana projek yang diatur oleh Matulidi. Khabarnya, ketua bahagian seorang yang berduit dan mempunyai hubungan rapat dengan Menteri Besar Terengganu. Jadi, apa juga karenahnya di Dungun tidak diendahkan oleh Badan Perhubungan Negeri. Apatah lagi tidak ada siapa pun yang berani campur tangan atau menegurnya.

Matulidi seorang yang berwawasan tinggi, mahu memajukan kawasannya, ingin melihat rakyatnya meningkatkan taraf hidup, mengurangkan kemiskinan, mengatasi masalah ibu tunggal dan mencari jalan membantu menghuraikan masalah generasi kedua Felda.

Beliau sudah pun menemui Timbalan Perdana Menteri bagi memohon apa saja projek yang boleh dibawa ke Dungun, umpamanya hospital, jalan kampung, projek ekopelancongan di pinggir Sungai Dungun serta projek memperdalamkan muara Dungun, membina benteng penahan ombak dan mewujudkan industri perkapalan kecil di sana.

Belum pun apa-apa, sudah timbul dakyah di Dungun bahawa Ahli Parlimen ini ingin membawa projek yang menyusahkan rakyat, kononnya semua projek ini akan disertai oleh orang luar dan bukannya penduduk tempatan. Ketua bahagian, khabarnya, berkuasa penuh melulus akan menolak semua projek berkenaan sebagai kapasitinya sebagai seorang ketua.

Ketua ini juga rapat dengan pihak berkuasa tempatan. Tidak hairanlah tiba-tiba sewa Pusat Khidmat Ahli Parlimen yang disewa dari Majlis Perbandaran Dungun dinaikkan daripada RM1,500 kepada RM3,000 sebulan. Di samping itu, ada ura-ura untuk menaikkan kadar sewa kedai dan pejabat di bawah PBT sebanyak 50 peratus. Ini semua akan dipersalahkan kepada Ahli Parlimen dengan harapan kebencian rakyat terhadapnya akan meningkat.


If this is what Umno is today, the next PRU will definitely see Terengganu fall to the Opposition again. Until such complication is addressed, Umno Terengganu which still have chronic problems since PRU12 will forever remain as a burden to its President. It may look petty but if it goes without any action taken, more scabs will grow and Umno will be seen as a party for those with muscles. In the end? I believe Umno needs more than just a good clean up.

40 comments:

Anonymous said...

bro, ni semua angkara datuk dr. rmh. aku tahu teruk matulidi kena.....

kluangman said...

Apa yang dilaporkan adalah perkara biasa politik dalaman UMNO, tukarlah berapa puluh kali pun MBnya, atau Ketua bAHAGIANNYA ATAU aHLI pARLIMENNYA, perangai mereka tetap sama - jadi tolong jangan buang masa PM dan TPM untuk membacanya.

lesungbatu said...

Sesungguhnya memang UMNO memerlukan satu operasi 'clean-up' yang total. Dalam rencana 'Umno Presiden, please look into this' menarik untuk menilai apa akan terjadi kepada Negeri Terengganu dalam PRU-13 nanti.
Masalahnya sejak mula Terengganu bertukar tangan pentadbirannya dari Datuk Seri Idris Jusoh kepada Dato' Md Said, ia terus diganggu guggat dengan pelbagai karenah berupa menentang menteri besar baru itu.
Ia berlanjutan hingga beberapa insiden tidak sihat berlaku seperti bumbung stadium runtuh, rombakan badan perhubungan negeri bertukar kepala yang diketuai oleh Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein.
Namun suasana politik tidak juga reda kerana kemunculan geng 10 yang memboikot persidangan DUN dan sebaran SMS palsu menjadikan segala urusan pentadbiran Terengganu tidak kelihatan sihat.
Kini ada pula satu fokus langsung di UMNO Bahagian Dungun yang membabitkan Datuk R yang dikatakan mempunyai pengaruh dan berkuasa penuh kononnya menggagalkan tugasan Matulidi.
Pada pandangan saya setelah meneliti rencana ini, ia ada kaitan dengan musuh politik Dato' Md Said yang masih belum berpuas hati dan belum reda lagi.
Penulis tulisan ini yang mendakwa telah membuat penyelidikan, bimbang nasib masa depan UMNO dan merayu Datuk Seri Najib Tun Razak supaya campur tangan dalam politik Terengganu secara keseluruhan. Ertinya Datuk Seri Hishamuddin yang diamanahkan untuk memandu badan perhubungan Negeri Terengganu tidak begitu berfungsi dengan baik. Ataupun telah dilihat berat sebelah kerana ramai yang melihat bahawa beliau lebih rapat dengan pihak geng 10 daripada kumpulan pentadbir yang diketuai Md. Said.
Eloklah PM masuk campur. Saya sokong. Pastikan dalam UMNO Terengganu tidak ada puak kiri dan berpura-pura apabila berdepan dengan pemimpin.

ahli sedih said...

sdr jai,

saya setuju dengan pandangan sdr bahawa kebanyakan ketua bahagian merasakan mereka berkuasa penuh ke atas sesiapa saja, dan oleh itu merekalah yang patut diangkat sebagai ahli parlimen manakala ketua cawangan yang seiringan dengan mereka patut jadi ahli dewan undangan negeri.

mereka tidak dapat menerima hakikat jika penyandang bawahan dipilih menjadi ahli parlimen atau adun.

penyakit ini dinamakan penyakit mementingkan diri sendiri. ia sudah lama berlaku. pada ketua bahagian, pucuk kepimpinan patut menerima mereka kerana ahli sudah memilih mereka pada peringkat mesyuarat bahagian atau cawangan. justeru itu, seorang ketua bahagian layak menjadi ahli parlimen selagi mereka masih menjadi ketua bahagian.

inilah yang memberikan gambaran buruk terhadap umno sejak akhir2 ini. kepentingan diri sudah menguasai kepentingan parti, agama, bangsa dan negara. mereka seolah-olah ingin berkuasa selagi hayat masih ada kerana satu sebab - wang ringgit

tony phua said...

isnt umno a party for the elite? so, do blame the division heads. its leadership by example!

Anonymous said...

siapa tak kenal datuk rosli tu? jadi MP pun sepenggal, pastu kena drop. dia bukan wakil rakyat yang baik, asyik kumpul duit, kumpul harta. siap yang tak sebulu dengan dia, akan hidup susah. mat said pun tak boleh buat apa dengan dia!

Anonymous said...

siapa yang bagi muka kepada ketua bahagian ni?

mestilah perhubungan negeri!

voltan said...

boleh runtuh umno kalau ada sikap macam ni di kalangan pemimpin bahagian dan pusat.

jawa kontrak said...

WOOO!!!

BERANI KAU BUAT POSTING MACAM NI. RAMAI ORANG BOLEH SAMAN KAU, BRO.

TAPI MEMANG PATUT ADA ORANG BERANI MACAM KAU BUAT PENDEDAHAN MACAM NI. KALAU NAJIB DAN MUHYIDDIN TAK BACA, ALAMAT LINGKUP LA UMNO MENJELANG PRU AKAN DATANG.

UMNO PERLUKAN PEMBERSIHAN DALAMAN, DARI PEMIMPIN AKAR UMBI SAMPAILAH KE PERINGKAT ATASAN.

Anonymous said...

u were so honest in your posting.

i hope other bloggers would follow your step.

its crucial in making umno more relevant

Anonymous said...

umno akan rosak dari dalam, bukan dari luar.

salah satu ialah pemimpin seperti ini

kopam said...

bahlul apa sikluangman ni!

pm baca ke, tak baca ke, lantak dia la. dia dah selesa dengan sokongan semua ketua bahagian. so, dia ambil tindakan atau tak, bukan soalnya.

yang penting, kepincangan macam ni perlukan seorang yang berani untuk dedahkan.

pakngah said...

jai,
aku rasa kalau pm baca pun, takda tindakan akan diambil.

inilah masalah umno. kalau ada pemimpinnya yang lurus bendul dan ikhlas macam matulidi ni, akan ada orang pijak kepala dia.

umno tidak membela orang macam ni. umno lebih suka pemimpin bahagian yang pandai ampu pemimpin atasan, pandai buat duit untuk kepentingan peribadi dan tau cara menjatuhkan orang lain.

inilah semangat umno!

gajahmada said...

saya menghormati tulisan LESUNGBATU.

memang benar, datuk hisham yang sepatutnya menyelesaikan masalah dalaman umno terengganu tidak langsung berbuat sewajarnya. dia hanya tahu membuat kenyataan mengenai KDN dan memastikan beritanya keluar suratkhabar dan TV setiap hari.

macam ni ke nak jadi perdana menteri suatu hari nanti?

anak dungun said...

allah maha mengetahui apa yang sebenarnya berlaku terhadap umno terengganu dan umno dungun.

jika semua pokok, batu, angin dan air di dungun boleh bercakap, nescaya takda siapa boleh mengelak daripada disabitkan kesalahan!

WCL said...

jai,

i dont think najib or muhyidin or hisham or MT will act on this.

they are already comfortable with their position.

what happens at the divisions - to them - is for the state liaison umno chief to settle.

kocek said...

bujai,

aku rasa najib dan muhyiddin gelak je baca posting kau kali ni!

buat apa bangkitkan benda macam ni? dah jadi budaya umno!

Anonymous said...

pm is too busy bro. i dont think he reads this. even if he does, he will just ignore it.

umno is moving towards its demise

tua ganyut said...

saya rayu pm dan pemimpin lain agar jangan memandang ringan isu begini. inilah yang bakal meruntuhkan kepercayaan orang melayu terhadap umno.

saya sudah lihat banyak perkara buruk dilakukan oleh ketua bahagian dan cawangan. memang ada yang menindas dan mengugut ahli agar memilih pasukan yang mereka restui.

ini perbuatan tidak sihat namanya. tidak wujud langsung amalan demokrasi jika ia dibiarkan berlarutan.

Anonymous said...

kluangman memang betul... tapi aku harap datuk najib ambil berat akan hal ini

kelian intan said...

umno ni ibarat buah jambu. di luar nampak cantik, tetapi di dalamnya penuh dengan ulat!

Anonymous said...

si matulidi ni bukan sorang je dalam kes ni. ramai lagi ahli parlimen dan adun yang bukannya memegang jawatan ketua bahagian atau ketua cawangan yang jadi mangsa politik setempat. tak boleh buat apa sebab pemimpin tertinggi pun tutup mata je

Anonymous said...

wahai orang umno!

keluarlah dari partimu yang parah ini dan sertailah kami di dalam pas!

hehehehehehehe!

mastana said...

jai,

bahagian kito pun samo yo masalah eh. ketuo kito samo yo hebat eh macam dtk r di dungun tu

kawan ulu bernam said...

aku rasa dtk r ni cuma jaki je dengan matulidi sebab dia fikir dia lebih pandai daripada ahli parlimen ni.

inilah sifat melayu, tak sanggup terima hakikat ada orang lain lebih hebat, lebih pandai, lebih kaya atau lebih lawa daripada dia.

kudaku lari said...

kita patut ikut tempoh jangka hayat penjawat umno ni seperti berikut:

presiden - pegang jawatan 100 tahun

timb presiden - 80 tahun

naib presiden - 60 tahun

ketua perhubungan negeri - 50 tahun

ketua bahagian - 40 tahun

ketua cawangan - 30 tahun

ketua pemuda - 50 tahun

ketua wanita - 50 tahun

ketua putera - 30 tahun

ketua puteri - 30 tahun

ahli umno biasa - sepanjang hayat

barulah takda masalah dalam parti!

Anonymous said...

yb matulidi kena bangunkan jugak dungun. jangan ikut telunjuk bengkok ni, nanti tak jadi apa pun. biarkan dia dengan politik jahatnya tu

Anonymous said...

kalau datuk najib dan yang lain2 tak endahkan hal2 seperti ini, alamat pendek umur le umno.

menjelang pilihanraya umum akan datang, umno akan hilang banyak kerusi parlimen dan negeri.

jangan pandang remeh isu ni, YAB!

lim gopoh said...

biasa la lu olang melayu. busuk ati sama sendili.

kuntut busuk, taik busuk, mulut pun busuk!

aaiiiyaaakkkk!!

Anonymous said...

bro, umno is losing grip in so many places. i dont think the president is aware about it. infighting is getting out control...

Anonymous said...

itulah silapnya najib lantik hisham jaga umno terengganu.

makin teruk keadaannya!

kulitkraf said...

pada pru akan datang, aku cadangkan orang umno dungun jangan buang undi.

biarkan orang pas dan pkr je yang buang undi.

kalau duduk bawah umno pun bermasalah, samalah duduk bawah pembangkang.

macam kelantan, bawah pas pun diorang maju gak, hidup jugak!

Anonymous said...

suruh ahmad said simpan orang macam ni lama2... biar aman damai teregganu!

Anonymous said...

nampak macam masalah kecil tetapi inilah yang akan menghilangkan kepercayaan ahli terhadap parti, khas terhadap pucuk kepimpinan. jika ia dianggap bukan masalah, umno bakal dihuni oleh kumpulan samseng dan orang kaya saja

ontot said...

it happens to every party, bro. we should learn from MCA...

ontot said...

it happens to every party, bro. we should learn from MCA...

sipitak said...

dah hampir 33 tahun aku jadi ahli umno. perkara macam ni makin berleluasa hingga menjejaskan perpaduan cawangan dan bahagian tetapi pucuk pimpinan negeri dan pusat cuma pekakkan telinga setiap kali kita buat aduan.

dalam hal ini pun, aku rasa pm dan ahli MaT yang lain akan berdiam diri saja

Anonymous said...

APA NAK JADI DENGAN UMNO NI?

KALAU ORANG ATASAN TAK CAMPUR TANGAN ATAU AMBIL TINDAKAN TEGAS, SAMPAI BILA PUN IA AKAN MEMUDARATKAN PARTI.

ELOK MT BINCANGKAN HAL INI PADA MESYUARAT AKAN DATANG

Anonymous said...

Bro, aku tabik kau kerana pendedahan ini selepas balik dari hulu selangor. Tapi yang didedah di negeri orang. Macam mana pulak di Melaka, negeri kau. Macam kata mastana tu... Berani ke?

Anonymous said...

Salam bro pm dan tpm kena bertindak cepat dalam menangani kes-kes sebegini makin dibiarkan makin melaratlah.Macam mana BN nak menang kalau kes sebegini pun PM xboleh selesai kan.