Sunday, March 21, 2010

Penambahan anggota PDRM memang wajar

Rancangan mengambil 60,000 lagi anggota polis pelbagai pangkat adalah sejajar dengan syor yang terkandung di dalam Laporan Suruhanjaya Diraja Mengenai Penambahbaikan Perkhidmatan Polis pada 2004, di mana saya sendiri adalah antara yang terbabit membuat semakan terakhir sebelum ia dibentangkan di Dewan Rakyat oleh Perdana Menteri ketika itu, Abdullah Ahmad Badawi.

Penambahan anggota ini sememangnya diiktiraf oleh laporan itu sebagai salah satu usaha meningkatkan mutu perkhidmatan kepada rakyat, menyamatarafkan kedudukan Polis Di-Raja Malaysia (PDRM) dengan angkatan negara maju dan membangun lain seperti Jepun, Korea Selatan, Australia dan India, di samping memperbaiki imej pasukan polis yang selama ini terjejas oleh pelbagai masalah seperti lewat bertindak, kekurangan anggota dan kepincangan lain.

Pasukan polis berfungsi besar dalam menegakkan undang-undang negara dan memelihara keselamatan awam agar sentiasa terlindung daripada perkara yang tidak diingini seperti samun, peras ugut, bunuh dan pelbagai jenayah lain.

Fungsi mereka dalam membentuk masyarakat yang lebih bertanggungjawab juga terhasil daripada pemantauan berterusan ke atas kegiatan tidak bermoral membabitkan belia kita hari ini seperti lepak, rempit, dadah dan sebagainya. Pembanterasan yang dibuat dari semasa ke semasa lambat laun akan mewujudkan satu masyarakat Malaysia yang kurang terdedah kepada jenayah serta mengukuhkan keyakinan dan meningkatkan rasa hormat orang ramai terhadap PDRM.

Saya masih ingat pada tahun 2004 apabila semua anggota polis diwajibkan memakai lencana 'Saya Anti Rasuah' sedangkan Laporan Suruhanjaya Diraja meletakkan pasukan polis di tempat ke-4 atau ke-5 di segi amalan rasuah.

Saya, yang ketika itu tidak setuju langsung dengan pemakaian lencana sedemikian, pernah mengutus surat kepada Pak Lah, dengan alasan jika anggota polis diwajibkan memakainya, maka semua kakitangan awam dari Perdana Menteri hingga ke pencari fail mestilah memakainya.

Laporan Suruhanjaya Diraja menyebut (jika saya tidak terlalu silap) perkhidmatan perubatan, pendidikan dan kastam adalah tiga kategori paling atas di segi berlakunya rasuah yang ketara. Malangnya, anggota polis sering dijadikan ukuran untuk menghentam PDRM sebagai bidang perkhidmatan yang paling buruk laku di segi rasuah.

Pemakaian lencana 'anti rasuah' itu memburukkan lagi nama baik PDRM kerana ia mendorong kepada tertanamnya satu imej paling aib anggotanya di mata orang awam. Rakyat yang kurang tahu mengenai kedudukan 'indeks rasuah' negara dengan mudah menuding jari ke arah mana-mana anggota polis yang meronda di kawasan mereka sebagai 'cari makan' .

Tanggapan inilah yang menyenangkan pesalah lalulintas dan kesalahan kecil lain menganggap amat mudah untuk 'membeli' seorang anggota polis dengan harga menyogoknya RM5 atau RM10 bagi kesalahan trafik misalnya atau RM100 bagi kesalahan kecil dadah. Pemakaian lencana itu turut meruntuhkan moral sebahagian besar anggota PDRM kerana sering dipandang serong di mana-mana pun mereka bertugas.

Kekurangan anggota juga memaksa PDRM melalui Kementerian Dalam Negeri tidak dapat menyusun agihan anggota di semua negeri, terutamanya Sabah dan Sarawak serta kawasan pedalaman Semenanjung. Penempatan pegawai dan anggota yang ramai biasanya tertumpu di kawasan bandar dan kawasan berisiko tinggi, menyebabkan rakyat pedalaman kurang dinaungi.

Dengan rancangan penambahan anggota ini, PDRM akan perkuatkan juga dengan penambahan pegawai pangkat inspektor ke atas di semua negeri. Adalah diharapkan, kerajaan turut menimbang meletakkan seorang inspektor sekurang-kurangnya bagi setiap balai kecil daerah, daripada seorang sarjan sekarang.

Penambahan anggota juga mestilah sejajar dengan program meningkatkan skim perumahan polis, kajian semula tangga gaji anggota serta elaun, dan meningkatkan mutu persenjataan PDRM. Pembesaran pasukan mestilah mengambil kira jenis senjata yang digunakan dengan mengambil kira cabaran masa kini dan semasa, di samping jenayah berat yang makin membabitkan persenjataan lebih canggih.

Ketika melawat pasukan polis marin di Pengkalan Kubor, Kelantan tidak berapa lama dahulu, saya sempat berjaya seorang pegawainya mengenai bot peronda yang memiliki dua dan tiga enjin.

Jawapannya lucu tetapi lojik. "Dua enjin untuk kejar penyeludup. Tiga enjin untuk lari dari lanun...!"

13 comments:

peg waran said...

jangan dok tambah anggota tapi mutu perkhidmatan tak bertambah.

apa pun, saya tabik ketua polis negara yang akan bersara sept ini.

aiyob said...

saya setuju bahawa penambahan anggota harus seiring dengan penambaikan persenjataan

Anonymous said...

sempena hari polis, saya ingin ingin ingatkan semua anggota agar terus berdisiplin tinggi dan mementingkan negara diatas segalanya

jef pua said...

bro,

can u help settle my summons... already more than rm1k la... hehehe

Anonymous said...

we have good cops and bad cops, good leaders and the useless ones, good husbands and the bad ones...

we are all human.

live with it

anak polis said...

sdr,
malaysia memiliki antara pasukan polis terbaik dan cekap di rantau ini, malah dalam banyak hal, kita lebih baik daripada beberapa negara maju.

memang ada anggota polis yang tidak berdisiplin, rasuah dan melakukan kesalahan lain tetapi bilangannya amat kecil. rasuah bukan saja berlaku di dalam pasukan polis tetapi dalam perkhidmatan kerajaan yang lain. di pihak swasta juga, rasuah banyak berlaku.

janganlah kita memburukkan nama pasukan polis hanya kerana perbuatan segelintir anggotanya, ini tidak adil.

masyarakat banyak bergantung kepada polis dalam memastikan keselamatan mereka terpelihara. oleh itu, wajarlah kita bekerjasama dengan polis demi kepentingan bersama

penny said...

i wish to see more quality in our police force - in terms of exercising their duties and in executing criminals. they must not be bias.

kanebo said...

bujai, our police force is good enough.

those criticising them are the ones involved in various wrongdoings.

also want to wish selamat hari polis

Anonymous said...

kepada anggota yang bededikasi dan amanah - teruskan tugas.


kepada yang rasuah dan suka menyusahkan orang ramai - BERHENTI!

kuntum said...

bapak gua pun polis.

dah lebih 30 tahun kerja pun, masih koperal.

adil ke bos-bos polis ni?

Anonymous said...

some police stations are in bad shape. this needs attention from the govt.

konjongot said...

bujai,
masa aku sekolah menengah dulu, guru besar gunakan reverse psikologi ke atas mereka yang nakal dan langgar disiplin. aku salah seorang la.

caranya, mereka yang bersalah dilantik sebagai pengawas. bila dah jadi pengawas, mestilah kena tunjuk contoh yang baik.

untuk atasi masalah kekurangan anggota polis ni, elok kita kerah pesalah kecil ni jadi anggota polis. yang pesalah berat tu, sumbat je dalam jel.

ini juga boleh atasi masalah kesesahan dalam penjara. apa tak sesaknya kalau pesalah kecil macam curi ayam pun disumbat dalam jel. cuba latih dia jadi anggota polis, mesti akan sedarkan orang macam ni.

muru said...

i dont like the policemen.

why? i applied twice many years ago and they rejected me!

otherwise, i would have been a CP by now