Friday, January 22, 2010

Perginya seorang Raja mulia...

Berita yang amat sedih bagi saya dan rakyat Malaysia - kemangkatan Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail, 77, sultan dan yang dipertuan negeri Johor Darul Takzim.

Sebagai seorang yang pernah belajar di negeri Johor, saya yakin rakan-rakan seangkatan yang sama-sama menuntut di Sekolah Menengah Sains Johor di Kluang (terutama lelaki Islam), pernah menjadi makmum kepada baginda di Masjid Kampung Melayu di antara tahun 1974-1977.

Negara juga merasai kehilangan seorang raja berjiwa rakyat kerana sifat baginda yang sentiasa merendah diri dan menemui rakyat di mana saja baginda pergi ketika hayatnya.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh baginda.


AL-FATIHAH...

6 comments:

Anonymous said...

Salam Jai, jest curious sikit..... dh 50 yrs old ni,I never knew that Sultan Johor is also known or addresed as Yang DiPertuan Negeri. Sorry 4 my poor general knowledge.... Anyway ALFATIHAH. SEMOGA ROH BAGINDA BERSAMA2 ORG2 YG BERIMAN.

hashim chonel said...

Jai,

Kita orang melayu yang berasal dari Melaka sememangnya tidak beraja, jadi semasa bersekolah di SMSJ Kluang terasa kenikmatan di payungi oleh seorang raja yang saya kira tidak terlalu mengikut protokol-saperti menjadi imam sembahyang Jumaat.

Almarhum, seorang Sultan yang cool,Al Fatihah untuk Almarhum Sultan Iskandar.

Anonymous said...

bang jai,

masa abg form 5, saya baru form 2 tapi saya pernah solat jumaat di masjid kg melayu tu.

saya masih ingat almarhum memang seorang raja dan imam yang baik.

semoga rohnya dicucuri rahmat

bujai said...

anon 12.31,

memang setiap raja juga ditakrifkan sebagai yang dipertuan bagi negeri dan semua jajahannya.

banyak perkara yang kita sendiri tak tau...

t kasih

tony king said...

bro,

may god grace the new johor king

anak adam said...

yg hidup akan mati. itulah lumrahnya.
sama ada raja, sultan, perdana menteri atau rakyat biasa, semuanya akan mati. hanya pahala kita yang akan mengiringi kita ke sana.

al-fatihah