Sunday, March 29, 2009

Your grandfather's fiddlestick!

Gosh! 15 candidates for Bukit Selambau by-election. An election record, indeed but how do we look at it?

Its a farce, actually. Since an Independent (who later joined PR-led state government and made an Exco) won it in the last general election, it drew excitement among the aspirants.

Could it be a success story again for a non-BN and non-PR candidate this time?

Anyway, from my own perception, the rakyat was turning the by-election into a grandfather's fiddlestick episode, making the Barisan Nasional and Pakatan Rakyat as hangdogs for their continuous incompetence in attending to their needs.

Each time there's a by-election, BN and PR would mass up their supporters. Many promises made but nothing happens so far, just like the one in Kuala Terengganu on January 17 this year.

They want changes, too. They wont become just the meeks anymore to BN and PR. They are just fed up, disgusted and blased, especially with some politicians playing superficial but on IQ zero.

The Malay politicians, notably are becoming their bete noire for bickering among themselves, irrespective of Umno, PAS or Keadilan.

So, they better turn to those outside the parties. For once, they saw a good example in Ibrahim Ali who got the opportunity to whack whoever he likes at the Dewan Rakyat.

Saturday, March 28, 2009

Masa untuk berubah...

Saya antara orang yang cukup gembira di akhir perhimpunan agung Umno ke-59 hari ini. Munculnya Tun Dr Mahathir Mohamad di pentas utama, menjulang tangan Pak Lah di sebelah kiri dan Najib di sebelah kanan, cukup menggambarkan bahawa pertukaran arus kepemimpin parti kali ini mendapat restu pelbagai pihak.

Tidak kira apa pun tanggapan umum mengenai peristiwa bersejarah ini, ia mencerminkan betapa Umno memang teras perjuangan yang menyatukan sebahagian besar orang Melayu di negara ini. Perkongsian semangat inilah yang mampu merapatkan semula semua barisan dalam Umno, tidak kira apa peringkat pun.

Pak Lah sudah berundur sebagai presiden. Seharusnya kita sebagai orang Melayu dan Islam melepaskan beliau dengan dada terbuka. Beliau sendiri sudah meminta maaf di atas kelemahannya yang ada dan di atas mungkin wujudnya kepincangan dalam pentadbirannya sebagai Perdana Menteri.

Najib mempunyai tugas yang berat selepas ini. Beliau bakal mengambil alih tugas ketua nombor satu negara ketika Malaysia turut dibelenggu krisis ekonomi akibat runtuhnya sistem perbankan dan bursa saham seluruh dunia. Tugas mempertahan dan mencari formula baru bagi mengekang kesan buruk ekonomi ini bukan satu yang mudah kerana kegagalannya akan memudaratkan seluruh negara.

Ekonomi Malaysia dijangka menguncup kepada 0.5 peratus tahun ini dan mungkin kepada sifar jika pengurusan makroekonominya gagal memberi kesan sebagaimana yang digariskan di dalam Bajet Mini yang memperuntukkan RM60 bilion baru-baru ini. Jatuh-bangunnya ekonomi negara akan memberi kesan secara langsung kepada keadaan sosio-politik rakyat berbilang kaum, yang selama ini bergantung kepada pakej rangsangan itu.

Di dalam Umno sendiri, perubahan besar akan dibuat ke atas cara pemilihan pemimpin peringkat bawah dan tertinggi, biarpun ura-ura agar kesemua 3 juta ahlinya diberi peluang mengundi pada pilihanraya parti akan datang. Begitupun, Majlis Tertinggi boleh bermesyuarat dan meminda Perlembagaan Umno untuk membolehkan cara ini diperkenalkan.

Penerimaan ahli akar umbi terhadap Ketua Wanita, Datuk Shahrizat Jalil dan Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin perlu juga diberi perhatian jika Umno mahu bergerak kukuh tanpa sebarang masalah dan pertikaian dalaman.

Memang ramai yang tidak puas hati dengan kemenangan Shahrizat dan KJ. Malah, kemenangan beberapa calon lain juga dipertikai, termasuklah naib presiden, Hishamuddin Hussein yang sebelum ini dikecam hebat kerana isu pendidikan sains dan matematik dan Bahasa Kebangsaan (PPSMI).

Kedudukan bekas naib presiden, Datuk Ali Rustam sebagai Ketua Menteri Melaka juga mula disebut oleh kalangan perwakilan dan pemerhati di PWTC kali ini. Selepas didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin Umno di atas kesalahan 'politik wang' seminggu sebelum beliau bertanding kerusi timbalan presiden, ramai berpendapat ada baiknya Ali berundur dan digantikan oleh orang lain.

Kedudukan KJ juga tidak berapa kukuh. Cara beliau diejek dan di'boo' memperlihatkan betapa orang Melayu, terutama di kalangan ahli Pemuda, masih tidak senang dengan keputusan pemilihan dan masih berpegang kuat kepada pengaruh fitnah yang dilemparkan terhadapnya. Malah, yang ada melihat kekalahan Mukhriz dan Khir Toyo seolah-olah sudah diatur oleh Pak Lah agar KJ diberi peluang.

Begitulah hodohnya sikap orang Melayu dunia moden ini, yang masih berpegang kuat kepada apa yang didengar dan bukan kepada apa yang sebenarnya berlaku. Inilah yang dipesan oleh Pak Lah pada perhimpunan agung ini, agar orang Melayu menghentikan fitnah dan buruk sangka sesama sendiri.

Kumpulan Rafidah, yang bergegas meninggalkan PWTC sejurus sebelum keputusan Ketua Wanita diumumkan, turut memberi teladan tidak baik kerana enggan menerima kekalahan dan tidak mahu menerima kekalahan. Pada mereka, Rafidah perlu diberi peluang memimpin sayap itu walaupun sudah 20 tahun mengetuainya. Hal yang sama berlaku pada 1996 apabila beliau tewas kepada Zaharah Sulaiman.

Seperti kata Najib, semboyan sudah berbunyi. Begitulah juga dengan Umno. Rumah siap, pahat berbunyi. Masih ramai yang tidak puas hati. Masih ramai yang enggan menerima kekalahan. Masih ramai yang enggan menerima kenyataan. Masih ramai yang menjadi fanatik seseorang calon dan masih ramai yang tidak dapat menerima hakikat bahawa cara buruk inilah yang akan menghancurkan masa depan Umno, dan bukannya disebabkan calon yang menang.

Mengapa tidak? Jika sikap buruk ini berterusan, akan wujud pelbagai kem dan kumpulan dalam parti. Melayu lawan Melayu. Hanya kerana mahu menjadi hero politik dan terus menyokong calon yang kalah, porak peranda tidak boleh dielakkan.

Calon yang menang tetapi tidak disukai perlu membuktikan bahawa kemenangannya memang berbaloi. Khidmat tidak berat sebelah terhadap semua pihak dalam parti harus diutamakan agar tidak wujud prasangka dan rasa tidak enak di kalangan ahli. KJ, terutamanya, mempunyai tugas amat berat bagi merapatkan hubungan dalam Pemuda. Beliau memerlukan kerjasama Najib dan timbalannya, Muhyiddin Yassin lebih dari segalanya agar kedudukannya diterima, sekurang-kurangnya sebelum pemilihan akan datang.

Banyak perkara perlu berubah, selain sikap buruk Melayu dalam Umno ini. Pendekatan pemimpin terhadap ahli akar umbi juga memerlukan 'post-mortem'. Rajin-rajinnya turun ke bawah untuk meninjau keadaan dan jangan hanya berpuas hati setakat mendengar laporan ketua cawangan, ketua bahagian dan ejen politik mereka saja.

Ahli dan rakyat perlukan lebih daripada perhatian. Dalam tempoh sekarang hingga empat atau lima tahun akan datang, makin ramai akan dibuang kerja, menjadi penganggur dan menjadi miskin kerana masalah ekonomi. Kadar jenayah dijangka meningkat apabila makin ramai hilang pertimbangan untuk mencari sesuap nasi.

Semua ahli mestilah bersatu dan berganding bahu mencari penyelesaian. Politik Melayu memang perlu ditegakkan tetapi pandangan terhadap politik juga perlu dirungkai agar membawa kesan yang baik kepada semua ahli. Tidak semestinya kita sebagai ketua bahagian dan perwakilan memiliki kuasa mutlak dalam membuat pemilihan. Kita hanya seorang ketua bahagian berbanding beribu-ribu ahli!

Ingatlah, Umno masih lemah di banyak peringkat. Mengapa? Kerana ahlinya yang bersifat taksub kepada calon dan lebih rela berjuang untuk calon daripada kepentingan parti, bangsa dan negara Malaysia. Cara mereka berfikir jugalah yang akan menjahanamkan masa depan parti kerana kekolotan itu bakal menjerumuskan mereka ke dalam kancah pertikaian dalaman.

Kepada Najib, ingatlah bahawa segala yang terpikul di bahunya mulai hari ini akan menentukan masa depan negara, rakyatnya, Melayu dan agama.

Selamat berjuang...

Thursday, March 26, 2009

'Kecil jangan disangka anak...'

Kemenangan Khairy Jamaluddin bukan kemenangan beliau seorang. Inilah kemenangan Pemuda, kemenangan Umno dan kemenangan orang Melayu.

Setidak-tidaknya perwakilan berjaya mendapat ilham dan melihat cahaya kebenaran di saat-saat akhir sebelum membuang undi semalam - bahawa inilah masanya untuk membuat pembaharuan yang berani di dalam diri, parti dan bangsa.

Biarpun difitnah dan ditohmah serta dijadikan bahan lawak sebelum ini, KJ membuktikan bahawa amaran Lembaga Disiplin Umno bagi dakwaan politik wang serta tuduhan kronisme yang dilemparkan terhadapnya selama ini, ternyata tidak membawa kesan.

Memang tidak ada satu pun fitnah ini ada asas dan buktinya. Malah, kecekapannya mengendalikan sayap Pemuda ketika menjadi pembantu Hishamuddin berjaya menjadi pemangkin kepada kejayaannya malam tadi.

Tulisan dan analisis saya mengenai sikap orang Melayu dan KJ sebelum ini mendapat banyak cemuhan dan tentangan, bukan saja dari kalangan kawan rapat malah rakan seperjuangan dalam media. Kebanyakan pembaca pula melabel saya seolah-olah saya penyokong kuat KJ.

Ketika di Pusat Media sejak Isnin lalu, saya dipersenda. Malah, bekas wartawan kanan NSTP yang kini menjadi penasihat KJ, Sdr Rashid Yusof turut menjadi bahan kecaman sebahagian wartawan yang ada.

Hari ini pun, ada media yang tidak senang dengan kemenangan KJ, termasuklah Bernama, agensi berita nasional. Dalam analisisnya, KJ dilihat sebagai 'tidak layak' memimpin Pemuda biarpun sebahagian besar sudah membuat pilihan.

Inilah sikap buruk orang Melayu yang saya sebut sebelum ini. Antaranya ialah tidak mahu menerima hakikat yang kalah itu tetap kalah dan yang menang itu memang sudah ditakdirkan menang. Wartawan Melayu yang ada di sekeliling saya sendiri terkejut dan ada yang begitu kecewa yang kemenangan KJ.

Saya kira wartawan sepatutnya berfikiran terbuka dan tidak berat sebelah dalam laporannya. Saya tidak peduli dengan wartawan bangsa lain tetapi sikap sebahagian besar wartawan Melayu yang saya temui di PWTC adalah Melayu yang inginkan perubahan tetapi takut bersuara dan tidak berani ke depan untuk menyuarakan pandangan.

Wartawan ini juga adalah sama tarafnya dengan orang lain yang suka mendengar fitnah dan tohmahan terhadap orang lain dan kemudian menyampaikannya pula kepada pihak ketiga tanpa mempersoalkan sama ada ia ada bukti sahih.

Inilah keburukan Melayu! Pada mereka, setiap umpat keji itu adalah sensasi dan hiburan. Tidak kiralah sama ada ia mampu mengaibkan seseorang atau tidak, ia mesti dilaporkan dalam media dan dijadikan tajuk utama.

Saya dari awal bukanlah penyokong utama KJ. Bagaimanapun, saya secara peribadi melihat ada potensi bagi anak muda ini bangkit sebagai salah seorang pejuang parti yang disegani biarpun dia bukanlah anak bekas Perdana Menteri, Presiden Umno, Setiausaha Agung Umno atau anak bekas Menteri Kabinet.

Dia adalah insan biasa yang berani, tegas, cekap dan berketerampilan. Hanya orang Melayu saja yang tidak dapat menerima takdir bahawa KJ akan berkahwin dengan anak seorang Perdana Menteri dan kemudian naik dengan cepat sebagai naib ketua Pemuda dan menjadi Ahli Parlimen.

Pemuda Umno memerlukan seorang lagi tokoh seperti Allahyarham Datuk Seri Harun Idris, seperti yang saya sebut sehari sebelum pemilihan Pemuda, Wanita dan Puteri. Ini bukan pendapat saya seorang tetapi sekumpulan bekas wartawan kanan dan mereka yang pernah berkhidmat pada zaman Tun Razak dan Tun Hussein lagi.

Kami tidak langsung membuat perbandingan di antara KJ, Mukhriz dan Khir Toyo. Malah, kami akui bahawa Mukhriz juga mempunyai nilai dan mutu peribadi untuk memimpin Pemuda. Begitu juga Khir. Bagaimanapun, kami melihat KJ lebih layak kerana sejak menjadi naib ketua selama lima tahun, beliau lebih banyak buat kerja daripada ketuanya.

Pemuda juga memerlukan tokoh seperti Mukhriz dan saya kira Datuk Najib boleh melantik beliau ke kerusi Majlis Tertinggi kelak.

Kisah mengenai KJ sudah saya dengar sejak dahulu lagi. Bagaimanapun, saya seringkali akan bertanya pihak yang membawa fitnah itu sama ada mereka ada buktinya. Mereka gagal memberi bukti dengan alasan ia didengar daripada pihak atasan.

Inikah cara Melayu dan cara Islam kita? Cukuplah dengan dosa-dosa yang kita ada selama ini. Sudah tiba masanya kita hentikan semua tabiat buruk ini untuk memajukan agama, bangsa dan negara dalam konteks Malaysia.

Pemuda sudah berani mencuba perubahan ini dengan memilih KJ dan Razali. Jika kita tidak mahu mengiktiraf mereka, siapa lagi? Lainlah jika Melayu ingin melihat Umno berpecah belah lagi dan tewas pada pilihanraya umum akan datang.

Agenda Melayu masih banyak dan memerlukan semangat perjuangan yang teguh untuk mengisinya. Janganlah biarkan anak dan cucu-cicit kita nanti dijadikan belasahan di tanahair sendiri.

Untuk maju, adakalanya kita perlu berani menerima dan membuat perubahan. Bekas Timbalan Presiden Umno, Tun Musa Hitam sendiri pernah berkata bahawa 'adakalanya kita perlu berani dan bersikap biadab untuk memperbetulkan keadaan...'

Wednesday, March 25, 2009

The pom-pom Puteri Umno at PWTC...

I hope to see more cheerleader groups or pom-pom girls in the next Umno general assembly. Hopefully, they would be more daring like the ones in this photo.

The 59th general assembly at the Putra World Trade Centre yesterday saw this new attraction. About 10 pom-pom groups comprising of between 15-30 members of the Puteri Umno wing gave delegates, candidates, observers and the media an 'arousing' surprise.
Wooing the candidates of their choice was their main task, maybe. The way they greeted them was absolutely similar to that of a Grammy Award gala. A few hours before Datuk Seri Najib arrived to officiate the assembly, PWTC was turned into a beano.

Some septuagenarians were seen impressed, the rest looked disgusted. A function that was supposed to be conducted in a Malay-style stately manner has turned into an ineptly immodest fiesta.

Who's idea was it? Many believed the girls were paid for. Otherwise, nobody would want to become such monkeys of politics.

Perhaps, this is a new function of the Puteri wing... who knows!

Tuesday, March 24, 2009

Semangat Harun Idris dalam diri KJ...

Bermulanya perhimpunan agung Umno di PWTC hari ini bermakna berakhirnya era penguasaan presiden parti, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang dipilih menjadi Perdana Menteri pada 30 November 2003.

Datuk Seri Najib Razak yang sudah pun secara sahnya menjadi pemimpin No.1 parti apabila lawannya Tengku Razaleigh Hamzah gagal mendapat cukup pencalonan daripada semua bahagian tahun lalu, sudah pasti inginkan satu pasukan baru yang mampu memperkukuhkan Umno, mengembalikan kedudukannya di mata rakyat Malaysia amnya dan berupaya 'memujuk' semula ahli parti akibat kekalahan besarnya pada pilihanraya umum ke-12 awal tahun lalu.

Apa yang menarik kali ini ialah pemilihan kerusi timbalan presiden yang hanya menemukakan dua menteri Kabinet dan bekas menteri besar, iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tan Sri Muhammad Muhd Taib apabila naib presiden dan juga Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam ditegah bertanding selepas Lembaga Disiplin Umno mendapatinya 'bersalah' atas tuduhan politik wang baru-baru ini.

Turut menarik perhatian ialah pertandingan dua penjuru bagi kerusi Ketua Wanita yang bakal menemukan penyandang, Tan Sri Rafidah Aziz dan Datuk Seri Shahrizat Jalil.

Begitupun, fokus tulisan saya kali ini lebih menjurus kepada pemilihan Ketua Pemuda Umno yang ditandingi naib ketuanya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Datuk Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Mohd Khir Toyo.

Biarpun dikenakan 'amaran' oleh Lembaga Disiplin kerana 'kesalahan ringan' yang dilakukannya, Khairy atau KJ tetap ingin meneruskan perjuangannya.

Dalam 'posting' kali ini, saya dan rakan-rakan yang lain secara terang-terang ingin menyatakan sokongan terbuka terhadap KJ, tokoh politik muda yang dianggap ramai sebagai 'political wallaby' kerana kehadirannya secara mendadak di dalam Umno.

Menjelang perhimpunan agung kali ini juga, beliau adalah calon yang paling banyak dihentam, difitnah dan dimaki-hamun dengan kata-kata kesat oleh ahli Umno, yang hampir semuanya orang Melayu.

Saya dan ramai rakan lain yang pernah menjadi wartawan, pegawai tinggi kerajaan dan ada antaranya yang pernah berkhidmat pada zaman pentadbiran Tun Razak, mempunyai 'argument' dan pendirian sendiri terhadap anak muda ini.

Pertama, kami melihat ada semangat Datuk Seri Harun Idris pada pemuda ini. Harun ialah bekas Menteri Besar Selangor yang paling lama memerintah (1964-1976) dan pernah menjadi Ketua Pemuda Umno Malaysia.

Pemuda di bawah Harun adalah kumpulan sayap Umno yang paling kuat. Biarpun menjadikan kerajaan Tun Razak ketika itu sebagai 'punching bagnya' kerana pendekatan 'kerajaan dalam kerajaan' yang dibawanya, Harun tetap berani dan teguh mempertahankan bahawa ahli Umno perlu berani memperjuangkan hak parti di tanahair sendiri dan harus berani mencuba sesuatu yang baru jika ingin memajukan parti, bangsa, agama dan negara.

Keberanian Harun bagaimanapun dilihat sebagai suatu ancaman kepada pentadbiran ketika itu. Oleh kerana itulah dia dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan menghasut dan dijatuhkan hukuman penjara. Dari dalam pun, beliau terus memberi semangat kepada Pemuda agar ahlinya tidak lari daripada asas perjuangan. Malangnya, hari-hari terakhir beliau dilayan oleh parti sebagai 'Quran buruk'.

Semangat inilah yang kami lihat ada pada diri KJ. Cuma orang Melayu sendiri tidak dapat menerimanya sebagai ketua Pemuda kerana faktor umurnya yang masih muda (33 tahun) serta fitnah yang mereka sendiri tabur tehadap anak muda ini. Mereka amat membandingkan KJ dengan Mukhriz (43) dan Khir (45) tanpa ingin mengerti apakah maknanya peribahasa nenek-moyang mereka 'kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa'.

Memang inilah sifat buruk orang Melayu sendiri dari dahulu hingga sekarang. Fitnah dan umpat-keji pada mereka sudah sebati dalam darah daging sendiri hingga sanggup mengetepikan asas agama Islam bahawa fitnah itu lebih tajam dari mata pedang. Hanya kerana mendengarnya dari mulut orang lain, mereka merasakan adalah menjadi tanggungjawab untuk menghebahkannya pula kepada orang lain agar ia disensasikan.

Beginilah nasib KJ. Hanya kerana dia menjadi menantu Pak Lah, dia difitnah dengan pelbagai tuduhan dan tohmahan. Memang KJ mempunyai rakan kawan yang sebahagiannya menjadi musuhnya sendiri. Ini berlaku dalam kes dia dikenakan amaran oleh Lembaga Disiplin Umno minggu lalu kerana tuduhan politik wang.

Tidak ramai yang tahu bahawa tuduhan yang dikaitkan di Sabah itu berlaku TIGA BULAN SEBELUM KJ MENAWARKAN DIRI UNTUK BERTANDING JAWATAN KETUA PEMUDA UMNO'. Jadi, apakah modul yang digunapakai oleh Lembaga Disiplin dalam menjalankan siasatannya ke atas KJ, Ali Rustam dan orang lain yang didapati bersalah?

Dalam 'posting' saya sebelum ini, saya sudah menyebut dengan jelas kenapa saya mempertikaikan siasatan itu dan asas apa yang disandarkan untuk mentakrifkan 'politik wang, rasuah dan sogokan' dalam parti. Umno ialah parti Melayu. Semua orang Melayu adalah penganut Islam. Dalam Islam sendiri pun, kita bukan saja dituntut menyiasat segala tuduhan malah menyiasat orang yang membuat tuduhan itu dari segi kredibilitinya. Si pengadu mestilah orang yang boleh dipercayai, kuat beribadat, tidak pernah berbohong dan ikhlas.

Orang yang membuat aduan terhadap KJ itu pula ialah orang yang sama melaungkan slogan 'HIDUP KJ' pada banyak majlis yang dihadiri anak muda ini. Hanya kerana dia gagal memperolehi apa yang dipintanya daripada KJ, maka dia menjadikan KJ sebagai mangsa balas dendamnya. Ramai tidak mengetahui akan perkara sebenar hal ini.

Apa yang penting bagi orang Melayu dalam Umno ialah memperbesar-besarkan fitnah terhadap KJ dan kalau boleh membunuh karier politiknya. Orang Melayu sendiri tahu bahawa fitnah tanpa bukti itu adalah antara dosa besar dalam Islam. Malangnya, orang Melayu hari ini cuma mengharamkan daging bagi sedangkan ramai antaranya menghalalkan riba, zina, sumbang mahram, arak, judi, makan harta anak yatim dan sebagainya.

Inilah yang merosakkan parti dan keutuhan Melayu sejak akhir-akhir ini. Pegangan yang kuat kepada budaya fitnah-memfitnah inilah yang akan menjahanamkan Umno jika pemimpin berwibawa tidak diberi peluang memimpin parti dan orang Melayu pada masa akan datang.

Melayu hari ini juga sudah tidak lagi dapat menerima takdir bahawa KJ memang akan bertemu jodoh dengan anak Pak Lah dan akan menjadi Ahli Parlimen Rembau serta naib ketua Pemuda Umno. Takdir ini jugalah yang meletakkan KJ di dalam dilema selama ini. Masakan tidak, oleh kerana ramai yang meminta bantuannya untuk mendapatkan surat sokongan Pak Lah untuk projek itu dan ini, dia merasakan terpaksa melayannya.
Bagi Pak Lah pula, beliau sentiasa tidak keberatan memberikan surat sokongan bila perlu walaupun beliau sendiri tidak ada kuasa mutlak untuk menganugerahkan sesuatu projek kepada sesiapa pun. Semua surat biasanya dipanjangkan kepada Kementerian Kewangan atau Menteri Kewangan Kedua untuk dipertimbang dan diluluskan. Seperti KJ, Pak Lah juga mempunyai ramai kawan. Apabila ada rakannya yang benar-benar layak memperolehi sesuatu kontrak, mereka difitnah lagi sedangkan syarikat terbabit benar-benar memenuhi semua syarat yang disebut di dalam kontrak.
Janganlah kita menafikan kenyataan bahawa KJ memang sudah memimpin Pemuda dengan baik. Malah, Hishamuddin sendiri pernah berkata bahawa KJ memang layak dan mampu mengambil alih tugas beliau suatu hari nanti. Kerana itulah Hisham mengosongkan jawatan ini untuk bertanding salah satu daripada tiga kerusi naib presiden. Cuma apabila Mukhriz dan Khir turut menyatakan hasrat untuk merebut kerusi yang sama, ia diterima ramai. Malah, Pak Lah sendiri tidak campur tangan agar jangan ada pertandingan, seperti mana yang dituduh oleh ramai orang, termasuk Tun Dr Mahathir sendiri bahawa KJ mendapat laluan percuma kerusi naib ketua pada 2004 kerana faktor Pak Lah, kononnya Pak Lah sendiri menelefon Hisham agar jangan ada pertandingan untuk jawatan itu. Tuduhan ini masih belum dapat disahkan hingga ke hari ini.
Jadi, siapakah paling layak selain KJ? Untuk mengatakan bahawa Dr Mahathir sendiri tidak campur tangan untuk menaikkan anaknya sebagai ketua Pemuda, tidak dapat diterima sama sekali. Bagi Khir pula, beliau adalah antara tokoh yang turut mendapat pelbagai fitnah dan tohmahan sedangkan siasatan ke atasnya dibuat sambil lewa. Jika faktor usia dijadikan sandaran, maka lebih baiklah perwakilan Umno tidak memilih calon yang sudah tua atau melebihi 60 tahun untuk apa jua jawatan dalam parti. Had persaraan kakitangan kerajaan juga hanya setakat 58 tahun!
Ramai bertanya, benarkah semua calon yang bertanding kali ini tidak menggunakan walaupun 5 sen pun untuk berkempen. Jika begitu, siapa yang membayar kos bil hotel, makan-minum, elaun, tambang dan sebagainya bagi setiap calon ke seluruh Malaysia (kecuali Sarawak)? Duit Umno Negeri? Duit tauke yang rapat dengan calon? Atau wang bahagian?
Orang Melayu sebenarnya sudah lama matang tetapi kematangan dan kewarasan ini tidak digunakan sebaik mungkin, kecuali dalam soal budaya buruk memfitnah dan mencerca orang lain ini.
KJ sudah membuktikan kematangannya pada usia muda. Ini memang sudah takdirnya. Jika benar ada tuduhan bahawa dia dan Reezal Marican menjaga 'lubuk emas' kerajaan serta pembabitannya dalam pelbagai kontrak serta syarikat besar, orang yang menuduhnya perlu berani mengemukakan bukti. Malaysia mempunyai sistem perundangan yang cukup baik untuk menyiasat segala tuduhan yang dilemparkan terhadap sesiapa. Malah, mereka yang selama ini menuduh KJ memiliki simpan berbilion-bilion ringgit di dalam bank luar negara juga patut mengemukakan bukti.
Janganlah kita menjadi satu bangsa yang suka sangat 'membaling batu, sembunyi tangan'! Kalau kita pandai menuduh, maka kita perlu ada bukti yang kukuh. Janganlah kerana kesilapan kecil yang tidak disengajakan dan tidak disedari, kita sudah menghukum seseorang itu sebagai tidak layak menjadi ketua dan ahli politik. Jika begitulah rumusannya, kenapa kita perlu memberi pencalonan yang cukup kepada orang yang pernah dipecat, digantung dan disuruh meletakkan jawatan dalam parti untuk bertanding kali ini?
Begitu jugalah tradisi memilih pemimpin. Perwakilan harus berfikir dengan adil bahawa jika tradisi Umno hanya memberi laluan kepada anak bekas Perdana Menteri, bekas Presiden, bekas setiausaha agung, bekas menteri Kabinet dan anak bekas pemimpin kanan parti untuk diangkat sebagai ketua, orang lain akan berasa kehilangan peluang untuk sama-sama naik. Masakan tidak, jika Hishamuddin ditakdirkan menjadi Perdana Menteri suatu hari ini, nampaknya hanya orang Kedah, Pahang, Johor dan Pulau Pinang saja akan menjadi Perdana Menteri dan Presiden Umno.
Di manakah Najib dan Hisham tanpa Allahyarham Tun Razak dan Allahyarham Tun Hussein Onn? Di manakah politik Mukhriz hari ini kerana ayahnya sendiri tidak menggalakkan anak-anak beliau daripada bergerak cergas dalam parti ketika beliau masih menjadi Perdana Menteri dan Presiden Umno? Memang Mukhriz tidak ada kekurangan tetapi politiknya sendiri sama mudanya dengan KJ. Bezanya, KJ sudah membuktikan kemampuan sejak lima tahun lalu.
Esok ialah hari pengundian. Perwakilan perlu menilai seseorang calon dari setiap aspek dan bukan dari sudut fitnah dan tohmah yang ada. KJ memang muda tetapi Datuk Harun juga menjadi Ketua Pemuda ketika usianya juga masih muda. Harun juga tidak disangka-sangka akan mampu membimbing Pemuda dan menjadikan sayap Pemuda sebagai yang paling berwibawa pada eranya.
Melayu perlu berani mencuba. Biar semuda mana pun, seseorang calon itu berhak mendapat sokongan jika dia sudah membuktikan kewibawaannya. Datuk Najib sendiri pernah menjadi Ahli Parlimen yang paling muda suatu ketika dahulu.
Janganlah kerana sikap enggan mencuba ini, kita kehilangan calon berkemampuan untuk memimpin parti. Untuk Melayu bangkit dan maju, kita perlukan ramai pemimpin muda seperti KJ, Mukhriz dan Khir. KJ boleh memimpin Pemuda manakala Mukhriz dan Khir boleh digandingkan dalam satu pasukan yang amat bermakna dan mampu bergerak seiring untuk satu maksud - iaitu menyatupadukan orang Melayu agar menjadi bangsa yang berani, berjaya, berdaya saing dan disegani suatu hari nanti.
Umno bukan saja untuk Melayu tetapi untuk semua rakyat Malaysia. Pemimpin yang baik akan berusaha berjuang untuk agama, bangsa dan negara dalam konteks masyarakat majmuk Malaysia. Janganlah kita menjadi bangsa yang lemah hanya kerana kita enggan mengiktiraf kemampuan seseorang.
Amat malang jika kita menidakkan hak seseorang calon berwibawa untuk memimpin parti hanya kerana budaya buruk yang kita ada. Amat malang lagi jika kita menafikan hak Umno untuk dipimpin oleh orang seperti ini. Memang Melayu takkan hilang di dunia, tetapi jika Melayu hilang mutu kepemimpinannya, maka akan hilanglah kuasa Melayu untuk berjuang dan mempertahankan segala hak yang ada.
SELAMAT BERSIDANG...

The showcase and galore at PWTC

The parade of luxury, comfort and fashion has started. Go around Kuala Lumpur, check out at any hotels and you may observe this.

The Umno General Assembly which kicks off today until March 28 is bringing together its usual convention.

Its delegates, leaders, observers and supporters have flocked almost all hotels and service-apartments in the city. Even the cheapest motels and 'rumah tumpangan' are fully booked.

That's what the general assembly is all about. Its more like a showcase of luxury cars, their affordability to put up at 4 and 5-star hotels for a week, a galore of fashion (among the women) and the platform to boast about anything.

In the past, some top 'dangdut clubs' too we pact with Umno people... and so were some hot spots. Will it be the usual thing again this time around?

And of course, some people may turn the general assembly as a mean to lucre as some of those attending is are business magnates. It goes without saying.

Some will start playing hocus-pocus to impress others while some will become serpentines of their own. It will be interesting to watch and observe.

As I mentioned in my previous postings about 'Perangai buruk orang Melayu', here is the opportunity to support my argument that the Malays only see a lot of 'haram' in 'babi' but NOT in other things.

Being the largest political party in the country, Umno should look into this, dont you think so, readers?

Monday, March 23, 2009

April 6, Pak Lah?

The latest tip-off is that, Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi will 'go for good' on Monday, April 6 2009.

Not March 29 or April 4, sources said. "He needs at least week after the Umno General Assembly (March 24-28) concludes."

Well, I dont like to speculate. As to whether he will step down tomorrow or next year, it does not matter. Our focus for the time being is on the general assembly, particularly on who will win the party elections and who will have to bow out.

Now that Datuk Seri S Samy Vellu has retained his presidency in the MIC (he promised to step down in 2012), the trend in Umno now is not very promising, as how it was described by former premier Tun Dr Mahathir Mohamad.

As the pillar for Barisan Nasional, Umno needs more than just a strong new team under Najib Razak to strengthen its position and regain members confidence.

Sunday, March 22, 2009

Writer Yahaya Ismail blackmails KJ

Rembau MP Khairy Jamaluddin today lodged a report at the Brickfields Police Station against the writer of a book 'Tuah & Sial Khairy Jamaluddin', whom he described as trying to defame and distort him.

Writer Yahaya Ismail and publisher Usaha Teguh Sdn Bhd were named as defendants.

The 11am reports, among others questioned the political motive behind the publication of the 194-page book which was distributed to some Umno delegates merely a week before the party's general election on 24-28 March.

"It was slanderous... very slanderous, based on what people said. There was no proof whatsoever to support what he wrote in the book. Almost everything was recycled allegations," KJ told reporters waiting outside the police station about 75 minutes later with his supporters.

It was learnt that Yahaya went to see KJ at his office in Damansara on February 19, asking the Pemuda vice chief to 'pay him RM100,000 or the book would be published'.

"Yes, he came to see me asking money. I didnt give him any. This is political distortion and blackmail," he said.

Friday, March 20, 2009

When we send the wrong guy to jail...

I am not trying to be Ali and KJ's advocate or solicitor. Neither will I dispute the decision passed by the Umno Disciplinary Board to bar the Malacca Chief Minister to contest the party deputy president post, and the warning issued to the Rembau MP.

As I wrote in the previous postings, the mode of investigation should go into details as to be fair to everybody. I even suggested for those who lodged the reports to come under scrutiny as well because their motives and integrity should be looked at.

The definition of graft and money politics, too, should be under review as it creates a lot of controversy.

The Board is not a civil court. Its a panel set by Umno to investigate any allegations made by party members and the public about any wrongdoings that may lead to what they termed as 'money politics' in the party.

However, the timing of the special meeting prompted many to think that there was indeed a conspiracy to axe Ali and to put a stop to KJ's campaign for the Pemuda chief position. The general question from the public was that, why must they come up with such a decision only a week before the party general assembly?

Why didnt it happen after the general assembly or before nominations were made? Is this going to be a pattern in future party elections? If Ali was wrong, what about others whose names were oftenly ticked as being worse than that of Ali and KJ?

Why not from time to time the Board makes announcement about their new findings, and not just wait until the decision turns into political ammunitions...

Please remember that in some civil cases, we oftenly sent the wrong guy to prison. Some of them went to the gallow just because of unjust court decisions. It took us many years later only to realise that they were innocent!

This applies well to the Disciplinary Board. Investigations must cover every aspect of it, from those who lodged the reports until the persons who became the subject of guilt.

These are my points of contention. Nothing else...

Thursday, March 19, 2009

Left-wing jornos and bloggers...

NO, they can never be satisfied!

Who are they? Reporters (most of them were very, very young) of the so-called 'left-wing media' who questioned why Khairy Jamaluddin was not axed from contesting the Pemuda chief during Umno general assembly next week (March 24-28).

Why didnt he 'kena?' was the main questions. What they meant was that, KJ should join Malacca Chief Minister Datuk Ali Rustam who was barred from contesting the deputy president post.

And, the bombardment I got was: "Are you supporting KJ?" To support who and who is my personal domain as I am entitled to my own standpoint.

Actually, KJ 'sudah kena, maaa!' The fact that he was issued a stern warning for his allegedly 'money politics' will have a great impact on his chance to win the Pemuda chief next week. So, what's the fuss about why he was not totally axed? The warning was as good as putting an end to his campaign.

The report about him was done by one of his closest aides, if I am not mistaken. This 'enemy within' is everywhere. They are with you all the time and even share laughters and tears with you. When politic is concerned, you will create a lot of friends and enemies.

Furthermore, the reporters who disreputed Umno Disciplinary Board's decision to just warn KJ were the non-Malays trying to show that they were the pundits of Umno politics! This young breed of journalists are just the credulous lots.

They made a beano out of Ali Rustam, KJ, Norza and others. They really enjoyed it. Their function was to batter them as if they (the reporters) were of the faultless. They are too young and I felt sorry for them and their masters!

This young journalists (and naive bloggers) were also trying to lucre from other peoples' wrath, setting their own lynch and becoming like macaws to others. They were good serpentines as well for their proclivity in manipulating news, facts and figures.

They are not level-headed as well but to follow instructions in finding the right set of tools to become the antagonists of Umno. Their relentless attacks on those found guilty by the Board reflected their mentality that these politicians have committed crimes tantamount to enormity.


There are other grandees who eloped the gallow. May as well you spend plenty of time hunting them, rather that applying your fuddy-duddy mind to the subject you yourself never understood and mastered.

Yes, it was your duty. However, you deserve no rights whatsoever to slap this people with your own verdict. Dont become the wrecker of Umno and its potential new leaders as they have their own explanation for events that have taken place.

So, stop being a political crass! You dont have the overkill power, not just yet!

Wednesday, March 18, 2009

Betulkah takrif 'politik wang' kita?

Reaksi awal sesetengah pihak terhadap keputusan Lembaga Disiplin Umno menghalang Ali Rustam daripada bertanding jawatan timbalan presiden pada perhimpunan agung 24-28 Mac ini, serta tindakan ke atas Khairy Jamaluddin serta yang lain, adalah:

- Najib dah pilih orang dia. Memang patutlah Ali diketepikan sebab setakat ini, khabarnya dia mendahului Muhyiddin dari segi kajian pendapat seluruh negara.

- Najib memang tak sukakan Ali. Untuk nampak adil sikit, Muhd Taib tak dipanggil bagi membolehkan dia menentang Muhyiddin. So, nampaklah ada demokrasi dalam Umno.

- Kajiselidik UM bahawa KJ sedang mendahului Mukhriz minggu lalu dah buat orang lain takut. Dia tak kena gantung sebab faktor Pak Lah. Nampak sangat Najib tak mahukan dia sebagai Ketua Pemuda. Tun Dr Mahathir kan ke baik dengan Najib, so dah tentu dia turut main peranan untuk naikkan anak dia. Dah memang tradisi Umno untuk melihat keturunan Perdana Menteri dan Presiden Umno untuk menjawat jawatan tu suatu hari nanti. Apa nak dihairankan!

- Masa dan 'timing' mesyuarat khas Lembaga Disiplin diadakan boleh diragui. Kenapa sekarang, hanya semata-mata untuk memancung Ali dan yang lain? Kenapa tidak diadakan sebelum mesyuarat bahagian, sekurang-kurangnya bahagian tidak akan mencalonkan mereka yang korup?

- Kenapa Khir Toyo tidak dikenakan sebarang tindakan, malah didapati tidak bersalah sedangkan dia pun lebih hebat daripada orang lain? Ini tidak adil!

- Memang ada komplot kot untuk menjatuhkan Ali! Mereka langsung tidak dipanggil membela diri!

- Memang boleh kemuka rayuan tapi keputusan sudah muktamad. Lembaga Disiplin dah jadi sebuah mahkamah. Kalau merayu pun, keputusan tidak akan diubah. Sudah tentu ada orang yang lebih berkuasa dalam parti menyuruh mereka berbuat demikian. Siapa agaknya?

- Memang inilah sifat Melayu. Khabarnya ada lebih 600 laporan dan tuduhan tapi orang ni saja jadi mangsa. Yang lain dok tergelak la tu...

Sama ada benar Ali, KJ dan yang lain-lain bersalah atau tidak, saya tidak mahu campur tangan dalam keputusan Lembaga Disiplin. Bagaimanapun, saya ingin mempertikaikan apakah takrif rasuah, politik wang, sogokan dan sebagainya pada kaca mata kita dan Lembaga Disiplin.

Rasuah sukar dibendung. Ia sukar dibuktikan dan payah ditakrifkan. Umno pula ialah parti orang Melayu. Semua orang Melayu beragama Islam. Dalam Islam pun ada menyebut, fitnah atau apa jua bentuk tuduhan mestilah dikemukakan dengan bukti.

Bukti pula mestilah kukuh. Mereka yang membuat laporan dan membuat tuduhan pula mestilah diteliti di segi aspek peribadinya, kredibiliti serta motifnya. Jika seorang pencuri menuduh orang lain sebagai pencuri, maka ini boleh dipertikaikan.

Motif tuduhan pula adalah pelbagai. Ada pihak membuat tuduhan semata-mata kerana tidak puas hati di atas sebab peribadi, burung sangka, khianat, benar-benar ada asas atau sengaja ingin menjatuhkan maruah seseorang. Di segi logiknya, si pembuat tuduhan ini juga perlu disiasat.

Kalau tidak, masakan ada pihak yang membuat laporan polis akhirnya ditangkap kerana sama ada dia membuat laporan palsu atau dia sendiri yang melakukan jenayah berkenaan!

Dalam politik, khasnya politik orang Melayu, sifat prasangka, tamak, hasad dengki, khianat dan busuk hati bukanlah perkara baru. Seolah-olah ia sudah sebati dalam diri mereka walaupun mereka sendiri maklum bahawa di segi agama, fitnah dan tuduhan tanpa bukti itu sama zalimnya dengan membunuh.

Apa sebenarnya yang ditakrifkan sebagai rasuah, politik wang dan sogokan ini? Mungkin ramai akan menghentam saya untuk 'posting' kali ini tetapi saya ingin menarik perhatian kepada beberapa perkara yang sepatutnya kita adili sejak dahulu lagi.

Dalam masyarakat Melayu, adalah perkara lumrah untuk memberi dan mengambil upah bagi sesuatu kerja yang dibuat. Tanpa kita sedar, ia bermula di peringkat kanak-kanak dan di rumah kita sendiri.

Untuk menyuruh anak kita atau anak saudara membeli sekilo gula berharga RM1.20 pun, kita akan memberikan RM2. "Bakinya kau ambillah.... upah!"

Begitu juga dalam menggalakkan anak-anak agar maju dalam pelajaran, kita akan cuba menawarkan mereka dengan pelbagai 'hadiah' atau 'ganjaran', misalnya basikal, motorsikal dan kereta bagi yang mampu, atau setidak-tidaknya 'makan angin' jika mereka lulus dengan cemerlang.

Sedar atau tidak, gejala inilah yang akan menjerumuskan mereka ke alam 'ganjaran' yang lebih besar apabila memasuki alam pekerjaan kelak. Mereka akan mula mengampu dan membodek bos agar segala kerjanya diiktiraf sebagai yang terbaik dan dengan itu, dia akan mendapat 'imbuhan' dan 'ganjaran' yang setimpal dengan mutu kerjanya.

Ramai anak Melayu meminati politik, apatah lagi apabila mereka sendiri maklum dengan habuan besar yang diperolehi jika mereka mampu melangkah menjadi ahli jawatankuasa cawangan, bahagian, negeri atau pusat. Pemimpin atasan sudah membuktikan bahawa kehidupan mewah yang dikecapi sekarang adalah hasil politik.

Tidak dapat tidak, mereka akan menyemai minat mendalam untuk merapatkan diri dengan ketua cawangan, bahagian dan bos-bos peringkat negeri dan pusat agar segala sokongan dan kerja yang mereka buat untuk parti mendapat pengiktirafan setimpal dan sewajarnya. Sifat mengada-ngada pula makin menebal di kalangan sebahagian besar ahli, sama ada Pemuda, Putera atau Puteri.

Dalam era hari ini, kita perlu akui sebahagian besar yang menyertai politik bukan saja ingin 'berjuang' untuk parti tetapi untuk kepentingan sendiri. Politik Umno sudah membuktikan bahawa sesiapa yang pegang kuasa, maka dia juga akan pegang banyak duit. Inilah gambaran umum yang kita dapat.

Maka berebut-rebutlah anak Melayu menyertai Umno. Jika mereka rapat dengan ketua, akan merasalah mereka sedikit 'habuan' daripada ketekunan kerja, ampu dan ketaatan mereka selama ini. Setidak-tidaknya kalau mereka dapat projek Kelas F, mereka akan puas hati.

Untuk melobi projek secara runding terus pun, surat sokongan ketua bahagian adakalanya diperlukan dan diwajibkan oleh sesetengah kementerian. Jadi, ketua bahagian sedikit-sebanyak akan mendapat 'ganjaran' jika suratnya itu berjaya mendapatkan kontrak kerajaan! Kalau tak percaya, pergilah jumpa mana-mana pegawai khas menteri atau timbalan menteri.

Janganlah kita cuba menafikan hakikat ini. Sememangnya beginilah politik orang Melayu masakini. Jika kita berani menawarkan sesuatu, kita akan memperolehi apa yang kita hendak.

Cuma, bagaimana bentuk rasuah dan politik wang itu ditafsirkan, sedikit meragukan kita semua. Jika Ali, KJ dan yang lain benar-benar bersalah, tidakkah wajar bagi Lembaga Disiplin merungkaikan semua kesalahan mereka, misalnya berapa banyak wang dikeluarkan, siapa menguruskannya, kepada siapa diberikan dan untuk maksud apa?

Seperti yang saya sebut tadi, si pengadu juga perlu disiasat. Adakalanya motif yang terselindung tidak dapat dikenal pasti tetapi mungkin rakan baik dan penyokong Ali serta KJ sendiri yang membuat laporan kerana tidak puas hati dengan mereka.

Apa pun, dalam politik, seseorang Yang Berhormat tidak dapat lari daripada pelbagai karenah ahli dan masalah masyarakat. Pemimpin yang baik akan berusaha sedaya upaya membantu menyelesaikan pelbagai masalah walaupun ada ketikanya dia sendiri terpaksa meminjam dari bank atau pihak lain untuk menjalankan tanggungjawabnya.

Ada yang berpendapat, jika Ali dan KJ benar-benar bersalah, maka lebih ramai lagi patut dikenakan tindakan serupa. Cuma takrifan rasuah politik ini berbeza-beza dan tidak spesifik mengikut keadaan tertentu. Kita cuba renungkan contoh di bawah:

- YB. Kita nak adakan jamuan bagi anak-anak yatim dan orang tua minggu depan tapi tak cukup modal. Mintaklah kalau boleh, YB hulur dalam dua tiga ribu.

YB pun bagilah RM3000 walaupun rasa berat tetapi kerana yang memintanya adalah ahli parti dan rapat dengannya. Adakah ini dikatakan rasuah?

- YB, bahagian nak bermesyuarat tak lama lagi di hotel. Kita tak cukup duit untuk bayar sewa dewan dan jamuan. Kita kurang kira-kira RM5000. Tolonglah YB!

YB bagi juga. Ini apa? Rasuah politik?

- YB, ada bahagian Umno di Sabah nak adakan mesyuarat tapi kami tak cukup sumber untuk tampung 3,000 ahli di segi makan-minum. Buat di hotel pulak tu. Harap YB dapat bantu.

YB terbabit pun menghulurkan RM4000 dari poketnya sendiri. Inikah politik wang?

- YB, kita ada pertemuan dengan perwakilan negeri di KL minggu depan. Ada YB lain turut 'chip-in'. Tak sedaplah kalau kita tak bagi apa-apa padahal diorang semua baik dengan kita.

Maka YB pun hulurlah RM2000. Adakah ini rasuah politik juga?

Dalam banyak kes, bukan mereka yang memutuskan untuk memberi bantuan kewangan tetapi bantuan mereka sebaliknya diminta. Kita jangan menidakkan kenyataan bahawa kebanyakan cawangan dan bahagian Umno sudah biasa berbuat demikian, iaitu mencari penaja dan penderma bagi apa jua bentuk mesyuarat yang diadakan.

Tanyalah pada Tun Dr Mahathir. Tanyalah juga kepada Pak Lah, Najib, Muhyiddin, Md Taib, Hishamuddin, Syed Hamid, Rafidah, KJ, Mukhriz, Khir dan ramai lagi mengenai 'penyakit' ini. Dapatkah hal ini dinafikan?

Tidak dapat tidak, pemimpin ini terpaksa memenuhi kehendak mereka hingga ada yang terpaksa meminjam dari bank dan pihak untuk mendapatkan dana yang cukup. Dalam banyak kes, ia diberikan secara terbuka agar tidak menimbulkan prasangka ahli dan tanpa niat buruk.

Satu lagi fenomena ialah setiap kali berlangsungnya pilihanraya umum atau pilihanraya kecil, semua Menteri Kabinet dan pemimpin kanan Barisan Nasional akan 'berkemah' di kawasan terababit. Tujuan mereka? Untuk memancing undi.

Ketika inilah pelbagai projek ditawar dan disogok kepada rakyat sebagai pertukaran undi mereka. Jalan baru, rumah murah, balai raya dan projek lain dijanjikan. Bagaimanakah kita mentakfirkan perbuatan ini? Adakah ini tidak layak dipanggil politik wang?

Pernah suatu ketika rakyat diugut agar mengundi pemerintah. "Kalau tuan-tuan undi BN, saya jamin kawasan ini akan mendapat pelbagai manfaat di segi projek dan prasarana lain, Tapi saya tak dapat jamin kalau tuan-tuan pilih pembangkang..."

Amat mudah bagi kita mencari kesalahan orang lain sedangkan kita sukar mengakui kesilapan sendiri. Inilah penyakit besar dalam Umno dan orang Melayu yang dianggap 'glokal' sekarang. Tuduhan palsu, fitnah, umpat keji dan pelbagai tohmahan sudah menjadi seperti 'makanan suji' jiwa nurani mereka.

Kita mesti berani berubah dan mengakui hakikat bahawa fitnah dan tuduhan tanpa bukti itu bukan saja boleh mencemar nama baik seta menjatuhkan seseorang, malah adalah dosa besar di sisi agama Islam. Janganlah jadi Melayu yang hanya mengharamkan babi sedangkan siang-malam berani mendekati zina, arak dan judi.

Hapuskanlah 'double'standard' yang wujud dalam hati kita. Ahli jawatankuasa Lembaga Disiplin Umno juga adalah manusia biasa dan bukan malaikat yang 100 peratus dalam setiap keputusan yang dibuat. Kelemahan dalam mentakrifkan rasuah dan politik wang ini tetap ada.

Amat tidak wajar kita menafikan hak seseorang calon untuk bertanding hanya semata-mata kerana kesilapannya 'sama seperti orang lain yang didapati tidak bersalah'. Janganlah kita menafikan betapa perlunya kita menyiasat orang yang membuat tuduhan terlebih dahulu, niat dan motifnya.

Rasuah dan politik wang memang berleluasa tetapi kenapa tidak ramai yang berani melaporkannya? Ramai yang ada bukti barangkali, tetapi enggan ke tengah. Kenapa? Kerana mereka sendiri mendapat habuannya!

Umno dan Melayu perlu berubah untuk masa depan yang lebih mencabar. Jika kita ingin maju, kita perlu berani mengubah cara dan pendekatan kita agar menjauhi buruk sangka, hasad dengki, saling memfitnah dan menabur segala racun yang akhirnya terkena batang hidung sendiri, ibarat meludah ke langit, jatuh ke muda sendiri.

Malanglah bagi Umno jika kita menafikan haknya untuk dipimpin oleh orang yang berwibawa dan berkemampuan. Fitnah dan tuduhan tanpa asas boleh meruntuhkan negara dan perpaduan kaum.

Lembaga Disiplin mungkin perlu mentakrifkan semula pengertian fitnah dalam bidang siasatannya. Bukan mudah jadi pemimpin untuk berjuta ahli dan bukan mudah untuk menjaga hati orang yang dipanggil 'Melayu' ini!

Tuesday, March 17, 2009

A hidden agenda...

I dont understand it, neither do many others.

The Umno Disciplinary Committee calls for a special session today to announce the verdict of its investigation into graft 'committed' by some of the aspirants for party elections later this month.

Among the big names are Melaka chief minister Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Tan Sri Muhammad Muhd Taib (both for deputy president post) and Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Dr Khir Toyo (both for Pemuda chief).

PELIK! The committe usually will conduct investigation after the general assembly and NOT before it starts and concludes. Tan Sri Isa Samad was interrogated and slapped with a 2-year suspension AFTER the 2004 party elections, remember?

Something fishy here, dont you think so?

Unless Najib is already chosing who and who should be in his team, then we can understand it. If not, what is the motive anyway?

Sunday, March 15, 2009

'Perangai buruk Melayu' (summary) - IT'S TIME TO CHANGE!

About a week to go. Aspirants for party positions during Umno General Assembly (24-28 March 2009) are already contemplating, and so are their supporters.

It has been a 'tradition' for them to outdo each other. Some are already in Kuala Lumpur. Their supporters are already taking up rooms at various hotels. The ones nearest to the Putra World Trade Centre (PWTC) will be thronged by them, as had been in the past.

They are the Malays who made up about 99 per cent of its total membership. The parade of luxury cars will also take place. Some chins will be up, especially when their candidate was tipped to win.

Yes. The Malays are exciting lots. And I would like to wrap up what I have written in the last 3 episodes on 'Perangai Buruk Orang Melayu' - about how their aggravation, bad disposition, slander, backbitting, etc. may lead to their own losses.

Of course, it will be in Bahasa Melayu again...

Sifat buruk orang Melayu dalam kehidupan seharian turut mempengaruhi sosio-politik mereka. Bagaimana mereka mentadbir segala hal seperti rumahtangga, perniagaan dan hal lain, perangai yang sudah sebati di benak serta sanubari sebahagian besar orang berbangsa Melayu ini masih sukar dibuang.

Jika tidak, masakan nenek-moyang mereka sendiri yang mencipta pelbagai istilah, bidalan dan peribahasa yang memang mencerminkan sifat orang Melayu itu sendiri.

'Ibarat api dalam sekam', 'harapkan pagar, pagar makan padi', 'telunjuk menyucuk mata', 'musuh dalam selimut', 'kera di hutan disusukan, anak di kepuk mati kelaparan', 'bapak borek, anak rintik', 'kerana pulut, santan binasa, kerana mulut badan binasa', 'disebabkan kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit', 'marahkan nyamuk, kelambu dibakar', 'ada udang di sebalik batu', 'kadok naik junjung' dan 'biar mati anak, jangan mati adat' adalah antaranya.

Ini semua menggambarkan dengan jelas perangai buruk yang amat sukar dibendung dari dahulu sampai sekarang. Dalam Umno pun, terlalu ramai yang suka 'membawa mulut' dengan menyebarkan sesuatu umpat keji dan fitnah yang sama sekali tidak diketahui hujung-pangkal dan kesahihannya.

Pemimpin yang menjadi mangsa 'lidah jahat' ini seringkali akan dibenci dan dicurigai oleh ahli yang kebanyakannya hanya menjadi pak turut kepada segala tohmahan yang didengarnya. Pada mereka, mengaibkan seseorang berasaskan terlalu banyak mulut yang menyebutnya akan menyebabkan mereka diterima sebagai ahli parti yang peka dan prihatin terhadap perkembangan semasa.

Sama ada berita yang didengarnya betul atau tidak, sudah menjadi kebiasaan dan keseronokan untuk menyertai mereka yang menyebarkannya. Sama ada fitnah itu disebarkan tanpa bukti, mereka yang terbabit merasakan sudah mendapat suatu kemenangan kerana berjaya mempengaruhi orang lain untuk mempercayainya.

Inilah Melayu baru dan Melayu glokal yang ada sekarang. Baik pemimpin atau ahli Umno, fitnah, umpat keji, tohmah dan memburuk-burukkan orang lain sudah menjadi begitu lumrah sehingga apa yang selama ini salah pun sudah dianggap sebagai betul. Apa yang penting ialah agar mereka tidak ketinggalan dalam 'mengetahui' apa yang terjadi dalam parti dan politik negara.

Suatu ketika dahulu, Tun Dr Mahathir dicap sebagai seorang 'komunis' dan 'diktator' ketika menjadi Perdana Menteri. Beliau dicerca oleh pihak dalam parti yang tidak sukakannya. Beliau dituduh sebagai dalang yang menyebabkan perpecahan parti serta 'haramnya' Umno pada 1987. Ini semuanya berpunca daripada lawannya dalam pucuk kepemimpinan parti tidak dapat menerima hakikat bahawa Tengku Razaleigh Hamzah ketika itu sudah tewas, biarpun dengan majoriti kecil.

Kerana itulah pentingnya kemenangan majoriti atau kemenangan mutlak dalam apa jua bentuk pertandingan, sama ada di peringkat parti mahupun dalam pilihanraya umum. Tewasnya terlalu ramai calon Umno ada pilihanraya umum ke-12 lalu sudah mengajar Umno betapa kelalaian kecil boleh mendorong kepada hilangnya majoriti dua pertiga Barisan Nasional di Dewan Rakyat.

Seperti kata Dr Mahathir, ahli Umno ketika itu bukan tidak sayangkan parti tetapi mahu 'mengajar' pemimpinnya agar jangan terlalu angkuh dengan jawatan dan tidak mengendahkan suara akar umbi. Justeru itu, parti dihukum oleh ahlinya sendiri yang dengan sengaja memberi undi kepada parti lawan.

Ini juga adalah salah satu perangai buruk orang Melayu meskipun niat mereka boleh disamakan seperti 'mengajar' pemimpin. Tidak dapat tidak, pemimpin terpaksa akur dengan kenyataan bahawa sesuatu perubahan perlu dibuat dalam parti agar ia tidak berulang pada masa depan.

Ini bukanlah bentuk hukuman jenis baru. Dalam perlawanan bolasepak sekalipun, penyokong sesebuah pasukan boleh berpaling tadah dan akan diejek serta dicerca jika mereka gagal mempamerkan mutu permainan yang baik. Hari ini pun, banyak stadium hampir kosong setiap kali perlawanan Liga Malaysia diadakan.

Akan kosongkah 'stadium Umno' suatu hari nanti jika mutu kepemimpinan dan hasil pentadbirannya merosot?

Inilah yang bakal ditinggalkan oleh Presiden dan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Datuk Najib Razak selepas berakhirnya perhimpunan agung parti hujung bulan ini. Akan bangkit semulakah semangat Melayu dengan pemilihan calon yang benar-benar mereka harap dapat memulihkan keutuhan parti?

Orang Melayu dalam Umno akan memilih pemimpin yang mereka hajati. Pemimpin yang baik adalah kumpulan yang mampu menerajui parti, agama, negara dan bangsa ke arah peningkatan ketamadunan bermutu, berakhlak dan mulia dalam konteks sebuah negara Malaysia yang majmuk.

Ahli yang tersilap pilih pula akan terpaksa menelan hakikat bahawa inilah saja barisan kepemimpinan yang ada. Soal suka atau tidak, suara majoriti perwakilan akan menentukannya.

Perwakilan pula perlu matang, adil dan bijak memilih. Jika diikutkan fitnah dan tohmahan yang melata, nampaknya tidak ada seorang calon pun yang layak. Semuanya terbabit dengan politik wang, semuanya kotor, semuanya mengaut keuntungan dalam jawatan dan pelbagai lagi tuduhan.

Dalam hal ini, kita patut bertanya kepada pencipta dan penyebar fitnah. DI MANAKAH SEGALA BUKTI UNTUK MENYOKONG TUDUHAN MEREKA?

Pak Lah yang akan melepaskan jawatannya tidak lama lagi pun turut dipersendakan. Kononnya lagi cepat beliau berundur, lagi cepat Melayu akan bangkit semula. Sama seperti yang dikenakan terhadap Dr Mahathir suatu waktu dahulu apabila Umno dimaksudkan sebagai 'Undur Mahathir, Negara OK'.

Inilah sikap Melayu yang tidak mengenal untung dan tidak mengenang budi. Biarpun Pak Lah ada kecacatan dan kelemahannya, beliau perlu dihormati sebagai pemimpin. Beliau tetap menabur jasa kepada negara, agama dan bangsa. Seburuk mana pun seseorang manusia, dia tetapi ada nilainya sendiri.

Belum pun Najib menggantikan tempatnya, Pak Lah sudah diumpat dan diperlekehkan oleh bangsanya sendiri. Ada yang berkata beliau akan berhijrah ke Perth, Australia di mana beliau sudah pun membeli sebuah banglo, ladang, gedung dan kapal layarnya sendiri. Semua ini, menurut mereka, dibeli hasil kontrak kerajaan yang diberikan kepada ahli keluarga dan kroninya.

Najib sendiri belum selamat. Kes pembunuhan Altantuya Shaaribuu yang masih lagi belum selesai sepenuhnya masih dikaitkan dengan beliau, kononnya tertuduh utama akan 'membuka rahsia' di mahkamah untuk mensabitkan Najib sebelum beliau sempat menerima jawatan Perdana Menteri.

Di manakah letaknya maruah seseorang pemimpin di mata dan hati orang Melayu? Dalam Islam ada menyebut bahawa fitnah itu lebih tajam dari mata pedang. Melayu yang semuanya beragama Islam tidak dapat berpegang kepada ayat ini kerana budaya ikut-ikutan mereka lebih kuat daripada keikhlasan mereka sendiri.

Busuk hati dan rasa prejudis terhadap pemimpin dan orang lainlah yang akan menyebabkan Melayu terus ketinggalan di segi ekonomi dan bidang lain. Perasaan curiga, buruk sangka dan was-was terhadap apa yang ada di sekeliling mereka juga mampu menjerumuskan bangsa Melayu ke dalam lebih banyak kerumitan pada masa akan datang.

Biarpun sikap berhati-hati perlu ada dalam setiap langkah, Melayu perlu berdiri di alam nyata dan bukan fantasi. Seperti mana banyaknya filem Hindustan yang mereka tonton, mereka perlu percaya bahawa segala keindahan dalam filem tidak semestinya wujud pada kehidupan yang benar.

Prasangka terhadap pemimpin yang benar-benar layak memimpin parti, perlu dihapuskan. Kita tidak mahu melihat Malaysia menjadi seperti sebuah negara jiran yang penjawat Perdana Menterinya bertukar tangan sebanyak tujuh kali dalam tempoh dua tahun, sehinggakan ekonominya terjejas manakala kestabilan awamnya terjejas dengan teruk.

Jika tokoh seperti Najib, Ali Rustam, Shahrizat, Khairy Jamaluddin dan yang lain dikecam sedemikian rupa dan terus dituduh tanpa bukti, maka akan hilanglah peluang parti untuk menerima pemimpin yang bermutu dan berkaliber kali ini.

Janganlah dirosakkan masa depan parti dan negara hanya kerana kita terlalu terikut-ikut dengan budaya fitnah dan buruk sangka ini. Orang Melayu mestilah sedar bahawa kedudukan mereka di tanahair sendiri pun sudah dicabar oleh pihak tidak bertanggungjawab yang mencabar kedudukan Raja-Raja Melayu dan ketuanan Melayu.

Pergeseran dalam parti turut mendorong kepada perpecahan Melayu sendiri. Melayu harus akur dengan hakikat bahawa perjuangan memartabatkan maruah bangsa bukan setakat menentukan pucuk kepemimpin yang baik, malah menyemai semangat kerjasama dalam parti agar Umno menjadi contoh kepada perpaduan dan kestabilan negara.

Umno ialah parti keramat Melayu. Jika ahlinya terus 'menganuti' dasar fahaman yang tidak sihat dan terus dengan budaya buruk mereka, masa depan politik mereka akan kucar-kacir.

Amat rugi jika kita gagal membentukan barisan kepemimpinan parti yang kuat hanya kerana kita menafikan hak seseorang calon berwibawa kerana fitnah tanpa bukti yang dilemparkan terhadapnya. Akan bertambah malang pula jika kita menidakkan Umno daripada dipimpin oleh orang seperti ini.

Janganlah nanti bila kita 'sudah terhantuk, barulah nak terngadah!'

Thursday, March 12, 2009

'Perangai buruk orang Melayu' - (PART 3)

This is the 3rd posting on this topic before I wrap it up in my summary. Although many agreed that Malays have changed, mentally and psychologically, many of their bad dittos remain as they are, and in some cases are incorrigible.

Dissension, being churlish, anomalous behaviour and being the maverick are characters still stigmatise them. In politics, especially, they are good at making bad disposition towards the leaders, piffling about something they themselves are not sure of, being petulant and gullible.

With the Umno general assembly is just about 12 days away, some of its members and leaders are already taking the protagonist role, trying to become the pundit who got incisive prophesy about who should win the party elections.

Many candidates get no probity. They are open to prejudice remarks and became the victims of slander and backbitting. Their credibility was mangled and their equal chances of winning are put at a very rickety situation. During my previous posting, I named a few candidates who are made victims of partisan accusations and slanderous political gimmick.

Here I go again, in Bahasa Melayu...

DR KHIR TOYO - Ditertawakan apabila Selangor jatuh ke tangan pembangkang pada PRU12 yang lalu. Rata-ratanya mengaitkan kekalahan itu kepada sikap angkuh Khir dan konco-konconya di sekelilingnya. Isu paling besar ialah pemberian penyapu sebagai hadiah kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) yang paling lemah pentadbirannya. Ini mencetuskan kemarahan ramai orang Melayu yang menyifatkan penyapu sebagai simbol 'membawa sial'. Seterusnya ialah keputusan membenarkan Permodalan Negeri Selangor Berhad membeli pangsapuri mewah di Marwa Tower, Makkah, di bawah nama sendiri pada tahun 2007. Ramai menuduhnya menyalahgunakan kuasa dan kedudukan untuk kepentingan sendiri.

MOHD ISA SAMAD - Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan ini digantung keahliannya sebagai 2 tahun pada 2004 kerana didapati salah oleh Jawatankuasa Disiplin Umno di atas tuduhan politik wang ketika pemilihan parti pada tahun yang sama. Begitupun, kemampuannya memperolehi pencalonan yang cukup untuk jawatan naib presiden tahun ini mencerminkan betapa kebolehan beliau mampu mengatasi rekod buruknya itu. Turut dicemuh dan difitnah sebagai 'tauke babi' berikutan isu banyaknya ladang babi haram di Port Dickson suatu ketika dahulu.

RAFIDAH AZIZ - menerima banyak kejutan dalam usaha mempertahankan jawatan Ketua Wanita. Pernah dituduh menjadi punca merosotnya jualan kereta nasional, Proton, kerana menggunakan kedudukannya sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri sebelum 2004 dengan mengeluarkan terlalu banyak permit import (AP) bagi kereta Korea Selatan, khasnya KIA. Dituduh bersekongkol dan mendapat laba besar daripada Naza Motors kerana hubungan rapatnya dengan Allahyarham Tan Sri S.M. Nasimuddin. Naza juga dikatakan memberi saham besar kepada Rafidah. Sepertimana juga Ali Rustam, Rafidah dikecam kerana mendapat habuan besar daripada setiap pelabur asing yang ingin menanam modal di Malaysia. Tidak cukup dengan itu, beliau dilabel sebagai 'Wanita Besi' kerana tidak dapat menerima kekalahannya kepada Siti Zaharah bagi jawatan Ketua Wanita suatu ketika dahulu. Ahli Parlimen Kuala Kangsar ini masih tidak dapat lari daripada fitnah mewujudkan kem sendiri bagi jawatankuasa Pergerakan Wanita Malaysia.

SHAHRIZAT JALIL - Dalam usaha menewaskan Rafidah, beliau dituduh menggunakan Puteri untuk memancing undi dengan memberikan segala kemudahan dan dana yang ada. Desas-desus mengaitkan beliau dengan beberapa syarikat besar seperti Island & Peninsular membuatkan beliau dilihat mempunyai sumber kewangan yang cukup untuk 'membeli' undi. Turut dikecam kerana menerima tawaran Pak Lah sebagai penasihat bertaraf Menteri bagi Kementerian Wanita dan Perpaduan Masyarakat. Pejabatnya di Jabatan Perdana Menteri juga menempatkan ofis Setiausaha Politik Pak Lah, Datuk Shuhaimi Ibrahim. Tewasnya Shahrizat di tangan Izzah Anwar di Lembah Pantai pada PRU12 dianggap sebagai 'one of the major upsets', sama seperti tewasnya Samy Vellu di Sungai Siput dan Awang Adek di Bachok.

MUKHRIZ MAHATHIR - Salah seorang calon yang dianggap bersih bagi jawatan Ketua Pemuda Umno ini juga sudah mula diejek dan dicerca kerana dituduh mendapat sokongan kewangan pihak tertentu untuk melobi undi. Biarpun bapanya, Tun Dr Mahathir dilihat tidak campur tangan dalan urusan pemilihan, Mukhriz dikatakan mendapat banyak bantuan 'tauke' tertentu di luar Umno untuk menyokong dana politiknya.

RAHMAN BAKAR - Calon kerusi Majlis Tertinggi ini dikatakan mendapat taraf Senator kerana 'membodek Pak Lah dan Najib' selepas digugurkan sebagai calon kerusi Parlimen Marang pada PRU12 yang lalu. 'Giant Killer' yang sudah dua kali menewaskan Hadi Awang ini dicemuh kerana menggunakan kedudukannya sebagai Timbalan Menteri Sumber Manusia dahulu untuk mengutip wang daripada kontraktor bagi sesuatu projek. Dituduh berkomplot dengan pegawai kanannya bagi maksud yang sama.

HISHAMUDDIN HUSSEIN - Dikatakan boleh menang salah satu kerusi naib presiden Umno. Bagaimanapun, sudah dituduh sombong dan tidak mengenal kawan sejak menjadi menteri dan meluluskan sesuatu projek besar kepada rakan yang akrab dengannya. Pernah dikatakan sukar ditemui untuk sesuatu jemujanji kerana dikepung oleh '22 pegawai khas dan pengawal peribadi'. Dicap sebagai tidak layak menjadi wakil rakyat kerana tidak memiliki kewibawaan arwah bapanya serta tidak cekap mentadbir Pemuda Umno, sebaliknya lebih banyak menyerahkannya kepada naib ketua, Khairy Jamaluddin. Rata-rata dianggap tidak mempunyai kewarasan sebagai menteri dan hanya mengikut telunjuk Pak Lah.

KHAIRY JAMALUDDIN - Inilah mangsa utama kecaman, fitnah, selaran, cemuhan dan pelbagai tuduhan, bukan saja di kalangan orang Melayu malah bangsa lain. Memenang jawatan naib ketua Pemuda Umno di atas tiket bapa mertua. Pak Lah dikatakan menelefon Hishamuddin secara peribadi, memintanya agar menantunya tidak ditentang sesiapa ketika itu. Turut dituduh menguasai Tingkat 4 JPM bersama 3 rakannya yang lain untuk 'menapis' sesiapa saja yang ingin menemui Perdana Menteri. Lebih buruk ialah tuduhan beliau mengawal semua kandungan media arus Perdana berikutan kemasukan semula Kalimullah Hassan ke dalam kumpulan the New Straits Times pada 2004. Dari situlah KJ menjadi tajuk bualan jahat pelbagai pihak, termasuk juga dalam kerajaan. Dikatakan membaca semua kertas Kabinet dan 'blue print' yang sepatutnya menjadi rahsia kerajaan, menjadi penasihat Pak Lah dan menjadi pengawas kepada anggota Jemaah Menteri. Turut dituduh bersekongkol dengan Kalimullah dalam banyak urusan perniagaan yang besar seperti Scomi, ECM-Libra, MMC, Air Asia, Media Prima dan sebagainya. Ramai percaya anak muda yang juga Ahli Parlimen Rembau ini mempunyai aset dan wang terkumpul berjumlah RM4 bilion di bank-bank asing dan pesisir pantai. Tuduhan lain ialah menjadi 'penjaga lombong emas' kerajaan dengan campur tangan dalam menentukan siapakah yang patut mendapat sesuatu kontrak kerajaan, serta mengenakan 'kadar konsultan' yang amat tinggi bagi projek terbabit. Di suatu ketika, turut dikaitkan dengan Maya Karin sehingga ada yang memfitnahnya sudah menikahi artis jelita itu. Pada PRU12, dia dikatakan sudah tewas kepada pencabarnya tetapi menggunakan 'taktik kotor' untuk memenanginya. Juga dikatakan seorang yang sombong dan tidak suka kepada wartawan.

REEZAL MARICAN - Dikait rapat dengan KJ ketika menjadi Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri di Kementerian Kewangan, sehingga ada yang berkata dia banyak mempengaruhi Menteri Kewangan Kedua, Nor Mohamed Yakcop dalam membuat sesuatu keputusan. Dituduh mengenakan 'cukai pintu' sehingga RM50,000 kepada sesiapa yang ingin berjumpa Pak Lah atau mendapatkan surat sokongan Perdana Menteri bagi sesuatu projek. Angkuh dan sombong ialah nama yang diberikan oleh orang ramai. Ketika menjadi presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), dia dituduh mengupah samseng untuk menakut-nakutkan penyokong Shuhaimi Ibrahim di OIO Resorts beberapa tahun lalu. Banyak dikaitkan dengan tokoh perniagaan besar sehingga beliau menjadi kaya-raya dan hampir menyamai KJ. Tidak dicalonkan pada PRU12 yang lalu kerana dipercayai meletakkan syarat untuk bertanding kerusi Parlimen saja dan bukannya Dewan Undangan Negeri. Juga dituduh menjaga banyak projek besar kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

RAIS YATIM - Veteran Umno ini dikatakan salah seorang yang paling kuat 'mengampu' Pak Lah sehingga mendapat restu bertanding lagi pada PRU12 yang lalu. Ketika kempen, dia dituduh menggunakan banyak kemudahan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan seperti kenderaan, dana dan kakitangan, termasuk dari Istana Budaya untuk membantunya. Selepas menjadi Menteri Luar, Rais dikecam kerana selalu lambat bertindak terhadap insiden antarabangsa seperti serangan Israel ke atas Gaza pada 27 Disember lalu serta keputusan Amerika Syarikat untuk meningkatkan bilangan askarnya di Afghanistan. Rais, menurut golongan yang tidak menyukainya, adalah 'yesman' kepada Pak Lah dan sering membuat keputusan yang tidak masuk akal. Turut dituduh menggunakan wang yang banyak untuk memancing perwakilan ke perhimpunan agung parti akhir bulan ini.

RAHIM TAMBYCHIK - Bekas Ketua Menteri Melaka ini adalah tokoh terakhir layak merebut kerusi naib presiden. Dikatakan dilantik sebagai Pengerusi Risda di atas tiket Pak Lah serta memberi banyak projek berkaitan kepada kroninya. Dituduh mengaut untung jutaan ringgit setiap tahun daripada kontrak kad pra-bayar Celcom dan Digi. Sering dianggap tokoh yang paling kedekut untuk berderma kepada badan sosial dan kebajikan, kecuali ada wanita atau gadis cantik yang datang meminta bantuan. 'Mr Romeo', itulah nama jolokan yang diberikan oleh pihak yang membencinya, lebih-lebih lagi kesnya pada lewat 80an yang mengaitkannya dengan gadis bawah umur. Dicemuh sebagai tidak layak menjadi naib presiden walaupun mendapat jumlah pencalonan yang cukup.

IDRIS JUSOH - Seorang lagi yang hebat dikecam walaupun mengetuai Terengganu untuk memenangi PRU11 dan PRU12. Anggapan umum ialah, dia digugurkan sebagai Menteri Besar dan digantikan oleh Ahmad Said kerana dimurkai Sultan Terengganu yang juga Yang di-Pertuan Agong. Puncanya kerana enggan menjunjung titah Sultan, membelakangkan baginda dalam banyak majlis dan banyak dikuasai oleh KJ dalam mentadbir negeri. Pembangunan negeri juga dikatakan hanya menguntungkan beliau dan keluarganya hinggakan di suatu ketika, dia dipercayai memiliki simpanan di beberapa bank berjumlah RM500 juta.

Inilah antara nama besar yang banyak dikaitkan dengan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa. Biarpun tidak bukti dikemukakan setakat ini oleh sesiapa pun, mereka terus menjadi mangsa kecaman orang Melayu.

Banyak lagi nama yang boleh diketengahkan tetapi saya fikir cukuplah setakat ini saja. Perhimpunan Agung Umno pada 24-28 Mac ini akan menilai sama ada segala tuduhan dan fitnah terhadap mereka ini betul atau salah.

Dalam siri akhir rencana ini kelak, saya akan merumuskannya.

... to be continued

Monday, March 9, 2009

'Perangai buruk orang Melayu' - (PART 2)

Some comments, phone calls, e-mails and SMS asked me to write about 'Melayu' in Bahasa Malaysia. They suggested that since the Malays should read it, better to tell them in their mother-tongue. They understand Bahasa more than any other languages. Afterall, they are very protective of their Bahasa which led them to take it to the streets, protesting against PPSMI.

Okay, here I go...

PERHIMPUNAN agung Umno yang bakal berlangsung lebih kurang 2 minggu dari sekarang sudah pun dimanipulasi oleh banyak pihak, hampir semuanya orang Melayu. Siapa patut naik, siapa patut turun dan siapa patut 'diajar' makin rancak diperkatakan.

Oleh kerana orang Melayu sukakan pertandingan, mereka pun mencalonkan terlalu ramai 'jagoan' untuk pelbagai jawatan yang dipertandingkan.

Jagoan inilah yang akan jadi ayam sabung mereka. Calon inilah yang bakal menentukan sama ada kumpulan Melayu yang mereka wakili akan bersorak atau balik lebih awal apabila keputusan pengundian diumukan.

Begitupun, memang sifat semulajadi Melayu suka mencari kesilapan serta kelemahan orang lain. Pada mereka, hanya calon mereka saja yang bagus, yang lain tidak sehebat calon yang mereka ketengahkan.

Sudah ada cakap-cakap berunsur fitnah, hasutan dan kenegerian kedengaran. Orang Kelantan berkata, orang Johor tak bagus, orang Terengganu pula berkata orang Perak memang tak guna manakala orang Selangor pula cakap orang Melaka tak pandai memimpin. Macam-macam!

Barangkali inilah pertama kali dalam sejarah Umno, terlalu ramai calon diberi peluang bertanding. Ini memberi gambaran sama ada tidak ada calon khusus untuk sesuatu jawatan atau memang hasrat ahli untuk menguji seramai mana calon yang sesuai agar perwakilan memilih hanya yang terbaik.

Benarkah tidak ada calon khusus yang layak untuk jawatan timbalan presiden, naib presiden, ketua wanita, ketua pemuda dan Majlis Tertinggi? Atau mungkinkah dengan tersenarainya terlalu ramai calon kali ini benar-benar melambangkan semangat demokrasi dalam Umno yang membolehkan sesiapa saja bertanding?

Mungkinkah ahli Umno hari ini tidak dapat melihat menilai calon manakah yang paling sesuai menjawat semua jawatan ini? Ataupun semua yang bertanding kali ini benar-benar berkeupayaan membimbing parti selepas berakhirnya zaman Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi?

Datuk Seri Najib Razak sudah pasti akan memikul tugas presiden dan Perdana Menteri sekaligus selepas berakhir perhimpunan agung pada 28 Mac ini. Apa jua bentuk pasukan yang bakal diterajuinya dalam Umno bergantung banyak kepada selera perwakilan.

Sama ada beliau akan merombak barisan Kabinet bagi menyesuaikan pasukan barunya dengan angkatan Barisan Nasional yang sudah ada, adalah bidang kuasanya.

Apa pun, paling menarik kali ini ialah isu peribadi hampir semua calon yang bertanding. Kalau diikutkan, tidak ada seorang pun calon 'bersih' tersenarai untuk pertandingan kali ini. Semuanya sudah menjadi sasaran orang Melayu dalam parti. Yang belum kena, pasti kena.

Ada yang sudah menjadi mangsa fitnah, kecaman, umpat keji dan cacian bangsa sendiri sejak bertahun-tahun dulu. Ada yang kena sejak Pak Lah menjadi Presiden parti dan ada pula yang baru kena, terutamanya menjelang pemilihan parti.

Saya tidak ada senarai penuhnya tetapi kita lihat senarai mangsa berikut:

PAK LAH - sejak menang besar pada pilihanraya 2004, beliau dipuji melangit. Bagaimanapun, ia tak kekal lama. Memasuki bulan Jun 2004, beliau dikaitkan dengan 'budak-budak' jahat Tingkat 4 JPM yang dikatakan mengawal semua kontrak kerajaan, membaca kertas Kabinet dan menentukan siapa patut dapat kontrak kerajaan. Ini berterusan sehingga tuduhan terhadap beliau merangkumi agihan kontrak besar kepada anak serta menantunya. Beliau juga dituduh menelefon sendiri Datuk Hishamuddin Hussein agar jangan membenarkan sesiapa pun bertanding jawatan naib ketua yang ditandingi menantunya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar. Apabila Umno dan BN kalah teruk pada pilihanraya umum 8 Mac 2008, beliau dituduh menjadi puncanya. Kaitannya, kepemimpinan beliau sudah diragui, tidak tegas, melawan orang yang melantiknya sebagai PM iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad, tidak mengikut kehendak parti dan menjadi punca kepincangan pentadbiran.

NAJIB RAZAK - dituduh menyalahgunakan kedudukan dengan memberi hampir semua kontrak Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) kepada isterinya, Rosmah Mansor. Kontraknya pula meragukan kerana ia menjangkau sehingga 12 tahun. Ketika menjadi Menteri Pertahanan, banyak memberi kontrak kepada kroni Rosmah, seolah-olah isterinya mengawal semua kontrak kementerian. Beliau juga dikatakan mendapat laba besar daripada mana-mana kontrak Kementah. Meletupnya kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaaribu menambahparahkan kedudukan politik Najib dan mempertajamkan senjata serta lidah orang Melayu untuk mencacinya, di samping memberi banyak ruang kepada penulis laman blog dan pembangkang untuk menghentam beliau. Ada pula berpendapat Najib tidak akan sempat jadi presiden dan perdana menteri jika tidak kerana Pak Lah sendiri yang cuba menutup aibnya. Pendapat lain pula mengaitkan Rosmah dengan pembunuhan Altantuya, bahawa beliau ada di tempat kejadian ketika mayatnya diletupkan.

ALI RUSTAM - ramai yang menuduhnya memonopoli banyak projek negeri Melaka, hinggakan beliau dikatakan menerima laba yang banyak daripada projek penapisan minyak Petronas serta bekalan air negeri. Dikatakan tidak layak sama sekali menjadi timbalan presiden kerana tidak pandai bercakap, tidak ada mutu kepemimpinan dan hanya pandai mengampu Pak Lah serta Najib. Musuh-musuh politiknya ramai di luar Melaka. Malah ada yang mengatakan Ali sepatutnya bertanding kerusi Parlimen pada pilihanraya umum 2004 kerana jawatan Ketua Menteri sudah dikhaskan kepada seseorang. Ali dituduh berjumpa Pak Lah pada saat-saat akhir sebelum senarai penuh calon diumumkan, menyebabkan nama orang berkenaan digugurkan. Politik Ali dikatakan cuma berkisar di sekeliling orang tertentu yang boleh membantunya berkuasa di Melaka dan yang mempunyai banyak wang. Walaupun Melaka dianggap menang besar pada PRU12, dia dikecam kerana menampilkan ramai kawannya sebagai calon. Pada pemilihan parti 2004, Ali dikatakan turut menggunakan wang untuk membeli perwakilan bagi kerusi naib presiden. Bagaimanapun, siasatan Lembaga Disiplin parti hanya mengaitkan Isa Samad yang digantung keahliannya selama dua tahun. Ali juga dikatakan tidak banyak membangunkan Melaka, kecuali bidang pelancongannya. Rata-rata mengaitkan kemajuan Melaka dengan Rahim Tambychik.

MUHAMMAD MUHD TAIB - Dengan panggilannya sebagai Mike Tyson, beliau turut menjadi mangsa kecaman, terutama mengaibkan kerabat diraja suatu waktu dahulu. Walaupun kes wang yang membabitkan Australia sudah dibereskan dan beliau didapati tidak bersalah, Mat Taib terus menjadi mangsa tuduhan seperti memberi kontrak negeri kepada kaum kerabatnya, mendapat habuan daripada pengambilan tanah rakyat untuk projek pembesaran bandaraya Shah Alam, kontrak jalan raya dan sebagainya. Ada juga yang menuduhnya kaki perempuan.

MUHYIDDIN YASSIN - bekas Menteri Besar Johor yang dikatakan sudah pun 'memancing' perwakilan sejak sebelum Hari Raya Aidilfitri yang lalu, bagi memastikan kerusi timbalan presiden menjadi miliknya, Ada juga cakap-cakap yang mengaitkan beliau dengan pemberian banyak lesen bot pukat tunda kepada individu dan persatuan nelayan tertentu ketika menjadi Menteri Pertanian dan Asas Tani. Lebih memburukkan ialah tuduhan bahawa beliau sudah pun membincangkan kedudukannya sebagai bakal Timbalan Perdana Menteri dengan Pak Lah dan Najib. Pencalonan Ali dan Mat Taib hanya formaliti bagi menutup sangkaan buruk ahli Umno. Sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Muhyiddin dituduh mengeluarkan pula permit import (AP) untuk rakan-rakannya serta rakan menteri lama, Rafidah Aziz. Ada yang melabelnya sebagai lebih hebat daripada Rafidah dalam menerima laba daripada projek yang diluluskan kepada pelabur asing.


... to be continued