Friday, August 14, 2009

Kempen Jalur Gemilang sepi...

Selepas Perdana Menteri melancarkan kempen kibarkan Jalur Gemilang di Putrayaja pada 11 Ogos lalu, saya hanya nampak beberapa buat kereta persendirian dan lori yang menyahut panggilan itu.

Yang anehnya, pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Putrajaya pun tidak kelihatan kenderaan yang mengibarkan bendera negara.

Kenderaan rasmi kementerian dan agensi lain juga belum ada yang mengibarkan Jalur Gemilang. Hari Kemerdekaan hanya tinggal lebih kurang dua minggu tetapi semangat patriotisme rakyat Malaysia seolah-olah makin luntur.

Jika kakitangan awam sendiri, terutama menteri dan ketua jabatan sendiri mengambil sikap acuh tak acuh, tidak hairanlah orang lain akan mengambil sikap yang sama.

Keadaan amat berbeza pada zaman 80-an dan 90-an. Ketika itu kempen sebegini dilancarkan sebulan sebelum Hari Merdeka. Sambutannya di kalangan rakyat berbilang kaum amat meriah dan membanggakan.

Adakah zaman Pak Lah dan Najib sudah menghakis semangat itu, lebih-lebih lagi apabila wujudnya suasana politik baru yang menjadikan rakyat Malaysia lebih kritikal terhadap seruan kerajaan dan pada waktu yang sama memandang sepi akan betapa pentingnya memupuk semangat patriotik di kalangan mereka?

6 comments:

Non-partisan said...

Sdr Jai,

Orang ramai sebenarnya sudah naik letih dan meluat dengan pelbagai isu yang melanda kehidupan harian mereka sejak beberapa lama ini. Keadaan bukan bertambah baik tetapi sebalekunya bertambah serius tanpa memperlihatkan penyelesaianya dalam masa terde kat ini.

Terakhir ialah masaalah selesema babi dan bekalan gula. Kerajaan seolah-olah kelihatan hilang punca untuk menanganinya dengan berkesan.

Jadi kepada orang apa sahaja seruan yang dibuat hanya merupakan satu ritual atau sekadar satu kesinambungan kepada aturcara-aturcara hari kemerdekaan yang dilaksanakan sekian lama. Masaalah harian mereka tetap tidak terselesai.

popiah said...

does it pay being patriotic?

minah sepi said...

cakap tak serupa bikin. memang patut kenderaan rasmi kerajaan mulakan kempen tu dulu. ni tidak, harapkan rakyat yang beli dan kibarkan bendera tu dulu.

macam ni ka kepemimpinan yang perlu diteladani?

minah sepi said...

cakap tak serupa bikin. memang patut kenderaan rasmi kerajaan mulakan kempen tu dulu. ni tidak, harapkan rakyat yang beli dan kibarkan bendera tu dulu.

macam ni ka kepemimpinan yang perlu diteladani?

Anonymous said...

i rather buy a face mask than spending it on the flag. its H1N1 bro!

TUPAI JANTAN said...

SEPI KE, TAK SEPI KE... TAKDA PERUBAHAN SEJAK DR M TAK LAGI BERKUASA.

MASA DR M DULU, BEREBUT-REBUT ORANG KIBAR BENDERA DI MANA2. SEMANGAT PATRIOTIK RAKYAT MALAYSIA, TAK KIRA BANGSA APA PUN, TETAP TEBAL.

BILA PAKLAH NAIK, MAKIN PUDAR. BILA NAJIB NAIK PUN, LEBIH KURANG SAMA JUGAK.