Sunday, August 2, 2009

Jadikan 1 Ogos HARI PENYANGAK!

Hanya sehari selepas negara menyambut Hari Pahlawan (31 Julai), 1 Ogos pula dicemari tunjuk perasaan yang didalangi penyangak politik dan mereka yang sengaja ingin melihat wujudnya ketidakstabilan di dalam negara. Bertopengkan 'anti-ISA', penyangak ini sebenarnya lebih kepada hasrat ingin menjatuhkan kerajaan yang ada, menghuruharakan negara dan menjahanamkan ekonomi.

Saya memang antara penulis yang sekali-sekala mengkritik kerajaan jika wujudnya unsur yang 'tidak kena' dengan dasar yang ada. Semua rakyat setuju bahawa bukan semua pembaharuan yang dibuat adalah baik belaka. Sebagai manusia, Datuk Seri Najib dan pasukannya tetap ada kelemahan.
Bagaimanapun, saya tidak pernah bertolak dengan isu perpaduan kaum, keamanan dan kesejahteraan rakyat serta kestabilan politik dan ekonomi negara.

Sama ada mereka yang mempelopori tunjuk perasaan 'anti-ISA' di Kuala Lumpur semalam adalah Anwar Ibrahim yang pernah banyak kali duduk semeja dengan saya, atau Hadi Awang yang saya hormati atau Lim Kit Siang, Ahmad Sabu dan yang lain-lain, saya berani berkata bahawa mereka bukanlah pejuang rakyat sebaliknya rakyat Malaysia yang mementingkan diri sendiri dan sanggup berbuat apa saja untuk mencapai hasrat politik masing-masing.

Wujudnya kecenderungan untuk menggugat kestabilan tanah air, menjerumuskan ekonomi negara ke dalam situasi yang sukar diatasi serta memecahbelahkan perpaduan kaum, adalah satu unsur mengapa Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) perlu dikekalkan di Malaysia.

Bertindak atas dasar anti-ISA, mereka inilah yang mendorong kepada sebab kukuh mengapa ISA harus dipelihara di negara ini. Apa yang perlu ialah pindaan ke atas beberapa undang-undang tubuhnya agar ia sesuai dengan keadaan sosiopolitik negara hari ini.

Apa sebenarnya objektif mereka menganjurkan tunjuk perasaan itu sehari selepas Hari Pahlawan, amat mudah ditelah.

Walaupun kerajaan sudah memaklumkan rakyat bahawa pindaan ISA akan dibawa ke Dewan Rakyat tidak lama lagi, mereka sebenarnya ingin memansuhkannya terus atas nama politik terpinggir Pakatan Rakyat. Mereka sendiri tahu bahawa pembubaran ISA akan menjurus kepada wujudnya Malaysia sebagai sebuah negara radikal di rantau ini.

Mereka mahu Malaysia menyertai Thailand, Filipina,Myanmar, Vietnam dan Indonesia di mana undang-undang yang sama seperti ISA tidak wujud langsung. Kerana itulah negara berkenaan sentiasa dicemari tunjuk perasaan, pembunuhan dan jenayah politik yang sukar dibendung.

Thailand sudah 5 kali bertukar Perdana Menteri dalam tempoh 2 tahun. Myanmar masih di takuk lamanya kerana dicengkam oleh rejim kuku besi tentera. Indonesia turut kurang stabil apabila keputusan pilihanraya yang memihak kepada Susilo Bambang Yudhiyono dipertikaikan oleh pembangkang. Vietnam masih bergolak dengan pembunuhan politik manakala Filipina terus dibelenggu isu yang sama.

Di manakah arah tuju rakyat Malaysia jika ISA dimansuhkan, pembunuhan politik berleluasa, ekonomi merudum, keselamatan awam tidak terjamin dan prejudis antara kaum mendorong kepada pergaduhan dan sengketa yang tidak ada penghujungnya?

Saya ingin bertanya kepada Anwar, Hadi, Kit Siang dan yang lain-lain. Inikah sebuah negara Malaysia yang mereka idamkan jika PR membentuk kerajaan pusat? Apakah mereka akan membenarkan perkara buruk ini berlaku di bawah kerajaan yang mereka ingin bentuk? Atau adakah dengan tanpa ISA, mereka akan mengarahkan polis dan tentera menembak saja sesiapa yang membuat huru-hara?

Saya tidak ingin menulis lebih panjang. Cuma saya harap mesej ini akan sampai kepada semua rakyat Malaysia, terutamanya penyangak seperti ini.

Amat sedih melihat bagaimana wanita mengandung, ibu yang mendukung bayi, kanak-kanak dan pelajar digunakan dalam tunjuk perasaan semalam. Saya turut terkilan dengan nasib peniaga di Jln TAR dan sekitar Masjid India yang turut menjadi mangsa perbuatan 'haram' dan tidak bermoral ini.

Saya juga ingin mencadangkan agar 1 Ogos diisytiharkan sebagai HARI PENYANGAK bagi memperingati golongan ini, agar mereka dapat berfikir lebih waras, bukan untuk kepentingan diri sendiri tetapi bagi kebaikan seluruh rakyat Malaysia.

16 comments:

Anonymous said...

Demonstration – Let the home ministry comes up with guide line for ALL parties who want to organize a demo, such as, and not restricted to;
1. Let there be no violation against rights – approve all permits request, subject to demonstration being held in a stadium.
2. All requests must have security requirements, 1 policeman per so many demonstrators, PAID for by the organizers (public order cannot be the responsibility of others)
3. All memorandums (if organizers wants to submit, say to DYMM Agong) may be submitted if required by 3 representatives after the demonstration by police escort.
4. Any complaints (or claims) from the general public resulting from the demonstration must be forwarded to the police for investigation.
5. Exceptions, religious occasion - clearly spelled out.
6. Police act smart, release the tapes of the demo you have, let us see how the demonstrators act. Not just the press footage of water cannons and tear gas. After all this is a public relation war.
Can the police please come up with statistic?
1. How many demonstrations since 2005? Let us see who champions street demonstration.
2. Organized by whom? Let us see whose culture this is?
3. Cost of public order? Let us know how much money is wasted?
4. Lost cost by demonstration. 3rd party collateral damage.
Home Ministry act smart, time to turn the tables, less a certain ADUN wants to beat the table (or kick the door, is that clear enough?)
Other then the above – NO STREET DEMONSTRATION! PERIOD

Red shirt, Yellow shirt.

bro brotherhood, said...

As-Salam Bro Bujai,..heheh,..apo nak dikato,..sepatut nya bro Hisham dh suh orang ankut bro AnWar & d Gangstaz group malam sebelum demo tu,..entah le mana silap nya Bro Hisham ni,.. ape pun KDN mesti amik tindakan walaupun dh lepas demo tu,..wat else can I say,..(,")

p.s Bro Bujai, g le tengok blog ni n beri pendapat betul ke ade anasir DAP dlm Utusan...apo nak dikato,..(,")

http://ruangbicarafaisal.blogspot.com/2009/08/penting-hantu-dap-sudah-menyelinap.html

Anonymous said...

Bujai

Elok juga cadangan hangpa. Tapi hangpa kena ingat - dalam sejarah dunia tak ada kerajaan yang kekal selama-lamanya.

riak-riak yang menunjukkan kemungkinan dan keberangkalian satu hari UBN akan kehilangan kuasa telah ada dan tidak mustahil lagi macam 10-15 tahun dulu.

Katakanlah, kerajaan tersebut pun pakai stail UBN sekarang dalam soal dissent ni, parah puak-puak UBN kena belantan bila depa pulak buat demo.

bayangkan bujai..bayangkan. Kalau dipanjangkan umor aku hendak hidup dan menyaksikan bagaimana pula telatah anak-anak muda dan penyokong UBN menghadapi kenkangan yang dikenakan kepada pembangkang sekarang.

sama-sama kita berdoa agar dipanjangkan umor untuk melihat situasi semalam berulang apabila the table has been turned over.

ice

Anonymous said...

saya sokong. hari penyangak atau hari lembu kena cucuk hidung.

Khairul
GLC-KL

Anak Perelih said...

ISA dibantah kerana menahan orang tanpa bicara dan diberi peluang untuk membela diri sehingga bertahun tahun, bukan sebab namanya adalah ISA... dan sebab itulah Republican boleh kalah besar di US akibat Bush menahan orang tanpa bicara di Guantanamo...

kita anak melayu said...

saya sedang mulakan kempen: Saya dikhianati Anwar

tujuanny abagi menangkis saman yang ditujukan kepada Utusan Melayu dan Tan Sri Muhyiddin Yassin

kalau kita semua kata kita dikhianati sudah tentu saman beliau akan dibuang kes kerana ianya bukan fitnah lagi, ianya adalah sentimen rakyat

untuk lebih lanjut dan untuk mengambil logo sila ke

http://kitaanakmelayu.blogspot.com/2009/08/aku-dikhianati-anwar.html

Anonymous said...

Salam,

Saya setuju 1 Ogos diisytiharkan Hari Penyangak tak sedar diri.

Anonymous said...

good suggestion bro

topi keledar said...

amat menyedihkan bila wanita dan kanak-kanak dijadikan perisai oleh kumpulan ini.

di manakah letaknya kewarasan orang yang menganjurkannya?

keris lama said...

bro, hakikat yang disebut oleh menteri wilayah, dato raja nong chik bahawa peniaga di chow kit rugi antara rm100j dan rm200j benar-benar mengejutkan.

jika inilah tren yang hendak dibawa oleh pakatan rakyat, saya yang selama ini terikut-ikut dengan slogan mereka sudah pasti akan berfikir beribu kali untuk menyokong mereka semula pada pilihanraya umum akan datang.

sayang sedih dan kecewa dengan cara ini.

mat ISA said...

ia bukan diadakan untuk bantah ISA tetapi untuk menutup kelemahan pakatan rakyat, terutamanya di kelantan, kedah dan selangor yang kini menghadapi masalah dalaman.

ia juga bertujuan menutup perhatian rakyat terhadap kes liwat anwar ibrahim serta isu kongsi gelap anjuran ronnie liu dalam DAP.

kalau ISA dijadikan sebab, maka elok juga ISA dikekalkan bagi mengatasi orang seperti ini.

allison said...

bujai,

u are quite fair in your writings. while criticising the govt, u also hammer the opposition.

i hope u stay neutral forever.

i will remain as one of your readers for as long as you are neutral.

Anonymous said...

HARI PENYANGAK!

BAGUIH TU!

NANTI ADA LA YANG MINTAK HARI MENGKUDU PULAK!

mona, ipoh said...

sad to see how those people took to the streets without any purpose.

i hope my next generation will not join them...

pro-DSAI said...

watch your mouth bro.

they got reasons to do so. i hope when anwar takes over the government, u will be the first to go to kamunting.

adik, UM said...

bang, saya memang tak berkenan langsung dengan cara diorang menggunakan siswa-siswi.

elok la kerajaan mengenakan tindakan terhadap mereka yang terbabit, terutamanya dari IPTA dan IPTS