Sunday, July 19, 2009

"Selagi Umno masih berkuasa..."?

Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata semua hak orang Melayu seperti yang diperuntukkan di dalam Perlembagaan Persekutuan akan dipertahankan selagi Umno masih berkuasa.

Kenyataan "selagi Umno masih berkuasa" ini menarik perhatian saya dan ramai kawan di satu majlis dialog mengenai 'kemerosotan kuasa Melayu' di ibu negara, malam tadi. Yang hadir ialah kira-kira 80 veteran Umno, bekas pegawai kanan kerajaan yang antaranya pernah berkhidmat dengan Allahyarham Tun Razak, wartawan dan penganalisis politik tanahair.

Selain merumuskan bahawa langkah bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Chua Hui Meng menyertai PKR sebagai tindakan orang yang kecewa, kami setuju bahawa parti itu sebenarnya adalah khas untuk mereka yang gagal mendapat tempat dalam parti asal mereka. Pendek kata, PKR adalah parti untuk golongan yang kecewa dalam politik.

Perbincangan berkisar pada topik 1Malaysia yang diutarakan oleh Datuk Seri Najib, keputusan menarik balik pelaksanaan PPSMI yang diperkenalkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, liberalisasi sektor kewangan dan perkhidmatan serta 'pembebasan' hak 30 peratus Bumiputera di dalam pemilikan ekuiti syarikat asing dan bukan Bumiputera di Malaysia.

'Selagi Umno masih berkuasa' perlu dilihat dari perspektif pentadbiran Umno sendiri. Baik Najib mahupun Muhyiddin sendiri, mereka sendiri tidak dapat memastikan sampai bila penguasaan Umno di dalam Barisan Nasional mampu dipertahankan.

Orang Melayu kini mempunyai banyak pilihan untuk berpolitik. Selain Umno, mereka ada Pas dan PKR. Melayu yang sealiran dengan pucuk kepemimpinan yang ada sudah pasti akan bertahan dengan pemimpin mereka. Yang terasa terpinggir dan tidak terbela akan mengesot ke arah pilihan yang mereka buat.

Kebanyakan Melayu hari ini bukan lagi Melayu pasca Merdeka. Sebahagian besar mereka adalah generasi baru yang lahir selepas dua atau tiga Rancangan Malaysia dilaksanakan. Yang lahir selepas 1970 mungkin masih berpegang kuat kepada kepercayaan bahawa Umno harus diberikan mandat berterusan memimpin negara dan menaikkan martabat orang Melayu.

Mereka yang lahir selepas 1980 pula kini melihat Umno dari sudut yang lebih kritikal. Kemodenan yang mereka kecapi, kemewahan yang melimpah ruah serta pendidikan lebih baik yang diperolehi menjadikan mereka lebih bersifat radikal dan mendesak lebih banyak pembaharuan.

Kecanggihan teknologi perhubungan pula merangsang generasi ini membuat perbandingan pemerintahan Umno dengan parti lain di luar negara, misalnya di Thailand, Indonesia, Singapura dan Filipina. Mereka lebih cekap mencari kesilapan kerajaan, lebih berani membuat pendedahan dan lebih lantang menyuarakan pandangan serta kritikan.

Jika aspek 'selagi Umno masih berkuasa' diambil kira, Melayu dipercayai akan hilang lebih banyak haknya jika parti menghadapi kemerosotan sokongan dan kelemahan pentadbiran. Melayu hari ini bukan terlalu 'hard up' mendapatkan projek pembangunan tetapi mahukan jaminan bahawa anak-cucu dan keturunan mereka terus mendapat pembelaan sewajarnya manakala hak yang ada dipertahankan.

Isu bukan Melayu juga bukan menjadi Perdana Menteri, seperti yang digembargemburkan pada zaman Tun Abdullah Badawi, adalah antara isu yang mendorong wujudnya banyak kesatuan, NGO dan badan Melayu yang kini berjuang mempertahankan 'ketuanan Melayu' dan hak Bumiputera.

Ini bukan saja dipandang serius oleh masyarakat bukan Melayu tetapi dikhuatiri akan menjerumuskan mereka ke dalam aliran yang menjurus kepada perjuangan bersifat perkauman. Tidak dinafikan bahawa sentimen perkauman masih menebal di kalangan segelintir rakyat Malaysia tetapi tidak ada usaha berkesan dibuat untuk menghapuskan sifat curiga ini di antara bukan Melayu dan Melayu.

Biarpun 1Malaysia mengetengahkan perpaduan kaum, pergerakan ke arah asimilasi tidak dapat dilihat keberkesanannya. Penarikan balik PPSMI, menurut dialog malam tadi, harus dituruti dengan pemansuhan semua SRJKC dan SRJKT agar semua rakyat Malaysia diserapkan ke dalam SRJK saja. Ia boleh dilaksanakan mungkin dalam tempoh 3 atau 5 tahun lagi.

Jika kerajaan memansuhkan sekolah aliran Inggeris pada 1979 (yang menyebabkan generasi Melayu selepas itu gagal di banyak bidang, termasuk mendapatkan peluang kerja kerana kelemahan berbahasa Inggeris), PPSMI juga dianggap meregut hak Melayu untuk bangkit semula serta bersaing dengan bangsa lain di dunia.

Kecenderungan Najib dan Muhyiddin untuk menjadi 'cepat popular' dengan langkah pembaharuan yang diambil, memungkinkan generasi Melayu akan datang menjadi lebih radikal dalam menuntut hak mereka. Jika ini berlaku, Umnolah yang akan dipersalahkan dan bermula dari itulah Umno akan dianggap sebagai parti Melayu yang tidak lagi relevan dalam kerajaan.

Kita tidak nafikan pelbagai usaha dibuat untuk mempertahankan hak Melayu tetapi keterlanjuran pemimpin kita bercakap mengenai hal-hal yang tidak sepatutnya disebut, telah menyebabkan Melayu mula dipandang sepi oleh bangsa lain. Inilah sebenarnya isu yang menaikkan sentimen anti-Umno di kalangan generasi muda Melayu hari ini.

Di Manek Urai, misalnya, kemenangan Pas memang tidak ada ertinya kerana majoriti yang amat tipis. Bagaimanapun, kita harus akur bahawa hampir 85 peratus pengundi muda Melayu melemparkan undi kepada Pas. Yang menyokong Umno hanya mereka yang 'termakan' projek dan janji yang disuakan oleh BN. Mereka ini adalah orang lama yang mudah dipancing dengan satu projek penurapan jalan, sebuah surau, sebuah masjid ataupun jambatan baru.

Generasi muda melihat ini hanya sebagai 'gimik'. Tidak ada gunanya membina jambatan sebagai kemudahan berulang-alik jika taraf sosioekonomi penduduk tempatan tidak beranjak. Tidak ada gunanya jalan baru dibina jika tidak ada usaha diambil oleh agensi kerajaan untuk mengangkut hasil pertanian dan komoditi penduduk ke bandar dan dipasarkan dengan harga yang setanding dengan pengeluar bukan Melayu di Cameron Highlands, misalnya.

Ini semua perlu direnungi bersama. Perjuangan memartabatkan hak orang Melayu bukan semudah dan 'semurah' ini. Perjuangan paling agung ialah mempertahankan hak mereka dan meningkatkan penguasaan mereka di banyak bidang agar mereka berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bangsa lain di Malaysia dan di dunia.

Umno tidak patut terus menggunakan politik konvensional untuk memikat ahli dan Melayu lain. Di banyak negara, cara ini memakan diri sendiri. Umno mestilah berusaha mencari pilihan lain dan pakej yang lebih berjaya menyemarakkan semangat 'Umno' di dalam hati dan sanubari Melayu.

Janganlah kerana kita terlalu ingin cepat disanjung dan dipuja, kita mengetepikan hakikat bahawa bangsa Melayu yang kita tatang hari ini bukanlah Melayu pasca Merdeka yang hanya menurut apa yang baik dari pemimpin tanpa memikirkan natijahnya.

Usahlah kerana kita ingin dipuji oleh bangsa lain, kita pula terlalu mengikut kehendak mereka. Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.

Najib, Muhyiddin dan pasukan mereka perlu menggagaskan sesuatu yang tidak meminggirkan Melayu dalam konteks 1Malaysia. Di samping berusaha merapatkan jurang perbezaan di kalangan semua bangsa Malaysia, Najib dan Muhyiddin harus mengakui bahawa bukan semua yang dibuat adalah baik. Kelemahan tetap ada.

Bagi mengatasi kelemahan ini, tidak ada ruginya kita duduk semeja dengan mereka yang lebih arif mengenai sesuatu isu. Kita bukan malaikat. Kita bukan sempurna. Jika kita ingin melihat Umno terus relevan dan menjadi pilihan utama orang Melayu, kita perlu akur kepada keperluan semasa dan bukan setakat ingin menjadi popular semata-mata.

Perjalanan orang Melayu dan Umno sendiri masih jauh. Kita perlu yakin dengan apa yang kita fikir tetapi harus berhati-hati dengan apa yang kita buat. Banyak bezanya. Apa yang betul bagi kita seorang mungkin tidak betul kepada 10 orang lain.

Janganlah tergesa-gesa memutuskan sesuatu.

Saya masih ingat satu pepatah Inggeris yang berbunyi: "The road to ruin is always kept under good repairs".

25 comments:

kluangman said...

Sudah sampai masanya UMNO membuka semua keahliannya kepada rakyat Malaysia tanpa mengira keturunan - United Malaysian Nation Organisation seperti PKR, DAP dan Gerakan jika UMNO masih mahu terus berkuasa.

Melayu harus menerajui dan bijak ke hadapan dalam menggerakkan negara bangsa Malaysia.

Just Comment said...

Bro, buat home work tak bila menulis ni... tengok balik statistik MU...

Anonymous said...

bujai

Aku jadi konfius dengan kenyataan TS Muhyidin ni. Setahu aku, sejaka UMNO(baru) masuk ke sabah dalam tahun 1992 dulu, zaman DSAI dalam UMNO(baru) - keahlian UMNO(baru) bukan lagi ekslusif hanya untuk orang melayu sahaja.

Keahliannya telah dibuka kepada kepada semua bumiputra sebagaimana yang ditakrofkan dalam perlembagaan.

maknanya UMNO(baru) SECARA TEKNIKALNYA bukan lagi PARTI MELAYU TETAPI PARTI BUMIPUTRA!

Jadi bujai, hang kena perjelaskan tentang isu keahlian UMNO(baru) ini once for all kerana ramai ahli-ahli UMNO(baru) tak jelas.


bat8

Sharifah Rashidah bt. Syed Ahmad said...

Salam,

Di dalam Utusan Malaysia baru2 ini, Datuk Seri Muhidyin, setelah ditanya tentang desakan pihak2 yang menentang pemansuhan PPSMI menyatakan bahawa kerajaan tidak akan berganjak kerana kita mesti consistent dengan keputusan yang kita telah buat.

Adakah ini bermakna bahawa kita perlu consistent walaupun kita masih ragu2 dengan keputusan yang dibuat itu? Atau kita perlu consistent kerana kita yakin bahawa keputusan yang kita buat itu yang terbaik?

Saya berpendapat bahawa kita sudah menyimpang dari tujuan asal PPSMI di perkenalkan. Tujuan PPSMI ialah untuk membolehkan anak2 kita mendapatkan maklumat Science dan Mathematik secara langsung, bukannya untuk meningkatkan tahap penguasaan Bahasa Inggeris. Namun begitu, melalui PPSMI adalah diharapkan juga kecekapan anak2 ini dalam BI dapat ditingkatkan secara tak langsung.

Saya tidak faham kenapa kerajaan tidak terfikir untuk mewujudkan sekolah aliran PPSMI sama seperti sekolah aliran ugama. Dengan ini, pelajar2 dapat diberi pilihan aliran mana yang mereka minat. Dengan ini juga, segala pelaburan yang telah dibuat dalam PPSMI tidaklah dibazirkan begitu sahaja.

Sekian.

Anonymous said...

Betulkah analisis anda orang tua saja yang masih menyokong Umno di Manek Urai tidak golongan muda.
Bukankah pengundi muda yang bekerja di KL dan sudah melihat dan menikmati erti kemajuan dan prasarana moden memilih mengundi Umno sedang peneroka tua tetap memangkah Pas.
Pas mendakwa parti Islam tetapi tidak ada perancangan dan strategi bangunkan negeri.Daripada lebih 6,000 ayat al-Quran kira-kira 500 saja mengenai ibadat khususiah manakala yang lain berkaitan perancangan, sosiologi, strategi pembangunan, urustadbir negara.
Malangnya Pas banyak menipu rakyat siapa pangkah Pas masuk syurga.
Padanlah Kelantan mundur setelah empat penggal diperintah Nik Aziz dan konco-konconya yang sebenarnya cari makan cara mudah - jadi politikus bajingan.
Dasar politik Pas jumud dan Pas hanyalah parti Melayu yang memalukan.- Sri Duyung, Batu 4 1/4 Melaka.

pak sakai said...

hak melayu tetap akan terus menjadi hak melayu. ini mesti dipertahankan walau siapa pun memerintah negara ini. jangan diubah sedikit pun. jika ada yang berani berbuat demikian, bukan umno saja yang akan hancur malah negara akan tergugat!

ingatlah!

Anonymous said...

bro, u sound a little bit sensitive about the future of umno. or dont u?

SMSJ 1978 said...

saya sokong penuh TDM yang memperkenalkan PPSMI pada 2003. niat dan gagasan beliau ketika itu amat baik, iatu meningkatkan penguasaan inggeris di kalangan orang melayu di bidang khusus seperti sains dan matematik. ini akan membolehkan mereka besaing di peringkat antarbangsa.
apabila kita menarik balik PPSMI, orang melayu dan kebanyakan rakyat malaysia akan berundur ke belakang di segi saingan dan penguasaan.

saya setuju dengan pandangan sdr bahawa pembubaran sekolah aliran inggeris pada 1979 adalah satu kesilapan yang perlu diambil iktibar, dikaji dan disoroti kesan buruknya.

kerajaan najib mungkin ingin mengambil hati golongan minoritii tetapi mengetepikan majoriti.

adik, UM said...

BETUL BANG!

JANGANLAH SEBAB KITA NAK JADI FAMOUS CEPAT, KITA LUPA SEMPADAN YANG ADA!

BANDITO said...

saya sebenarnya amat bimbang dengan masa depan melayu akan datang di bidang ekonomi, penguasaan bahasa inggeris, kemampuan mereka bersaing di pasaran terbuka sektor kewangan dan perkhidmatan dan sebagainya. kita tengok dulu apa lagi kerajaan sekarang akan buat...

Anonymous said...

muhyidin macam tak yakin je umno akan kekal berkuasa...

Anonymous said...

hoi! kau berani ke cadang agar srjk(c) dan srjk(t) dihapuskan?

bahaya ni!

Anonymous said...

bro,

nobody will touch the rights of the malays.

i dont like the way u wrote this...

timah langat said...

kluangman,

satu idea yang baik... tapi akan hilanglah identiti melayunya sedangkan mca masih parti cina, mic masih parti india....

mungkin ada logiknya tapi bukan sekarang kot...

Anonymous said...

apa pun perubahan yang dibuat oleh najib, ada baik dan buruknya. beliau cuma perlu mengambil masa untuk mengkajinya terlebih dahulu

peter yong, KL said...

i personally believe the current regime is doing its best for 1malaysia. i dont think najib has the wrong ideas in abolishing the ppsmi and liberalising the banking and services sectors.

the time has come for the malays to compete openly and healthily with other malaysians. i dont mean any harm with this statements. after more than 50 years of independence, i have seen many malays gained so many successes in various areas.

think about it.

pokok masai said...

saya sokong kenyataan syarifah. ppmsi tu sebenarnya untuk meningkatkan kebolehan kita mencedok bahan2 asing mengenai sains dan matematik, di samping meningkatkan penguasaan bahasa inggeris.

ia sepatutnya dikekalkan, bukan dimansuhkan.

ts muhyiddin mungkin ada sebab lain untuk mempertahankan tindakan ini.

kuku besi said...

umno mesti kekal. yang nak kekalkan umno tu hanya segelintir melayu yang duduk kat atas, yang dah kaya-raya je...

Anonymous said...

muhyidin sendiri pun tak tau apa yang dia buat, bro!

talha said...

YES! HAPUSKAN SRJKC DAN SRJKT. SERAP SEMUA RAKYAT MALAYSIA KE SATU SISTEM SEKOLAH JE, SEKOLAH KEBANGSAAN. INI BARU SEJAJAR DENGAN KONSEP 1MALAYSIA!

don juan said...

bujai,

masa kita sekolah omputeh dulu, semuanya ok je. bila jadi sekolah kebangsaan, anak2 kita pun speaking berterabur.

man pitih said...

bro. apa jadi masa kau kat manek urai? aku cari dua hari, tak jumpa. dahlah handfon asyik buat hal je.

man pitih

bujai said...

man pitih,

aku saja lari dari kau... sebab kau ajak aku buat yang bukan2...

sori bro...hehehe

Anonymous said...

SUATU HARI NANTI, PEMIMPIN UMNO AKAN TERPAKSA BUAT POST-MORTEM MENGENAI KELEMAHAN MEREKA. SILAP2, PRU13 BOLEH KALAH LEBIH TERUK JIKA CARA MEREKA MASIH SAMA

gua blur said...

bujai

aku nak tanay sikit kat hang pasal merchnats of bollywood yang tengah diperkatakan lah ni. banyak vvip pergi tengok termasuk dpm tan sri muhyiddin yassin serta isteri. cuma kau heran syarikay yang promote benda ni kat malaysia one of teh big boss adlah bekas setiausaha akhbar datuk seri anwar ibrahim yang masih mempunyai hubungan baik dengan datuk seri anwar. habis kenapa kerajaan barisan nasioanl sokong dan bagi penuh kerjasama kepada machai anwar. aku tak faham sokong machai anwar bagi dia business tapi machai tu tak akan berterima kasih kat kerajaan pasal dia tak sabar sabar nak tunggu paktaan rakyat naik. habis cam mana boleh terang kat aku