Tuesday, July 28, 2009

Betul ke Persatuan Bekas Polis takda duit?

Hari Kemerdekaan lebih kurang sebulan lagi. Tabung Rayuan Hari Pahlawan, sepertimana lazimnya dan membawa matlamat yang sama, sudah pun dilancarkan. Iklan mengenainya terpampang di dada akhbar dan kaca televisyen.

Bila agaknya kita menderma untuk Tabung Pahlawan ini? Bila pula agaknya kali terakhir kita melawat Tugu Negara yang menjadi simbol perjuangan serta pengorbanan perwira kita dalam mempertahankan kedaulatan dan maruah negara pada masa silam?
Saya ke sana hari ini, bukan untuk menghidupkan nostalgia tetapi untuk melihat keindahan lanskapnya. Begitunya, melihat Tugu Negara benar-benar membuat saya hiba. Di manakah agaknya keluarga wira kita yang terkorban pada zaman menuntut kemerdekaan, darurat dan ketika memerangi komunis?

Saya kenal ramai bekas anggota polis dan tentera. Ada hidup 'okay' tetapi ramai juga yang hidup seolah-olah tidak terbela. Yang terpaksa mengemis pun ada. Bagi yang bernasib baik sikit akan mengusahakan bengkel, memandu teksi dan mengusahakan perniagaan kecil-kecilan.

Maksud saya menulis artikel ini ialah untuk menyentuh soal 'pembelaan'. Sama ada kerajaan atau badan yang mewakili pesara polis dan tentera, sejauh manakah sumbangan yang diberi serta fungsi yang dimainkan dalam menangani masalah pesara polis dan tentera.

Tahukah anda bahawa Persatuan Bekas Polis yang ditubuhkan pada 1972 sebenarnya tidak ada duit langsung.

Tabung Amanah Warisan Polis (TAWP) yang sepatutnya berfungsi sebagai payung di waktu hujan bagi ahlinya, langsung tidak ada dana. Yilek! Tak ada duit langsung.

Saya tidak tahu bagaimana tabung ini ditadbir dan diuruskan tetapi yang nyata, ia memang tidak ada wang. Jadi, macam mana nak bantu ahli yang kesusahan?

Mungkin Datuk Seri Najib dan memberi bertanggungjawab, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein dapat menjenguk keadaan ini dan mencari jalan penyelesaiannya. Ada khabar angin menyebut persatuan itu sekarang ditadbir oleh dua nakhoda!

Begitu juga Persatuan Bekas Perajurit. Sukar bagi ahlinya yang berdaftar untuk mengadu hal dan masalah.

Beginikah caranya kita menghargai golongan yang banyak berjasa kepada negara? Apa gunanya berpersatuan jika masih ada ahlinya yang hidup melarat dan tidak terbela?

Elok juga kita meluangkan masa sedikit melawat Tugu Negara. Semangat pejuang dan wira negara ini akan dapat kita rasa...

6 comments:

kita anak melayu said...

Bu Jai

ada banyak anjing yang perlu ditendang, nak tahu siapa mereka, bacalah blog ini


http://kitaanakmelayu.blogspot.com/

vinnan said...

Anggota PDRM jadi anjing UMNO, sudah bersara dapat persatuan bankrup.

PDRM 99% orang Melayu. Siapa yang bela nasib mereka? Salah siapa? Salah UMNO.

UMNO boleh. Melayu menderita.

dannalli said...

Jai,

Saya tak tahu apa dia pra-syarat 'tidak rasmi' untuk mendapatkan kerja2 atau kontrak pembelian untuk polis. Kalau untuk tentera, ramai bekas tentera, terutama yang menjadi pengarah dalam syarikat2 yang berkenaan.

Jadi bila mereka dapat kerja2 atau kontrak, sekurang2nya mereka ingat pada 'alumni' mereka. Dapatlah sama2 manabung dengan untung yang mereka perolehi.

Tak perlulah buat kempen derma oleh orang ramai untuk tabung tersebut. Sumbangan yang besar oleh syarikat2 yang dapat manafaat dari kerajaan sudah memadai.

Malam tadi isteri PM buat saranan agar kutipan derma tidak lagi menjadi penyumbang utama. Cara pemikiran harus diubah.Syarikat2 perlu menyumbang. Tanpa pertolongan kerajaan, keuntungan yang besar diperolehi tak mungkin berhasil.

Sayang sikit malam tadi, selepas memberi ucapan ... ada pula upacara hulur tabung untuk sumbangan. Memadailah dengan sumbangan dari syarikat2. Maaf sikit nak luahkan.Kemana perginya syarikat seperti Zetro, SatangJaya juga syarikat2 yang berurus untuk perolehan MiG, Scorpene.

Non-partisan said...

Apakah sebenarnya yang diperjuangkan oleh pemimpin-pemimpin mereka?

Satu ketika dahulu ahli-ahlinya mempertaruhkan nyawa mereka menjaga keamanan dan keselamatan negara.

Apakah sekadar berpuashati dan merasa megah apabila ketua mereka dilantik menjadi senator?

Itukah matlamt perjuangan mereka?

Anak bekas polis. said...

Hi bro,

saya sebagai anak bekas polis memang mengetahui bahawa Persatuan Bekas Polis memang tidak berduit.

yang banyak duit adalah Koperasi Polis. Ialah siapa pulak nak beri sumbangan kepada orang yang tak boleh "Kau tim" apa-apa lagi.

Biasalah bro, bila ada jawatan, anda akan sentiasa di kipas tetapi hilang jawatan, dah tak berguna lagi, sendiri lah fikir, tu yang abang-abang polis "sapu" sebelum pencen....nasib-nasib...

kita anak melayu said...

maaf menyimpang

Ronnie Liu dilantik jadi mufti selangor baru, bacalah di http://kitaanakmelayu.blogspot.com

kalau oprang PAs tak sedar sedar lagi tak tahulah

wahai orang melayu semua bersatulah


http://kitaanakmelayu.blogspot.com/2009/08/ronnie-liu-mufti-baru-selangor.html