Thursday, March 12, 2009

'Perangai buruk orang Melayu' - (PART 3)

This is the 3rd posting on this topic before I wrap it up in my summary. Although many agreed that Malays have changed, mentally and psychologically, many of their bad dittos remain as they are, and in some cases are incorrigible.

Dissension, being churlish, anomalous behaviour and being the maverick are characters still stigmatise them. In politics, especially, they are good at making bad disposition towards the leaders, piffling about something they themselves are not sure of, being petulant and gullible.

With the Umno general assembly is just about 12 days away, some of its members and leaders are already taking the protagonist role, trying to become the pundit who got incisive prophesy about who should win the party elections.

Many candidates get no probity. They are open to prejudice remarks and became the victims of slander and backbitting. Their credibility was mangled and their equal chances of winning are put at a very rickety situation. During my previous posting, I named a few candidates who are made victims of partisan accusations and slanderous political gimmick.

Here I go again, in Bahasa Melayu...

DR KHIR TOYO - Ditertawakan apabila Selangor jatuh ke tangan pembangkang pada PRU12 yang lalu. Rata-ratanya mengaitkan kekalahan itu kepada sikap angkuh Khir dan konco-konconya di sekelilingnya. Isu paling besar ialah pemberian penyapu sebagai hadiah kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) yang paling lemah pentadbirannya. Ini mencetuskan kemarahan ramai orang Melayu yang menyifatkan penyapu sebagai simbol 'membawa sial'. Seterusnya ialah keputusan membenarkan Permodalan Negeri Selangor Berhad membeli pangsapuri mewah di Marwa Tower, Makkah, di bawah nama sendiri pada tahun 2007. Ramai menuduhnya menyalahgunakan kuasa dan kedudukan untuk kepentingan sendiri.

MOHD ISA SAMAD - Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan ini digantung keahliannya sebagai 2 tahun pada 2004 kerana didapati salah oleh Jawatankuasa Disiplin Umno di atas tuduhan politik wang ketika pemilihan parti pada tahun yang sama. Begitupun, kemampuannya memperolehi pencalonan yang cukup untuk jawatan naib presiden tahun ini mencerminkan betapa kebolehan beliau mampu mengatasi rekod buruknya itu. Turut dicemuh dan difitnah sebagai 'tauke babi' berikutan isu banyaknya ladang babi haram di Port Dickson suatu ketika dahulu.

RAFIDAH AZIZ - menerima banyak kejutan dalam usaha mempertahankan jawatan Ketua Wanita. Pernah dituduh menjadi punca merosotnya jualan kereta nasional, Proton, kerana menggunakan kedudukannya sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri sebelum 2004 dengan mengeluarkan terlalu banyak permit import (AP) bagi kereta Korea Selatan, khasnya KIA. Dituduh bersekongkol dan mendapat laba besar daripada Naza Motors kerana hubungan rapatnya dengan Allahyarham Tan Sri S.M. Nasimuddin. Naza juga dikatakan memberi saham besar kepada Rafidah. Sepertimana juga Ali Rustam, Rafidah dikecam kerana mendapat habuan besar daripada setiap pelabur asing yang ingin menanam modal di Malaysia. Tidak cukup dengan itu, beliau dilabel sebagai 'Wanita Besi' kerana tidak dapat menerima kekalahannya kepada Siti Zaharah bagi jawatan Ketua Wanita suatu ketika dahulu. Ahli Parlimen Kuala Kangsar ini masih tidak dapat lari daripada fitnah mewujudkan kem sendiri bagi jawatankuasa Pergerakan Wanita Malaysia.

SHAHRIZAT JALIL - Dalam usaha menewaskan Rafidah, beliau dituduh menggunakan Puteri untuk memancing undi dengan memberikan segala kemudahan dan dana yang ada. Desas-desus mengaitkan beliau dengan beberapa syarikat besar seperti Island & Peninsular membuatkan beliau dilihat mempunyai sumber kewangan yang cukup untuk 'membeli' undi. Turut dikecam kerana menerima tawaran Pak Lah sebagai penasihat bertaraf Menteri bagi Kementerian Wanita dan Perpaduan Masyarakat. Pejabatnya di Jabatan Perdana Menteri juga menempatkan ofis Setiausaha Politik Pak Lah, Datuk Shuhaimi Ibrahim. Tewasnya Shahrizat di tangan Izzah Anwar di Lembah Pantai pada PRU12 dianggap sebagai 'one of the major upsets', sama seperti tewasnya Samy Vellu di Sungai Siput dan Awang Adek di Bachok.

MUKHRIZ MAHATHIR - Salah seorang calon yang dianggap bersih bagi jawatan Ketua Pemuda Umno ini juga sudah mula diejek dan dicerca kerana dituduh mendapat sokongan kewangan pihak tertentu untuk melobi undi. Biarpun bapanya, Tun Dr Mahathir dilihat tidak campur tangan dalan urusan pemilihan, Mukhriz dikatakan mendapat banyak bantuan 'tauke' tertentu di luar Umno untuk menyokong dana politiknya.

RAHMAN BAKAR - Calon kerusi Majlis Tertinggi ini dikatakan mendapat taraf Senator kerana 'membodek Pak Lah dan Najib' selepas digugurkan sebagai calon kerusi Parlimen Marang pada PRU12 yang lalu. 'Giant Killer' yang sudah dua kali menewaskan Hadi Awang ini dicemuh kerana menggunakan kedudukannya sebagai Timbalan Menteri Sumber Manusia dahulu untuk mengutip wang daripada kontraktor bagi sesuatu projek. Dituduh berkomplot dengan pegawai kanannya bagi maksud yang sama.

HISHAMUDDIN HUSSEIN - Dikatakan boleh menang salah satu kerusi naib presiden Umno. Bagaimanapun, sudah dituduh sombong dan tidak mengenal kawan sejak menjadi menteri dan meluluskan sesuatu projek besar kepada rakan yang akrab dengannya. Pernah dikatakan sukar ditemui untuk sesuatu jemujanji kerana dikepung oleh '22 pegawai khas dan pengawal peribadi'. Dicap sebagai tidak layak menjadi wakil rakyat kerana tidak memiliki kewibawaan arwah bapanya serta tidak cekap mentadbir Pemuda Umno, sebaliknya lebih banyak menyerahkannya kepada naib ketua, Khairy Jamaluddin. Rata-rata dianggap tidak mempunyai kewarasan sebagai menteri dan hanya mengikut telunjuk Pak Lah.

KHAIRY JAMALUDDIN - Inilah mangsa utama kecaman, fitnah, selaran, cemuhan dan pelbagai tuduhan, bukan saja di kalangan orang Melayu malah bangsa lain. Memenang jawatan naib ketua Pemuda Umno di atas tiket bapa mertua. Pak Lah dikatakan menelefon Hishamuddin secara peribadi, memintanya agar menantunya tidak ditentang sesiapa ketika itu. Turut dituduh menguasai Tingkat 4 JPM bersama 3 rakannya yang lain untuk 'menapis' sesiapa saja yang ingin menemui Perdana Menteri. Lebih buruk ialah tuduhan beliau mengawal semua kandungan media arus Perdana berikutan kemasukan semula Kalimullah Hassan ke dalam kumpulan the New Straits Times pada 2004. Dari situlah KJ menjadi tajuk bualan jahat pelbagai pihak, termasuk juga dalam kerajaan. Dikatakan membaca semua kertas Kabinet dan 'blue print' yang sepatutnya menjadi rahsia kerajaan, menjadi penasihat Pak Lah dan menjadi pengawas kepada anggota Jemaah Menteri. Turut dituduh bersekongkol dengan Kalimullah dalam banyak urusan perniagaan yang besar seperti Scomi, ECM-Libra, MMC, Air Asia, Media Prima dan sebagainya. Ramai percaya anak muda yang juga Ahli Parlimen Rembau ini mempunyai aset dan wang terkumpul berjumlah RM4 bilion di bank-bank asing dan pesisir pantai. Tuduhan lain ialah menjadi 'penjaga lombong emas' kerajaan dengan campur tangan dalam menentukan siapakah yang patut mendapat sesuatu kontrak kerajaan, serta mengenakan 'kadar konsultan' yang amat tinggi bagi projek terbabit. Di suatu ketika, turut dikaitkan dengan Maya Karin sehingga ada yang memfitnahnya sudah menikahi artis jelita itu. Pada PRU12, dia dikatakan sudah tewas kepada pencabarnya tetapi menggunakan 'taktik kotor' untuk memenanginya. Juga dikatakan seorang yang sombong dan tidak suka kepada wartawan.

REEZAL MARICAN - Dikait rapat dengan KJ ketika menjadi Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri di Kementerian Kewangan, sehingga ada yang berkata dia banyak mempengaruhi Menteri Kewangan Kedua, Nor Mohamed Yakcop dalam membuat sesuatu keputusan. Dituduh mengenakan 'cukai pintu' sehingga RM50,000 kepada sesiapa yang ingin berjumpa Pak Lah atau mendapatkan surat sokongan Perdana Menteri bagi sesuatu projek. Angkuh dan sombong ialah nama yang diberikan oleh orang ramai. Ketika menjadi presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), dia dituduh mengupah samseng untuk menakut-nakutkan penyokong Shuhaimi Ibrahim di OIO Resorts beberapa tahun lalu. Banyak dikaitkan dengan tokoh perniagaan besar sehingga beliau menjadi kaya-raya dan hampir menyamai KJ. Tidak dicalonkan pada PRU12 yang lalu kerana dipercayai meletakkan syarat untuk bertanding kerusi Parlimen saja dan bukannya Dewan Undangan Negeri. Juga dituduh menjaga banyak projek besar kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

RAIS YATIM - Veteran Umno ini dikatakan salah seorang yang paling kuat 'mengampu' Pak Lah sehingga mendapat restu bertanding lagi pada PRU12 yang lalu. Ketika kempen, dia dituduh menggunakan banyak kemudahan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan seperti kenderaan, dana dan kakitangan, termasuk dari Istana Budaya untuk membantunya. Selepas menjadi Menteri Luar, Rais dikecam kerana selalu lambat bertindak terhadap insiden antarabangsa seperti serangan Israel ke atas Gaza pada 27 Disember lalu serta keputusan Amerika Syarikat untuk meningkatkan bilangan askarnya di Afghanistan. Rais, menurut golongan yang tidak menyukainya, adalah 'yesman' kepada Pak Lah dan sering membuat keputusan yang tidak masuk akal. Turut dituduh menggunakan wang yang banyak untuk memancing perwakilan ke perhimpunan agung parti akhir bulan ini.

RAHIM TAMBYCHIK - Bekas Ketua Menteri Melaka ini adalah tokoh terakhir layak merebut kerusi naib presiden. Dikatakan dilantik sebagai Pengerusi Risda di atas tiket Pak Lah serta memberi banyak projek berkaitan kepada kroninya. Dituduh mengaut untung jutaan ringgit setiap tahun daripada kontrak kad pra-bayar Celcom dan Digi. Sering dianggap tokoh yang paling kedekut untuk berderma kepada badan sosial dan kebajikan, kecuali ada wanita atau gadis cantik yang datang meminta bantuan. 'Mr Romeo', itulah nama jolokan yang diberikan oleh pihak yang membencinya, lebih-lebih lagi kesnya pada lewat 80an yang mengaitkannya dengan gadis bawah umur. Dicemuh sebagai tidak layak menjadi naib presiden walaupun mendapat jumlah pencalonan yang cukup.

IDRIS JUSOH - Seorang lagi yang hebat dikecam walaupun mengetuai Terengganu untuk memenangi PRU11 dan PRU12. Anggapan umum ialah, dia digugurkan sebagai Menteri Besar dan digantikan oleh Ahmad Said kerana dimurkai Sultan Terengganu yang juga Yang di-Pertuan Agong. Puncanya kerana enggan menjunjung titah Sultan, membelakangkan baginda dalam banyak majlis dan banyak dikuasai oleh KJ dalam mentadbir negeri. Pembangunan negeri juga dikatakan hanya menguntungkan beliau dan keluarganya hinggakan di suatu ketika, dia dipercayai memiliki simpanan di beberapa bank berjumlah RM500 juta.

Inilah antara nama besar yang banyak dikaitkan dengan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa. Biarpun tidak bukti dikemukakan setakat ini oleh sesiapa pun, mereka terus menjadi mangsa kecaman orang Melayu.

Banyak lagi nama yang boleh diketengahkan tetapi saya fikir cukuplah setakat ini saja. Perhimpunan Agung Umno pada 24-28 Mac ini akan menilai sama ada segala tuduhan dan fitnah terhadap mereka ini betul atau salah.

Dalam siri akhir rencana ini kelak, saya akan merumuskannya.

... to be continued

31 comments:

madam kee, JB said...

bro, most of the accusations are severe.

i hope those with the accusations can come up with proofs, and let they law proceed.

however, if all the accusations are baseless, they should consider to stop and repent!

this is not healthy. i am not a malay but this kind of political punches are not good for the malays themselves.

all races in malaysia depend on the malays too. if anything bad happens to them, we will be affected also.

kudin boeing747 said...

saya masih tidak nampak apa relevannya tiga siri mengenai melayu yang sdr tulis.

saya faham tetapi harap sdr dapat memberi satu rumusan yang baik dan masuk akal.

apa pun, saya senang membacanya.

kudin boeing747

adik, UM said...

GO ON BANG BUJAI,

LANYAK JE MELAYU NI. JANGAN KASI CAN. DAH TAK LARAT DAH TENGOK KARENAH DIORANG.

Anonymous said...

the monkeys of umno politics are always there to spoil the assembly.


better watchout. this time around, it will be chaotic than ever!

wakil ayahanda said...

benar sdr,
tidak ada gunanya kita kuat politik, kuat mencerca dan menghina orang lain jika diri kita sendiri pun tak betul.

saya harap tulisan sdr ini akan membuka mata ramai orang, terutamanya orang melayu yang suka sangat mereka-reka cerita dan memperbesar-besarkan cerita.

vinnan said...

Orang yang disebut ini rata-ratanya orang UMNO. Jadi orang UMNOlah yang perangai buruk bukan orang Melayu.
Jangan libatkan orang Melayu dengan najis UMNO.

bujai said...

kudin,

summary akan saya buat sabtu ni. harap dapat mesej jelas daripada tiga posting ni.

t kasih

bujai said...

vinnan,
kebanyakan melayu adalah dalam umno. sifat yang saya sebut di sini bukan milik melayu dalam umno saja malah kebanyakan melayu.

dari dulu sampai sekarang, melayu masih dengan sifat-sifatnya yang sukar dibuang.

apek muda said...

haloo..

lu olang melayu memang suka kasih lain olang susah.

cakap pun tak selupa bikin punya. siang cakap lain, malam cakap lain. esok sudah lupa.

nasib baik gua bukan melayu!

Anonymous said...

kor kor kor kah!

i would like to see the malays killing each other. serious!

anak toman, KL said...

bro, aku suka posting kau yang mula-mula psl melayu ni. kau sebut melayu ni suka sgt jaga 'anu'dia daripada menjaga maruah dan ekonomi bangsa sendiri.

memang betul la.

aku baru balik dari hotel concorde. rata2 melayu je kat coffee house tu. topik hangat selain pemilihan pucuk pimpinan ialah ubat apa boleh bagi keras, lama, panjang dan boleh pakai sampai lima kali satu malam.

yang bercakap tu kebanyakannya dah 45 ke atas, ada dua orang tu dah dalam 60an kot.

melayu memang takut kalau 'TAK NAIK'!

dolah richard said...

sikap melayu paling hebat ialah enggan membantu menaikkan bangsa sendiri.

saya masih ingat pada zaman dr mahathir, beliau memberi peluang kepada sekumpulan 4-6 usahawan melayu menjadi billionaire dengan harapan mereka akan membantu melahirkan sekurang-kurangnya 100 jutawan melayu.

tetapi malangnya mereka lebih suka mengaut peluang kerajaan untuk diri sendiri.

hari ni, apa sudah jadi kepada orang ini?

melayu tidak akan membantu melayu lain yang ingin menyertai bidang yang dikuasainya. perasaan tamak haloba dan dengki masih tebal dalam diri orang melayu.

mengaku sajalah,wahai melayu!

lunchai said...

biarkan melayu terjun dengan labu-labunya...


biarkan! biarkan! biarkan!

Anonymous said...

saya setuju dengan apa yang dikatakan oleh sultan selangor, bahawa nasib melayu pada masa depan akan ditentukan oleh melayu sendiri.

jika melayu pun tak hiraukan bangsa sendiri, orang lain pun takkan tunjuk simpati

ahmad nisfu said...

MEMANG MENYEDIHKAN! MELAYU MEMANG SUKA DENGAR FITNAH DAN MENYEBARKANNYA.

SATU LAGI MERCU TANDA MELAYU IALAH SIFAT LATAH YANG TIDAK ADA PADA BANGSA LAIN!

OO POCOT!

Anonymous said...

Bagus sungguh tulisan,kritikan dan pemerhatian saudara tentang bangsa sendiri.

Saya ingin tahu mengapa tidak pernah saya membaca dan mendengar kritikan dan tulisan dari bangsa yang bukan melayu terhadap bangsa nya sendiri. Pelik?

Adakah dengan pembongkaran sedemikian boleh menukar perangai orang melayu?

Mungkin kajian sains terhadap DNA milik orang melayu perlu di-buat bagi mengenal pasti apa yang "trigger" sifat demikian?

-layu-

lebai leman said...

siapa lagi bro? tak cukup ni. seronok baca kisah diorang ni.

tapi betul ke apa yang kau tulis ni atau bergantung kepada cakap2 orang lain je?

aku setakat ni tak la nak pecaya sangat kat apa yang orang kata ni. takda bukti.

berdosa tau, mengata orang ni tanpa bukti.

delima, SIBU said...

KJ? hmmmm.... in the first place i dont like him but i admire his guts and courage.

maybe he can make a good leader and maybe not, depends on what he has to offer the party.

on second thought, he is capable. many may think he's just another greedy politician but all the accusations against him seemed to fade away without any proof.

bro, give me some proofs about him.

bujai said...

delima,
i dont have any proof about anybody, not just yet. if i got any, i will definitely wont defend such a person.

thank u for visiting

bujai said...

layu,
mungkin bangsa lain tidak nampak sangat kelemahannya, sebab itu tidak ada yang menulis mengenainya.

isu melayu ni sudah lama dibangkitkan tetapi tidak ada sesiapa pun sanggup menulisnya, takut kena gam atau kena caci oleh bangsa sendiri.

saya mengambil langkah ini dengan niat untuk memulakan satu revolusi kesedaran melayu. sama ada ia berkesan atau tidak, terserah kepada mereka yang membaca dan menyebarkannya.

wallahualam

orang kuala said...

saya harap shahrizat akan menang pertandingan ini.

dah lamaaaaa dah, rafidah. takkan nak jadi ketua sampai nyanyuk!

um-no-more said...

INI TAK CUKUP, BEB!

BANYAK LAGI NAMA YANG PERLU DISEBUT DALAM BLOG NI.

LAGI BANYAK, LAGI MENARIK!


ELOK KAU BUAT BUKU JE....

motor cabuk, KL said...

gua tak kira! KJ patut menang sebab dia pemuda yang berani, beradab dan berpengetahuan tinggi.

gua banyak merempit tapi tak semestinya gua tak ikut perkembangan pemimpin negara.

KJ layak jadi ketua pemuda umno, bang. lu tolong la kempen untuk dia sikit. banyak orang yang tak suka dia sebab diorang tak dapat apa-apa dari paklah, bukan dari KJ. diorang tak paham ka?

margaret chia said...

i agree with madam kee of JB that we need the malays in anything. although we are all malaysians, the malays should show more determination in wahatever they do. should they falter in their economy, it will of course affect other races too. the whole country could take a blow. thats why we support any effort to strengthen the malays economic agenda as long as it is done within the malaysian framework. we saw potential in people like khairy jamaludin who is non-partisan in his political approach, not like other young umno leaders who only know how to incite uneasiness atmosphere.

Anonymous said...

bujai, lambat lagi ke kau punya summary? aku dah tak sabar dah. agak-agaknya kau tulis apa? bahawa semua ni tak benar atau benar atau apa?

summary kau nanti akan menggambarkan pendirian kau. hati-hati sikit bro

mat darus said...

i know that you are close to ali rustam but he wont make it la bro!

as for kj, he should be given a good place in umno. he is capable

Anonymous said...

RAMAI SANGAT BEDEBAH DALAM UMNO NI. WALAUPUN KEBANYAKANNYA ADALAH ORANG MELAYU, MEREKA SENDIRI SUKA TIKAM BELAKANG. KARPAL SINGH DAN ANWAR PUN TAK SEHEBAT MEREKA NI PASAL MAIN BELAKANG.

HAWAU, merlimau said...

rahim tamby patut menarik diri je. tak guna buang masa dan buang duit untuk jawatan naib presiden ni.

zaman dia dah berlalu, dah banyak kejayaan dan kegagalan yang dia dah rasa.

bagi la orang lain pulak.

tumpu perhatian pada perniagaan je kat UOA jalan pinang tu.

hawau!

KOK-KOK said...

mana nama zahid hamidi dan azalina?

ingat diorang ni bersih sangat ke?

lagi besar punya BUAYA!

bantal kekabu said...

siapa yang buruk perangai? melayu atau orang melayu yang dalam umno?

melayu dalam pas pun sama je. begitu gak yang dalam keadilan, dap dan mana-mana parti.

sebut je politik, melayu ni memang jenis tak senonoh

anti-bulu said...

berat2 tuduhan yang diorang kena ni. nampaknya memang takda calon yang sesuai untuk pimpin umno.

oleh itu, saya cadangkan tak payah adakan pemilihan parti la kali ni. pemimpin yang ada pun dikehendaki berundur dan letak jawatan je.

kita bagi je karpal singh jadi presiden umno. nik aziz pun pakai serban gak tapi dua kali lima gak dengan benggali tu.

takda melayu yang layak dah selain dr mahathir!