Monday, March 9, 2009

'Perangai buruk orang Melayu' - (PART 2)

Some comments, phone calls, e-mails and SMS asked me to write about 'Melayu' in Bahasa Malaysia. They suggested that since the Malays should read it, better to tell them in their mother-tongue. They understand Bahasa more than any other languages. Afterall, they are very protective of their Bahasa which led them to take it to the streets, protesting against PPSMI.

Okay, here I go...

PERHIMPUNAN agung Umno yang bakal berlangsung lebih kurang 2 minggu dari sekarang sudah pun dimanipulasi oleh banyak pihak, hampir semuanya orang Melayu. Siapa patut naik, siapa patut turun dan siapa patut 'diajar' makin rancak diperkatakan.

Oleh kerana orang Melayu sukakan pertandingan, mereka pun mencalonkan terlalu ramai 'jagoan' untuk pelbagai jawatan yang dipertandingkan.

Jagoan inilah yang akan jadi ayam sabung mereka. Calon inilah yang bakal menentukan sama ada kumpulan Melayu yang mereka wakili akan bersorak atau balik lebih awal apabila keputusan pengundian diumukan.

Begitupun, memang sifat semulajadi Melayu suka mencari kesilapan serta kelemahan orang lain. Pada mereka, hanya calon mereka saja yang bagus, yang lain tidak sehebat calon yang mereka ketengahkan.

Sudah ada cakap-cakap berunsur fitnah, hasutan dan kenegerian kedengaran. Orang Kelantan berkata, orang Johor tak bagus, orang Terengganu pula berkata orang Perak memang tak guna manakala orang Selangor pula cakap orang Melaka tak pandai memimpin. Macam-macam!

Barangkali inilah pertama kali dalam sejarah Umno, terlalu ramai calon diberi peluang bertanding. Ini memberi gambaran sama ada tidak ada calon khusus untuk sesuatu jawatan atau memang hasrat ahli untuk menguji seramai mana calon yang sesuai agar perwakilan memilih hanya yang terbaik.

Benarkah tidak ada calon khusus yang layak untuk jawatan timbalan presiden, naib presiden, ketua wanita, ketua pemuda dan Majlis Tertinggi? Atau mungkinkah dengan tersenarainya terlalu ramai calon kali ini benar-benar melambangkan semangat demokrasi dalam Umno yang membolehkan sesiapa saja bertanding?

Mungkinkah ahli Umno hari ini tidak dapat melihat menilai calon manakah yang paling sesuai menjawat semua jawatan ini? Ataupun semua yang bertanding kali ini benar-benar berkeupayaan membimbing parti selepas berakhirnya zaman Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi?

Datuk Seri Najib Razak sudah pasti akan memikul tugas presiden dan Perdana Menteri sekaligus selepas berakhir perhimpunan agung pada 28 Mac ini. Apa jua bentuk pasukan yang bakal diterajuinya dalam Umno bergantung banyak kepada selera perwakilan.

Sama ada beliau akan merombak barisan Kabinet bagi menyesuaikan pasukan barunya dengan angkatan Barisan Nasional yang sudah ada, adalah bidang kuasanya.

Apa pun, paling menarik kali ini ialah isu peribadi hampir semua calon yang bertanding. Kalau diikutkan, tidak ada seorang pun calon 'bersih' tersenarai untuk pertandingan kali ini. Semuanya sudah menjadi sasaran orang Melayu dalam parti. Yang belum kena, pasti kena.

Ada yang sudah menjadi mangsa fitnah, kecaman, umpat keji dan cacian bangsa sendiri sejak bertahun-tahun dulu. Ada yang kena sejak Pak Lah menjadi Presiden parti dan ada pula yang baru kena, terutamanya menjelang pemilihan parti.

Saya tidak ada senarai penuhnya tetapi kita lihat senarai mangsa berikut:

PAK LAH - sejak menang besar pada pilihanraya 2004, beliau dipuji melangit. Bagaimanapun, ia tak kekal lama. Memasuki bulan Jun 2004, beliau dikaitkan dengan 'budak-budak' jahat Tingkat 4 JPM yang dikatakan mengawal semua kontrak kerajaan, membaca kertas Kabinet dan menentukan siapa patut dapat kontrak kerajaan. Ini berterusan sehingga tuduhan terhadap beliau merangkumi agihan kontrak besar kepada anak serta menantunya. Beliau juga dituduh menelefon sendiri Datuk Hishamuddin Hussein agar jangan membenarkan sesiapa pun bertanding jawatan naib ketua yang ditandingi menantunya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar. Apabila Umno dan BN kalah teruk pada pilihanraya umum 8 Mac 2008, beliau dituduh menjadi puncanya. Kaitannya, kepemimpinan beliau sudah diragui, tidak tegas, melawan orang yang melantiknya sebagai PM iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad, tidak mengikut kehendak parti dan menjadi punca kepincangan pentadbiran.

NAJIB RAZAK - dituduh menyalahgunakan kedudukan dengan memberi hampir semua kontrak Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) kepada isterinya, Rosmah Mansor. Kontraknya pula meragukan kerana ia menjangkau sehingga 12 tahun. Ketika menjadi Menteri Pertahanan, banyak memberi kontrak kepada kroni Rosmah, seolah-olah isterinya mengawal semua kontrak kementerian. Beliau juga dikatakan mendapat laba besar daripada mana-mana kontrak Kementah. Meletupnya kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaaribu menambahparahkan kedudukan politik Najib dan mempertajamkan senjata serta lidah orang Melayu untuk mencacinya, di samping memberi banyak ruang kepada penulis laman blog dan pembangkang untuk menghentam beliau. Ada pula berpendapat Najib tidak akan sempat jadi presiden dan perdana menteri jika tidak kerana Pak Lah sendiri yang cuba menutup aibnya. Pendapat lain pula mengaitkan Rosmah dengan pembunuhan Altantuya, bahawa beliau ada di tempat kejadian ketika mayatnya diletupkan.

ALI RUSTAM - ramai yang menuduhnya memonopoli banyak projek negeri Melaka, hinggakan beliau dikatakan menerima laba yang banyak daripada projek penapisan minyak Petronas serta bekalan air negeri. Dikatakan tidak layak sama sekali menjadi timbalan presiden kerana tidak pandai bercakap, tidak ada mutu kepemimpinan dan hanya pandai mengampu Pak Lah serta Najib. Musuh-musuh politiknya ramai di luar Melaka. Malah ada yang mengatakan Ali sepatutnya bertanding kerusi Parlimen pada pilihanraya umum 2004 kerana jawatan Ketua Menteri sudah dikhaskan kepada seseorang. Ali dituduh berjumpa Pak Lah pada saat-saat akhir sebelum senarai penuh calon diumumkan, menyebabkan nama orang berkenaan digugurkan. Politik Ali dikatakan cuma berkisar di sekeliling orang tertentu yang boleh membantunya berkuasa di Melaka dan yang mempunyai banyak wang. Walaupun Melaka dianggap menang besar pada PRU12, dia dikecam kerana menampilkan ramai kawannya sebagai calon. Pada pemilihan parti 2004, Ali dikatakan turut menggunakan wang untuk membeli perwakilan bagi kerusi naib presiden. Bagaimanapun, siasatan Lembaga Disiplin parti hanya mengaitkan Isa Samad yang digantung keahliannya selama dua tahun. Ali juga dikatakan tidak banyak membangunkan Melaka, kecuali bidang pelancongannya. Rata-rata mengaitkan kemajuan Melaka dengan Rahim Tambychik.

MUHAMMAD MUHD TAIB - Dengan panggilannya sebagai Mike Tyson, beliau turut menjadi mangsa kecaman, terutama mengaibkan kerabat diraja suatu waktu dahulu. Walaupun kes wang yang membabitkan Australia sudah dibereskan dan beliau didapati tidak bersalah, Mat Taib terus menjadi mangsa tuduhan seperti memberi kontrak negeri kepada kaum kerabatnya, mendapat habuan daripada pengambilan tanah rakyat untuk projek pembesaran bandaraya Shah Alam, kontrak jalan raya dan sebagainya. Ada juga yang menuduhnya kaki perempuan.

MUHYIDDIN YASSIN - bekas Menteri Besar Johor yang dikatakan sudah pun 'memancing' perwakilan sejak sebelum Hari Raya Aidilfitri yang lalu, bagi memastikan kerusi timbalan presiden menjadi miliknya, Ada juga cakap-cakap yang mengaitkan beliau dengan pemberian banyak lesen bot pukat tunda kepada individu dan persatuan nelayan tertentu ketika menjadi Menteri Pertanian dan Asas Tani. Lebih memburukkan ialah tuduhan bahawa beliau sudah pun membincangkan kedudukannya sebagai bakal Timbalan Perdana Menteri dengan Pak Lah dan Najib. Pencalonan Ali dan Mat Taib hanya formaliti bagi menutup sangkaan buruk ahli Umno. Sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Muhyiddin dituduh mengeluarkan pula permit import (AP) untuk rakan-rakannya serta rakan menteri lama, Rafidah Aziz. Ada yang melabelnya sebagai lebih hebat daripada Rafidah dalam menerima laba daripada projek yang diluluskan kepada pelabur asing.


... to be continued

25 comments:

NOBISHA said...

Seronok baca tulisan tuan dalam Bahasa Melayu (bukan Bahasa Malaysia).

Bila nak pekena teh tarik? SMS me when ur free.

bujai said...

sdr NOBISHA,

memang bahasa Melayu yang mudah dan jelas. kalau yang faham, fahamlah.

no problem, bila sampai KL kita pekena teh tarik dua tiga cawan, sembang lama sikit.

thanks bro

ali serkam said...

chiss!

ali memang tak layak jadi timbalan presiden. jadi ketua menteri pun tak berapa cun. cakap tergagap-gagap. kalau takda orang yang prepare speech dia, tak tau la apa dia nak cakap. dulu pun kira fluke dapat jadi ketua menteri. dia patut berterima kasih banyak2 pada tun dr mahathir, tetapi sejak paklah jadi bos, dia lupa jasa orang tua tu...

PISAU BELATI said...

waaa bujai,

kau dah makin berani tulis benda-benda macam ni. siapa yang upah kau ni?

kalau takda siapa yang upah, elok la. jangan ambil duit orang politik ni, entah duit apa yang diorang bagi kita.

anyway, penulisan melayu kau ni sama kelasnya dengan inggeris kau.

lepas ni, jangan la asyik tulis inggeris je.

seronok baca gaya bahasa kau ni.

hentam lagi bro!

HONEY, SUBANG said...

najib?

i am not confident he can become a prime minister.

even if he makes it, it wong last long... much shorter than that of pak lah.

altantuya will reveal everything

Anonymous said...

yang bakal bertanding ni, semuanya BADIGOL di bidang masing2. dari presiden ke calon majlis tertinggi, memang takda yang boleh harap.

elok bagi parti ni kat anwar ibrahim je... atau ibrahim ali.

ANAK BUGIS said...

sdr,

satu lagi sikap melayu ialah suka mengada-adakan cerita, mengada-ngada dan bermuka-muka.

ini pun satu penyakit jugak.

MAT BANGLA said...

hallo.

when umno lost many seats during the general elections, not paklah faults laaa.

the malays are to blame... they are the stupid lots!

kontraktor muda said...

bro, lepas ni nama siapa pulak? kau sebut je mana-mana nama calon, semua ada kes punya.

aku tunggu kau sebut calon majlis tertinggi, rahman bakar, kawan baik kau dulu.

apa yang kau dapat dari dia?

mana perginya SUSK dia yang gila duit dan kepala botak tu? dah tak berani jawab fon dah!

bujai said...

kontraktor muda,

saya mungkin akan sampai kepada nama tu, mungkin dalam dua atau tiga posting lagi.

jangan marah-marah. bukan ke melayu terkenal dengan kesabaran dan tolak ansurnya...?

Anonymous said...

some of the candidates deserve to be shot down, some must be reported to the police, the rest should watch out!

Anonymous said...

Jai,

Lain kali kau tulis lah dalam bahasa Swahili sekali sekala. Bahasa Hotentot ke.

Mus

Anonymous said...

Saudara Bujai,

1. Pada hujung minggu ini atau awal minggu depan, sama ada seorang atau dua orang calon Ketua Pemuda UMNO Malaysia akan dikorbankan oleh Lembaga Disiplin UMNO.

2. Tujuannya ialah memudahkan laluan seorang lagi calon.

3. Sebagai mukaddimah kepada upacara korban itu, Tun Dr Mahathir dalam blognya hari ini menulis bahawa dia tak percaya ada calon akan disabitkan politik wang.

4. Itu strategi politik Tun Dr Mahathir yang cekap bagi terus menekan Lembaga Disiplin dan memastikan ia mengorbankan satu atau dua orang calon yang saya sebutkan di atas.

5. Sama-samalah kita lihat permainan politik oleh Tun Dr Mahathir dan Lembaga Disiplin yang akan menyebabkan lebih ramai ahli parti keluar secara berbondong-bondong meninggalkan UMNO.

6. Sayanora UMNO!

Anonymous said...

Hello kawan lama,
Sekali baca blog you dalam bahasa Melayu, ummp betul. Penguasaan bahasa Melayu adalah kukuh dan kuat lebih baik daripada kawan kita Datuk Manja dan Datuk Tiger. You ni benar-benarlah wartawan dwi-bahasa. Inilah Melayu yang kita cari dapat menguasai bahasa Ingeris dan bahasa lidah ibu sendiri. BTW I malu lihat orang Melayu kita bercakaran semata kerana gilakan kuasa.

Member lama.

usop katak said...

bujai, mana nama2 lain? aku dah tak sabar nak baca pasal orang lain ni.

aku ni pun melayu gak, yang suka jaga tepi kain orang

swee lian said...

umno is loosing its grip in bariasn nasional. if najib fails to steer his ship out of the storm, umno will see its demise in the next general elections

Anonymous said...

perangai melayu memang buruk. sebab tu diorang tak dapat bersatu. pandai cakap mengenai perlunya hamas dan fatah bersatu tetapi pemimpin melayu sendiri gagal menyatukan bangsa sendiri.

Anonymous said...

sdr,
agak sukar menyatupadukan melayu. sejarah sudah membuktikan betapa melayu ini amat suka berpuak-puak.

sultan melayulah yang harus mengambil langkah awal untuk menyatukan rakyatnya yang berketurunan melayu.

umno sebagai parti melayu perlu bernaung di bawah satu institusi yang mampu menarik ketaatan ahlinya kepada raja.

hanya dengan ini saja mereka mampu bersatu

misai kucing said...

TAK PAYAH LA KUTUK MELAYU!

KAU TU BUKANNYA MELAYU TULEN, SEPARUH PORTUGIS!

ELOK KAU KUTUK NENEK-MOYANG KAU YANG MENJAJAH MELAKA DULU.

batu nesan said...

bujai,

aku setuju dengan cara kau mengenegahkan isu ini. walaupun ia bukan baru dan diketahui umum, masih ramai yang belum tahu.

kalau boleh, setiap calon yang bertandfng kali ini ada cerita masing-masing kan blog kau ni.

cicit adam, melaka said...

zaman sudah berubah, bang. kalau suatu waktu dulu ahli umno berjuang untuk kemerdekaan dan membebaskan anak bangsa daripada penjajah, ahli umno hari ini berjuang untuk perut sendiri. kita dah tengok banyak contoh yang ada. untuk mengatakan mereka langsung tidak mendapat laba daripada menjadi orang kuat umno, tak masuk akal langsung. yang saya tau, ketua bahagian pun dapat projek. inikan pula yang pegang jawatan lebih tinggi.

budak duyong said...

ALI RUSTAM? APA SALAH ALI TU? DIA OK APA!

AKU ANAK MELAKA, AKU TAULAH. DIA LAYAK JADI TIMBALAN PRESIDEN... tapi parti benggali laaa.


hahahaahhaah!!!

jalan kuchai lama said...

bro,
masa depan melayu terletak di tangan mreka sendiri. untuk maju dan bergerak seiiring dengan bangsa lain, mereka hendalah menukar cara berfikir dan menghentikan sifat buruk yang ada.

saya bimbang dengan bangsa saya sendiri. selepas lebih 50 tahun merdeka, cara pemikiran mereka masih orthodoks, kuno.

ahmad el-ayubi said...

pertelingkahan sesama orang melayu adalah ibarat api dalam sekam.

jika ini dibiarkan berlarutan, nescaya masa depan melayu akan makin kabur, tanpa arah dan petunjuk.

pemimpin melayu pula terlalu asyik menjaga kepentingan politik masing2 hinggakan masalah akar umbi jarang diberi perhatian.

orang melayu tidak perlu lagi bergantung pada bidalan 'cukup makan dan cukup pakai' saja untuk hidup. perjuangan ekonomi amat penting dalam menghadapi alaf baru ini. jika tidak kerana masih wujudnya kesultanan dan ketuanan melayu, sudah lama melayu terpinggir di tanah tumpah darah sendiri!

Abu Samah said...

Saya sokong ape yang tuan punye blog ini tulis.

Artikel mengenai melayu harus diperbanyakan lagi penulisannya ibarat bak kata pepatah "mata pena lebih tajam daripada mata pedang".


salam ziarah,

http://www.gadismelayuboleh.com