Sunday, March 15, 2009

'Perangai buruk Melayu' (summary) - IT'S TIME TO CHANGE!

About a week to go. Aspirants for party positions during Umno General Assembly (24-28 March 2009) are already contemplating, and so are their supporters.

It has been a 'tradition' for them to outdo each other. Some are already in Kuala Lumpur. Their supporters are already taking up rooms at various hotels. The ones nearest to the Putra World Trade Centre (PWTC) will be thronged by them, as had been in the past.

They are the Malays who made up about 99 per cent of its total membership. The parade of luxury cars will also take place. Some chins will be up, especially when their candidate was tipped to win.

Yes. The Malays are exciting lots. And I would like to wrap up what I have written in the last 3 episodes on 'Perangai Buruk Orang Melayu' - about how their aggravation, bad disposition, slander, backbitting, etc. may lead to their own losses.

Of course, it will be in Bahasa Melayu again...

Sifat buruk orang Melayu dalam kehidupan seharian turut mempengaruhi sosio-politik mereka. Bagaimana mereka mentadbir segala hal seperti rumahtangga, perniagaan dan hal lain, perangai yang sudah sebati di benak serta sanubari sebahagian besar orang berbangsa Melayu ini masih sukar dibuang.

Jika tidak, masakan nenek-moyang mereka sendiri yang mencipta pelbagai istilah, bidalan dan peribahasa yang memang mencerminkan sifat orang Melayu itu sendiri.

'Ibarat api dalam sekam', 'harapkan pagar, pagar makan padi', 'telunjuk menyucuk mata', 'musuh dalam selimut', 'kera di hutan disusukan, anak di kepuk mati kelaparan', 'bapak borek, anak rintik', 'kerana pulut, santan binasa, kerana mulut badan binasa', 'disebabkan kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit', 'marahkan nyamuk, kelambu dibakar', 'ada udang di sebalik batu', 'kadok naik junjung' dan 'biar mati anak, jangan mati adat' adalah antaranya.

Ini semua menggambarkan dengan jelas perangai buruk yang amat sukar dibendung dari dahulu sampai sekarang. Dalam Umno pun, terlalu ramai yang suka 'membawa mulut' dengan menyebarkan sesuatu umpat keji dan fitnah yang sama sekali tidak diketahui hujung-pangkal dan kesahihannya.

Pemimpin yang menjadi mangsa 'lidah jahat' ini seringkali akan dibenci dan dicurigai oleh ahli yang kebanyakannya hanya menjadi pak turut kepada segala tohmahan yang didengarnya. Pada mereka, mengaibkan seseorang berasaskan terlalu banyak mulut yang menyebutnya akan menyebabkan mereka diterima sebagai ahli parti yang peka dan prihatin terhadap perkembangan semasa.

Sama ada berita yang didengarnya betul atau tidak, sudah menjadi kebiasaan dan keseronokan untuk menyertai mereka yang menyebarkannya. Sama ada fitnah itu disebarkan tanpa bukti, mereka yang terbabit merasakan sudah mendapat suatu kemenangan kerana berjaya mempengaruhi orang lain untuk mempercayainya.

Inilah Melayu baru dan Melayu glokal yang ada sekarang. Baik pemimpin atau ahli Umno, fitnah, umpat keji, tohmah dan memburuk-burukkan orang lain sudah menjadi begitu lumrah sehingga apa yang selama ini salah pun sudah dianggap sebagai betul. Apa yang penting ialah agar mereka tidak ketinggalan dalam 'mengetahui' apa yang terjadi dalam parti dan politik negara.

Suatu ketika dahulu, Tun Dr Mahathir dicap sebagai seorang 'komunis' dan 'diktator' ketika menjadi Perdana Menteri. Beliau dicerca oleh pihak dalam parti yang tidak sukakannya. Beliau dituduh sebagai dalang yang menyebabkan perpecahan parti serta 'haramnya' Umno pada 1987. Ini semuanya berpunca daripada lawannya dalam pucuk kepemimpinan parti tidak dapat menerima hakikat bahawa Tengku Razaleigh Hamzah ketika itu sudah tewas, biarpun dengan majoriti kecil.

Kerana itulah pentingnya kemenangan majoriti atau kemenangan mutlak dalam apa jua bentuk pertandingan, sama ada di peringkat parti mahupun dalam pilihanraya umum. Tewasnya terlalu ramai calon Umno ada pilihanraya umum ke-12 lalu sudah mengajar Umno betapa kelalaian kecil boleh mendorong kepada hilangnya majoriti dua pertiga Barisan Nasional di Dewan Rakyat.

Seperti kata Dr Mahathir, ahli Umno ketika itu bukan tidak sayangkan parti tetapi mahu 'mengajar' pemimpinnya agar jangan terlalu angkuh dengan jawatan dan tidak mengendahkan suara akar umbi. Justeru itu, parti dihukum oleh ahlinya sendiri yang dengan sengaja memberi undi kepada parti lawan.

Ini juga adalah salah satu perangai buruk orang Melayu meskipun niat mereka boleh disamakan seperti 'mengajar' pemimpin. Tidak dapat tidak, pemimpin terpaksa akur dengan kenyataan bahawa sesuatu perubahan perlu dibuat dalam parti agar ia tidak berulang pada masa depan.

Ini bukanlah bentuk hukuman jenis baru. Dalam perlawanan bolasepak sekalipun, penyokong sesebuah pasukan boleh berpaling tadah dan akan diejek serta dicerca jika mereka gagal mempamerkan mutu permainan yang baik. Hari ini pun, banyak stadium hampir kosong setiap kali perlawanan Liga Malaysia diadakan.

Akan kosongkah 'stadium Umno' suatu hari nanti jika mutu kepemimpinan dan hasil pentadbirannya merosot?

Inilah yang bakal ditinggalkan oleh Presiden dan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Datuk Najib Razak selepas berakhirnya perhimpunan agung parti hujung bulan ini. Akan bangkit semulakah semangat Melayu dengan pemilihan calon yang benar-benar mereka harap dapat memulihkan keutuhan parti?

Orang Melayu dalam Umno akan memilih pemimpin yang mereka hajati. Pemimpin yang baik adalah kumpulan yang mampu menerajui parti, agama, negara dan bangsa ke arah peningkatan ketamadunan bermutu, berakhlak dan mulia dalam konteks sebuah negara Malaysia yang majmuk.

Ahli yang tersilap pilih pula akan terpaksa menelan hakikat bahawa inilah saja barisan kepemimpinan yang ada. Soal suka atau tidak, suara majoriti perwakilan akan menentukannya.

Perwakilan pula perlu matang, adil dan bijak memilih. Jika diikutkan fitnah dan tohmahan yang melata, nampaknya tidak ada seorang calon pun yang layak. Semuanya terbabit dengan politik wang, semuanya kotor, semuanya mengaut keuntungan dalam jawatan dan pelbagai lagi tuduhan.

Dalam hal ini, kita patut bertanya kepada pencipta dan penyebar fitnah. DI MANAKAH SEGALA BUKTI UNTUK MENYOKONG TUDUHAN MEREKA?

Pak Lah yang akan melepaskan jawatannya tidak lama lagi pun turut dipersendakan. Kononnya lagi cepat beliau berundur, lagi cepat Melayu akan bangkit semula. Sama seperti yang dikenakan terhadap Dr Mahathir suatu waktu dahulu apabila Umno dimaksudkan sebagai 'Undur Mahathir, Negara OK'.

Inilah sikap Melayu yang tidak mengenal untung dan tidak mengenang budi. Biarpun Pak Lah ada kecacatan dan kelemahannya, beliau perlu dihormati sebagai pemimpin. Beliau tetap menabur jasa kepada negara, agama dan bangsa. Seburuk mana pun seseorang manusia, dia tetapi ada nilainya sendiri.

Belum pun Najib menggantikan tempatnya, Pak Lah sudah diumpat dan diperlekehkan oleh bangsanya sendiri. Ada yang berkata beliau akan berhijrah ke Perth, Australia di mana beliau sudah pun membeli sebuah banglo, ladang, gedung dan kapal layarnya sendiri. Semua ini, menurut mereka, dibeli hasil kontrak kerajaan yang diberikan kepada ahli keluarga dan kroninya.

Najib sendiri belum selamat. Kes pembunuhan Altantuya Shaaribuu yang masih lagi belum selesai sepenuhnya masih dikaitkan dengan beliau, kononnya tertuduh utama akan 'membuka rahsia' di mahkamah untuk mensabitkan Najib sebelum beliau sempat menerima jawatan Perdana Menteri.

Di manakah letaknya maruah seseorang pemimpin di mata dan hati orang Melayu? Dalam Islam ada menyebut bahawa fitnah itu lebih tajam dari mata pedang. Melayu yang semuanya beragama Islam tidak dapat berpegang kepada ayat ini kerana budaya ikut-ikutan mereka lebih kuat daripada keikhlasan mereka sendiri.

Busuk hati dan rasa prejudis terhadap pemimpin dan orang lainlah yang akan menyebabkan Melayu terus ketinggalan di segi ekonomi dan bidang lain. Perasaan curiga, buruk sangka dan was-was terhadap apa yang ada di sekeliling mereka juga mampu menjerumuskan bangsa Melayu ke dalam lebih banyak kerumitan pada masa akan datang.

Biarpun sikap berhati-hati perlu ada dalam setiap langkah, Melayu perlu berdiri di alam nyata dan bukan fantasi. Seperti mana banyaknya filem Hindustan yang mereka tonton, mereka perlu percaya bahawa segala keindahan dalam filem tidak semestinya wujud pada kehidupan yang benar.

Prasangka terhadap pemimpin yang benar-benar layak memimpin parti, perlu dihapuskan. Kita tidak mahu melihat Malaysia menjadi seperti sebuah negara jiran yang penjawat Perdana Menterinya bertukar tangan sebanyak tujuh kali dalam tempoh dua tahun, sehinggakan ekonominya terjejas manakala kestabilan awamnya terjejas dengan teruk.

Jika tokoh seperti Najib, Ali Rustam, Shahrizat, Khairy Jamaluddin dan yang lain dikecam sedemikian rupa dan terus dituduh tanpa bukti, maka akan hilanglah peluang parti untuk menerima pemimpin yang bermutu dan berkaliber kali ini.

Janganlah dirosakkan masa depan parti dan negara hanya kerana kita terlalu terikut-ikut dengan budaya fitnah dan buruk sangka ini. Orang Melayu mestilah sedar bahawa kedudukan mereka di tanahair sendiri pun sudah dicabar oleh pihak tidak bertanggungjawab yang mencabar kedudukan Raja-Raja Melayu dan ketuanan Melayu.

Pergeseran dalam parti turut mendorong kepada perpecahan Melayu sendiri. Melayu harus akur dengan hakikat bahawa perjuangan memartabatkan maruah bangsa bukan setakat menentukan pucuk kepemimpin yang baik, malah menyemai semangat kerjasama dalam parti agar Umno menjadi contoh kepada perpaduan dan kestabilan negara.

Umno ialah parti keramat Melayu. Jika ahlinya terus 'menganuti' dasar fahaman yang tidak sihat dan terus dengan budaya buruk mereka, masa depan politik mereka akan kucar-kacir.

Amat rugi jika kita gagal membentukan barisan kepemimpinan parti yang kuat hanya kerana kita menafikan hak seseorang calon berwibawa kerana fitnah tanpa bukti yang dilemparkan terhadapnya. Akan bertambah malang pula jika kita menidakkan Umno daripada dipimpin oleh orang seperti ini.

Janganlah nanti bila kita 'sudah terhantuk, barulah nak terngadah!'

12 comments:

Hamba said...

PERANGAI BURUK MELAYU AHLI UMNO ADALAH TAJUK YG SEBETULNYA....SEMUA YG BURUK ADA DALAM UMNO..FITNAH, RASUAH, PERAS UGUT, BUNUH. MENGATA ORANG AWAK YG LEBIH.... CERMINKAN MUKA DULU DAN JANGAN KUMAN DI SEBERANG NAMPAK TP BANGKAI GAJAH ALTANTUYA KAT DEPAN MUKA BUAT SELAMBA JE....MACAMANA NAK BERDEPAN DGN YG MAHA KUASA NANTI. BERINGATLAH SEBELUM AJAL...

si manjakani said...

bro,
melayu memang suka lempar batu, sembunyi tanya. menuduh siapa saja yang dia tak suka.

inilah politik melayu. bila kita tak sukakan seseorang, maka kita pun mereka-reka macam2 cerita untuk memperkecil-kecilkan dia, merosakkan nama baik dia dan sebagainya.

apa yang menyedihkan, sifat ini makin ketara sejak tiga empat tahun ni apabila pemimpin umno sendiri mula berpuak-puak dan memilih orang tetentu yang mereka suka. inilah punca segala masalah melayu sekarang - ketiadaan pemimpin yang betul2 berwibawa untuk memimpin parti dan orang melayu ke arah era yang lebih baik.

najib sendiri pun tidak mempunyai nilai seperti allahyarham tun razak.

Anonymous said...

yes, its time to change... but the question is, will the malays change and are they willing to get rid of all this bad characters?

tiang seri said...

MELAYU SUKA MENGUMPAT

MELAYU SUKA MAIN NOMBOR

MELAYU SUKA JUDI

MELAYU SUKA BERZINA

MELAYU SUKA MINUM ARAK

MELAYU SUKA MENIPU

MELAYU BANYAK HASAD DENGKI

MELAYU SUKA TUDUH TANPA BUKTI

MELAYU SUKA DUIT

MELAYU KUAT MELATAH

MELAYU KUAT MEMFITNAH

ada satu je melayu tak suka... MAKAN BABI!

ayob rabun said...

bujai!

buek apo kau susah2 nak togor melayu ni? dah memang susah dah buang tabit buruk ni.

sampai bilo pun tak buleh ubah. macam main bomoh la. dah islam kato bondo tu syirik tapi buek jugak!

salina, klang said...

we need good leaders to change them, bro. unfortunately, the malays dont have leaders like mahathir, tun razak and hussein onn anymore. even their sons are corrupted! so, no need to choose them

shakirin, RAUB said...

mungkin pendekatan terbaik untuk mengubah perangai buruk orang melayu ialah dengan cara mendapatkan umno pemimpin yang baik dan disegani oleh melayu sendiri.

dalam hal ini, mungkin peranan tun dr mahathir masih relevan. najib patut melantik dr mahathir ke sesuatu jawatan khas apabila menjadi perdana menteri dan presiden umno kelak.

najib sendiri pun tidak layak memikul tugas ini kerana kes dan pelbagai tuduhan yang dilemparkan terhadap beliau, termasuklah kes altantuya.

d mahathirlah yang mampu menangani masalah melayu yang kian terkebelakang di semua aspek ini, termasuk sikap buruk mereka. tidak ada orang lain lagi nampaknya yang sesuai untuk tugas besar dan berat ini.

ini tidak boleh dibiarkan berpanjangan. umno dan melayu makin tenat...

syida, DUBLIN said...

bang,
sebagai ahli kelab umno seberang laut, saya terkilan dan sedih selepas membaca tulisan abang. memang benarlah segala kandungan posting abg mengenai melayu.

sayangnya, segala usaha untuk merobah nasib dan masa depan melayu tidak mendapatkan banyak hasil kerana sikap orang melayu sendiri.

sebagai contoh, pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris sepatutnya membuka minda dan mata orang melayu betapa beruntungnya anak mereka yang mampu menguasai dua mata pelajaran ini dalam bahasa inggeris kerana mereka kelak akan menjadi lebih matang dan tinggi nilai pasaran kerjanya.

kita terlalu taksud dengan bahasa malaysia sehingga kita sanggup mengenepikan kenyataan bahawa keperluan berbahasa inggeris ini adalah satu kemestian dalam dunia yang serba mencabar ini.

di peringkat parti pula, wujudnya banyak kumpulan dan puak yang memihak kepada ketua masing-masing turut menjejaskan kredibiliti parti sebagai parti perpaduan orang melayu. di mana lagi hendak kita mengadu masalah jika terlalu ramai ketua dalam parti?

melayu mesti berubah jika ingin duduk dan berdiri sama tinggi dengan bangsa lain yang lebih maju. buanglah segala perangai ortodoks yang ada untuk mencapai impian menjadi antara bangsa dunia yang disegani dan dihormati.

SAMA GAGAH said...

melayu mudah lupa, kata dr mahathir.

memang melayu dah lupa banyak hal, banyak sejarah dan banyak pengajaran dari masa silam.

sebab tu la mereka masih MENUMPANG di bumi sendiri

Anonymous said...

bro, kalau takda calon yang benar-benar bersih untuk pemilihan parti kali ini, elok kita letak lembu dan kambing je untuk bertanding.

ok tak?

dr hashim, KL said...

sdr bujai.
saya cadangkan sdr menulis sebuah buku khas mengenai perangai buruk melayu ini. saya rasa ramai berminat untuk membeli dan membacanya. mungkin tidak ada wartawan yang berani menulis mengenainya suatu masa dahulu tetapi saya ingin cadangkan agar sdr mengambil inisiatif ini. ia baik sebagai pembuka mata bagi menyedarkan anak bangsa kita sendiri. mungkin ada pihak yang akan marah dan tidak senang hati tetapi daripada membiarkan segala sifat buruk ini berterusan, elok jika sdr sendiri memulakan khidmat 'kesedaran' ini. saya akan menyokong dan akan cuba mendapatkan dana serta penerbit yang sesuai untuk maksud ini.

sila hubungan saya, t kasih

dr hashim

bazooka said...

jai,
aku dulu pun menyampah kat kj kerana banyak khabar angin yang aku dengar mengenainya. tapi aku rasa berdosa pulak sebab takda satu pun yang tampil membuktikan tuduhan tu.

eloklah melayu berhenti tohmah orang. kalau ada bukti, biarlah mahkamah yang tentukan nasib diorang.

tuduh tanpa bukti ni memang dilaknat oleh tuhan!