Thursday, March 26, 2009

'Kecil jangan disangka anak...'

Kemenangan Khairy Jamaluddin bukan kemenangan beliau seorang. Inilah kemenangan Pemuda, kemenangan Umno dan kemenangan orang Melayu.

Setidak-tidaknya perwakilan berjaya mendapat ilham dan melihat cahaya kebenaran di saat-saat akhir sebelum membuang undi semalam - bahawa inilah masanya untuk membuat pembaharuan yang berani di dalam diri, parti dan bangsa.

Biarpun difitnah dan ditohmah serta dijadikan bahan lawak sebelum ini, KJ membuktikan bahawa amaran Lembaga Disiplin Umno bagi dakwaan politik wang serta tuduhan kronisme yang dilemparkan terhadapnya selama ini, ternyata tidak membawa kesan.

Memang tidak ada satu pun fitnah ini ada asas dan buktinya. Malah, kecekapannya mengendalikan sayap Pemuda ketika menjadi pembantu Hishamuddin berjaya menjadi pemangkin kepada kejayaannya malam tadi.

Tulisan dan analisis saya mengenai sikap orang Melayu dan KJ sebelum ini mendapat banyak cemuhan dan tentangan, bukan saja dari kalangan kawan rapat malah rakan seperjuangan dalam media. Kebanyakan pembaca pula melabel saya seolah-olah saya penyokong kuat KJ.

Ketika di Pusat Media sejak Isnin lalu, saya dipersenda. Malah, bekas wartawan kanan NSTP yang kini menjadi penasihat KJ, Sdr Rashid Yusof turut menjadi bahan kecaman sebahagian wartawan yang ada.

Hari ini pun, ada media yang tidak senang dengan kemenangan KJ, termasuklah Bernama, agensi berita nasional. Dalam analisisnya, KJ dilihat sebagai 'tidak layak' memimpin Pemuda biarpun sebahagian besar sudah membuat pilihan.

Inilah sikap buruk orang Melayu yang saya sebut sebelum ini. Antaranya ialah tidak mahu menerima hakikat yang kalah itu tetap kalah dan yang menang itu memang sudah ditakdirkan menang. Wartawan Melayu yang ada di sekeliling saya sendiri terkejut dan ada yang begitu kecewa yang kemenangan KJ.

Saya kira wartawan sepatutnya berfikiran terbuka dan tidak berat sebelah dalam laporannya. Saya tidak peduli dengan wartawan bangsa lain tetapi sikap sebahagian besar wartawan Melayu yang saya temui di PWTC adalah Melayu yang inginkan perubahan tetapi takut bersuara dan tidak berani ke depan untuk menyuarakan pandangan.

Wartawan ini juga adalah sama tarafnya dengan orang lain yang suka mendengar fitnah dan tohmahan terhadap orang lain dan kemudian menyampaikannya pula kepada pihak ketiga tanpa mempersoalkan sama ada ia ada bukti sahih.

Inilah keburukan Melayu! Pada mereka, setiap umpat keji itu adalah sensasi dan hiburan. Tidak kiralah sama ada ia mampu mengaibkan seseorang atau tidak, ia mesti dilaporkan dalam media dan dijadikan tajuk utama.

Saya dari awal bukanlah penyokong utama KJ. Bagaimanapun, saya secara peribadi melihat ada potensi bagi anak muda ini bangkit sebagai salah seorang pejuang parti yang disegani biarpun dia bukanlah anak bekas Perdana Menteri, Presiden Umno, Setiausaha Agung Umno atau anak bekas Menteri Kabinet.

Dia adalah insan biasa yang berani, tegas, cekap dan berketerampilan. Hanya orang Melayu saja yang tidak dapat menerima takdir bahawa KJ akan berkahwin dengan anak seorang Perdana Menteri dan kemudian naik dengan cepat sebagai naib ketua Pemuda dan menjadi Ahli Parlimen.

Pemuda Umno memerlukan seorang lagi tokoh seperti Allahyarham Datuk Seri Harun Idris, seperti yang saya sebut sehari sebelum pemilihan Pemuda, Wanita dan Puteri. Ini bukan pendapat saya seorang tetapi sekumpulan bekas wartawan kanan dan mereka yang pernah berkhidmat pada zaman Tun Razak dan Tun Hussein lagi.

Kami tidak langsung membuat perbandingan di antara KJ, Mukhriz dan Khir Toyo. Malah, kami akui bahawa Mukhriz juga mempunyai nilai dan mutu peribadi untuk memimpin Pemuda. Begitu juga Khir. Bagaimanapun, kami melihat KJ lebih layak kerana sejak menjadi naib ketua selama lima tahun, beliau lebih banyak buat kerja daripada ketuanya.

Pemuda juga memerlukan tokoh seperti Mukhriz dan saya kira Datuk Najib boleh melantik beliau ke kerusi Majlis Tertinggi kelak.

Kisah mengenai KJ sudah saya dengar sejak dahulu lagi. Bagaimanapun, saya seringkali akan bertanya pihak yang membawa fitnah itu sama ada mereka ada buktinya. Mereka gagal memberi bukti dengan alasan ia didengar daripada pihak atasan.

Inikah cara Melayu dan cara Islam kita? Cukuplah dengan dosa-dosa yang kita ada selama ini. Sudah tiba masanya kita hentikan semua tabiat buruk ini untuk memajukan agama, bangsa dan negara dalam konteks Malaysia.

Pemuda sudah berani mencuba perubahan ini dengan memilih KJ dan Razali. Jika kita tidak mahu mengiktiraf mereka, siapa lagi? Lainlah jika Melayu ingin melihat Umno berpecah belah lagi dan tewas pada pilihanraya umum akan datang.

Agenda Melayu masih banyak dan memerlukan semangat perjuangan yang teguh untuk mengisinya. Janganlah biarkan anak dan cucu-cicit kita nanti dijadikan belasahan di tanahair sendiri.

Untuk maju, adakalanya kita perlu berani menerima dan membuat perubahan. Bekas Timbalan Presiden Umno, Tun Musa Hitam sendiri pernah berkata bahawa 'adakalanya kita perlu berani dan bersikap biadab untuk memperbetulkan keadaan...'

9 comments:

Anonymous said...

Fatihah untuk UMNO. Juga untuk saudara sekali yang buta mata hati.

Anonymous said...

Just Read,

Saudara perlu juga membuka minda saudara dari sudut yg bertentangan dgn pendapat anda.

1. Bukan sikap keji Melayu tetapi dgn berani bersuara ini adalah titik permulaan Melayu Moden

2. Kemenangan KJ bukanlah titik noktah kepada tohmahan serta fitnah ataupun prasangka terhadapnya. Ia merupakan permulaan & juga peluang utk beliau berubah & kembali kepada asas perjuangan sebenar UMNO

3. Kalahnya Mukriz memberi seribu satu persoalan kenapa arus harapan akar umbi diubah 360 darjah oleh ketua2 bahagian

Kita sama2 sokong perubahan atau seceoat mungkin ubah mereka ditampuk pimpinan UMNO sebelum nasib megubah UMNO

Wasallam , MEN AT WORK

ShokorBotak said...

Bro

Tahniah diucapkan kepada KJ dan barisan AJK Pemuda yg terpilih termasuklah yg tidak dipilih..kemenangan ini semuanya untuk parti dan bukannya hak individu..Jalanlah tugusan anda dgn baik..
Jangan lupa wahai barisan perjuang-perjuang Pemuda yg baru dan lama akan "Perlembagaan Parti" dan "Perjuangan Parti"..
BUKANNYA "Perlembagaan dan Perjuangan Poket Sendiri" k......
Syabas sekali pd yg menang...

pendekar bukit said...

Sayuti Omar ejen Fitan Anwar

Baca di sini
http://selamba-u.blogspot.com/2009/03/orang-kuat-anwar-sokong-najib.html

Anonymous said...

banyak lagi perlu dibuat untk menyakinkan pemuda bahawa kj memang layak memimpinnya.

memang banyak unsur fitnah di dalamnya. jadi terserah kepada kj untuk memulihkan nama baiknya di dalam umno dan kerajaan.

bazaro said...

zaman sudah berubah. umno hari ni bukan umno 50 tahun lalu yang semua pemimpinnya berjuang untuk agama, bangsa dan tanahair.

umno hari ni diterajui orang kaya dan ternama yang rata-ratanya sudah dikenali umum.

oleh itu, umno perlu dirombak. walaupun ramai yang membantah beberapa keputusan pemilihan, ahli harus menerima hakikat bahawa keputusan itu adalah keputusan mereka juga, baik atau buruknya seseorang calon.

ANAK TODAK said...

APA NAK DIKATAKAN LAGI. KJ DAH MENANG. SILAP SIAPA? KALAU PERWAKILAN TAK SUKA KJ, TAKKAN DIPILIH?

SUKA ATAU TIDAK, KEPUTUSAN SUDAH DIBUAT.

KALAU ADA KES LAIN, KELUARKAN DAN BUKTIKAN DI MAHKAMAH.

MELAYU MEMANG BUSUK HATI! SEBAB ITU BANGSA NI KETINGGALAN DI SEMUA BIDANG

Anonymous said...

apo nak dikato, bang.

kj ko, mukhriz ko, toyo ko, najib ko... apo yang ahli dapek?

Anonymous said...

Bujai,

Bukan media tidak senang dgn kemenangan KJ. Kemenangan KJ adalah suatu kontroversi, sensasi, suatu bahan cerita. Itu saja.

Bagi saya KJ ni terlalu mirip dgn politiking DS Anwar Ibrahim;

1. Suka main wayang. eg. Menangis depan media bila Tun hentam dia dulu. Anwar pula dgn kes 'mata lebam'... keracunan Cyanide dsb...

2. Suka berdemonstrasi. eg. KJ berdemo semasa krisis Perak dulu. Hmmm... tak payah sebutlah pasal Anwar.

3. Suka main wang. Eg. Lembaga Disiplin UMNO sendiri yg putuskan. Politik wang ini mula-mula muncul dgn nyata ketika DS Anwar mula mencabar Tun Bhafar. Sekarang sudah menjadi barah.

4. Abuse of power. Eg. Bagi statement on behalf of government in the media... padahal KJ ni siapa? Ketua Setiausaha, Ketua Pengarah, Timbalan menteri??? Oooo... cuma pengangur terkaya. Anwar pula... sendiri tanyalah...

5. No regards for orang tua and tak beradab. Ingat komen2 beliau tentang Tun M? Anwar pula boleh sabotaj Tun Ghafar dan ramai lagi yg 'mengganggu' kemaraan beliau dalam politik.

Too much similarities between these two. Maybe they are twins. Political twins.