Wednesday, March 18, 2009

Betulkah takrif 'politik wang' kita?

Reaksi awal sesetengah pihak terhadap keputusan Lembaga Disiplin Umno menghalang Ali Rustam daripada bertanding jawatan timbalan presiden pada perhimpunan agung 24-28 Mac ini, serta tindakan ke atas Khairy Jamaluddin serta yang lain, adalah:

- Najib dah pilih orang dia. Memang patutlah Ali diketepikan sebab setakat ini, khabarnya dia mendahului Muhyiddin dari segi kajian pendapat seluruh negara.

- Najib memang tak sukakan Ali. Untuk nampak adil sikit, Muhd Taib tak dipanggil bagi membolehkan dia menentang Muhyiddin. So, nampaklah ada demokrasi dalam Umno.

- Kajiselidik UM bahawa KJ sedang mendahului Mukhriz minggu lalu dah buat orang lain takut. Dia tak kena gantung sebab faktor Pak Lah. Nampak sangat Najib tak mahukan dia sebagai Ketua Pemuda. Tun Dr Mahathir kan ke baik dengan Najib, so dah tentu dia turut main peranan untuk naikkan anak dia. Dah memang tradisi Umno untuk melihat keturunan Perdana Menteri dan Presiden Umno untuk menjawat jawatan tu suatu hari nanti. Apa nak dihairankan!

- Masa dan 'timing' mesyuarat khas Lembaga Disiplin diadakan boleh diragui. Kenapa sekarang, hanya semata-mata untuk memancung Ali dan yang lain? Kenapa tidak diadakan sebelum mesyuarat bahagian, sekurang-kurangnya bahagian tidak akan mencalonkan mereka yang korup?

- Kenapa Khir Toyo tidak dikenakan sebarang tindakan, malah didapati tidak bersalah sedangkan dia pun lebih hebat daripada orang lain? Ini tidak adil!

- Memang ada komplot kot untuk menjatuhkan Ali! Mereka langsung tidak dipanggil membela diri!

- Memang boleh kemuka rayuan tapi keputusan sudah muktamad. Lembaga Disiplin dah jadi sebuah mahkamah. Kalau merayu pun, keputusan tidak akan diubah. Sudah tentu ada orang yang lebih berkuasa dalam parti menyuruh mereka berbuat demikian. Siapa agaknya?

- Memang inilah sifat Melayu. Khabarnya ada lebih 600 laporan dan tuduhan tapi orang ni saja jadi mangsa. Yang lain dok tergelak la tu...

Sama ada benar Ali, KJ dan yang lain-lain bersalah atau tidak, saya tidak mahu campur tangan dalam keputusan Lembaga Disiplin. Bagaimanapun, saya ingin mempertikaikan apakah takrif rasuah, politik wang, sogokan dan sebagainya pada kaca mata kita dan Lembaga Disiplin.

Rasuah sukar dibendung. Ia sukar dibuktikan dan payah ditakrifkan. Umno pula ialah parti orang Melayu. Semua orang Melayu beragama Islam. Dalam Islam pun ada menyebut, fitnah atau apa jua bentuk tuduhan mestilah dikemukakan dengan bukti.

Bukti pula mestilah kukuh. Mereka yang membuat laporan dan membuat tuduhan pula mestilah diteliti di segi aspek peribadinya, kredibiliti serta motifnya. Jika seorang pencuri menuduh orang lain sebagai pencuri, maka ini boleh dipertikaikan.

Motif tuduhan pula adalah pelbagai. Ada pihak membuat tuduhan semata-mata kerana tidak puas hati di atas sebab peribadi, burung sangka, khianat, benar-benar ada asas atau sengaja ingin menjatuhkan maruah seseorang. Di segi logiknya, si pembuat tuduhan ini juga perlu disiasat.

Kalau tidak, masakan ada pihak yang membuat laporan polis akhirnya ditangkap kerana sama ada dia membuat laporan palsu atau dia sendiri yang melakukan jenayah berkenaan!

Dalam politik, khasnya politik orang Melayu, sifat prasangka, tamak, hasad dengki, khianat dan busuk hati bukanlah perkara baru. Seolah-olah ia sudah sebati dalam diri mereka walaupun mereka sendiri maklum bahawa di segi agama, fitnah dan tuduhan tanpa bukti itu sama zalimnya dengan membunuh.

Apa sebenarnya yang ditakrifkan sebagai rasuah, politik wang dan sogokan ini? Mungkin ramai akan menghentam saya untuk 'posting' kali ini tetapi saya ingin menarik perhatian kepada beberapa perkara yang sepatutnya kita adili sejak dahulu lagi.

Dalam masyarakat Melayu, adalah perkara lumrah untuk memberi dan mengambil upah bagi sesuatu kerja yang dibuat. Tanpa kita sedar, ia bermula di peringkat kanak-kanak dan di rumah kita sendiri.

Untuk menyuruh anak kita atau anak saudara membeli sekilo gula berharga RM1.20 pun, kita akan memberikan RM2. "Bakinya kau ambillah.... upah!"

Begitu juga dalam menggalakkan anak-anak agar maju dalam pelajaran, kita akan cuba menawarkan mereka dengan pelbagai 'hadiah' atau 'ganjaran', misalnya basikal, motorsikal dan kereta bagi yang mampu, atau setidak-tidaknya 'makan angin' jika mereka lulus dengan cemerlang.

Sedar atau tidak, gejala inilah yang akan menjerumuskan mereka ke alam 'ganjaran' yang lebih besar apabila memasuki alam pekerjaan kelak. Mereka akan mula mengampu dan membodek bos agar segala kerjanya diiktiraf sebagai yang terbaik dan dengan itu, dia akan mendapat 'imbuhan' dan 'ganjaran' yang setimpal dengan mutu kerjanya.

Ramai anak Melayu meminati politik, apatah lagi apabila mereka sendiri maklum dengan habuan besar yang diperolehi jika mereka mampu melangkah menjadi ahli jawatankuasa cawangan, bahagian, negeri atau pusat. Pemimpin atasan sudah membuktikan bahawa kehidupan mewah yang dikecapi sekarang adalah hasil politik.

Tidak dapat tidak, mereka akan menyemai minat mendalam untuk merapatkan diri dengan ketua cawangan, bahagian dan bos-bos peringkat negeri dan pusat agar segala sokongan dan kerja yang mereka buat untuk parti mendapat pengiktirafan setimpal dan sewajarnya. Sifat mengada-ngada pula makin menebal di kalangan sebahagian besar ahli, sama ada Pemuda, Putera atau Puteri.

Dalam era hari ini, kita perlu akui sebahagian besar yang menyertai politik bukan saja ingin 'berjuang' untuk parti tetapi untuk kepentingan sendiri. Politik Umno sudah membuktikan bahawa sesiapa yang pegang kuasa, maka dia juga akan pegang banyak duit. Inilah gambaran umum yang kita dapat.

Maka berebut-rebutlah anak Melayu menyertai Umno. Jika mereka rapat dengan ketua, akan merasalah mereka sedikit 'habuan' daripada ketekunan kerja, ampu dan ketaatan mereka selama ini. Setidak-tidaknya kalau mereka dapat projek Kelas F, mereka akan puas hati.

Untuk melobi projek secara runding terus pun, surat sokongan ketua bahagian adakalanya diperlukan dan diwajibkan oleh sesetengah kementerian. Jadi, ketua bahagian sedikit-sebanyak akan mendapat 'ganjaran' jika suratnya itu berjaya mendapatkan kontrak kerajaan! Kalau tak percaya, pergilah jumpa mana-mana pegawai khas menteri atau timbalan menteri.

Janganlah kita cuba menafikan hakikat ini. Sememangnya beginilah politik orang Melayu masakini. Jika kita berani menawarkan sesuatu, kita akan memperolehi apa yang kita hendak.

Cuma, bagaimana bentuk rasuah dan politik wang itu ditafsirkan, sedikit meragukan kita semua. Jika Ali, KJ dan yang lain benar-benar bersalah, tidakkah wajar bagi Lembaga Disiplin merungkaikan semua kesalahan mereka, misalnya berapa banyak wang dikeluarkan, siapa menguruskannya, kepada siapa diberikan dan untuk maksud apa?

Seperti yang saya sebut tadi, si pengadu juga perlu disiasat. Adakalanya motif yang terselindung tidak dapat dikenal pasti tetapi mungkin rakan baik dan penyokong Ali serta KJ sendiri yang membuat laporan kerana tidak puas hati dengan mereka.

Apa pun, dalam politik, seseorang Yang Berhormat tidak dapat lari daripada pelbagai karenah ahli dan masalah masyarakat. Pemimpin yang baik akan berusaha sedaya upaya membantu menyelesaikan pelbagai masalah walaupun ada ketikanya dia sendiri terpaksa meminjam dari bank atau pihak lain untuk menjalankan tanggungjawabnya.

Ada yang berpendapat, jika Ali dan KJ benar-benar bersalah, maka lebih ramai lagi patut dikenakan tindakan serupa. Cuma takrifan rasuah politik ini berbeza-beza dan tidak spesifik mengikut keadaan tertentu. Kita cuba renungkan contoh di bawah:

- YB. Kita nak adakan jamuan bagi anak-anak yatim dan orang tua minggu depan tapi tak cukup modal. Mintaklah kalau boleh, YB hulur dalam dua tiga ribu.

YB pun bagilah RM3000 walaupun rasa berat tetapi kerana yang memintanya adalah ahli parti dan rapat dengannya. Adakah ini dikatakan rasuah?

- YB, bahagian nak bermesyuarat tak lama lagi di hotel. Kita tak cukup duit untuk bayar sewa dewan dan jamuan. Kita kurang kira-kira RM5000. Tolonglah YB!

YB bagi juga. Ini apa? Rasuah politik?

- YB, ada bahagian Umno di Sabah nak adakan mesyuarat tapi kami tak cukup sumber untuk tampung 3,000 ahli di segi makan-minum. Buat di hotel pulak tu. Harap YB dapat bantu.

YB terbabit pun menghulurkan RM4000 dari poketnya sendiri. Inikah politik wang?

- YB, kita ada pertemuan dengan perwakilan negeri di KL minggu depan. Ada YB lain turut 'chip-in'. Tak sedaplah kalau kita tak bagi apa-apa padahal diorang semua baik dengan kita.

Maka YB pun hulurlah RM2000. Adakah ini rasuah politik juga?

Dalam banyak kes, bukan mereka yang memutuskan untuk memberi bantuan kewangan tetapi bantuan mereka sebaliknya diminta. Kita jangan menidakkan kenyataan bahawa kebanyakan cawangan dan bahagian Umno sudah biasa berbuat demikian, iaitu mencari penaja dan penderma bagi apa jua bentuk mesyuarat yang diadakan.

Tanyalah pada Tun Dr Mahathir. Tanyalah juga kepada Pak Lah, Najib, Muhyiddin, Md Taib, Hishamuddin, Syed Hamid, Rafidah, KJ, Mukhriz, Khir dan ramai lagi mengenai 'penyakit' ini. Dapatkah hal ini dinafikan?

Tidak dapat tidak, pemimpin ini terpaksa memenuhi kehendak mereka hingga ada yang terpaksa meminjam dari bank dan pihak untuk mendapatkan dana yang cukup. Dalam banyak kes, ia diberikan secara terbuka agar tidak menimbulkan prasangka ahli dan tanpa niat buruk.

Satu lagi fenomena ialah setiap kali berlangsungnya pilihanraya umum atau pilihanraya kecil, semua Menteri Kabinet dan pemimpin kanan Barisan Nasional akan 'berkemah' di kawasan terababit. Tujuan mereka? Untuk memancing undi.

Ketika inilah pelbagai projek ditawar dan disogok kepada rakyat sebagai pertukaran undi mereka. Jalan baru, rumah murah, balai raya dan projek lain dijanjikan. Bagaimanakah kita mentakfirkan perbuatan ini? Adakah ini tidak layak dipanggil politik wang?

Pernah suatu ketika rakyat diugut agar mengundi pemerintah. "Kalau tuan-tuan undi BN, saya jamin kawasan ini akan mendapat pelbagai manfaat di segi projek dan prasarana lain, Tapi saya tak dapat jamin kalau tuan-tuan pilih pembangkang..."

Amat mudah bagi kita mencari kesalahan orang lain sedangkan kita sukar mengakui kesilapan sendiri. Inilah penyakit besar dalam Umno dan orang Melayu yang dianggap 'glokal' sekarang. Tuduhan palsu, fitnah, umpat keji dan pelbagai tohmahan sudah menjadi seperti 'makanan suji' jiwa nurani mereka.

Kita mesti berani berubah dan mengakui hakikat bahawa fitnah dan tuduhan tanpa bukti itu bukan saja boleh mencemar nama baik seta menjatuhkan seseorang, malah adalah dosa besar di sisi agama Islam. Janganlah jadi Melayu yang hanya mengharamkan babi sedangkan siang-malam berani mendekati zina, arak dan judi.

Hapuskanlah 'double'standard' yang wujud dalam hati kita. Ahli jawatankuasa Lembaga Disiplin Umno juga adalah manusia biasa dan bukan malaikat yang 100 peratus dalam setiap keputusan yang dibuat. Kelemahan dalam mentakrifkan rasuah dan politik wang ini tetap ada.

Amat tidak wajar kita menafikan hak seseorang calon untuk bertanding hanya semata-mata kerana kesilapannya 'sama seperti orang lain yang didapati tidak bersalah'. Janganlah kita menafikan betapa perlunya kita menyiasat orang yang membuat tuduhan terlebih dahulu, niat dan motifnya.

Rasuah dan politik wang memang berleluasa tetapi kenapa tidak ramai yang berani melaporkannya? Ramai yang ada bukti barangkali, tetapi enggan ke tengah. Kenapa? Kerana mereka sendiri mendapat habuannya!

Umno dan Melayu perlu berubah untuk masa depan yang lebih mencabar. Jika kita ingin maju, kita perlu berani mengubah cara dan pendekatan kita agar menjauhi buruk sangka, hasad dengki, saling memfitnah dan menabur segala racun yang akhirnya terkena batang hidung sendiri, ibarat meludah ke langit, jatuh ke muda sendiri.

Malanglah bagi Umno jika kita menafikan haknya untuk dipimpin oleh orang yang berwibawa dan berkemampuan. Fitnah dan tuduhan tanpa asas boleh meruntuhkan negara dan perpaduan kaum.

Lembaga Disiplin mungkin perlu mentakrifkan semula pengertian fitnah dalam bidang siasatannya. Bukan mudah jadi pemimpin untuk berjuta ahli dan bukan mudah untuk menjaga hati orang yang dipanggil 'Melayu' ini!

25 comments:

hassan musa, KK said...

saya rasa memang ada asasnya keputusan lembaga disiplin tetapi yang menghairankan ialah kenapa khir toyo dan beberapa lagi yang banyak dituduh menyalahgunakan kuasa dan politik wang, terlepas begitu saja?

tidakkah lembaga disiplin ingin menyiasat segala tuduhan yang dilemparkan atau belum ada mana-mana pihak yang membuat laporan.

saya juga setuju dengan pendapat sdr bahawa musuh politik ali dan khairy mungkin terlibat dalam hal untuk menjatuhkan mereka.

saya bukanlah penyokong ali dan kj tetapi bagi saya, lembaga disiplin juga perlu mengambil kira aspek yang sdr sentuh, ialah kredibiliti orang yang membuat aduan.

misalnya, ramai yang menuduh KJ dengan macam2 hal tetapi tidak ada satu pun yang berjaya dibuktikan. jika benarlah sikap orang melayu umno begini, saya percaya parti ini tidak akan dapat bangkit pada pilihanraya umum akan datang.

cynthia, KL said...

ali? KJ? norza? i dont think they have been victimised.

its their own fault.

they thought money can buy everything!

moderator said...

BETUL BANG! ADA JE PILIHANRAYA UMUM, PENGUNDI DISOGOK DENGAN MCM2 PROJEK. INI TAK TERGOLONG SEBAGAI CUBA MERASUAH RAKYAT KE?

CAKAP TAK SERUPA BIKIN!

LAN TODAK, kampar said...

jai,

ali tak dapat bertanding. kj pulak dah terjejas.

nak salahkan siapa? umno memang macam ni. last minute mesti ada yang kena penggal!

sampai bila pun tak tau la. banyak puak dalam umno ni. aku taknak la anak2 aku masuk umno. elok takda parti, bila elections je pangkah ikut suka

Anonymous said...

the whole system needs a review. the credibility of the committee is also at stake as its members are ex-umno leaders who were once slamned for some irregularities too!

Hamba said...

Rasuah dalam apa2 bentuk pun tetap rasuah. Rasuah tetap haram hukumnya. Janganlah pulak nak cuba menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal. nanti menyimpang akidah kita.

Anonymous said...

Keputusan Lembaga Disiplin UMNO secara sendiri membuktikan bahawa UMNO menghalalkan rasuah/politik wang/sogokan oleh anggota parti. Orang UMNO boleh beri/terima rasuah dendanya gantung enjadi ahli/tidak boleh bertanding merebut jawatan/amaran. Itu sahaja kuasa yang diberi kepada Lembaga Disiplin UMNO. Kalau orang awam/penjawat awam didapati bersalah oleh mahkamah denda atau penjara atau kedua-duanya.
Lembaga Disiplin parti patut rujuk kes-kes rasuah/politik wang/sogokan anggota parti kepada pihak berkuasa supaya undang-undang negara menentukan hukuman setimpal seperti diagariskan oleh undang-undang anti-rasuah.
Rasuah melibatkan dua pihak atau lebih ia itu yang memberi dan yang menerima, yang meminta dan yang berjanji. Tindakan hendaklah diambil kepada semua bukan keada yang memberi sahaja.

Ahli UMNO 1969

matangsaga said...

Menarik ulasan saudara.

Persoalan yang perlu dijawab: Apa itu Politik Wang?

Pandangan saya mudah, sekiranya wang tunai dihulurkan sebagai bayaran untuk undi yang diraih maka itu perbuatan merasuah yang nyata, politik wang.Termasuk juga menawarkan projek dsbnya bagi mereka yang berkuasa untuk membuat penawaran tersebut.

Malang sekali bagi UMNO, apabila Lembaga Disiplin membuat penghakiman tiada penjelasan terperinci diberikan kepada umum menyebabkan rakyat bertanggapan bahawa setiap kesalahan itu melibatkan rasuah wang ringgit sedangkan kadangkala ianya oleh kerana sebab-sebab yang lain. Kes Dato Zahidi Zainal Abidin, Ketua Bahagian Padang Besar satu ketika dahulu umpamanya, beliau diberi amaran atas salah laku yang ramai menganggap politik wang tetapi sebenarnya dia didapati bersalah kerana membayar makan minum pengundi-pengundi di kawasannya di mana dia menjadi ADUN di sebuah kedai kopi kampung yang berjumlah RM12.00 lebih sahaja...

Dalam keadaan persepsi masyarakat terhadap UMNO sangatlah buruk, mengapakah UMNO sendiri bertindak menambahkan dan memperkukuhkan kebenaran terhadap persepsi buruk ini. Mengapa perlu membuat sidang akhbar pengumuman keputusan ini? Mengapa pemimpin UMNO suka sangat bertelagah di media untuk umum tahu? Mengapa suka sangat membuat kenyataan akhbar mengenai sesuatu itu yang membuka pekung di dada? Jangan persalahkan rakyat kerana berpersepsi buruk terhadap UMNO.

Ini salah pemimpin UMNO sendiri yang tidak pandai menggunakan media. Mengapa setiap kali pilihanraya mesti ada sahaja pemimpin yang buat komen pasal pengundi bukan melayu, sokongka tak sokongka? Kenapa tak diam sahaja di media tetapi mengatur strategi dan gerak kerja secara senyap? Pemimpin UMNO terlampau banyak cakap tetapi tak sedar sebab banyak sangat bercakap itulah yang membawa kejatuhan UMNO.

Jika dinilai komen-komen mengenai keputusan lembaga disiplin semalam, ramai yang mempersoalkan mengapa orang itu dan orang ini tidak kena tindakan atau didapati bersalah? Persepsi bahawa orang itu dan orang ini bersalah sudah ada didalam kepala komenter-komenter tersebut. Mereka ingin melihat orang itu dan orang ini bersalah kerana bertanggapan-atas apa sebab sekalipun-mereka ini memang bersalah atas perlakuan silam; sama sekali tidak menyedari bahawa keputusan lembaga disiplin ini adalah berkenaan pelanggaran etika pemilihan UMNO pada kali ini dan bukannya menghakimi perilaku sebelumnya. Begitulah buruknya persepsi umum terhadap kepimpinan UMNO.

Keputusan Lembaga Disiplin menggantung keahlian beberapa individu yang didapati bersalah melibatkan beberapa orang ADUN dan Ahli Parlimen. Menggantung keahlian tidak sama dengan menggantung hak sebagai seorang ahli, itulah tafsiran UMNO.(Boleh rujuk Perlembagaan peruntukan penggantungan hak seorang ahli). beberapa tahun lepas sahabat saya digantung keahlian juga. Apabila beliau ingin membayar yuran, yurannya tidak diterima bukan sahaja oleh bahagiannya tetapi juga Ibu Pejabat seolah-olah beliau tidak lagi menjadi ahli UMNO. Akibat dari itu beliau terus meninggalkan UMNO, keluar dari parti.bukankah apabila digantung keahlian mereka ini mereka tidak lagi diiktiraf sebagai ahli UMNO? Apakah kedudukan mereka sebagai ADUN dan MP, sebagai mana Datuk Japlin dan Dato Manan Ismail? ADUN dan MP Bebas kah mereka sekarang?

BRO JINGGO said...

Salam

Hidup ini adalah perjuangan… Syukur Alhamdulillah walaupun pelbagai cabaran, dugaan dan rintangan yang harus YB KJ tempuhi, namun perjuangannya diberkati Allah, Allah memimpin YB KJ untuk memimpin dengan kepimpinan yang diredhai. Justeru, marilah kita sama-sama memberi sokongan yang padu kepada YB KJ menerusi laman web YB KJ http://www.rembau.net.my/

Salam setiakawan

Salam Perjuangan

BJ

shokorBotak said...

Bro,

Lembaga Disiplin UMNO ada peraturan dan perutukkan yg mesti d patuthi. Saya pasti segala peraturan d ikuti semua ahli2 lembaga.
Kepada semua AHLI-AHLI UMNO saya syorkan, semua AHLI-AHLI LAMA DAN BARU mesti membaca dan pahami akan "PERLEMBAGAAN DAN PERATURAN DALAM PARTI".
Saya pasti tak semua dari meraka nie paham akan perlembagaan dlm parti. Kalau ditanyalah pd ahli2 parti dari cawangan, bahagian dan perinkat tertinggi sudah pasti rata-rata mereka2 nie tidak tahu akan keseluruhan Perlembagaan dlm parti.
Oleh yg demikianlah kita semua ahli2 parti mesti paham dan akur dgn 'PERLEMBAGAAN PARTI' sebelum kita berani membuka mulut utk mempertikaikan apa2 keputusan yg dibuat dlm parti.
Disini saya ingin mengsyorkan kepada MT UMNO untuk memwajibkan semua yg bertanding tak kiralah peringkat cawangan, bahagian atau tertinggi mesti mengambil UJIAN PERLEMBAGAAN PARTI.
Hanya yg lulus saja yg sepatutnya dipilih utk memenggang apa-apa jawatan dalam parti.

Dengan ini, saya pasti sudah tentunya perkara sebegini tidak akan berlaku.

Sekian

Hanezam said...

Hai,

I nak komen sikit je. Yang korup itu the whole system. Selagi ada yang nak menerima selagi tu lah ada yang berani memberi. Yang menerima pun kita kena amek tindakan jugek.

malek, singapura said...

saya sokong saranan sdr agar mereka yang mengemukakan tuduhan juga patut disiasat.

kita akui memang ada rakan yang menjadi 'musuh dalam selimut', apatah lagi dalam politik.

saya yakin yang menjadi dalang ialah orang yang rapat dengan mereka yang kena hukuman ini. kalau tidak, masakan mereka tahu setiap gerak-geri pemimpin terbabit!

mesti ada motif dan niat jahat mereka. lembaga disiplin tidak boleh bulat-bulat menerima segala tuduhan.

seperti yang sdr sebut, islam sendiri amat prihatin mengenai orang yang membuat tuduhan, peribadinya, motifnya dan niatnya di sebalik tuduhan yang dibuat.

atau adakah umno tidak mengamalkan cara islam dalam siasatannya?

norman, KL said...

seronok membaca huraian sdr. cuma siapalah kita untuk memberitahu lembaga disiplin dan pemimpin tertinggi umno agar turut menyiasat si pengadu...

inilah antara unsur yang akan memecahbelahkan lagi umno

anti-yahudi said...

ali rustam is guilty to the eyes of the board but not to his supporters and those he has helped.

i believe money politics come in many forms.

if isa samad, mike tyson and rahim tamby are allowed to contest after what they had done in the past, then all umno members are corupt and BLIND as well!

bujai said...

matangsaga,
saya sendiri tidak mengerti apa sebenarnya takrif rasuah dan sogokan dalam umno ni. seperti yang saya sebut, adakah sogokan kepada pengundi ketika kempen pilihanraya tidak dianggap sebagai rasuah politik?

kerajaan yang baik tidak akan menjanjikan apa-apa biarpun di kawasan pembangkang. memang menjadi tanggungjawab pemimpin untuk membangunkan negara, tidak kira di kawasan mana pun.

saya setuju dengan najib agar dalam pilihanraya kecil kali ini, jangan ada menteri menjanjikan projek itu dan ini kepada rakyat. mungkin beliau sendiri sudah nampak ketidakberkesanan cara ini pada pilihanraya kecil sebelumnya.

sogokan berlaku di mana-mana, cuma ada aduan atau tidak.

yang menghairankan, banyak sekali tuduhan dan tohmahan dibuat terhadap orang lain tetapi yang kena hanya mereka yang amat sedikit umpat-kejinya.

harap yang makan cili akan terasa pedasnya...

bujai said...

bro jinggo,
khairy masih muda tetapi memiliki ciri-ciri datuk harun idris di dalam diri dan penampilan politiknya.

jika kita masih bersifat 'pemaaf' dengan membenarkan pemimpin yang pernah didapati bersalah oleh parti untuk bertanding semula, biarlah kj meneruskan perjuangannya.

sebagai orang muda, beliau mungkin terlepas pandang apa yang dibuatnya selama ini...

perjuangan kita adalah untuk melayu, agama dan bangsa malaysia amnya.

t kasih

Anonymous said...

GOOD ONE BRO.

UMNO SHOULD REALISE THAT MANY OF ITS LEADERS ARE ON THE TAKE AS WELL. DONT DENY THIS.

THE ONLY DIFFERENT IS THAT, NOT MANY PEOPLE ARE WILLING TO COME UP WITH ENOUGH PROOF.

COWARD THEY ARE!

bujai said...

shokorbotak,

syor yang baik tetapi aku rasa diorang takkan terima.

paham-paham je lah...

PS... durian kek kampung kau dah bosa ko? bilo nak gugur?

Anonymous said...

to ali, kj and the rest... you people are INNOCENT of your GUILTS!

GAGAK PUTIH said...

BUJAI,

CARA KAU TULIS NI MACAM KAU SOKONG ALI DAN KJ JE. TAPI AKU TAK HERAN SEBAB KAU ADA SEBAB SENDIRI.

TULISAN KAU MEMANG KENA PADA MASANYA. AKU SOKONG IDEA KAU AGAR YANG MEMBUAT TUDUHAN JUGAK PATUT DISIASAT

INI PENTING UNTUK MENJAGA KEADILAN SEMUA PIHAK.

KITA TAU TAU KADANG2 TU BINI KITA SENDIRI PUN BOLEH JADI MUSUH KITA DALAM POLITIK!

bujai said...

gagak putih,

yang setahu aku, kau tak kawin lagi....


anyway, memang patut si pengadu turut disiasat.

dalam islam, kriteria si pengadu dan saksi mestilah:

- orang yang boleh dipercayai
- tak tinggal ibadatnya
- tidak pernah bercakap bohong

ada lagi ke orang macam ni?

Hanezam said...

Hai lagi,

Agaknya sebab dah terlalu lazim orang pun keliru apa yang rasuah apa yang tak rasuah, no ?

By the way yang you maksudkan "makanan suji" tu sebenarnya "makanan ruji" kot ? Makanan ruji adalah "staple food" . Setahu I suji tu adalah sejenis tepung yang orang guna buat kek suji, biskut suji dan sebagainya...

bujai said...

hanezam,

t kasih sebab tunjuk salah ejaan tu.

kadang-kadang tersilap jugak di antara dukung dan dokong!


thanks

Hanezam said...

Hai,

Artikel anda menarik dan sumber informasi optional yang berguna bagi blogger kanyag seperti saya.

Terima kasih.

JomoSamaTuaran said...

Kita pergi sekolah, belajar bagai nak gila,..(sampai ada yang dapat penyakit gila babi).. kerana hendakkan GANJARAN...bukan!!

Kita buat amal,ibadah,hukum-hakam..kerana nak dapat ganjaran bukan???

So...what's the deal??? nak buat majlis itu dan ini...tentulah perlukan fulus...orang buat itu dan ini...bukan percuma cik abang ooiii...!!!